Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.

"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.

Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

1.3.09

Sampai Bila Mahu Jadi Gundik UMNO?

Tok, pahal asik nak tegur Umno? Bantai Singh tu sudah la. Dia memang tak guna. {diterima dari email akupunyer@xxxxxx.com}

Buat pengetahuan semua, Harimau bukan gundik UMNO, bukan pelacur UMNO, bukan pecacai UMNO atau kaki ampu mana-mana parti.

Sampai bila kita hanya mahu mendengar yang indah, yang baik dan yang elok sahaja walhal kadangkala ia tidak begitu? Tidak boleh kah kita mengambil ikhtibar dari kritikan orang lain?

Sampai bila kalian mahu menjadi boneka orang-orang politik? Adakah politik itu sekadar membuatkan kalian menjadi hamba?

Yang salah tetap salah dan begitu juga sebaliknya. Rasanya, jika ada sepuluh manusia macam akupunyer, Muzium UMNO hanya akan tinggal peringkat pemberian CF sahaja; pasti akan dimuziumkan dan cuma tinggal persoalan "Bila?".

9 comments:

kulatlapok said...

sikap yg paling aku benci ialah 'doublestandard'. Sikap hipokrit ini yg menyebabkan mereka melaga2kan rakyat. Tak kiralah samada ianya BN atau PR.

zh.ibrahim said...

tok ghimau,

pikir punye pikir, bukan x peraku sumbangan umno kpd negara mesia...tp skrg nie krn ketaksuban menyebabkan umno itu sendiri dalam keadaan lemah...yg mana umno/bn harus muhasabah diri...jgn biarkan segelintir golongan yg menentukan hala tuju parti...jgn ingat tembolok sendiri shj...tp kembalikan yg hak kpd rakyat...

kalau kita perhatikan yg melaung2kan ketuanan melayu nie adalah mrk2 yg dari segi lahiriahnya mirip kpd org bukan melayu atau ejaan namanya mempunyai ejaan spt utk huruf "i" adalah "ee". org melayu tulen sy dok perati biasa jer...adapun duduknya ditepi2 @ dibelakang2 jer x pun pegi ceramah PAS @ PKR @ PR.

mungkin sy salah jd mtk tok ghimau perbetulkan kalau salah...

Pemuda Pelapis said...

Salam HM,

Selamat pagi. Apa khabar?

Persoalan bila UMNO dimuziumkan tidak akan timbul. Suka tak suka, percaya tak percaya, ini jawapan yang pasti.

UMNO-BN tetap kekal menjadi kerajaan pemerintah negara walau apa pun keadaan propaganda atau spekulasi yang dibangkitkan oleh pembangkang. Bukan takabbur tapi insya'Allah yang pasti bukan insya'Allah atas pagar. Kena yakin, kena percaya.

Mendahului Allah SWT pun tidak tetapi hakikat alamat daripada Allah SWT yang maha pencipta. Kita umat Islam wajib percaya kepada segala petunjuk daripada Allah SWT. Kalau tak percaya pada Allah SWT kita nak percaya pada siapa lagi? Takkan nak berpegang kepercayaan kepada petunjuk iblis dan syaitan kot?

Wallahu'alam...

Asrol - kelatekito.com said...

jom sign petisyen TOLAK ibrahim ali

http://www.petitionspot.com/petitions/kelate

Dari Blogger Network Kelantan & Blogger Rakyat

http://www.bloggerrakyat.blogspot.com

tok iskandar said...

1 Mac 2009.Serangan bermula hari ini.Kesepakatan rakan-rakan bloggers ditagih untuk mencari segala kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO dan paparkan di dalam blog masing-masing agar MP-MP Pakatan Rakyat dapat bangkitkan perkara ini dalam parlimen,buat report polis dan SPRM.

Tok nak ulas kenyataan Najib semalam,sidang tergempar DUN Perak tidak boleh diadakan kerana perlu menunggu keputusan mahkamah.Tok tak tahu siapa penasihat Najib,Razak Baginda atau Zahid Hamidi,tapi janganlah memperbodohkan diri sendiri depan wartawan-wartawan.Kalau dah tak reti,eloklah diam sahaja.Sekarang satu dunia tahu bakal PM Malaysia IQnya rendah.Nampak sangat Najib tak yakin dengan status kerajaan BN di Perak.Lain kali kalau nak bertindak,berfikirlah dulu.

Apakah Najib akan menggunakan polis untuk menghalang sidang tergempar DUN Perak selasa ini.Jika ini berlaku,rakyat terpaksa turun ke padang untuk membantah kezaliman yang dilakukan oleh UMNO-BN.Inilah yang diharapkan berlaku kerana UMNO-BN memang berhasrat untuk memerintah ke semua negeri Pakatan Rakyat jika darurat diisytiharkan.

Bukan Najib je tengah pening,Tok tengok kabinetpun pening sama.hari ni kata naikkan tol,esok kata tak jadi.Hari ni kata penganut Kristian boleh pakai nama Islam,esok tak boleh pulak.Polisi kerajaan BN yang sentiasa berubah ini menunjukkan ketidakstabilan kerajaan UMNO-BN yang ada sekarang.Rakyat keliru,pelabur asingpun keliru.Siapa yang jadi PM ketika ini,Pak Lah atau Najib.Masa tol naik,mesyuarat kabinet dipengerusikan najib dan persepsi Pak Lah dah serah kuasa kepada Najib sudah menjadi perbualan hangat rakyat semua dan ramai yang tertanya-tanya kita ada dua PM ke?Nampaknya ramailah yang terpaksa telan panadol lepas ni.Kabinet tak naikkan harga panadol ke?

Tentang gerakan membantah PPSMI atau GMP,eloklah diperhebatkan kerana demo besar yang nak kita adakan tak sampai seminggu lagi,7 Mac 2009 dan penyertaan kesatuan guru,persatuan mahasiswa dan kesatuan sekerja CEUPACS atau MTUC sungguh penting.Tok cadangkan kepada semua guru berminat boleh sms kepada Setiausaha NUTP negeri masing-masing nak mintak penjelasan sama ada NUTP sokong atau tidak PPSMI.Tok tengok NUTP sekarang macam tunggul mati.Bila dah dapat beribu-ribu sms Tok percaya NUTP akan sokong GMP dan jika NUTP bacul,guru-guru boleh gertak keluar daripada kesatuan itu atau lantik calon mereka untuk menentang kepimpinan NUTP sekarang yang mungkin pro UMNO-BN.rakan-rakan bloggers boleh paparkan no telefon Setiausaha NUTP negeri dalam blog masing-masing.Sepatutnya dalam isu ini NUTP di depan dan bukannya mendiamkan diri.MP Pakatan Rakyat,ADUN-ADUN,barisan pemuda,puteri dan seluruh ahli juga perlu menyertai demo ini sebagai perjuangan kita untuk masa depan anak cucu kita.Sokongan terbuka tokoh seperti Tun Saleh Abas,bekas Ketua Hakim Negara,datuk Shahnon Ahmad,sasterawan negara dan lain-lain tokoh akademik juga diperlukan agar gerakan ini semakin berkembang dan mendapat sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia.

Tok pelik bin hairan kenapa UMNO tak bantah.Kata pujangga bahasa jiwa bangsa.kalau dah bahasa dikuburkan,ke manakah identiti bangsa melayu.Cuba rakan-rakan bloggers siasat siapa yang mendapat tender membekalkan perisian,cd,buku-buku teks untuk sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.Jika puak-puak UMNo yang dapat,memang patutlah mereka tak bantah dan pedulikan nasib bangsa Melayu kerana mulut mereka telah disuapkan dengan wang ringgit malaysia.Jelaslah selama ini UMNO hanya jual nama Melayu untuk hidup mewah.

Tok seperti rakyat Malaysia yang lain,nak tahu ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi,berapa banyak bangunan pejabat pelajaran daerah di seluruh negara diperindahkan dan diperbesarkan ketika ada murid-murid miskin yang tidak mendapat bantuan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran atau meneruskan pelajarannya.Cuba MP-MP Pakatan Rakyat ajukan soalan ini di parlimen dan tanyakan juga berapa banyak blok bangunan sekolah yang lewat disiapkan sehingga menyusahkan murid-murid.Satu soalan cepuemas,berapa ramai pula guru-guru dan GB yang aktif memegang jawatan dalam UMNO-BN.selama ini sikap double standard kerajaan UMNO-BN sudah diketahui umum.Sokong dan pegang jawatan UMNO-BN boleh bagi kakitangan awam tapi sokong pembangkan tak boleh.

Senario politik yang berlaku dalam politik tanahair kebelakangan ini menjadi realiti kepada rakyat UMNO-BN takut kehilangan kuasanya.Bermula isu rampasan kuasa kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat,ketakutan untuk membubarkan DUN Perak,isu ketuanan melayu dan derhaka kepada Raja-Raja Melayu dan paling mutakhir Sidang tergempar Dun Perak selasa ini.

Rakyat semakin bijak menilai dan mula mempersoalkan apakah pelan pemulihan ekonomi oleh kerajaan UMNO-BN.KDNK negara jatuh kepada 4.6% terburuk sejak 2001.Indeks Komposit BSKL merudum dan kadar pengangguran dikatakan mencecah 80 ribu orang.harga-harga barang keperluan makanan dijangkakan naik seperti gula akan naik 20 atau 30 sen sekilo.Tol juga diramalkan naik tetapi ditangguhkan kerajaan UMNO-BN kerana takut kalah dalam PRK di Bukit Gantang,Selambau dan Batang Ai.Jika kerajaan pusat berani mengambilalih pengurusan air negara,mengapa pula kerajaan pusat UMNO-BN tidak berani mengambilalih syarikat konsesi tol.Apakah kerana UMNO dan kroninya ada kepentingan di dalam syarikat konsesi tol ini.Eloklah SPRM siasat.

Tok dan rakyat dah nampak UMNO-BN takut hilang kuasa.Peluang terbaik mmerintah negara adalah untuk isytiharkan darurat dan UMNO telah mula menjaja isu ini di kampung-kampung dan kepada golongan peneroka.

Tok juga nak peringatkan kepada semua MB dan KM Pakatan Rakyat supaya tidak menyimpan musuh dalam selimut dalam jentera pentadbiran negeri masing-masing.nanti rahsia kerajaan negeri terbongkar dan paling tidakpun mereka akan buat surat layang menggunakan letter head Kerajaan Negeri.Di Kedah,tok heran kenapa pemuda UMNO negeri itu berkokok dalam TV3 suku tentang isu surat layang yang menghina sultan kedah.Kan surat tu ada setem dan bersampul,buat ajelah report polis.jangan sampai rakyat anggap polis sudah mesra UMNO dan bukan mesra rakyat sudah.
Ada yang beranggapan UMNo memperalatkan setiausaha Sultan membuat kerja-kerja keji ini dan eloklah polis siasat perkara ini.
Rakyat dah semakin muak dengan budaya samseng UMNO sekarang yang cuba menghuru-harakan negara ini dah sudah sampai masanya mereka pula ditahan ISA.rakyat dah ada persepsi UMNO semacam dah ada cawangannya di balai polis.UMNO pergi lanyak MP Pakatan Rakyat,seorang OKU dalam parlimen boleh tapi rakyat demo depan balai polis kena sembur dengan air pemedih mata dan lanyak dengan FRU. Tak pasal-pasal ada pulak rakyat hantar keldai,baghal atau lembu buat report polis.

Ingatlah UMNO....,Polis,SPR,SPRM,Mahkamah dan Sultan bukan hak cipta terpelihara mereka sahaja.Usah bongkak dan sesuka hati melanggar undang-undang negara semata-mata gilakan kuasa.

aku said...

salam

dah lama tak menjenguk blog tuan.agak sibuk kebelakangan ni.penat juga asyik baca pasal politik yang tak berkesudahan.Saja keluar topik sikit.

semalam saya sempat pergi ke Konsert Alam M Nasir.Mahu lupakan sebentar kisah kerja yang banyak.hahaha.

Sungguh mengasyikkan konsert beliau di Istana Budaya.Hampir keseluruhan peminat tidak kira yang tua dan muda 'meronggeng' bersama.hehehe

Saya pun 'meronggeng' juga semalam tapi takdala sampai ke tahap Fana seperti Jalaluddin ar-Rumi menari..hehehe

wasalam

Sedingin Salju said...

ha, toksahlah dok ampu BN. Hat mana tak betoi, tegok. Depa nak dengakkah, tak maukah, kita kena tegok.

Aha, nak dedahkan keburukan orang, keburukan sendiri apa macam? Rasuah, races dan pelbagai. Ok kah?

luah fikiran said...

UMNO nampaknya belum lagi buat apa-apa perubahan selepas tewas terus dalam PRU 12. Mereka tak mahu mengaku kesilapan, bergaduh sesama mereka, dan pembodek pun ramai.Persepsi rakyat terhadap kepimpinan UMNO amat negatif terutama terhadap pemimpin-pemimpin atasan. Jika tindakan perubahan tidak dilakukan segera, UMNO pasti berkubur melalui PRU 13 nanti. Pelik, pemimpin atasan boleh kata "Selepas pemilihan Mac, kita betulkan UMNO". Boleh sabar lagi!