Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Ahlussunah Wal Jama'ah

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

31.1.09

Hantar Pemuda UMNO sorang ni ke ISRAEL!

Pertama, mereka sanggup menjual perjuangan bangsa. Kedua, mereka sanggup menjual agama. Kesanggupan menjual perjuangan bangsa boleh kita lihat dengan jelas apabila mereka bersekongkol dengan pembangkang demi menentang program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). { sini }

Entah otak apa yang dipakai oleh penulis ruangan "Penulis Tamu" di laman web Pemuda UMNO. kalau sebeginilah mentaliti sempit yang diguna-pakai dan disanjung oleh pemuda UMNO, tidak perlulah menunggu PRU 13, kamu sudah tewas dan ranap sekarang. Berdosa dan salahkah jika pendokong/pejuang Bahasa Melayu menyuarakan suara kegusaran mereka melalui demonstrasi? Kamu yang kononnya pejuang Bangsa, kenapa menikus dan senyap sejuta bahasa?

Ohh, mungkin aku lupa, kau belum hilang penat dek berdemonstrasi marahkan SPRM menyiasat pemimpin-pemimpin UMNO.

Tidakkah jika mengikut logik kumpulan ini, Allah SWT zalim kerana menyusahkan anak-anak daripada pelbagai kaum untuk mempelajari al-Quran dan ajaran Islam itu sendiri? Malah kenapa pula Allah SWT menurunkan al-Quran kepada umat manusia bukan dalam bahasa Arab harian yang biasa sebaliknya di dalam bahasa Arab yang mempunyai nilai kesusasteraan yang tinggi?

Bab PPSMI pandai pula kau petik ayat-ayat suci tetapi apabila perihal agama dan bangsa, tidak pernah pula kau keluarkan kejantanan kau nak berdebat dengan Parti PAS/PKR.

Harimau tak mahu ulas panjang. Bawak dia jauh-jauh. Hantar dia ke Israel!

Mahathir The Great


Jika Erdogan kita berikan tabik spring di atas keberaniannya, Panglima Islam yang lagi satu iaitu Tun Mahathir layak digelar 'Mahathir The Great' ; jika tidak di dunia, cukuplah di alam Melayu.

{ baca di blog Ayor Lemuju }

{ baca di Arab News }


Kenapa tiada berita seumpama ini di Kosmo? Tiada juga di Utusan Malaysia? Apatahlagi di Harakah atau di Harian Metro? Jawapannya, memang tiada kerana akhbar tersebut leka meletakkan berita seks, pelacuran, nombor ekor sebagai berita hadapan, pengisi ruangan iklan dan penyeri muka belakang.

Bila Samseng Menjadi Polis...

Seandainya polis tiada, samseng pasti akan menjadi raja. Tak percaya? Taipingmali ada jawapannya. Klik http://taipingmali.blogspot.com/2009/01/lihat-video-ini-siapa-samseng.html

Pilihan tetap di tangan kitasamada mahu menghormati pihak Polis atau mengangkat penjahat menjadi Adiwira. Fikir dahulu sebelum beri jawapan!

Harimau : kuatkan semangat sebelum menonton.

Tabik Spring Buat Erdogan

kemaskini 10.00 am: Dengarkah kita bahasa yang digunakan Erdogan? Ia Bahasa Turki. Apakah beliau hilang kehebatannya jika tidak berbahasa Inggeris? Harimau pasti beliau hebat berbahasa Inggeris sejajar dengan status Turki yang sebaris dengan negara-negara Eropah tetapi memilih untuk berbicara dalam bahasa Turki. Tidakkah Malaysia mahu belajar sesuatu?


Dalam detik paling dramatik yang jarang berlaku pada forum dunia itu, Erdogan berjalan keluar melintasi Peres dan Setiausaha Agung PBB { sini }

Forum dunia itu dihadiri oleh anjing-anjing PBB maka tidak hairanlah apabila seorang manusia naik berang melihat dan mendengar telatah anjing-anjing PBB yang berat sebelah terhadap isu pengeboman Gaza. Siapa manusia yang bernama Erdogan? Klik sini untuk mengenali beliau.

Walaupun tindakan beliau itu mudah dan ringkas, namun impaknya terhadap persepsi Dunia dalam mentafsirkan kemarahan umat Islam mungkin berubah. Barulah PBB tahu bahawa umat Islam amat serius dalam menentang keganasan Israel terhadap Palestin.

Kita asyik membantah dengan perarakan dan demonstrasi, apakata kita berarak untuk memberi sokongan kepada pemimpin berani seperti Erdogan? Berarak ke mana ? Kedutaan Turki mungkin?

KEDUTAAN TURKI
Alamat : 118, Jalan U Thant,
55000 – Kuala Lumpur.
Telefon : 03-4257 2225, 03-4257 2226
Faks : 03-4257 2227
Email : turkbe.tm.net

Tabik spring buat Erdogan!

Rasuah dalam UMNO?

"Tidak semua pemimpin Umno mengamalkan rasuah," katanya kepada Malaysiakini hari ini. {sini}

Sahabat Harimau menghantar SMS pada Harimau dan meminta Harimau membaca berita Malaysiakini terutama kenyataan Ketua Pemuda UMNO P.Serai. Nampaknya seolah-olah beliau tahu "Siapa" yang rasuah dan "Siapa" yang bersih dalam UMNO.

Jika dibaca kenyataannya secara reverse, ia mungkin begini " Tidak semua pemimpin UMNO bersih dari Rasuah"????

-------------------------------------------------

"Oleh yang demikian saya mahukan definisi politik wang yang jelas dalam Umno supaya akar umbi tidak terawang-awang dengan matlamat penubuhan SPRM," katanya. { sini }

Citt. Busuk punya worang. Orang Asli pun tahu politik wang itu sama dengan rasuah. Dia ni bercakap pakai otak atau pakai lutut?

Harimau : ramai nak jadi hero jahat macam Kugan.

Dalam Pandai Ada Jugak Yang Bodoh

Kata orang dulu-dulu,kalau tak buat kenapa nak takut!!!Berani kerana Benar kan...emm,kalau orang UMNO tak terlibat kenapa sampai nak buat demontrasi ya???Nampaknya UMNO membudayakan semangat sokong RASUAH kot?? { sini }


Terus-terang, inilah tindakan paling silap dan keanak-anakkan yang dilakukan oleh ahli UMNO. Kalau Harimaulah Presiden, memang keluar surat pemecatan 24jam. Tengoklah perut-perut mereka, entah mentedarah apa pun Harimau tak tahu. Terdapatkah hak-hak orang miskin di dalam perut-perut mereka yang gendut itu? Sendiri pikir dan sendiri tafsir!



30.1.09

Formula Membunuh Parti Lawan

Merujuk pada laman web www.mykmu.net (forum) bertarikh 25 Januari 2009 bersamaan hari Ahad jam 10.59 malam, dakwaan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah membuat tangkapan khalwat ke atas Adun Selat Klang (Dr Halimah Ali) adalah tidak benar sama sekali. { sini }

Tindakan salah segelintir ahli UMNO dengan menabur dan menyebarkan fitnah adalah wajib dihentikan. Ia amat memalukan dan langsung tidak melambangkan peng"hadhari"an seseorang ahli UMNO. Tindakan seperti ini seumpama memberikan racun arsenik untuk diminum oleh UMNO yang mengakibatkan parti mati secara perlahan-lahan. Racun arsenik itu cukuplah berbisa di saat UMNO dihentam bertalu-talu dari atas, bawah, depan dan belakang.

Penerapan mentaliti "Politik adalah Peperangan" adalah antara punca tindak-tanduk ala-extremis dan tidak mengenal etika dilakukan ahli kedua-dua belah parti (BN dan PR). Menggenggam penumbuk, menghunus keris, berjalan bertaut tangan umpama sebuah benteng perempuh, jerit pekik, demonstrasi dan ugut-mengugut sudah menjadi budaya rakyat Malaysia dalam menentukan kekuatan dan sambutan rakyat terhadap sesuatu parti. Jika ia gagal, serangan bagi menjatuhkan kredibiliti parti lawan dilakukan tanpa batasan dan akhirnya wujudlah pergaduhan, fitnah dan sebagainya.

Tidaklah dapat dikatakan "Tidak" jika kalian mendakwa ini adalah budaya yang dimulakan UMNO dan tidak menghairankan ia menjadi ikutan PAS dan PKR kerana bukankah PAS dan PKR itu asalnya daripada UMNO? Bukankah mereka mempunyai DNA, darah daging dan perangai yang mirip dengan UMNO?

Benarlah kata pujangga "Musuh yang paling bahaya adalah sahabat yang berpaling-tadah". Sekarang UMNO sedang berdepan dengan keadaan paling getir dalam sejarah penubuhannya dan Harimau percaya, jika Tun Mahathir menjadi Presiden pun, tidak mudah bagi beliau mengani permasalahan ini.

Namun, UMNO wajar berterima-kasih kepada rakyat yang tidak menghukum UMNO secara total pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu di mana rakyat masih memberikan mandat mentadbir negara walaupun tiada majoriti 2/3. Hukuman itu bolehlah diibaratkan cikgu sekolah rendah yang menghukum muridnya berdiri di luar kelas dengan harapan muridnya akan sedar dan menjadi murid yang hebat.

Persoalannya sekarang, mahukah UMNO memandang situasi mutakhir sebegitu rupa? Masih selesakah pemimpin atasan UMNO menghisap curut Cuba sambil dihujani penghawa dingin jenama YORK tanpa menyedari tindak-tanduk ala Pesuruhjaya Inggeris itu sudah menimbulkan rasa mual dan meloyakan?

Mungkin ini masanya pemimpin UMNO mengambil ikhtibar dan belajar dari barisan Pemimpin Pakatan Rakyat.

Formula pengukuhan politik Pakatan Rakyat kelihatan mudah. Gunakan kekuatan lawan untuk membunuh lawan. Jika gagal membunuh dari luar, bunuh saja dari dalam. Bagaimana? Itu tugas pemimpin UMNO untuk berfikir.

Wallahualam.

Harimau Menaip

29.1.09

Kepelbagaian Pandangan Untuk Dirai bukan Untuk Disekat

Antara kehebatan dunia blog adalah kita menjadi bebas seperti merpati di angkasa di mana kita mendapat sumber berita terutama politik Malaysia dengan lebih adil dan cepat. Di alam blog juga, kita mempunyai 2 pilihan; mendengar kedua-dua pihak samada BN atau PR ataupun mendengar dan membaca satu sumber sahaja iaitu parti idaman kalbu.

Namun amat menghairankan Harimau apabila ramai penulis blog memilih untuk memaut penulis-penulis blog yang cenderung atau menyokong dengan jelas parti politik anutan mereka. Tidakkah itu hanya membuat minda penulis blog tidak ubah seperti pembaca akhbar arus perdana?

Penulis blog aliran PAS cenderung memaut penulis-penulis aliran reformasi, Cina DAP dan penyokong PAS. Begitu juga penulis-penulis blog aliran PKR dan DAP. Seperti biasa, penulis blog yang bersukukan BN juga berkecenderungan serupa.

Mengapa kita memilih untuk menutup telinga sebelah walhal kita dibebaskan untuk menimbang kedua-dua belah pihak?

Mengapa agaknya Allah memberi kita 2 belah telinga? Mungkin untuk kita menimbang kedua-dua pihak sebelum membuat keputusan.

Mengapa agaknya Allah mengurniakan kita 2 biji mata? Mungkin untuk kita membaca kedua-dua pandangan sebelum menjatuhkan keputusan; pihak mana yang benar.

Mengapa Allah mengurniakan kita 2 bahagian otak? Mungkin untuk kita berfikir baik atau buruknya satu perkara.

Oleh itu, mengapa kita hanya berfikir satu hala, mendengar dengan satu telinga dan membaca satu aliran? Marilah kita raikan kepelbagaian di dalam dunia politik Malaysia.

Harimau menulis begini adalah untuk menyatakan rasa tidak setuju di atas pandangan insan-insan yang mahukan semua penulis blog didaftarkan dan didedahkan identiti bagi mengelakkan penembak curi dan pelanggaran etika dalam penulisan. Tidak pernahkah mereka menambil ikhtibar dari kata-kata Saiyidina Ali R.A.?
"Dengar Apa Yang Dikata Bukan Lihat Siapa Yang Berkata"

Nyatalah, mereka hanya menggunakan satu bahagian otak dan sebelah mata dan telinga. Kasihan.

Harimau: akan mendedahkan identiti di atas kemahuan sendiri. Cukup-cukuplah memaksa.

Sudahkah UMNO ditempeleng?

Pak Karamu: Pada pandangan saya hanya ada satu jalan sahaja iaitu hijrahkan UMNO dari semangat bangsa kepada dasar islam dan saya yakin islam itu boleh dan mendapat jaminan daripada Allah, jika kita yang sudah islampun tidak yakin dengan islam itu boleh maka lebih baik kita tidak usah mengakui sebagai seorang islam, di mana keimanan kita kepadaNya? { ummi hanni memetik di sini }

Mungkin kata-kata Pak Karamu itu benar tetapi tertanya pula di benak, bagaimana pula DAP mahu di "Islam" kan? Jangan asyik bercerita perihal jiran sedangkan anak sedang berzina di bilik belakang (sekadar metafora). Jangan ulangi kesilapan pemimpin UMNO mutakhir. Harimau fikir, kita sorot sedikit perihal kekuatan dan kelemahan parti UMNO.

Biar Harimau mulakan dengan persoalan ini, mengambil contoh sebuah kereta lumba Ferarri yang paling laju di dunia yang gagal memenangi sebarang perlumbaan sepanjang tahun. Menurut data teknikal, sememangnya tiada pesaing terdekat atau paling hampir dengan kehebatan Ferarri namun kegagalan memenangi perlumbaan adalah kesalahan pemandunya.

Soalan Harimau, adakah kita akan menukar kereta atau pemandu? Tentunya pemandu.

Seperti UMNO, dasarnya agak bagus dan sifatnya yang perkauman adalah tuntutan biasa mana-mana parti yang berteraskan sesuatu kaum. Ia sama dengan mana-mana parti lain seperti MIC, MCA dan sebagainya. Konsep ini bukan baharu malah telah bermula sejak sebelum merdeka.

Tanyalah Anwar Ibrahim, adakah beliau akan menentang UMNO jika beliau tidak diaibkan oleh Tun Mahathir dahulu? Percayalah, jawapannya adalah "Tidak sama sekali".

Masalah pokok UMNO adalah sikap. Sebutlah apa sahaja sikap-sikap Mazmumah maka ia terlalu sinonim dengan UMNO. Sebutlah apa sahaja jenayah, maka pemimpin-pemimpin UMNO mutakhir tidak lari dari dikaitkan. Itulah kesilapan dan kelemahan UMNO yang paling nampak dan besar.

Bagaimana pemimpin UMNO mahu mencari kekuatan diri sedangkan kelemahan itu adalah diri pemimpin itu sendiri? Umpama mata yang celik namun tidak mampu memandang dirinya sendiri melainkan dengan bantuan cermin.

Pakatan Rakyat semakin kuat dan hebat kerana mereka respon kepada permasalahan rakyat. Rakyat rasa amat dekat dengan Pakatan Rakyat dan rasa terpinggir dengan UMNO yang bersifat bangsawan dan elit.

Peng"Islam"an UMNO bukan perkara pokok kerana UMNO itu majoritinya Islam cuma seperti biasa, UMNO sering dilihat gagal dalam pelaksanaan bukan sahaja dalam parti malah dalam pentadbiran kerajaan. UMNO tempang dalam memperjuangkan isu hudud namun perkara yang serupa juga telah mula berlaku di dalam Parti PAS. Kerana apa? Kerana Melayu memang terkenal dengan sifat tolak dan ansur.

Kesimpulan mudah adalah, UMNO tidak lemah tetapi sedang mereput kerana terlalu menguna-pakai kelemahannya. Umpama budak tadika, tidak akan sedar bahawa kenakalan mereka terlalu jelik sehingga lah ditampar dan ditempeleng di muka.

Sudahkah UMNO ditempeleng?

Bebudak Kalau Dah Dapat Duit....

"Saya dok (tidak) fikir perlukah ada Puteri dan Putera kerana lagi ada Puteri dan Putera banyak lagi duit dok main. Saya juga memikir barangkali Pemuda dan Wanita juga perlu dipertimbang (untuk dimansuhkan). { sini }

Dalam kepala otak Harimau, MUNGKIN ada 4 mesej terselindung dari kenyataan Tengku Ahmad Rithauddeen itu.
  1. Memanglah wujud rasuah dalam UMNO tetapi yang paling heavy adalah dari golongan Putera, Puteri, Pemuda dan Wanita UMNO.
  2. Disebabkan 4 sayap UMNO ini mentedarah duit, kami yang otai-otai ini tak dapat apa. Habuk puk tarak. Macamana kami mahu bersara dengan aman?
  3. 4 Sayap UMNO ini tidak pandai main duit, sebab itu banyak yang kantoi. Lepas ni, biar kami orang lama pula yang ajar macamana nak deal dengan duit.
  4. Budak-budak...tak boleh pegang duit banyakkkk {style Haji Bakhil}

Jadi, pengajaran yang kita dapat ialah "Sayangilah golongan warga emas".

28.1.09

Tidak Perlu UMNO Untuk Berbicara Perihal Bangsa Sendiri

Mungkin ramai yang menganggap Harimau terlalu UMNO untuk berbicara hak dan keistimewaan bangsa Melayu walhal Harimau cuma dambakan jaminan sambil bersuara atas tiket manusia beragama Islam berbangsa Melayu di bumi Malaysia. Dalam soal ini, sila letak tepi perihal siapa UMNO, siapa PAS atau siapa PKR. Janganlah asal sebut Melayu, ini agenda UMNO. Merdekakan minda kalian.

Kenapa kita sering mencampur-adukkan politik dalam semua hal?

Jika kita menonton siaran RTM lewat malam tadi (saya lupa tajuk nya) yang menjemput 3 panel; seorang Pensyarah banggali, seorang Professor berbangsa Tionghua dan seorang tak tahu apa bangsanya, tentu kita sedar apabila Profesor berbangsa Tionghua itu mendabik dada bahawa Cina zaman moden berani dan sudah mencari rezeki di Taiwan dan China dan ramai yang berjaya membawa balik kekayaan dan kesenangan. Malah, tambah beliau jika beliau ada kesukaran, hanya satu panggilan sudah memadai untuk menyambungkan beliau dengan puluhan ribu warga Malaysia berbangsa Cina di sana. "Untuk apa merebut potongan pai yang telah ditentukan hak?" katanya.

Itu kebanggaan beliau perihal bangsanya.

Kita bercerita pula hal bangsa kita.Bayangkan anda yang berkulit sawo-matang dan berbangsa Melayu, terdapatkah lagi negara yang didominasi Melayu yang boleh kalian bergantung harap?

Jika kalian kata "Ya" kerana mengambil kira Brunei atau Indonesia, kalian memang hebat. Tetapi, berapa kerat pula yang sehebat kalian?

Kita tidak perlu zalim dan kejam kepada bangsa lain hanya untuk menyuap anak bangsa sendiri, kita tidak perlu punah untuk sedar, tidak perlu jahanam untuk nampak. Cukup sekadar kita tanya diri, adakah aku akan dilayan sebegini rupa jika aku disamaratakan? Kalau tidak pun, sebaik yang diterima bangsa bukan bumiputera ketika ini?

Bukan Harimau tidak mahu atau bacul untuk bersaing, malah sudah pun bersaing; cuma kita berfikir tentang jaminan. Soalan asal yang Harimau ajukan, apakah jaminannya?

Ingat! Kita memang SATU Bangsa Malaysia namun ia tidak begitu di atas kad Pengenalan kalian.

Terlanjur berbicara, suka Harimau menjawab seperenggan komentar:
apa salah bangsa lain yg jadi warga negara d negara ini. ko mungkin x mengerti tp cukuplah ko mengandaikan ko lahir sebagai bangsa non malay d negara ni. salahkah mereka? salah kah mereka dilahirkan sebagai non malay dan krn itu harus dinafikan hak2 sebagai bangsa bukan melayu ? { sini }

Tuan,

Harimau tidak berbicara hal bangsa lain apatahlagi mahu hak mereka dinafikan. Kita mungkin bersedia untuk bersaing sama paras dan sama getir dengan sahabat kita bukan-bumiputera, cuma anak bangsa kita yang masih keciciran perlu juga kita fikirkan. Sebab itu hal-hal jaminan, undertaking letter, formula kepimpinan dan pengagihan kekayaan yang Harimau bangkitkan. Kamu mungkin peguam atau Doktor atau seorang professional yang hebat, tetapi bagaimana pula dengan adik-adik kita yang gagal SPM, PMR, buta huruf dan miskin tegar? Jika nasib kalian TELAH diperjuangkan pemimpin-pemimpin lalu (kalau tidak pun pemimpin mutakhir), mengapa kita mahu lalai dalam memperjuangkan nasib anak bangsa kita yang terkemudian?

Benar, kita perlu berhijrah dan berubah. Untuk apa berhijrah ke arah yang tidak pasti? Ke arah yang risikonya adalah kehancuran?

Melayu sememangnya bermentaliti tongkat. Namun tongkat yang ada pada kamu mungkin besar ertinya pada mereka yang buta. Ia tidak perlu dibuang tetapi perlu disimpan.

Akhir qalam, kita boleh bersaing tanpa meminda apa-apa yang telah termaktub. Kita mungkin tidak perlu semua itu tapi manalah tahu ia amat penting bagi anak bangsa kita yang terkemudian.

"Cabaran orang dahulu adalah penentangan bangsa asing manakala cabaran orang sekarang adalah penentangan anak bangsa sendiri" Harimau Menaip, 2009.

27.1.09

Sebelum Keistimewaan Melayu Dikorbankan...

Jika disebut Hak dan Keistimewaan Melayu, akan ada suara-suara yang menentang tanpa memikir impaknya. Walhal, ia 'dicipta' untuk memastikan anak-cucu-cicit kita yang berbangsa Melayu akan terbela nasibnya, periuk nasinya, pelajarannya, kesihatannya dan kekayaannya. Persoalan samada keturunan kita tidak merasa apa-apa, bukanlah perkara pokok dan utama. Secara total, Harimau tidak kaya atau senang hasil dari Dasar Ekonomi Baru namun tidak pula berminat mahu menerajang habis-habisan konsep "Melayu Itu Tuan".

Mungkin, kejayaan di PR di Trengganu bisa diterjemahkan sebagai Melayu sudah bersedia untuk berkongsi secara samarata yang total dengan kaum-kaum bukan Bumiputera. Persoalannya, bersedia kah Melayu secara 100% untuk disamaratakan? Tidak cukup samaratakah kita sekarang?

Sebagai Anak Tanah Ini (the son of the soil), tidak wajar sebenarnya bangsa Melayu yang dipersoalkan. Yang wajar disoal dan ditanya, adalah kaum-kaum bukan Bumiputera. Sekurang-kurangnya, 3 soalan ini:
  • mereka (bukan-bumi) berkata sistem pelajaran mutakhir tidak bagus dan bersifat perkauman, maka apakah formula yang mahu mereka ketengahkan?
  • mereka berkata sistem politik mutakhir berat sebelah dan menzalimi mereka, maka apa bentuk sistem yang mahu mereka jalankan?
  • mereka kata pemberian kontrak berat sebelah dan prejudis, maka minta mereka bentangkan dahulu idea dan formula mereka.

Percayalah, mereka tiada formula yang bagus. Kita yang terlalu bemimpi dan baik hati. Ingat! Yang kita gadaikan adalah keistimewaan Bangsa kita. Sekali tergadai tidakkan mungkin dapat ditebus.

Pernahkah kalian melihat ketidak-adilan pemberian kontrak di syarikat swasta? Langsung tiada ruang buat orang Melayu! Maaf. Ia suatu fakta.

Orang Melayu dicantas hidup-hidup, projek tahap daging di agih kepada kroni "mereka" tanpa segan dan silu. Anak Melayu yang berkebolehan dan berpengalaman di main-main dan dibodoh-bodohkan. Ia terjadi sekarang ketika Melayu mendabik dada sebagai Anak Tanah Ini.

Bagaimana pula jika keistimewaan itu tiada? Tanya mereka dan pinta mereka bentangkan dahulu. Kalau perlu suatu undertaking letter sebagai jaminan, maka ia adalah wajib diminta. Tengoklah betapa menggigilnya mereka menandatangani surat itu.

Janganlah kita menyerupai konsep Malaysian Malaysia yang takut untuk belajar di Sekolah Wawasan! Cakap tidak serupa bikin.

Harimau : takkan Melayu hilang di dunia.

Maaf, Kau Siapa Ya?

Siapa Marina Mahathir yang kepingin mengajak khalayak menghayati Al-Quran? Adakah ini Marina yang sama yang takut hati anak perempuannya dilukai? Adakah ini Marina yang sama yang gemar kondom dijual secara berleluasa?

Mungkin ini Marina yang lain (sekadar bersangka baik) kerana Marina yang lagi satu umpama menyampaikan mesej "Nak taruk anak betina aku takpa, janji pakai kondom!".

Walaupun begitu, sebagai saudara seIslam, bukanlah Harimau yang naif ini mahu menunjuk pandai, tetapi meluahkan rasa jengkel dan mual yang teramat dengan perangai orang-orang yang gemar menunjuk alim. Bak kata Chua Soi Lek, holier than thou.

Adakah kerana tiket pertalian darah dengan mantan PM itu, sudah cukup untuk kita menunduk dan mengangguk-anggukkan kepala tanpa ada sedikit nawaitu mahu menegur kesilapan dan kekhilafan? No way Jose!

Sokong Mukhriz tidak bermakna kita sokong sepupu-sepapat, adik-beradik dan keturunan beliau. Sayang Tun Mahathir, tidak membawa maksud bahawa Tun Mahathir bebas dari dosa. Tang dosa pasti Allah akan balas tetapi tang kebaikan, kami akan kenang.

Golongan Muda hari ini, bukanlah golongan muda yang telah di'set'kan hanya untuk mengangguk tetapi adalah golongan yang mencari sumber kebenaran, mengkaji, menghadam dan mengamalkan. Yang buruk-buruk akan dimuntah, diludah dan diberakkan.

Wallahualam.

26.1.09

Perkhabaran Dari Angin

"Saya menerima sms daripada rakan menggelarkan dirinya WIP bahawa Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin, Datuk Fakir Adam dan Datuk Hamdi akan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat" (PKR). { sini }

Semoga Pak Lah Cepat Sembuh

Patutlah Pak Lah tidak hadir di rumah Terbuka Hari Raya Cina di Wisma MCA siang tadi. Menurut Presiden MCA, beliau dihubungi Pejabat Perdana Menteri pagi tadi dan memaklumkan bahawa Pak Lah kurang sihat.

Kita doakan Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia cepat sembuh dan dapat kembali menerajui negara.

Adakah penyakit itu angkara Dato' Nasa? Wallahualam.

Belum Confirm : 3 Ahli Parlimen Akan Melompat

Tapi yang syok bila dia kata..”Hang jangan cerita kat orang…ada lagi tiga!” OK la…aku tak cerita kat orang. { sini }

Itu sumber Matsamankati tetapi lain pula bunyi sumber Harimau Menaip. Khabarnya, bukan 3 ADUN dari Perak yang lompat parti tetapi Ahli Parlimen dari Negeri-negeri lain. Menurut sumber rapat dengan tuan punya badan yang ingin melompat, Ahli Parlimen tersebut memang die hard fan UMNO dan mempunyai ribuan penyokong. Berkali-kali sumber Harimau menasihatkan bahawa jangan siarkan berita ini kerana belum confirm tetapi Harimau tidak kira.

Di sini ingin Harimau dedahkan khabar angin dari sumber Harimau mengenai siapa Ahli Parlimen tersebut. Ahli Parlimen pertama adalah Ahli Parlimen Kepala Batas, yang kedua adalah Ahli Parlimen Pekan dan ketiga adalah Ahli Parlimen Rembau. Kemungkinan mereka akan melompat pada hari yang sama.

Pelik kan? Habis tu, siapa nak jadi PM bulan Mac nanti? Aku jugak ke?

Harimau : mereka bukannya melompat tetapi terloncat agaknya bila dengar berita ADUN lompat parti...

Apa? Ada Game Lagi?

tempat landing lompat jauh


Perak bakal digegar lagi... Sepotong kek berkrimkan tahi bakal di baling ke muka-muka mereka yang pernah berkata "Setakat seorang lompat, mana ada rasa!".

Harimau setia menunggu hingga lewat petang samada benar perkhabaran yang dibawa arus elektrik komputer terus ke monitor Harimau { sini }. Nampaknya, semakin hari semakin bergelora pentas politik Tanah Melayu sambil ditonton oleh orang-orang Cina, India, Murut, Kadazan, Bajau, Banjar, Jawa dan sebagainya.

Semalam mungkin ramai yang telah bersorak dan membuat 'ombak' tetapi dengar cerita petang ini akan lebih dasyat lagi.

Tunggu!!!!

Yang Hebat-Hebat Buat Malaysia

Tahniah kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana menerima seorang lagi anak buah dari negeri Perak. Terus-terang, Harimau tidak mengenali siapa dia Datuk Nasa namun mendoakan yang hebat-hebat sahaja buat beliau. Harimau tidak hairan dengan isu lompat kerana ia adalah hak seorang pemimpin/YB untuk bernaung di bawah mana-mana entiti yang disukainya.

Apa yang Harimau nampak, UMNO adalah ibarat kilang menghasilkan pemimpin. Sepanjang tempoh "production"nya, telah 2 pemimpin Agung lahir iaitu Tun Mahathir dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Belum ada mana-mana pemimpin keluaran UMNO yang dapat menandingi karisma dan kepimpinan 2 nama besar tadi.

UMNO tidak boleh menidakkan impak yang bakal berlaku atau terhasil dari perpindahan/lompatan Dato' Nasa kerana bagi rakyat, mereka sedang tertanya-tanya dan mencari jawapan samada benarkah UMNO sudah mereput dan bakal terpupus?

Setidak-tidaknya, rakyat akan bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku samada Kepimpinan negara yang paling atas bertukar dengan individu sama parti iaitu UMNO atau ditukar secara total dan digantikan dengan kepimpinan Pakatan Rakyat. Walaupun apa kemungkinan yang bakal terjadi, kita doakan yang hebat-hebat sahaja buat Malaysia.

Sesungguhnya doa adalah senjata buat mereka yang beriman. Agak-agaklah, adakah Dato' Nasa cukup jantan untuk menawan Bota sekali lagi tetapi di atas tiket PKR? Kalau ada jantan bagus tapi kalau tiada jantan, terbuktilah bahawa beliau hanya pemimpin lulusan Universitas UMNO yang biasa-biasa sahaja.

25.1.09

Pemuda : Tugas Seorang Ketua Umpama Pecacai

Golongan muda mendesak lima perkara utama dilaksanakan oleh kerajaan iaitu biasiswa, kemasukan ke universiti yang lebih baik, pengangkutan awam yang cekap, kemudahan asas dan yang terakhir kemudahan sukan serta rekreasi yang baik. { sini }

Arakian, sekonyong-konyong (pinjam ayat Anwar) Ketua Pemuda parti politik Malaysia (tidak kira PAS, UMNO atau PKR) wajib menjadikan 5 elemen di atas sebagai agenda utama dalam kempen-kempen dan halatuju Pemuda.

"Yang sedihnya tidak ada mana-mana calon atau pemimpin politik yang mengambil kisah perkara ini dalam ucapan dan kempen mereka," kata Abu Hassan.

Mungkin Ketua Pemuda hanya leka berdemonstrasi, perasap keris, membilang untung rugi kontraktor, bercinta dengan golongan Puteri atau survey kereta baru yang mahu dibeli? Jika benar, maka hentikan.

Ahli parti kalian tidak melantik kamu untuk melantak. Mereka melantik untuk menjadi pecacai mereka dalam merealisasikan impian-impian anak muda. Dan, sila mulakan bekerja sambil mencari idea-idea baru yang bernas dengan kadar segera.

Selamat Buat Golongan Muda!

Siapa ada Ear-plug?

"Hindraf mempersoalkan integriti, akauntabiliti dan ketelusan pasukan polis dan pejabat AG yang mengeluarkan kenyataaan hanya untuk menenangkan keadaan,," katanya. { sini }

Hindraf ni siapa? Bila dia daftar Pertubuhan? Bingit telinga Harimau dengar suara dia...sakit mata Harimau tengok baju oren dia.. Tolong diam. Hangpa ada dengan tiada pun takde beza. So, lebih baik takde!

Sang Mata-mata pun lambat sangat. Takkan kes macam ni yang melibatkan orang dalam pun lambat? Come-on. Inilah ketikanya mahu PDRM bina reputasi dan kepercayaan. Jam terus berdetik dan jika PDRM terus lengah maka Harimau percaya makin banyak parasit seperti Hindraf akan bersuara.

Tidak hairanlah kes Arwah Nurin Jazlin terus menyepi dibawa kemelesetan ekonomi dunia? Al-Fatihah.

Sembang Ahad : Revolusi Blog Malaysia

Untung menjadi orang tengah (neutral) adalah tidak terkongkong dan bias terhadap mana-mana parti politik. Walaubagaimanapun, orang yang neutral, tidaklah mengosongkan kertas undi asbab tidak tahu parti mana yang mahu diberikan undi. Penulisan yang neutral tidak pula bererti tidak boleh menyokong mana-mana parti. Seumpama talian neutral dari bekalan 3 fasa elektrik, neutral adalah bebas menerima mana-mana fasa tidak kira Fasa Merah, Fasa Kuning atau Fasa Biru. Mungkin bebas juga adalah kata-kunci yang akan membuat kalian faham.

Ini adalah berbeza dengan penulis-penulis yang jelas menyokong parti dan pemimpin kegemaran mereka. Di dunia penulisan blog, Harimau dapat lihat 3 jenis penulisan blog yang tersohor dalam ruang politik Malaysia.
  1. Blog ditulis wartawan/bekas wartawan/ wartawan pencen/ bekas pemimpin.
  2. Blog ditulis oleh penyokong parti pemerintah.
  3. Blog yang ditulis oleh penyokong parti lawan/pembangkang.

Yang mahu dikupas adalah transformasi/revolusi penulisan blog di kategori 2 dan 3. Dahulu, persepsi umum terhadap mereka lebih kurang begini :

- blog ahli/penyokong BN = isi berkisar tentang Anwar, Karpal, Teresa dan lain-lain individu di dalam Pakatan Rakyat. Kebanyakan perkara yang dibangkitkan adalah tidak/kurang membantu mengubah persepsi umum terhadap pemerintah. Rempah-ratus terlalu seacuan dengan apa yang dihidangkan oleh Buletin Utama dan Berita RTM.

- blog ahli/penyokong Pakatan Rakyat = kreatif mencari isu, yang menjadi sasaran adalah UMNO dan Barisan Nasional. Menceritakan perihal masalah pokok seperti rasuah, kronisme, nepotisme dan isu-isu semasa.

Kita harus faham, medan penulisan blog (sosio-politik) adalah medan peperangan politik yang berlangsung 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Apa sahaja yang dicoretkan, akan memberi impak kepada landskap politik negara. Samada suasana politik semakin baik atau semakin buruk, ditentukan terhadap isu, ayat, bukti dan sambutan terhadap blog tersebut.

Namun, setelah tumbuhnya beberapa Kesatuan/Perikatan/Persekutuan penulisan blog seperti Bloggers Network, Bloggers Pembela Negara, Blogawan Wawasan, Team Setiakawan dan lain-lain; peperangan politik di dunia blog semakin menjadi-jadi dan menuju ke arah positif. Secara pantas, persoalan dan kebimbangan rakyat dijawab dengan hujah-hujah yang baik dan bagus. Persepsi tradisional khususnya terhadap penulis blog UMNO/BN semakin berubah. Ia umpama suatu persaingan yang sengit jika diambil-kira dari segi rating, hits, followers dan kupasan isu-isu semasa. Dipercayai, apa sahaja tilikan dan angan-angan keputusan Pilihan Raya yang akan datang boleh berputar 180 darjah ataupun sekadar 360 darjah (tiada perubahan).

Tidak dapat dinafikan bahawa mereka yang membaca blog adalah 10 kali lebih kehadapan berbanding mereka yang mengharap maklumat melalui media arus perdana (kajian peribadi). Cuma, kita sebagai penulis blog harus bersama-sama bertanggungjawab menjaga dan memastikan dunia blog tidak diperkosa dengan carutan, caci-maki dan penghinaan terhadap mana-mana pemimpin dan ahli parti politik. Apatah lagi mencampurkan politik dalam apa sahaja isu-isu semasa. Gaya sebegini sebenarnya adalah mirip dengan gaya berita dari UM (bukan Universiti Malaya tetapi Utusan Malaysia).

Undang-undang ini hanya bisa berubah jika agama anutan kita dipermainkan dan ditonjol-tonjol. Noktah.

Kuiz Hujung Minggu

Adakah Barack Obama membaca dan respon terhadap blog Mohd Ali Rustam? { baca sini }

Pandangan Otai-Otai Kampung

Burrpp...Kenyang setelah selesai makan lauk kenduri kawan di Telok Kemang. Paling meletop adalah Asam Pedas Ikan Tenggiri, sambal udang dan air oren. Namun, bukan itu yang mahu Harimau coretkan. Perbualan dengan otai-otai kampung tersebut yang berkisar politik Malaysia amat memeranjatkan. Secara kumulatif dan rumusan, ia boleh anggap sebegini:

Soalan : Siapa paling layak menjadi PM Malaysia?

Jawapan : Anwar Ibrahim.

Soalan : Parti yang patut diundi dan disokong?

Jawapan : UMNO

Soalan : Bolehkah Malaysia mengharungi kegetiran ekonomi 2009?

Jawapan : Boleh. Najib ada jawapannya.

Soalan : Parti mana yang tidak patut disokong?

Jawapan : DAP

Soalan : Berjayakah Pak Lah mengharungi cabaran sebagai PM?

Jawapan : Berjaya. Tapi pendekatannya lembut. Mahu mentadbir Malaysia kena ganas.

Soalan : Bagaimana dengan MB Negeri Sembilan yang ada sekarang?

Jawapan : Okay. Lagi bagus dari Md. Isa. Tapi kronisme dikatakan kuat di Pentadbiran Mohamad Hasan.

Nampaknya, otai-otai tersebut masih terkesima dengan gaya kepimpinan dan pentadbiran zaman Tun Mahathir- Anwar Ibrahim. Ada seorang sahaja pakcik yang bertanya pada Harimau " Selepas Anwar, wujud lagi kah Pakatan Rakyat?"...

Kali ini giliran Harimau pula terkedu dan terpaku...

24.1.09

Wan Farid Membela Diri

Apakah saya sentiasa meninggi diri? Barangkali pengawal di Masjid Negara boleh juga memberitahu bahawa saya sentiasa membawa kereta sendiri untuk solat subuh dan sunat terawikh kerana dia lah yang menunjuk tempat yang sesuai kepada saya untuk memarkir kereta saya. Atau kakitangan MAS, AirAsia dan Firefly juga boleh mengesahkan bahawa kadang-kadang walaupun semasa menjadi Timbalan Menteri, saya membuat daftar masuk sendiri.


Leka bercerita tentang kemenangan YB Mohd Abdul Wahid Endut, membuat kita terlupa apa untung nasib calon BN yang kalah di Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu. Apa agaknya jawapan beliau terhadap tuduhan-tuduhan dan cakap-cakap yang mengatakan beliau elitis, tidak mesra rakyat, meninggi diri dan tidak mempunyai hubungan baik dengan Allahyarham Datuk Razali.

Semunya dapat diikuti di http://www.wanahmadfarid.com/?p=500

Sana Ketuanan, Sini Ketuanan, Sinun Pun Nak Ketuanan

Justeru beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jadi tidak usahlah disebut ketuanan Melayu sebaliknya sebutlah ketuanan Islam. { sini }

Ketuanan Melayu itu tidak tepat dan diperbaharui dengan Ketuanan Rakyat. Sekarang Ketuanan Rakyat tidak tepat dan digantikan oleh Ketuanan Islam.

Harimau merasakan bahawa ketiga-tiga "Ketuanan" yang ada adalah tidak lengkap dan secara hakikatnya, ketiga-tiga "Ketuanan" itu saling perlu-memerlukan. Ia umpama sang suami yang gersang sedang kehausan belaian isteri tercinta.

Maka, bagi melengkapkannya dan menjadikannya satu Ketuanan Yang Agung, Harimau mencadangkan agar digunakan " Merakyatkan Ketuanan Melayu Berpaksikan Islam".

Apapun, terima kasih kepada Tuan Guru Nik Aziz kerana mencetuskan Ketuanan Islam...yang semakin dilupai ramai.

Wallahualam.

Jangan Cemar Tanah Ini

"Sri Lankan army source speculated that he might be either in some coastal area in between Kerala and Tamil Nadu, or else in Penang, Malaysia. When asked why Malaysia, Army source said civilians are of the view that in Malaysia there are scores of hardcore LTTE supporters and many of them in the Penang state. In that state, there are good number of hardcore LTTErs in the state government and it would be easy for them to keep him in safe houses in Penang.” {klik sini }

Kepada Dato' Seri Anwar, anda perlu menjawab kerana anak buah anda (Timbalan Ketua Menteri II Penang, Prof Ramasamy) telah dikatakan bersekongkol dengan militan pengganas LTTE. Ingat Dato' Seri. Secalit sahaja luka pada anak Malaysia atau secubit sahaja kekecohan yang bakal terjadi di Tanah ini dek angkara LTTE, anda yang akan dicari dan dipersoal.

Ketua Pengarah Imigresen juga perlu menjawab bagaimana Prabhakaran boleh terlepas masuk dan menghirup udara bumi Malaysia nan permai ini. Samada anda sedang tidur atau apa; anda bertanggungjawab sepenuhnya.

Kepada semua, inilah antara bukti dan asbab kenapa DAP perlu diterajang keluar dari landskap politik Malaysia. Harimau mencadangkan agar Mufti membuat fatwa terhadap pengharaman umat Islam mengundi calon-calon DAP.

Menafikan Hak memilih? Persetan sama hak itu. Ia undang-undang manusia dan kita boleh mengubahnya...mengikut selera sendiri.

23.1.09

Usah Mempolitikkan Segala Yang Ada

Gambar di atas ialah gambar mayat mendiang S.Kuhan, 23 tahun yang mati dalam tahanan Polis di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mangsa mati kerana 'penyakit paru - paru berair'. Berdasarkan kenyataan Ketua Polis Selangor mangsa mati mengejut selepas diberi minum air. { sini }

Harimau meminta maaf kerana pekerja-pekerja kilang airmata Harimau sudah bercuti sempena Tahun Baru Cina dan atas sebab itulah kurang airmata yang berguguran di atas berita ini. Mungkin Penyelia bahagian production sudah mengajar anak buah mereka agar meng"khas"kan pengeluaran airmata buat Rakyat Palestin dan saudara seIslam yang menderita di seluruh dunia. Dek terlalu banyak airmata yang tertumpah ketika melihat kekejaman Israel, ia agak kurang apabila melihat berita kekejaman yang lain. Ini adalah jawapan Harimau terhadap soalan dari pembaca blog Harimau Menaip yang dikirim melalui emel.

Tok, mengalir airmata saya bila tengok gambar kematian OKT. Tok tak nak komen apa2 ker?

Walaubagaimanapun, Harimau tetap bersimpati dan menumpang rasa sedih bersama keluarga mereka di atas kehilangan Mendiang.

Cuma, usahlah kes sebegini dipolitikkan. Rasa mual dan muak dengan tuduhan-tuduhan terhadap parti politik khususnya UMNO semakin menjadi-jadi terutama apabila terbaca komentar pembaca di blog Chegubard yang berbunyi :
it's a anti indian war started in malaysia ! UMNO is using police fuckers to kill indian...a big disaster waiting for UMNO idiots..indians are not angry wt malay or other race but wt Umno n Police { sini }



Tertanya di kepala; mengapa MIC tidak dituduh walhal mereka juga sebahagian daripada Barisan Nasional? Tolong letakkan politik di raknya dan kemanusiaan di tempatnya. Jangan campurkan kerana tidak mungkin minyak kan bersatu dengan air. Berfikirlah dengan rasional dan buka mata seluas-luasnya dan bijaklah dalam membezakan yang mana politik, perkauman dan isu agama.

Jangan nak tembak semacam sahaja.

Tetapi tertanya juga benak Harimau, kesan-kesan pada badan Mendiang itu, adakah dari kesan paru-paru berair atau kesan kudis buta? Biar betul PDRM ni.

tambahan jam 8:40 : Harimau ingin tambah dan menjawab komentar dari Aku Oku yang berbunyi :

dato harimau pernah pi demo atau pernah kena jadi OKT atau kena soal siasat di bwh ISA?. kalau pernah pasti tahu kalau tak pernah kami nak bagi tau kebanyakan polis yg mcm samsing dan berperangai lebih dari binatang tu adalah Melayu yg mengaku Islam.

dah memang polis ni dibwh kerajaan BN yg diketuai oleh united malay national organisation. MIC dan MCA mana ada power semua org tahu.....

tak pelah kalau tok rimau tak de air mata lagi... Nabi SAW suruh kita hormati jiran tak sebut pun apa agama dan bangsanya, JIRAN....

Tuan Oku, Harimau bukan tiada simpati atau terlalu kejam. Apa yang tersirat dari penulisan Harimau adalah, di kala ini terlalu banyak pencabulan hak, kezaliman dan pembunuhan. Sebagai manusia yang mempunyai keupayaan yang terhad, tentunya Harimau tidak mampu untuk menangisi semua penderitaan yang ada kerana terlalu banyak airmata yang telah tertumpah ketika membaca penderitaan Palestin.

Peguam Negara juga dikhabarkan telah mengesahkan bahawa ia adalah bersifat atau suatu kes pembunuhan! Maka, Harimau MENYOKONG tindakan untuk mengheret pembunuh- pembunuh tidak kira mereka dari PDRM atau siapa sekalipun.

Cuma, janganlah semua yang buruk disumbatkan ke dalam dunia politik. Itu yang cukup Harimau tidak setuju.

Terima kasih Tuan kerana mengingatkan Harimau.

Wallahualam.

Formula Sembuhkan Mati Pucuk Politik Dalam UMNO



Ketika luka tersebut masih bernanah...diperahnya pula asam limau ke atas luka tersebut ketika Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. { sini }

Bagi Harimau, kalau sudah diperah asam limau tu, sudah kira sedap untuk santapan makan malam. Agaknya, UMNO memang kena ratah lah lepas ni.

Mahu atau tidak mahu, pencarian formula memperkasakan UMNO yang mati pucuk menjadi prioriti. UMNO dengan taktik zaman batunya sudah gagal menembusi selera rakyat khususnya golongan muda. Biarlah diatur dan dicanang kemajuan dan pembangunan yang dikhabarkan atas titik peluh UMNO, ia hanya menjadi bahan senda gurau orang bawahan.

UMNO perlu lebih berani dan terbuka. Tidak berdosa rasanya jika ditiru formula Pakatan Rakyat. Ini bukannya peperiksaan SPM dan meniru tidak menjadi kesalahan. Cuma, adakah pemimpin-pemimpin "Glokal" UMNO rela memenuhi selera orang bawahan? Ingat! UMNO sudah mati pucuk. Bersetubuh setiap jam pun belum tentu masuk dan terpancut (sekadar metafora). Setiap pandangan dan pendapat wajar diperhalusi dan diambil-kira.

Suatu pentas untuk berdebat dan berbahas dengan pemimpin-pemimpin atasan Pakatan Rakyat menjadi wajib ketika ini. Tinggalkan pemimpin tiada telor yang sering meminggirkan diri dari berdepan dan bersemuka dengan pemimpin kelas atas Pakatan Rakyat. Di kala ini, ruang buat pembangkang juga 'terpaksa' dibuka selebar-lebarnya di Media Arus Perdana. Hentikan propaganda tahap najis dan taksub. Sebarkan keseimbangan berita di Media Arus Perdana.

Berbalik kepada cadangan Debat Terbuka antara pemimpin UMNO/BN dengan pemimpin Pakatan Rakyat, carilah pemimpin yang bijak berpidato, bernas idea, panjang akal, bermaklumat dan berwawasan bagi memastikan kemenangan hujah-hujah. Ingat! Bidang ini adalah makanan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Berkempenlah seperti setiap hari adalah hari Pilihanraya Kecil. Jangan jadikan kempen itu bermusim. Kreatif dan tuntas dalam mencari tajuk dan bahan kempen yang baru.

Rehatkan idea-idea lapok seperti Amanat Haji Hadi, Ketuanan Melayu, Isu Babi, Isu Kereta Kerajaan Negeri; kerana rakyat sudah faham dan mual dengan berita dan cerita yang diulang-ulang.

Ada berpuluh lagi pendapat dari Harimau tetapi cuba buat yang ini dahulu. Kalau yang ini pun tidak mampu, potong sajalah 'anu' yang mati itu dan bagi sahaja kucing makan. Sekurang-kurangnya ada juga manfaat 'anu' tersebut.

Harimau : agak-agak, mereka makan nasihat tak?

22.1.09

FAM Perlu Nafas Baru?

Selepas menonton Buletin Utama tadi yang memaparkan kehandalan pasukan bolasepak Kebangsaan yang membenarkan dan meredhakan kepala dipijak UAE sebanyak 5 kali tanpa balas, Harimau terasa terpanggil untuk mengajak kalian semua berfikir dan memberi pendapat.

Seandainya kita mengamati kecenderungan gergasi bolasepak dunia, jika prestasi pasukan bolasepak mereka merudum, pasti akan ada individu yang akan 'diterajang' keluar. Individu itu kalau tidak pemain, pasti Pengurus. Kalau tidak Pengurus, pasti jurulatih. Kalau tidak jurulatih, pasti Ahli Lembaga Pengarah dan seterusnya, sehinggalah membawa kepada pengambil-alihan pasukan tersebut oleh entiti yang lebih berduit.

Yang menariknya, panel penasihat, pengurusan paling atas dan barisan eksekutif seringkali terdiri daripada mereka yang arif dan telah lama bergelumang dengan dunia bolasepak. Mereka tidak dari kalangan politikus ataupun seorang bangsawan.

Situasinya berlainan di Malaysia. Merujuk laman web FAM { sini }, barisan pengurusan atasan dan eksekutif-eksekutif adalah terdiri dari mereka; yang berasal dari bidang BUKAN bolasepak. Kalau ada, mereka bukanlah berstatus bintang. Struktur organisasi FAM, ada yang seorang Raja (ampun Tuanku), seorang politikus, usahawan dan lain-lain.

PRESIDENT: KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in BillahIbni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah

DEPUTY PRESIDENTS:
Dato’ Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad
YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar
VICE PRESIDENTS:
Dato’ Haji Che Mat Jusoh
Affandi Hamzah
Haji Ahamad Mohamad
Dato’ Kapt. Gulzar Mohamad
GENERAL SECRETARY:
Dato’ Azzuddin Ahmad

TREASURER:
Dato’ Cheong Keap Tai

EXCO MEMBERS:
Dato’ Abdul Aziz Abd Rahman
Dato’ Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar
Dato’ Othman Haji Abd Aziz
Hamidin Mohd Amin
Haji Ibrahim Shamsudin

Harimau tidak mahu mendesak sesiapa untuk turun tetapi sedarlah bahawa selagi FAM berterusan 'syok-sendiri', selagi itulah pasukan bolasepak Malaysia akan bermain untuk dibelasah.

Bagi Harimau, kalau nak jaga rakyat, jagalah rakyat. Nak jaga pengundi, jagalah pengundi. Tidak payahlah sibuk-sibuk nak jaga bolasepak. Semakin terlungkup nampaknya.

Harimau tidak mendesak, cuma mengajak kalian berfikir demi kebaikan bolasepak. Pasukan Harimau Malaysia mesti diterajui oleh mereka yang berhati Harimau!

Harimau : Kalian boleh mengundi di sebelah dengan memberi pendapat siapa yang patut disingkirkan dari FAM. Selamat mengundi!

Rembau Tiada Baitulmal, Yang Ada Kedai Nombor Ekor?


Dah miskin sangat ke Baitulmal sehinggakan orang Melayu yang susah di Rembau pun terpaksa menerima ehsan Magnum? Sadis apabila Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau turut menyokong program sebegini. Adakah ini semua disebabkan kekecewaan KJ terhadap Baitulmal sebagaimana kenyataannya sebelum ini Baitulmal Jangan Pilih Kasih, sehingga beliau merelakan bantuan daripada Magnum Corporation? {klik sini }
Jahanam. Memalukan. Team Setiakawan, ada apa-apa komentar? Team Berani Berubah, ada apa nak tibai?
Jangan penerima bantuan tu kata "Syukur atas rezeki Allah yang halal ini" sudah le.

Usah Biar Politik Membentuk Kita

maaf pada Tuan punya gambar. (lupa sumber)



erm...sang harimau ni pro-mahathir kn?bole bgtau kepada kami tak,apa jasa yang telah dibuat oleh mahathir hingga sang harimau mengidolakan dan mendambakan beliau sedemikian rupe?hinggakan mahu legasi kuku besi mahathir diteruskan melalui mukhriz...dan juga dasar penswastaan utiliti negara dan perkhidmatan yang mengakibatkan dasar kapitalis semakin menguasai kerajaan...mengakibatkan kebajikan utk rakyat mula pudar dan hilang terus di malaysia ini..atas dasar utk mempercekapkan perkhidmatan yang diberikan...ianya tak dirasai dahulu sewaktu fasa awal pelaksanaannya..tapi mula dirasai 3 tahun kebelakangan ini.. { komentar dari asparados di sini }

Harimau bukan pro-Mahathir apatahlagi anti-Mahathir cuma 5/6 dari hidup Harimau dari zaman Mahathirisme. Harimau sememangnya menghormati Tun namun tidak bermakna Harimau adalah pecacai dan balaci Tun Mahathir. Biar Harimau terangkan serba sedikit pandangan Harimau di sini.

Pada tahun 1998 sehingga sekarang, Harimau tetap tidak bersetuju Anwar Ibrahim diaibkan sebegitu rupa walaupun Harimau tidak langsung tahu kesahihan tuduhan-tuduhan dari Tun dan Kerajaan.

Bagi Harimau, benar atau tidak tuduhan tersebut, sesorang insan tidak wajar dihambat dan dibelasah bertalu-talu dengan pengaiban dan tuduhan sebegitu rupa. Sehingga sekarang, Harimau tidak tahu sehingga berapa ratus tahun lagi Anwar Ibrahim terus dihujani tuduhan-tuduhan yang serupa. Bagi Harimau, Harimau hanya akan percaya dan yakin apabila terbukti depan mata kepala Harimau bahawa kemaluan Anwar menembusi lubang mencirit individu yang lain (maaf, kasar sikit).

Jika tidak, kita yang tidak nampak dan tidak layak menjadi saksi kes tersebut, usah mengundang dosa besar dalam bersubahat memanjangkan fitnah-fitnah itu. Full Stop!

Berbalik kepada persoalan melanjutkan legasi kuku-besi Tun Mahathir dengan sokongan kepada Mukhriz, jika diamati dengan dalam, Mukhriz hanya tersenarai sebagai "Menteri Kewangan" dan bukan Perdana Menteri. Bagaimana pula seorang Menteri Kewangan boleh menidakkan kebajikan rakyat?

Diringkaskan cerita secara rumusan, sememangnya Tun tidak maksum dan ada berbuat kesilapan, kekejaman dan kesalahan. Namun, kita bukannya Tuhan dalam menghukum Tun Mahathir tanpa ada sedikit pertimbangan di atas jasa-jasa besar beliau kepada negara. Cubalah menjadi manusia yang pemaaf dari menjadi manusia kejam. Kita kata beliau kejam sedangkan kita juga kejam dengan tidak memaafkan.

Jadilah insan yang neutral dan tidak terbelenggu dengan kebahalolan prinsip kepartian yang bukan-bukan. Biar kita yang membentuk landskap politik dan bukan politik yang membentuk kita.

Ada bagus dalam UMNO,

Ada bagus dalam PAS,

Ada bagus dalam PKR,

Carilah titik persamaan dan tutuplah perbezaan.

Sesungguhnya kita dari rumpunan yang satu.


Salam penuh neutral.

21.1.09

Tersilap Kata Kunci

Jika ada kabilah yang tidak bersetuju dengan ketuanan rakyat dan masih termimpi-mimpi ketuanan Melayu dengan memakai topeng baru - mereka wajib dikenal pasti untuk dibungkus oleh ombak sejarah ketuanan rakyat. { sini }

Fuh. Berapi betul tulisan Hishamudin Rais di Malaysiakini. Semacam tidak pernah ada yang bagus dengan orang Melayu. Harimau tidak mahu komen terlampau dalam penulisan beliau. Beliau cuma menggunakan hak beliau sebagai rakyat Tanah Melayu...ooppss...Malaysia.

Cuma, Harimau sedikit kabur perihal penentangan secara total dan keras terhadap perjuangan memartabatkan Bangsa Melayu di bumi tanah tumpah darah mereka sendiri. Malaysia di penuhi dengan pelbagai bangsa dan di 'majoriti' kan oleh Melayu, Cina dan India (Semenanjung). Pernahkah kita tertanya :
  • Dalam dunia, terdapat negara China yang didominasi oleh Bangsa Cina.
  • Dalam dunia, terdapat negara India yang didominasi oleh Bangsa India.
  • Salahkah Melayu mempunyai negara mereka yang pertama di dunia ini?

Harimau terkadang kabur apabila dikatakan konsep "Ketuanan Melayu" terlalu perkauman dan menindas bangsa lain. Jika diamati secara dalam, semua orang; tidak kira bangsa boleh mengecapi nikmat sebagai Bumiputera dan Melayu. Tidak pernahkah kita lihat dan dengar :

  • seorang India Muslim mendapat keistimewaan taraf Bumiputera.
  • seorang Cina Muslim mendapat keistimewaan taraf Bumiputera.
  • Adakah masuk Islam sama dengan Masuk Melayu? Rasanya YA.

Kawan Harimau yang berbapakan seorang Cina Baba, menikmati keistimewaan sepertimana yang dikecap oleh Melayu melalui bantuan MARA. Di Port Dickson, pernah ada Pengerusi mesyuarat UMNO cawangan yang berketurunan India. Mengapa mereka boleh? Bukankah Ketuanan Melayu itu adalah satu pintu yang terbuka?

Pernahkah kita bertanya kepada orang Cina atau India atau Benggali sekalipun, adakah mereka akan berkongsi kenikmatan dan kewarganegaraan di Tanah ini jika mereka menjadi penduduk asal?

Tak salah bertanya pada mereka bukan? Selepas itu, tengoklah mereka secara tiba-tiba menjadi gagap ketika menjawap.

Kita yang pandai ni, takkan tidak dapat mengagak jawapannya? Harimau sudah banyak kali bertanya dan banyak kali melihat reaksi mereka.

Akhir qalam, Ketuanan Rakyat itu betul begitu juga Ketuanan Melayu. Mengapa kita mahu bertelagah dan menjahanamkan negara? Perpaduan...itulah kata-kunci yang sebenarnya.

Harimau : hanya merasa nikmat diskaun 10% sebagai Bumiputera ketika membeli rumah...

20.1.09

Barisan Malaysia Perkasa

Jika mahu Malaysia perkasa, barisan kepimpinan Malaysia perlulah diperkasakan dahulu. Pemimpin wajar dari mereka yang boleh memimpin. Setelah ditambah dan ditolak, mungkin Kabinet Malaysia Perkasa perlu begini:

Perdana Menteri Malaysia : Anwar Ibrahim

Timbalan Perdana Menteri Malaysia 1 : Abdullah Badawi

Timbalan Perdana Menteri 2 : Hadi Awang



Menteri Kanan 1 :Husam Musa

Menteri Kanan 2 : Muhyiddin Yasin

Menteri Kanan 3 : Lim Guan Eng



Menteri Pelajaran : Khairy Jamaluddin

Menteri Agama Islam : Nik Aziz

Menteri Asas Tani : Salehudin Ayub

Menteri Perumahan : Tien Chua

Menteri Wanita : Nurul Izzah

Menteri Kewangan 1 : Mukhriz Mahathir

Menteri Kewangan 2 : Khalid Ibrahim

Menteri Kewangan 3 : Loke Siew Fook



Menteri-menteri lain:


  • Shahrizat Jalil

  • Saifudin Nasution

  • Razali Ibrahim

  • Syamsul Akin

  • Nik Nazmi

  • Harimau Menaip

Adalah beberapa nama yang hebat-hebat yang perlu mendapat persetujuan dan verifikasi dari PM, TPM 1 dan TPM 2.

Harimau : lain macam je nama terakhir dalam senarai menteri tu?

19.1.09

Tan Sri Sedang Mengigau Atau Meracau?

Tidak dapat tidak, pasti ada kelemahan dalam mana-mana pilihanraya kecil walaupun jentera parti bekerja keras siang dan malam. Tetapi mungkin ada isyarat yang perlu diberi perhatian dengan serius. { sini }

Harimau tidak tahu samada Tan Sri Muhyiddin 'mengigau' atau sedang meracau-racau. Kenyataan beliau yang berbunyi "walaupun jentera parti bekerja keras siang dan malam" semacam membuktikan bahawa beliau juga dijangkiti sindrom penafian. Sahabat Harimau ada ke sana dan melaporkan bahawa Bilik Gerakan UMNO lengang di waktu petang. Punca? Tidak pasti samada kekurangan wang suapan atau ramai yang lari sokong PR.

Ooopss.. Lupa pula. Ada penyokong BN iaitu dari golongan budak-budak yang berpakaian seragam HINDRAF. Harimau tak pasti samada pakaian oren tu membuktikan mereka pro-HINDRAF atau pekerja PROPEL atau peminat Zahid. Tak percaya ke Tan Sri? Yang kat bawah ni apa?

Harimau : sebelum cakap...pandang dulu kiri dan kanan.

18.1.09

Sembang Kosong : Perihal Golongan Muda


Temujanji Astro Awani telah menjemput YB Khairy Jamaluddin ke studio dan beberapa soalan "suam dan klise" telah diajukan oleh penonton di studio. Yang menarik dan hanya dikesan Harimau setelah selesai rancangan tersebut ialah:


  • Bagaimana Harimau boleh melayan 30 minit penuh rancangan tersebut dan menolak permintaan keluarga untuk menonton Anugerah Juara Lagu. Adakah kerana aura KJ?

  • Terasa kewujudan perasaan sayang apabila seorang individu berbakat dalam bidang politik di hujani pelbagai cerita negatif sehingga ter'endos' pada setiap persepsi rakyat terhadap beliau (Khairy). Samada cerita itu benar atau tidak, itu bukan perkara pokok. Yang utama adalah yang diingini 'mati' akan mati, dan yang disokong akan menang. Itulah agaknya formula majoriti pengamal politik di Tanah Melayu.

  • Tertanya-tanya juga, di mana lagi 2 calon Ketua Pemuda yang bakal bertembung dengan Khairy; kenapa senyap sunyi. Adakah mereka hanya bersuara pada bulan Mac nanti? Adakah isu golongan muda hanya layak diperjuangkan di hari pemilihan?

  • Secara peribadi (maaf), jika dibandingkan dengan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat mutakhir, macam langit dengan bumi.

Harimau bukan sudah 'dibeli' Khairy tetapi bercakap dari hati dan kesedaran yang tiba-tiba wujud. Namun, Mac masih jauh dan apa-apa boleh berlaku.


Secara ikhlas, Harimau pernah merasakan UMNO sudah salah memilih Datuk Hishamuddin sebagai Ketua Pemuda sejak dulu lagi. Harimau tak percaya yang golongan bangsawan boleh memahami orang bawahan. Perasaan itu kekal hingga kini.


Kepada Parti Keadilan Rakyat, tak mahu tukar Ketua Angkatan Muda itu kah? Macam tak berapa nak dasyat je? Atau perlu masa lagi untuk di'groom' oleh DSAI?


Harimau : Hanya pemuda sahaja mengenali dan memahami masalah pemuda.

nota : bukan bertujuan untuk provoke sesiapa apatahlagi mengampu.

17.1.09

Bravo dan Takziah

Dengan kemenangan PAS di Parlimen Kuala Trengganu, nampaknya akan ada satu Pusat Karaoke akan dibuka memandangkan Wan Farid sudah tiada apa hendak dibuat.

Rasanya, keputusan Post Mortem Mac 2008 belum lagi ditelaah, post mortem Permatang Pauh masih dalam proses percetakan; sudah ada tugas baru buat pembedah-pembedah siasat Barisan Nasional. Adakah benar Wan Farid disabotaj?

Kemenangan PAS bukan suatu kejutan kerana sudah diramal Harimau pada pagi tadi { sini }.

Tahniah pada PAS dan Pakatan Rakyat.
Takziah buat Barisan Nasional (sekali lagi). Siapa Pengerusi Pilihanraya Kuala Trengganu ye?

Nampaknya, Putrajaya semakin melambai Anwar Ibrahim. Sesuatu perlu dilakukan oleh semua iaitu :
  • DAP perlu keluar Pakatan (period)
  • BN perlu rombakan besar-besaran.
  • PAS perlu merenung diri.
  • Ezam perlu...bukak semula poster dan bendera kempen. Surat kau dah tak lakulah beb.

Semoga yang baik-baik sahaja buat Malaysia. Jangan lupa kempen memboikot produk ILC!

Salam penuh Neutral,

Harimau Menaip

Menyamar dan Rasuah

Orang akan cakap Harimau bahalol kalau tunggu berita penahanan Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim di Buletin Utama. Memang betul kerana apa yang ditunggu Harimau, semacam tidak tiba. Samada memang tiada atau Harimau terlepas berita tersebut sewaktu Harimau bersolat Isyak; itu Harimau tidak pasti.

Pengerusi Biro Putera Umno Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim telah 'ditahan' oleh sepasukan skuad pemantau PAS daripada Kedah kerana dipercayai menyamar sebagai agen tempat mengundi. { sini }

Yang hairannya, muka ala selebriti Restoran Azhar Maju (top di Seremban) pun nak menyamar? Untuk apa, Harimau tidak berapa nak faham. Kalau nak kata mencari publisiti, rasanya banyak kaedah-kaedah lain yang boleh dibuat seperti mencari gaduh dengan perayu undi atau memakai bedak tebal-tebal macam Datuk Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok.

Dengar cerita, dipercayai dalang disebalik kepala babi di UM hari itu JUGA telah menyamar sebagai seorang India Muslim (bukan Dato' Azeez tau). Kalau betul, memang berbahaya lah penyamaran-penyamaran seumpama ini. Bukan apa, kita bisa terkeliru yang mana sahabat dan yang mana musuh. Lebih mudah berdepan dengan musuh yang nyata daripada musuh bermuka dua.

Ramai juga yang "kurang senang" dengan saranan Harimau di dalam penulisan "Omak Marah Tolak Joki" dan menjelaskan bahawa yang haram tetap haram dan rasuah kan selamanya rasuah.

Itu benar dan betul. Bacalah penulisan itu dari ruang lingkup yang satu lagi. Kita tidakkan mahu tanah air kita tergadai angkara rasuah bukan?

Untuk menyemarakan lagi konflik, api fitnah ditambah untuk mengusutkan lagi hubungan Sultan dan Bendahara. Seorang saudagar bernama Nina Sura Dewana pergi menghantar wang suap kepada Bendahara untuk melindungi kedainya. Bendahara menerima wang suap itu. { sini }

Eh, apa keputusan PRK Kuala Trengganu?

Oooo...Saya tahu tu...Itu huruf Mim

Saya tidak tahu bagaimana pemikiran dangkal seperti ini boleh digunakan untuk membuktikan bahawa hanya bangsa Melayu sahaja yang layak ke UiTM. Kalau begitu, bagaimana kalau arca huruf “Mim” tersebut di belakangnya itu bertukar menjadi huruf “CHA” (untuk Cina)? Atau barangkali mereka harus menukarkan arca tersebut kepada huruf “JIYM” supaya bangsa Jawa (seperti juga Dr. Khir Toyo dan Tan Sri Khalid Ibrahim yang berbangsa Jawa) boleh masuk belajar di UiTM. Kalau beginilah kualiti graduan-graduan UiTM, maka saya merasakan tiada sesiapa pun yang mahu belajar di situ. { sini }

Di blog "Menj:Pendapat Kritis" ada menayangkan satu video yang 'dibintangi' oleh Ketua Pelajar UITM. Komentar Harimau ialah:
  • Kesilapan penggunaan grammar bukanlah masalah buat Harimau kerana itu bukan bahasa ibunda orang Melayu cuma hujah yang digunakan oleh 'bintang utama' video tersebut yang menyatakan bahawa huruf "mim" adalah membawa maksud MELAYU sedikit menjengkelkan.
  • Blogger Menj juga membahalolkan bintang utama video tersebut kerana bagi beliau "mim" pada arca tersebut adalah membawa maksud MARA dan bukan MELAYU.
  • Sekalung terima kasih buat blogger Menj kerana selama ini Harimau ingatkan "mim" itu bermaksud "Mangkuk".

Terima kasih Mara kerana mengangkat maruah orang Melayu. Cuma sedikit memalukan bila anak Mara berdemo hari tu.

Harimau : bukankah lebih baik mamat tu cakap Bahasa Melayu sahaja? Bukankah kita adalah son of the soil?

Result Special Draw KT


Akhirnya, kita berbalik kepada keputusan Ramalan. Setelah menimbangkan beberapa faktor, keputusan PRK Kuala Trengganu dijangkakan:


PAS menang dengan majoriti tipis sekitar 1000 undi.


Namun masih ada masa untuk 'kembar seiras Datuk Seri Najib' iaitu Wan Farid mencipta keajaiban.
Nota : Mana-mana individu yang terlewat untuk ke pusat pengundian dan tidak sempat untuk melaksanakan kewajipan, boleh sahaja mengundi secara on-line di blog Tuan Nobisha. {klik sini }. Dijamin tidak perlu beratur, tiada undi rosak mahupun kiraan undi pos. Mudah dan effisien. Hehehehe..

Omak Marah Tolak Joki

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub mendedahkan Barisan Nasional (BN) hari ini sekali lagi melakukan rasuah politik dengan menghadiahkan RM300 kepada setiap wartawan yang datang ke bilik media milik BN kira-kira sejam yang lalu. { sini }

Wartawan yang bijak adalah wartawan yang ambil duit tersebut dan rakyat yang bijak adalah rakyat yang mengambil duit rebet. Period.

Harimau ada seorang sahabat yang boleh dikategorikan sebagai Reformis. Seperti diduga, muka beliau pasti ada di mana-mana bantahan harga minyak dan termasuk juga yang diadakan dihadapan Terminal One Shopping Centre Seremban.

Yang menambahkan 'respek' Harimau pada dia apabila Harimau terserempak dengan beliau di Pejabat Pos Rahang pada bulan November yang lalu. Untuk apa? Claim duit rebet.

Bila ditanya, tidakkah beliau merasa hipokrit atau munafik dengan berbuat begitu, dengan perlahan beliau menjawab " Omak den marah tolak joki, gilo kau, 625 hinggit tu poiit!"

Sememangnya dia adalah sahabat Harimau yang bijak; sebijak Ezam dan Ibrahim Ali.

Harimau mencadangkan, Ketua Pengarang Harakahdaily dipecat dengan notis 24 jam kerana tidak dapat membezakan antara Rasuah Politik dengan Politik Wang.

Glosari

Omak den marah tolak joki = Emak saya marah jika menolak rezeki.

16.1.09

Selok Spenda Mu Skek

{lawak loghat Trengganu sempena Pilihanraya Kuala Trengganu}

Samekong dan salang sejahtera. Sini saye ade satu cite untuk pengajarang semue. Bagi sape-sape yang nok gi interbiuw dang ade niat nok nippu mase interbiuw tu, ingat- ingatlah cite ni.

Kisoh benar ni tau bukang rekaang!!!Beberape hari yang lepas, satu temuduge kenaikang pangkat telah dibuat oleh saloh sebuoh anok syarikak TNB. Biaselah kang kalu nok naik pangkat mestilah duduk ujiang bertulis dang lepas tu barul! ah ujiang bercakak pulok (temuduga lah tu) test suare lah pulok. Dang dalang rama-rama yang terpilihtu ade tige kawang kite dari Tranung telah dipilih untuk di temuduge.

Kebetulang pulok tige kawang kite ni adelah peserte ketige yang pertame. Ape lagi debor peruk lah kawang 3 orang nih. Kawang yang nombor satu mule la merungut, (kene bace ikut loghat terengganu!).......'Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi, doh bale baru sapa pulok'.Sampuk pulak kawan yang kedue ni.... 'mapuh kite kalu lagu ni... aku doh kecuk perut ni'.Dang bersuare la pulok kawang yang ketige ni dengang berlagok macho seraye berkate 'Mu nok takut bende gok awang eh... Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tok tahu, mu bahang gi la jawap bende pun.... Janji mu jawap doh. Hok mu due ekor ni takut sangat bak pe.... Bukangnye tukang interbiuw tu nok makang mu.

Cer mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control ma! cho lagi'.Tibe mase yang ditunggu-tunggu, make name kaw ang kite yang pertame ni pun dipanggil.Dalam 15 minit kemudian, kawang yang pertame ni pun kuor lah. Ape lagi macang kera kene belacang la kawang nombor due ni dok tanye ape soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi.'Eh awang! menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi???'. awang nombor satu tadi pong jawap, 'Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak doh bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye.... pengerusi TNB yang baru sape name. Aku pung jawaplah Datuk Jamaluddin Jarjis'.Kawang nombor due pulok menyampuk 'Ah sudoh! aku tok reti starang nok sebuk name tu.

Guane nih awang? Aku rase nok terkecing doh ni. Ah! aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak.'Pastu sapok le pulok kawang nombor tige yang berlagok panda nih, 'Bak pe yang mu jadi bodo sangak nih. Jangang tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu nampok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda mu tu. kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buat la gatal kat perut. Pah tu mu kerling la sikit name pengerusi TNB tu'.Ape lagi... kawang nombor due ni pong suke la dengor idea bernas kawang die tu. Tapi die tok tahu yang kawang die nombor tige tu pong panik gok, sebab die pong tok tahu nak sebut macang mane.Name kawan nombor due pun dipanggil.... Dalang 20 minit kawang nombor due tok kuor2 lagi. Kawang yang nombor tige panik doh nape kawang die tu tok kuor2 lagi. 5 minit pah tu, kuor la kawang nombor due ni dengang muke tersenyum. Kawang nombor tige pong tanye la, amende soalang yang kuor, jawap la kawan no due ni, 'Susoh gok soalang die tapi soalang pengerusi TNB tu aku buleh jawap... aku sempak selok spenda aku.

Tukang interbiuw tok nampok aku selok tadi'.Kawang nombor tige ni pong panik la. 'Ah sudoh awang! aku pong sebenor nye tok tahu jugok nok sebuk name pengerusi TNB tu'.Jawap lah kawang no due tadi. ' Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih'Kawan no tige pulok jawap,' Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda!'Ape lagi kelang kabut le kawang kite. Tibe-tibe kawang no satu yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea..... 'Ape bende yang susoh sangat ni awang, mu beri je spenda mu kat die kejap.'Ape lagi bergegas la kawang2 ni pegi toilet untuk berpindoh suor dalang. Tok lame lepah tu name kawang no tige ni pong dipanggil. Dengang semangak berkobor-kobor dan rase confident yang amat sangat kawang kite ni masuk dalam bilik interbiuw tu. Tok sapa 10 minit kawan nombor 3 ni kuor sambil tergaru-garu kepale dengang muke kepelikkang.

Kawang2 die yang dok luor ni tanye la kenape kuor awal sangat?Kata kawang nombor tige, mase ahli panel tanye name pengerusi TNB tu, die jawap je la. Tapi, tok pasa-pasa semue ahli panel suke sampai kang ade yang mengalir-alir air mate tok tahang sangat. Pastu kawang2 ni tanye la, mase ahli panel ni tanye name pengerusi TNB tu, ape mu jawap.

Dengang confident die bagitahu dengan kuat dan lantang................ 'Datuk Calvin Klien'. Rupe-rupenye mase kawang ni berpindoh seluor dalang tadi, kawang yang sorang ni dah terpakai terbalik rupenye yang belakang ke depang, yang depang ke belakang. Name pengerusi TNB kat belakang, name jename spenda tu pulak kat depan. Tergelok besorlah kawang2 yang due orang lagi tu.....Gitulah cerite nye.... spang kederang sunggoh!!!

Atas Tutup, Bawah Nganga?

“Saya cabar Anwar dalam masa tujuh hari untuk mendedahkan bukti isi kandungan surat itu. Kalau dia dapat buktikannya dalam masa tujuh hari, saya akan tinggalkan dunia politik saya dalam masa 24 jam. Sebaliknya, jika Anwar gagal berbuat demikian dalam masa tujuh hari itu, saya cabar dia untuk letak semua jawatannya dalam politik,” tegas Ezam. { sini }

Ezam cakap berpusing-pusing sampai orang naik tak faham. Apahal pula Ezam mahu 'bertaruh' dengan Anwar? Anwar seorang Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, manakala Ezam pula hanya penggantung poster dan 'ashkar' Pilihanraya parti UMNO? Bagi Harimau, ini sudah kes main pair-up, Anwar bertaruh RM 10 manakala Ezam cuma letak Doposen (20sen). Tidak adil dan berat sebelah.

Jangan pusing sangat Ezam. Bukan orang tak nampak bahagian bawah kamu yang ternganga tu.


{gambar hiasan} Atas tertutup rapi, tapi ...{sumber sini }

15.1.09

Lambaian Buat DAP (ala-ala lambaian menghalau)

DAP mengancam untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat sekiranya PAS masih mahu melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika pembangkang menerajui negara ini.{ sini }

Bila nak keluar tu Pal? Jangan lambat sangat. Kitorang pun dah nak muntah bila korang menyemak dalam Pakatan Rakyat tu. Makin lama, makin banyak songeh lak puak-puak kau ni Pal.

Pal, rasanya tak payah lah nak ugut-ugut. Kalau jantan sangat, esok sebelum Subuh DAP boleh angkat kaki. Setakat cakap, cucu sedara aku pun boleh, Pal.

Sebelum orang lain melambai pemergian DAP dari landskap politik Malaysia ni, biar Harimau dulu yang rasmi.

Babai Pal.
Babai Kit Siang.
Babi..oopss.. Babai Teresa.

14.1.09

Cit Ptuih!


Azman : Alhamdulillah

Harimau : Kenapa Man.

Azman : Kita akhirnya berganding-bahu nak boikot barangan Amerika dengan Israel. Aku dah lama boikot TV3. Utusan tu, aku berhenti beli je.

Harimau : Ooohh...Tu yang kau Alhamdulillah tu. Baguslah.

Azman : La ...aku Alhamdulillah bukan sebab tu..

Harimau : Habis tu?

Azman : Aku bersyukur sebab Magnum, Sports Toto dengan Da Ma Cai bukan syarikat Israel. Bolehlah aku tembak no. favourite aku petang ni..Alhamdulillah sungguh aku. Tu kira income sampingan tu beb.

Harimau : Ptuiihh!

Januari Yang Hebat


Hari ini adalah hari lahir Tuanku Muhriz. Walaubagaimanapun Negeri Sembilan tidak bercuti dan tahun ini tiada lagi cuti umum bagi meraikan Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Besar.

Nampaknya, ramai juga yang lahir pada bulan Januari seperti Khairy Jamaluddin, Siti Nurhaliza, Tuanku Muhriz dan .....Harimau Menaip.

Dan tiada sambutan buat ku pada 12 Januari yang lalu. Al-maklumlah, orang kecil.

13.1.09

Islam Malaysia Amat Kaya....Kaya Alasan!

Seperti yang telah dijelaskan Pengerusi Kentucky Fried Chicken Holdings (M) Berhad (KFC), Tan Sri Datuk Muhammad Ali Hashim: Ada kira-kira 22,000 rakyat Malaysia yang bekerja dengan KFC dan Pizza Hut dengan gaji untuk mereka mencecah antara RM200-300 juta setahun. Sebahagian besar pekerja ini adalah orang Islam.
Berapa ramai pula orang kita bekerja di kilang Coca-Cola, McDonalds dan lain-lain syarikat Amerika. Apakah ini yang menyebabkan kempen boikot barang Amerika tidak berjaya. Seperti yang dibuktikan pada pagi Sabtu itu. Di dalam stadium semua menjerit 'boikot barang Amerika!' sambil berteriak 'Laknat Amerika!' . Tetapi di luar stadium gerai-gerai terus menjual Coca-Cola! Jadi macam mana?
{ sini }

Komentar dari seseorang yang bernama aku cukup menarik perhatian Harimau. Harimau bukan pakar ekonomi yang bijak berbicara perihal ekonomi makro mahupun mikro tetapi menulis dan bercerita apa yang terbit dari kepala otak orang bawahan.

Perkara biasa bagi rakyat Malaysia mencari alasan dan sebab untuk tidak menyokong apa jua isu termasuklah kempen Boikot Produk Amerika/Israel ini. Sebab apa, kerana bukan bini mereka yang mati, bukan anak mereka yang kehilangan nyawa dan bukan keluarga mereka yang terpenggal kepala.

Kita tidak akan memahami jika tidak mahu memahami. Harimau percaya, dengan 60% orang Islam di negara Malaysia yang tercinta, masih ada 40% pasaran barangan/produk laknat tersebut dari rakyat yang bukan beragama Islam.

40% pasaran bermakna mereka masih hidup dan bernafas tetapi sekatan 60% keuntungan dari poket orang Islam Malaysia sekurang-kurangnya mereka terjaga dari lena dan 'tidak mampu membeli peluru'. Percayalah, pasaran 40% itu ADA kerana tidak pernah ada perhimpunan boikot di mana-mana Kuil, Gereja atau Tokong!

Yang ini aku tuju buat orang Islam Malaysia yang kaya dengan alasan. Setakat cakap berkorban dan melaungkan Jihad, anak saudara aku pun boleh! Bila suruh boikot, kecut telor masuk ke dalam dan pandai pula bagi alasan. Itu belum orang seru dan ajak pergi berjuang!

Senangkan cerita, sebelum pekerja-pekerja Islam di kilang produk ILC (Israel Linked Company) hilang pendapatan, kita pakat suruh Tan Sri Muhammad Ali tu letak jawatan. Itupun kalau beliau ada perasaan pada rakyat Palestin.

Harimau : boikot pun susah ke?

Aku Haramkan...

Cilaka sungguh kamu wahai Amerika. Kau menagih simpati dunia apabila WTC dilanggar dan hancur menyembah bumi. Kononnya kau lah paling sengsara dan tarikh 11/9 adalah tarikh yang wajar diingati. Kau mengajak dunia memerangi keganasan dan sasaran kau adalah negara Islam. Negara Islam menjadi bodoh dengan mengangguk terhadap tindakan mengebom Afghanistan dan membunuh Saddam.

Sekarang, kalaupun negara Islam mahu menjadi patung yang menggangguk, sekurang-kurangnya tidak dari kami.

Biarlah hancur seribu lagi WTC, mampos sejuta lagi rakyat kau, aku haramkan air mataku untuk menangis, aku haramkan hatiku untuk kasihan dan aku haramkan jiwa aku untuk meratap.

Tumbuhlah berbillion lagi jiwa kental bak Osama Laden, berjuta lagi sehebat Saddam dan beribu lagi bak Mullah. Kami akan mengganyang kamu wahai Amerika dan Israel.

Bila masanya? Sabar. Masanya akan tiba jua. Dijanji Allah di mana Islam menjadi kuat. Hingga tak mampu dimudaratkan oleh senjata paling hebat di dunia.

"Tembaklah, jika tanpa izinNya, senapang kamu tidak meletup.
Jika meletup, tanpa izinNya tidak akan mengena.
Jika terkena, tanpa izinNya tidak akan memudaratkan.
Jika memudaratkan, tanpa izinNya tidak akan mati.
Jika mati, itu sudah ajal"


Harimau : kecewa apabila penutup tayar kereta Harimau pun tertulis "Made In USA".

11.1.09

Usah Minum Darah Mereka



Bakal Ketua Pemuda UMNO, Dato' Mukhriz Mahathir nampaknya bersungguh-sungguh dalam usaha memboikot produk-produk ILC. Usaha murni Dato' diharap dapat diteruskan kerana rakyat Malaysia pasti memberikan sokongan padu dalam apapun usaha dari mana-mana individu yang berusaha sesuatu terhadap Palestin.

Nampaknya Dato' tidak leka berpolitik seperti ehem-ehem tu Dato'.

Harimau juga menonton rancangan ulangan "Nasi Lemak Kopi O" di TV 9 sebentar tadi yang mana menjemput Dato' Mukhriz, Anita Sarawak dan suami. Yang menarik, terdapat seorang pemanggil yang menalifon dan menyebut:


"Bayangkan,


Jika kita minum air itu,
Umpama kita minum darah anak-anak Palestin.

Jika memakai pakaian jenama itu,
Umpama kita memakai kain kapan rakyat Palestin.


Jika kita menjamah makanan itu,
Umpama kita menjamah daging saudara kita di Palestin"

Impak bait-bait ayat ditambah lagi dengan kenyataan Bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia:
"Jika rakyat Palestin mengetahui bahawa kita tidak mampu untuk menyumbang, walaupun dengan hanya memboikot, bayangkan perasaan mereka"
Ingatlah. Setiap Muslim itu bersaudara. Teruskan memboikot dan semoga kita berkumpul di Syurga Allah.

Harimau : stop sekejap cerita politik, kerana ramai sudah saudaraku yang dibunuh.
nota: petikan yang bertulisan merah adalah maksud yang didengar dan diingati Harimau dan tidak tepat 100% dengan kenyataan sebenar.

10.1.09

Jangan Boikot Dia!

Kita boleh boikot semua jenama yang bersangkut-paut dengan Israel atau ILC (Israel Linked Company) tetapi diharap kalian tidak tersilap boikot.

Yang di bawah bukan ILC. Kesian tokeh kedai tu.




{kalian rujuk Tuan Kulat untuk senarai produk ILC}

Aku Belum Mati








Harimau masih hidup...
Tanpa Coca-cola,
Tanpa Starbucks,
Tanpa Colgate,
Tanpa McDonald,
Tanpa KFC.

Siapa kata kita dijajah?
Tidak pernah.
Ia tidak akan berlaku,
Tanpa kerelaan kita.


Teruskan memboikot barangan yang "dikatakan" menyumbang terhadap kehilangan nyawa saudara kita dan menggemukkan musuh orang Islam. Kita pastikan, Israel dan Amerika jatuh muflis dan lemah; hingga tidak mampu menarik picu senapang.

Tugas saudara di Palestin adalah berjuang manakala tugas kita adalah melemahkan musuh-musuh.

8.1.09

Corat-coret : PDRM Maju Setapak Lagi







Tahniah kepada PDRM kerana maju setapak lagi dengan meningkatkan 'martabat' dan keupayaan dengan menggunakan kereta peronda berkuasa tinggi. Ini bermakna, Harimau terpaksa minta maaf sebab selalu gelakkan polis yang meronda guna Perodua Kancil. Yalah, perompak paling bangang pun pakai Perdana V6, macamana Kancil nak kejar? Sekarang, tidak lagi...

6.1.09

Malaysia Mahu Mencabar Allah?









Kenapa kita mencabar Allah dengan membenarkan Pesta Gay di tanahair kita? Kenapa kita mengundang bala? Tolong jangan undang bala dan janganlah mencabar Allah.
Apa kata Menteri Wilayah Persekutuan agaknya? "Tak tahu" atau "Itulah namanya kebebasan dan hak asasi"?
Tentu kita ingat sejarah Kaum Nabi Lut.

Harimau: gambar diterima melalui emel dan nama tempat maksiat tersebut dihitamkan atas sebab etika penulisan blog Harimau Menaip.

Jangan Bersubahat Membunuh Saudara Kita




Tidak mati kalau tidak makan Starbucks. Harga mahal mengalahkan harga kain kapan.
Tidak kebulur kalau tidak minum Coca-Cola. Tidak baik untuk kesihatan.
Tidak kuning gigi kita tanpa Colgate. Banyak lagi ubat gigi jenama lain.
Mahukah kita bersubahat membunuh saudara-saudara kita di seluruh dunia? Kita Boikot! Biar mereka muflis sehingga tidak mampu membeli sebutir peluru pun.
Rujuk PPIM dan Ummi Anni.

5.1.09

TADIKA KEMAS TIDAK WUJUD!


Entah apa ribut yang melanda dunia blog Malaysia apabila perihal tadika KEMAS disebut-sebut. Sudahlah hangat diperkatakan, penuh penipuan pula tu. Setahu Harimau, Tadika KEMAS tidak wujud. Yang wujud adalah TABIKA!


Program pendidikan prasekolah KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA), untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun. Tujuannya ialah untuk menggalakkan perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang kukuh kepada kanak-kanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah. { s.i.n.i. }
Janganlah kita diperbodohkan dengan cerita-cerita bongak macam ni. Sudah letih bangsa kita ditipu dengan cerita politik murah.

Come-on Malaysia. Den ni produk Tabika KEMAS lah.

Harimau: terima kasih kepada Cikgu Zabedah (Tabika KEMAS Taman Raja Zainal, Port Dickson tahun 1983-84)