Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Ahlussunah Wal Jama'ah

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

30.12.08

Sudah!!! Pergi kamu tampal poster...

Mengapa nak dibangkitkan lagi nama Ezam? Biarkan dia berehat. Dia akan kerja berat di Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu. Sebagai penampal poster dan perayu undi.

Itu sahaja tugas yang layak buat orang yang suka bermuka-muka.

Ludah Pijak UMNO - pergi PKR.
Ludah pijak PKR - lari balik ke UMNO.

Yang kita ni, tak serik-serik ke kena ludah? Atau nak tunggu kena kencing baru kita nak faham?

Sudah-sudahlah Tuan Ezam. Dah lencun dah ni.

Pondok Kecil

{ Lagu dan videoklip di s.i.n.i. }

Di pondok kecil, di pantai Ombak,
Berbuih Putih,beralun-alun,

Di suatu hari,
Ayah berkata,
"Jaga Adikmu, Ayahkan pergi jauh",

Ku pandang wajah Ayah,
Dahinya kucium,
Airmatanya mengalir,
Hatiku pilu,

"Diam-diamlah sayang,
Jangan menangis,
Doakan Ayah,
Semoga diterima".

"Diam-diam adikku sayang,
Jangan menangis,
Andai ayah gugur,
Doakan dia syahid".

"Selamat Berjuang,
Ayah tercinta,
Kau pergi dulu Ayah,
Ke medan juang".

Ku iringi doa,
Moga berjaya,
Beroleh kemenangan,
Demi Agama Islam.

"Wahai abangku,
Ke mana Ayah?
Ku sayang Ayah, Ku cinta Ayah".

"Wahai Abangku,
Ke mana Ayah?
Ku sayang Ayah, Ku cinta Ayah".

"Duhai adikku sayang,
Jangan bersedih,
Ayahmu pergi, menyambut seruan Illahi,
Tapi ingatlah adikku,
Pesanan Ayah,
Berjuang dan Berkorban,
Walau dimana jua".

Padamu Tuhan,
Aku bermohon,
Dosa Ayahku,
Minta diampunkan,
Berilah rahmat,
Bantulah ia,
Untuk menegakkan,
Agama Islam.

Berkongsi Rasa Duka

Tiada kata yang mampu diungkap,
Tiada cerita yang mampu dicoret,
Seakan kembali ke zaman mentahku,
Apabila Palestin acapkali menjadi cerita,
Penghias makan malamku.

Nyata kita masih lemah,
Alpa, leka dan meraba,
Pabila bercerita perihal kantung sendiri,
Hingga menutup pintu perkongsian kisah duka,
Saudara yang jauh nun di sana.

Jeritan mereka,
Hanya mereka yang dengar.

Penderitaan mereka,
Hanya mereka yang rasa.

Bukalah pintu kasih di hati,
Berkongsi rasa duka,
Merasa sengsara bersama,
Walau hanya seketika.

Al-Fatihah buat yang terkorban,
Allahuakbar buat pejuang-pejuang,
Yang tidak jemu menanti,
Kebebasan yang entah bila datangnya.

{sini untuk video}

29.12.08

Gerakan Freemason di Malaysia?

Beberapa blogawan menggesa agar pengharaman secara rasmi dibuat terhadap Gerakan Freemason. Bagi Harimau, apa sahaja pertubuhan yang memudaratkan Umat Islam dan Kurukunan negara wajib diharamkan secara serta-merta. Blog Harimau Menaip MENYOKONG 100% terhadap pengharaman Freemason melalui Majlis Fatwa Kebangsaan. Ia juga perlu didedahkan melalui Buletin Utama ataupun rancangan 360. Kesedaran dan 'level of awareness' di kalangan Umat Islam harus dipertingkatkan.

Parti-parti Politik sewajarnya membawa usul ini di Perhimpunan Agung mereka.

Desakan dan gesaan ini boleh dibaca di blog:
Maklumat tambahan terhadap Gerakan Freemason:

Jabat-tangan Freemason (Freemason Handshake)

http://www.youtube.com/watch?v=Sk2L5mcJgYk&feature=related

Bukti Kewujudan Fahaman Freemason di Malaysia

http://www.youtube.com/watch?v=sNlqQbgKFF8



Soalan Cepu Emas tanpa hadiah

Adakah Pertubuhan di Malaysia selain Freemason yang berkomunikasi sesama ahli mereka dengan menggunakan kod Jabat tangan? Jika ada, apakah dia?

Harimau : Bloggers Pembela Negara disarankan agar mendesak Pergerakan Pemuda UMNO untuk membawa usul ini ke Perhimpunan Mac akan datang. Masalahnya, mahu ke Pemuda UMNO layan?

Dr.Maza berpuisi...lagi.

Bercerita tentang Minda Tajdid, suka Harimau berkongsi dengan khalayak sebuah puisi karya Ustaz Dr.Mohd Asri Zainul Abidin. Jangan ada yang kepedasan lagi, sudahlah.



{klik s.i.n.i. untuk imej yang jelas melalui blog Dr.Asri}

Mohd Saiful Bukhari...lagi.

Senjata ampuh dimainkan lagi. Terkejut apabila Buletin Utama 'menjual' cerita di blog Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan berkenaan Hijrah. Siapa agaknya Saiful ni sehingga lebih penting dan utama dari blog Minda Tajdid milik mantan Mufti Perlis?

Tidak berdosa rasanya sekiranya Harimau memetik sedikit Perutusan Ma'al Hijrah dari Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan:
Umum mengetahui, konteks Hijrah ini tidak semestinya berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat.Dalam konteks hijrah saya, saya telah berhijrah daripada seorang yang takut untuk menegakkan kebenaran kepada seorang yang berani untuk menegakkan kebenaran. Hijrah selalunya dihubung kait dengan risiko dan pengorbanan. Pada hemat saya, jika seseorang itu berhijrah kepada jalan yang lebih baik dan tidak lari dari ajaran Islam, Insyallah pertolongan dari Allah s.w.t akan tiba. Tetapi, seseorang itu perlulah berhijrah dengan penuh Ikhlas, Benar, Sabar serta berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Terdetik di benak, kenapa nama Mohd Saiful Bukhari berkumandang di waktu-waktu yang tertentu? Terutama apabila musim Pilihanraya hampir tiba? Apa hebatnya Perutusan Ma'al Hijrah Mohd Saiful?

Mungkin ia adalah Karya Agung buat TV3. Maaf. Ia tidak buat Harimau.

Mungkinkah TV3 hanya mahu menunjukkan bahawa Mohd Saiful sudah pandai menulis "Allah S.W.T." dan tidak lagi "Allah S.A.W."?

Wallahualam.

Harimau : berhijrah dari belakang ke hadapan (jangan ingat benda lain!)

Kesian, Datuk Sibuk Sangat

Sementara itu, Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek ketika mengulas mengenai perkara yang sama mengesahkan, wanita yang namanya dikaitkan dengan blog itu telah menemui beliau dua minggu lalu. klik s.i.n.i.

Dua minggu lalu? Sudah lama tu.

Apa tindakan Datuk ye? Diam dan hanya fokus kepada propaganda Pilihanraya Kuala Trengganu? Atau Datuk alpa dan leka meng'gam' lirik Mantan Mufti Perlis?

Datuk sibuk agaknya. Tu yang tak sempat tegur tu. Kesian Datuk.

Kalau kita rasa kita sibuk, rasanya, Rasulullah dahulu lebih sibuk dari kita. Kalau kita rasa kita kaya dan berkuasa, rasanya Nabi Sulaiman lebih kaya dan berkuasa dari kita. Menapa mereka tidak mengabaikan tanggungjawab kepada Agama?

Oppps. Pasti akan ada yang menjawab "Mereka itu Nabi, pilihan Allah". Kesian Datuk, sibuk sangat.

Harimau : Den pun sibuk yo...

Logo PKR Wajar Diubah

Parti Keadilan Rakyat


Eye On Israel

Eye Of Ra

Apron Freemason




Eye Of Horus





Symbol Iblis Illuminati






Eye Of Pyramid



Bismillahirrahmanirrahim.


Sila baca dahulu di s.i.n.i.

Harimau cuba mencari persamaan yang wujud diantara logo Parti Keadilan Rakyat dengan simbol-simbol yang dinyatakan. Terdapat persamaan dalam perbezaan. Selepas ini, pasti akan ada yang menyatakan dan menempelak Harimau kerana berpendapat begini. Percayalah, kita seharus menyoal diri kita dahulu "Siapa yang akan menegur aku/kami kalau bukan saudaraku yang seagama dengan ku?".



“Barangsiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang Mukmin, Kami biarkan dia berkuasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan dia ke dalam neraka Jahannam dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (An Nisa’ : 115 - Maksud Firman Allah)

Tidak sukar untuk menukar logo berbanding dengan soal-jawab di dalam kubur.


Wallahualam.



Undi Untuk Kebajikan


Blogawan Al-Banjari telah mereka-cipta beberapa logo yang menarik. Lebih menarik lagi, hasil kemenangan tersebut akan disalurkan kepada mereka yang kurang bernasib baik.


Besarlah niat albanjari jika wang yang dimenangi ini dapat kita gunakan bagi mencari pahala di sisi Allah swt (sekiranya menang dan mendapat undi terbanyak dari khalayak pembaca) kepada logo-logo yang telah dihantar itu, kita sedekahkan kepada seorang 'anak yatim piatu' Mohd Ikmal bin Malik, 11 Tahun yang kini bersekolah di SK Titi Serong, Parit Buntar.


Anak yatim ini tinggal berseorangan di rumah usang di pinggir sekolah tersebut. Untuk pertanyaan tentang 'anak yatim' ini anda boleh menghubungi Tn. Hj. Zainol bin Ramli (Pengerusi Masjid Jamek Titi Serong) 017-5470226 @ 05-7169306Marilah kita mengundi logo-logo tersebut berserta NIAT untuk membantu 'anak yatim piatu' ini, kerana Allah, semoga niat murni kita dirahmati oleh Allah swt. Aminnn !!


Harimau telah mengundi logo seperti yang dipaparkan di atas hanya kerana perkataan "SETIAKAWAN". Lain macam bunyinya tapi itulah realitinya. Jangan tanya kenapa tau!


klik s.i.n.i. untuk mengundi.
Harimau: ini bukan Loteri Kebajikan tau.

Buka Buku dan Lembaran Baru


Bersempena Tahun Baru Hijrah, Harimau sudah menyiapkan diri untuk berhijrah secara total dan menyeluruh. Di bawah, adalah beberapa perancangan dan pelaksanaan Harimau di tahun 1430 Hijrah:


  1. Memadamkan semua penulisan lama dan membuka lembaran baru. Terima kasih kepada khalayak pembaca dan Sayap Kanan yang telah memberi komentar, sokongan dan pandangan selama ini. {telah dilaksanakan}

  2. Buat bisnes sikit yang telah 2 tahun dirancang{pasti sukar di tahun 2009, namun itulah cabarannya}

  3. Berhenti merokok. {dalam proses, almaklumlah, perokok tegar}

  4. Bakal menjadi ayah, rezeki yang ditunggu-tunggu. Syukur ke hadratmu Ya Allah.

  5. Lulus peperiksaan Chargeman BO {exam bulan Mac}

  6. Lulus Ijazah Pengurusan

  7. Mempertahankan Agama Islam yang diperlekehkan di blog-blog secara proaktif.

  8. Menjadi insan yang lebih bagus dan hebat dari tahun 1429 Hijrah.

Semoga khalayak pembaca terus memberikan sokongan dan kritikan yang membina.


Terima kasih di atas persahabatan di alam Maya yang terbina diantara penulis Harimau Menaip dengan blogawan pelbagai parti politik. Tidak kira kamu ahli UMNO, ahli PAS atau ahli PKR; kita bersama-sama bertanggungjawab ke atas landskap politik negara tercinta. Bijaklah dalam mengasingkan persoalan Politik, Agama dan Bangsa kerana ketiga-tiga faktor tersebut saling cukup-mencukupi. Tidak berdiri jika salah satu darinya ketempangan.


Wallahualam.


Harimau : tiada sambutan Tahun Baru Masehi kerana blog ini berkabung di atas kemangkatan Raja Negerinya. Al-Fatihah.

27.12.08

Perutusan Tahun Baru 1430 Hijrah


Bismillahirrahmanirrahim.


Terharu bila Harimau menonton Buletin Utama malam tadi yang mana Perdana Menteri Malaysia memberi respon positif terhadap gerakan memerangi blog-blog yang menghina Agama Islam. Terima kasih Pak Lah.


Harimau masih menunggu respon dari Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang.


Pak Nuar, mulut Tuan terkunci kah? Atau Tuan terlalu sibuk? Ingat, kita bukan sahaja perlu menjadi 'JUARA' dikacamata rakyat, tetapi tanggungjawab kita kepada Agama Islam perlu kita utamakan. Harimau percaya, kalau Tuan menegur, gejala sebegini akan kurang. Kalau tidak kurang, maka fahamilah bahawa itu adalah mesej jelas bahawa Tuan tidak lagi mempunyai kelayakan memerintah Malaysia.


Hari ini, biarlah isu 'memperlekehkan' agama Islam ini berakhir. Hormatilah agama Islam. Malaysia negara Islam. Bacullah Harimau jika hanya berdiam-diri ketika melihat maruah Agama Islam dirobek rakus.


Saudara-saudara di Palestin bergadai nyawa berjuang, Saudara-saudara di Iraq berkorban harta benda, Saudara-saudara di Iran cuma menanti masa....kita di Malaysia, takkan tiada kekuatan langsung?


Sempena Tahun Baru Hijrah yang akan menjelma dan perkabungan Harimau selaku anak watan Negeri Sembilan Darul Khusus, kita redakan kekalutan, jernihkan kekeruhan, tenangkan gelora; bangkit dan berpegangan tangan selaku Anak Malaysia.


Biarlah sempadan politik di perjuangkan di medannya, namun semangat persaudaraan, persahabatan, setiakawan dan jati diri kita tidak sewenang-wenagnya di perkosa rakus oleh insan yang sengaja mahu menghancurkan. Salam Tahun Baru 1430 Hijrah!


Wallahualam.


Harimau Menaip


Harimau: selepas Tahun Baru, kita sembang-sembang politik pula.