Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Ahlussunah Wal Jama'ah

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

27.4.09

Sudahkah Kalian Memotong Kuku?



Sudahkah kuku anda dipotong?
Harimau pun dalam keadaan tergesa-gesa kerana hari Isnin hampir tamat. Dalam ketergesaan, tiada masa untuk cerita-ceriti politik dalam negeri. Ini adalah masa untuk kita meluangkan masa memikir nasib di penghujung hidup nanti.

1Akhirat (Satu Akhirat) juga tempat dituju. Terlintas juga di benak, inikah kesudahan perjuangan kaum Bumiputera yang terbunuh nasibnya oleh kecurangan pemimpin Bumiputera atasan? Wallahualam.

Harimau : kecewa dalam tawa.

26.4.09

Sebelum Babi Malaya Mendapat Selsema

peringatan: hanya ada seekor BABI sahaja dalam gambar, bukan 6 tau!


Pengawasan di semua pintu masuk negara akan diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan sejenis wabak baru dikenali sebagai selesema babi yang telah meragut 68 nyawa di Mexico dan mencetuskan suasana cemas di negara itu. { sini }

Justeru kebimbangan mereka dengan mengadakan demontrasi dahulu mungkin akan diambil kira oleh kerajaan negeri Melaka dan juga cadangan kerajaan PKR Selangor akan kesan virus dari babi ini. Cegah sebelum parah. { sini }

Sia paleh. Kok kalau menular juga ke Malaya, maka siapakah yang wajar dipersalahkan? Adakah gerombolan United Mamak Nana Organisation Negri Melaka yang diketuai Datuk Seri Ali Rustam, atau gerombolan kerajaan Pakatan Rakyat yang dikepalai Tan Sri Khalid di Selangor ataupun Sekolah Berasrama Penuh Babi di Bukit Pelanduk, Port Dickson?


Oleh itu, sukalah Harimau menegaskan bait-bait tulisan Kulat Lapok yang berbunyi "Cegah Sebelum Parah" kerana khuatir dengan pendekatan orang kita yang memang gemar bertindak sesudah terkena. Sikit lebih kurang macam gambar di bawah lah kesnya nanti kot? Wallahualam.

25.4.09

Katadua: Mansuh atau Dibereskan Oleh Formula Madani Pakatan Rakyat

Datuk Seri Najib Tun Razak terus komited untuk melakukan pembaharuan dalam UMNO apabila melakukan perubahan pucuk pimpinan di lapan negeri.
Malah lima daripada lapan negeri terbabit menyaksikan pelantikan barisan kepimpinan tertinggi parti sebagai Pengerusi Badan Perhubungan.
{ sini }

Tukar kepala Badan Perhubungan tidak mampu memberi apa-apa impak pada UMNO kerana akhirnya kepala tersebut WAJIB akur dengan keputusan Tuan Presiden. Jawatan tersebut perlu (kalau tidak Wajib) dimansuh demi mewujudkan 1UMNO (Satu UMNO) yang selama ini berpecah-belah.

Ketua Pembangkang ataupun MB/KM sepatutnya menggalas tanggungjawab sebagai nakhoda parti peringkat Negeri secara otomatik.

Usah ditiru formula bengong MCA yang mengangkat orang luar sebagai ketua parti peringkat Negeri.

Muflis sangat kah orang UMNO dengan pemimpin peringkat Negeri?

Biasanya, orang yang Muflis akan tutup kedai. Adakah ini petanda bahawa UMNO akan dibereskan dalam masa terdekat oleh Pakatan Rakyat yang semakin ampuh dalam menyusun jentera penggempur dengan formula serba madani?

Harimau tetap akan memerhati dari rumah sambil makan biskut bercecahkan kopi O panas. Itulah kelebihan orang bawahan (agaknya).

Harimau : Tok Rais, bagaimana blogawan seperti kami mahu membina negara bangsa? Adakah ia amat mudah seperti mencantumkan permainan LEGO?

22.4.09

Melayu Yang Tidak Hilang Seninya

Kesenian Melayu memang indah. Rakyat Malaysia malah kaum Melayu sendiri tidak tahu bahawa kesenian Melayu memang halus. Harimau rasa, YB Elizabeth juga sukakan kesenian Melayu. Hari ini, kita bertuah kerana Harimau dengan rasa rendah diri menyiarkan sepotong gambar yang memaparkan kesenian Melayu dahulu-kala. Mungkin, kesenian ini sudah besar dan panjang sekarang.



Hayatilah (kalau boleh, pakai kanta pembesar).

Harimau: bosan dengan cerita politik mutakhir. Senang cerita, pecat sahaja pemimpin korup dan lantik muka baru yang suci bersih (macam anak-anak dalam gambar di atas).

21.4.09

Calon-Calonnya Adalah...



Ditanya butiran pertemuan itu, Elizabeth tersenyum dan berkata bahawa Nik Aziz seorang yang bertimbang rasa kepada kesnya dan Eli berterima kasih kepada Mb Kelantan itu. { sini }


Perggh! Bergetar jiwa Harimau melihatkan keayuan Eli pabila melihat gambar Eli berselendang persis Wanita UMNO ketika kunjungan beliau terhadap TG Nik Aziz. Malangnya, gambar-gambar terbaru Eli dengan membuka aircond 2 hp lengkap dengan filter a.k.a. bulu ketiak telah mencacatkan sedikit "taubat Nasuha" beliau. Bertambah malang lagi, gambar tersebut adalah extra jelas dari 2 gambar sebelum itu.

Gelaran Simbol Seks PKR juga telah menjadi seakan-akan suatu trademark buat Eli. Cuma satu perkataan yang mampu Harimau ucapkan iaitu "Kasihan".

Namun, adalah tidak adil dan janggal jika Eli seorang sahaja mendapat gelaran Simbol Seks kerana ramai juga pemimpin atau bekas pemimpin yang juga telah "terlanjur" atau "sengaja melanjurkan diri" dengan keaiban yang telah terbukti benar ataupun dianggap benar (walaupun tidak dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah).

Dan amat tidak adil jika hanya PKR sahaja mendominasi cerita-cerita seks di landskap politik Malaya. Parti politik lain juga tidak kurang hebatnya.

Antara CALON Simbol Seks yang dapat dikesan Harimau adalah:


  • MCA - DS Chua Soi Lek { rujukan dari sini }

  • PAS - Mat Sabu { rujukan dari komen abe MIE di sini }

Dari UMNO? Tidak pula Harimau terjumpa (lebih tepat lagi sengaja taknak dedah). Namun, mungkin gadis di bawah boleh di calonkan? Bergetah tu beb.


Apapun, buat YB Eli yang tampak ayu tu, Harimau ada lagu buat beliau:


Siapa bilang gadis Cina tak menawan

Tak menarik hati, tiada memikat

Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik

Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh


Aduhai...


Tebal kaca matanya

Serta manis senyumnya

Hitam rambut ketiaknya

Ayuh ambil si dia


19.4.09

Speaker "Main Depan" dan "Main Belakang" DUN Perak?

Biarlah isu-isu di Penanti terus "menanti" orang lain kupaskan kerana tiada apa yang menarik untuk diketahui oleh kita. Harimau lihat, jika PRK disebabkan oleh wakil BN, ia adalah kerana kematian tetapi jika disebabkan oleh wakil PR, ia disebabkan menarik diri, meletak jawatan dan paling pelik, sambung belajar? Sudah tahu sekolah tak habis, kenapa mahu menjadi calon PRU 12? Bengong.

Harimau juga terbaca transkrip perbualan antara Speaker "Main Depan" DUN Perak dengan Speaker "Main Belakang" melalui suatu medium yang fungsinya "mungkin" seakan-akan YM atau SMS, hinggakan mahu rehat pun bergantung kepada Speaker "Main Belakang"? Biar Betul.

Memandangkan belum disahkan benar, maka Harimau hanya memautkan sahaja blog tersebut untuk berkongsi pandangan dan pendapat dengan Tuan-Puan. Ada pandangan, komen dan pendapat, silalah kongsi dengan Harimau Menaip.

klik SINI untuk transkrip yang disebutkan tadi.

Harimau: satu kapal 2-3 nakhoda memang menyulitkan. Silap-silap boleh jahanam.

--------------------------------------------

Glosari

1. Speaker Main Depan - Speaker yang dilantik melalui perundangan
2. Speaker Main Belakang - Speaker yang melantik dirinya atau berperanan sebagai speaker dalam diam atau menjadi pemain utama dalam keputusan-keputusan Speaker.

18.4.09

Rakyat Bawahan Trengganu Dambakan Pemimpin BENGONG

Dalam laporan kepada kira-kira separuh ADUN parti itu, Datuk Ahmad Said didakwa memecat pegawai dan tokoh politik dalam era pentadbiran Datuk Seri Idris Jusoh yang digantikannya. { sini }

Nampaknya, ADUN-ADUN UMNO di Trengganu telah diserang wabak "kebodohan politik" yang terlampau. Mereka terkadang keliru antara pahala dan dosa, baik dan buruk, hitam dan putih dll.

Bukankah politik cantas kawan itu perkara biasa dalam landskap politik Malaysia? Siapa yang mereka mahu sebagai Menteri Besar? Maksum sangatkah calon mereka itu sehingga boleh diangkat menjadi wali ke-sepuluh?

"Kelemahan ini yang menyebabkan pentadbiran kerajaan negeri menjadi huru-hara dan Umno tidak bersatu," katanya kepada Malaysiakini.

Bersatu sangatkah sebelum ini? Adakah kerana sepupu-sepapat dan sepipit kalian tidak dipilih memegang "takung duit" maka kamu melabel bahawa ia memecah-belahkan parti?

Rasanya, kamu yang bebal dan bahalol; tidak perasan bahawa kamu telah menjadi badut politik terkini dan ditertawakan oleh kawan dan lawan.

Wahai ADUN Trengganu,
Kamu, MB kamu dan calon MB kamu hanya menjadi LIABILITI buat Malaysia. Rakyat bawahan mahukan kestabilan politik dan ekonomi. Bukannya nak tengok perangai kebudak-budakkan kamu. Rakyat bawahan Negeri Ganu, mahukan pemimpin yang:

B - Baikkan
E - Ekonomi
N - Negara
G - Gagahkan
O - Organisasi
N - Negeri
G - Ganu

Oooppps! Patutlah kalian berkelakuan persis orang BENGONG.

15.4.09

Cintaku Hanyut Dicengkam Asmara (Edisi Selangor)

Rimau (bukan Harimau Menaip) ingin memutuskan perhubungan dengan girlfriend orang putihnya…dan ingin mengushar YB Elizabeth yang tidak jadi dipecat itu.

Rimau tak sanggup bertemu muka, Lalu dia pun mengutus surat…surat tu macam ni bunyinya…

Hi,
My motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook. I know i clap one hand only.Correctly, i have see you and he together at town with my eyes self. You always request apology back back. I don’t trust you again!!!My Friend speak you play three wood.

Now i know you correct correct play three wood. so, i break off to pull my body from this love triangle.I know this result i pick is very correct, because you love he very high from me. so, i break off to go far from here. But i always love where also i live….Safe live…I want to ushar YB Eli...she more rich from you.


Rimau


__________________________

rujukan/edit
1. http://lawakjenaka.blogmas.com/2008/04/29/surat-untuk-kekasihputus-cinta/
2. http://www.malaysiakini.com/news/102408

Malaysia Yang Keliru


Harimau keliru. Sami ini kah yang Harimau jumpa meminta sedekah di Terminal One dulu? Atau Sami inikah yang berlakon sebagai Huang Fei Hong di TV2 saban petang tu? Atau Sami tersebut adalah gerombolan orang tabligh yang cuba "berfesyen" dan "berstylo"? Kalian ada jawapan?


14.4.09

Satu Lagi Episod Sembah Derhaka? Kali Ini Dari UMNO?

“Bagaimana pula kalau saya katakan, jawatan Menteri Besar itu lebih sesuai diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri kerana perlu diingat pengisian jawatan Menteri Besar (Perlis) bukan atas persetujuan Presiden parti tetapi adalah atas tipu muslihat pihak tertentu,” ujarnya. { dipetik dari sini }

Kenyataan di atas, mungkin mempunyai pelbagai makna jika ditafsirkan dari beberapa sudut. Kalau di baca dengan kepala lutut, macam tidak bermakna apa-apa. Tetapi, setelah di baca dengan mata hati, rasanya perkataan "pihak tertentu" boleh jadi bermaksud:
  1. Tuanku Raja Perlis
  2. Kroni-kroni Datuk Dr. Mad Isa Sabu

Harimau membuat penafsiran berdasarkan kepada penulisan di Utusan Malaysia yang bertarikh 14/03/2008 yang berbunyi:

Raja Perlis telah berkenan melantik Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bintong, Datuk Dr. Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim, Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis Mohd Adib Zakaria mengumumkan dalam satu kenyataan di sini hari ini. { dipetik dari sini }

Harimau hanya meletakkan harapan agar ia tidak bermaksud begitu. Jika ia bermaksud menuduh Tuanku Raja Perlis, maka satu lagi episod "Sembah Derhaka" akan terpalit dalam sejarah negeri terkecil (macam cili padi) di Malaysia itu.

Rasanya, Dato' Seri Shahidan wajar membetulkan kenyataan beliau, kalau beliau sayangkan kedaulatan Rajanya.

Wallahualam.

12.4.09

Katakan TIDAK Pada Berak dan Kencingan Politik

Ketika ini keADILan hanya mempunyai dua Adun Melayu iaitu Sungai Bakap, Maktar Shafee dan Adun Batu Maung Abdul Malik Abul Kassim.Bagaimanapun, parti itu dijangka memilih untuk mengadakan pilihan raya kecil Penanti, bagi memberikan pilihan calon ketiga sebagai calon pengganti Fairus. { sini }

Sebelum kalian mahu percaya dengan cakap-cakap politik seperti di atas, biar Harimau ceritakan dahulu kronologi ringkas tahap kepercayaan Harimau pada pengamal politik yang merudum secara mendadak. Mengimbas 11 tahun lalu, tatkala muka DSAI terpampang di dada-dada akhbar disebabkan pemecatan beliau oleh Tun Mahathir, boleh dikatakan semua rakan sekerja Harimau amat marah dengan Tun Mahathir dan menjangkakan bahawa Tun Mahathir akan jatuh jika berlaku gerakan reformasi besar-besaran.

Nasib baik kami berada di Seremban, jika tidak, memang kami juga turut berarak di jalanan. Bukannya kami ini taksub dengan DSAI, cuma rasa kasihan dan simpati yang melaut menyelubungi hari-hari kami selepas itu. Mungkin, ada yang berlarutan sehingga hari ini.

Serba salah juga memang melekat di sanubari kerana pada masa yang sama, kami juga sayangkan Tun Mahathir dan parti UMNO. Apapun, kami sedar bahawa kami hanya orang bawah yang tidak kan mampu mengubah apa-apa apatahlagi bersuara.

Di era Tun Mahathir, kami amat menyampah dengan parti PAS apatahlagi dengan parti DAP. Hanya disebabkan amarah dan rasa tidak-puas-hati, Harakah sudah menjadi santapan pengganti Utusan Malaysia. Ceramah PAS sering kami dekati. Wow! Dasyat betul rasa menyampah kami pada Tun Mahathir dan UMNO ketika itu.

Tapi, pengalaman kena kencing dari pengamal-pengamal politik telah mengubah persepsi dan pandangan yang mana ia amat berbeza jika dibandingkan sekarang dengan 11 tahun yang lalu. Kenapa ya? Antara sebabnya adalah:
  • label Mr. Clean yang ada pada Pak Lah semacam telah menipu kami kerana kami dikhabarkan anak beranak nya sahaja yang mentekedarah projek-projek Mega dan tender-tender kerajaan. Clean apakejadahnya itu?
  • Kami dikencing haring-pering pada tarikh peralihan kuasa 16 September yang lalu sehinggakan rakan Harimau menangguhkan penggantungan potret Tun Abdullah di pejabatnya hanya kerana percaya DSAI akan jadi PM (rakan Harimau tu memang bangang...hehe). Ada DSAI minta maaf? Haram.
  • Pemimpin yang "bersih" di akhbar tetapi kotor peribadi yang berlambak-lambak di Malaysia.
  • Pengamal Rasuah Politik masih diangkat dan diagung-agungkan. Paling baru, di Pemilihan UMNO yang lalu. Jahanam.

Ikhtibarnya, biar perkara yang dijanji dan di war-warkan itu benar-benar berlaku barulah rakyat akan percaya. Orang bawah tidak rela kepala dikencing dan diberakkan apatahlagi dari orang yang sama. Orang bawah sudah faham bahawa lidah orang politik bercabang 8.

Barulah kami faham kenapa Nik Aziz tak rela PAS bergabung dengan UMNO. Beliau tak nak kena berak 2 kali kot? Wallahualam.

Tuan! Saya Ada Nama Baik Punya!

Dengar cerita, nama Barisan Nasional (BN) mungkin akan ditukar jika dirasakan tindakan tersebut berupaya menyelamatkan parti itu dari kehancuran akibat ketidak-yakinan rakyat bawahan yang semakin menjadi-jadi. Mungkin tindakan itu agak berani walaupun mungkin tiada impak besar dan tampak keterlaluan. Harimau ada cadangan, itupun kalau Tuan-tuan yang di atas ingin mendengar. Nama baru yang Harimau cadangkan adalah:
  • Gabungan Integrasi (G.I.)
  • Satu Malaysia( (1M)
  • Barisan Bangsa Bersatu (BABAB)

Tapi, Harimau suka yang no. 3 tu. Bebudak kecik mesti takut punya nanti. "Adik, jangan main pasir, nanti Abah BABAB"

Apalah ada pada nama kalau isi dalam masih busuk dan menanah.

"Motor Kapcai kan selamanya kapcai walaupun pakai kaburetor Panther" Mat Rempit.

Di mana Budak-budak UITM?



Kerajaan diminta mewujudkan kembali Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang telah dimansuhkan bagi meneruskan agenda membela kaum bumiputera dengan berkesan. { sini }

Mana perginya budak-budak UITM yang pernah berarak dahulu?
Tatkala kepentingan mereka diabaikan?
Sekarang hanya layak digalas Kementerian Luar Bandar?
Kampungan sangatkah MARA di mata kerajaan?


Mana perginya VC bermisai tebal?
Yang dahulu garang mempertahankan,
Hak budak-budak MARA,
Konon-kononnya...


Sudah-sudahlah berlakon,
Di atas pentas dunia,
Dengan skrip perkauman,
Yang mudah dimanupulasikan.


Aku anak MARA,
Rasa kecewa,
Hanya mampu berjuang,
Di hadapan komputer buruk.

Semoga orang atas mendengar dan bertindak.

Harimau: bila cakap sudah tidak serupa bikin

Nak Tarik Diri Dari Menganggotai Kabinet? Silakan.

MIC sedang menimbang untuk menarik keluar wakil parti itu dalam kabinet baru ekoran banyak lagu isu-isu yang belum diselesaikan, terutama berhubung layanan pentadbiran baru terhadap masyarakat India, kata sumber dalaman parti itu hari ini. {sini}

Sebelum Harimau meneruskan "penaipan", maaf dipohon sekiranya wajah baru ini mengundang rasa tidak senang pada kalian. Bukan apa, Harimau sengaja mahu mewujudkan mood baru supaya nafas blog ini lebih segar dan bermaya.

Berikutan MIC yang sedang berkira-kira mahu mengeluarkan ahlinya dari kabinet Dato' Seri Najib, Harimau tiada komen kerana itu parti mereka dan apa pun yang mahu dilakukan mereka, adalah hal dan hak mereka.

Cuma, tindakan MIC itu nanti hanya akan menambahkan kekalutan dalam BN dan kerajaan Malaysia. Yang sepatut keluar rasanya, adalah DS Samy.

Tidakkah MIC mengambil ikhtibar dari penolakan rakyat terhadap Samy di Sungai Siput? Atau MIC sengaja memekakkan telinga dan ingin mencipta isu bersifat perkauman bagi meraih sokongan masyarakat India? Bila pula kaum India dilayan sebagai rakyat kelas dua?

Mengikut tradisinya, MIC akan mengisi jawatan menteri kerja raya. Bagaimanapun ianya berubah selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, apabila Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi parlimen Sungai Siput.

Citt! Hangpa suruh Samy repair MRR2 tu dulu lah. Nak jadi Menteri jaga projek konon. Harap-harap DS Najib bagi je wakil MIC jaga Kementerian Dalam Negeri. Suruh diorang jaga penjenayah-penjenayah kaum India ala-ala Sivaji The Boss yang berlambak kat Malaysia ni. Biar dia rasa.

9.4.09

Barisan Jurutera Baru Untuk Merombak-Rawat Malaysia.

{senarai penuh menteri, sila klik sini}
{maaf, bahasa bercampur-campur}

Harimau No komen. Memang DS Najib orang yang mendengar. Kalau prestasi Pak Menteri baru ni macam hampeh lepas 6 bulan, DS Najib mungkin akan tukar.

Ucapan Tahniah

Tahniah Datuk Shaziman; sebagai anak nogori, den banggo boto. Montori JKR sokarang. Banyakkan kojo Sobutharga kek Nogori kito ni. Hehehe..

Datuk Mukhriz dan Datuk Razali Ibrahim, tahniah jugak. Korang memang pasangan idaman orang bawah. Tapi apo nak buek. Takdo joki kato orang kampung. Ni bilo orang dah bagi amanah, buek boto-boto.

Datuk Hasan Malek pun tolah buek idung den kombang kuncup. Mano taknyo, orang Pilah tu poiit!

Tok Pa, sekarang agak mencabar sikitlah. Selalulah ke luar negeri. Senang-senang nanti, belilah buah tangan untuk orang kampung. Sonang sikit diorang nak undi lagi.

Lupo lak. Datuk Rais. Orang Jolobak Jolobu. Memang dah baguih tu baguih yo. Nak buek macam mano. Yo Tok? Sonang-sonang, boleh jumpo Datuk maso ngeteh kek kodai No. 8. Datuk bilo nak balik Gagu?

Yang lain-lain yang tak disebut nama, sekalung tahniah juga diucapkan. Kesimpulannya, Kabinet yang mantap dan boleh dipercayai. Kerja betul-betul! Banyak mata sedang memerhati.

{tambahan}

Cuma, peringatan blogawan ini wajar diberi perhatian:

Kalau Jamil bersama Mashitah bersedia dan bertekad ‘memburu’ Nga, saya katakan kepada Jamil, jangan lupa juga memburu SIS dan sekutunya. Bagaimana nak ‘memburu’ SIS, itu Jamil lebih tahu sebab dia bekas tentera.
Jamil jangan hanya sibuk memburu Nga kerana dia DAP tetapi melepaskan SIS dan kumpulan anti hadis kerana mereka UMNO, separti dengan Jamil
. {sini}

Lobang Rakyat, Lobang Keramat


Isu ini telah dikupas oleh ISA dan Al-Banjari. namun, Harimau rasa berdosa jika tidak menyentuhnya di dalam blog ini. Tertanya di benak, apakah tindakan "orang atasan" dalam menangani isu-isu maksiat yang terkangkang luas di depan mata? Memanglah yang terkangkang itu syok untuk ditatap, tetapi bagaimanakah kalian dan kita semua mahu menjawab di hadapan Tuan Punya Dunia nanti?

Inikah akibatnya melantik Menteri Pembangunan Wanita dari kalangan bukan Islam?

Nampaknya, semakin ramailah bayi yang terbuang, semakin banyaklah "objek lekit" di tandas-tandas dan semakin lohonglah lobang keramat gadis-gadis Melayu lepas ni.

Wah! Slogan baru nampaknya. "Lobang Rakyat, Lobang Keramat".
Harimau: benar kata P.Ramlee "sudah kurenung dan ku tatabek, makin kurenung berdetup-detabek".

8.4.09

Kalah PRK: Faktor KJ dan MAHATHIR

Ramai yang menghentam Harimau samada melalui komen-komen atau email setelah nama KJ dikaitkan dengan punca utama kekalahan BN di 2 Bukit tanpa puting. Apapun, itu adalah hak kalian tetapi Harimau tetap percaya dengan faktor tersebut. Ia akan menjadi kritikal dan berbarah sekiranya DS Najib melantik KJ sebagai salah seorang dari anggota kabinet beliau nanti.

Walaupun PPSMI dan penolakan rakyat Perak terhadap kerajaan baru BN juga menjadi salah satu faktor, ia tidak sekuat pada kekecewaan orang bawah terhadap kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda.

Tidak dinafikan, orang yang karat UMNO akan menempelak Harimau kerana menentang kepimpinan Pemuda. Harimau juga ingin ingatkan, apa beza pula orang karat UMNO dengan:
  • Karat Al-Arqam yang marah apabila Ashaari Muhammad di kritik.
  • Karat PKR apabila DSAI dicemuh.
  • Karat PAS apabila pandangan Tuan Guru Nik Aziz dihentam.

Ada juga menyuruh Harimau membuang label "Neutral" kerana asyik bercerita tentang UMNO dan BN. Suka diingatkan, kerajaan mutakhir adalah kerajaan BN. Maka, kurang lazat sekiranya cerita-cerita parti bukan kerajaan di sarat-baratkan di dalam blog ini. Kerana apa? Kerana parti bukan kerajaan bukanlah pembuat dasar/keputusan. Pada hemat Harimau, kesilapan terbanyak kerajaan mutakhir adalah dalam bentuk pelaksanaan dan orang-orang yang salah menjaga tempat yang salah. Umpama menyuruh Harimau menari Makyong; kaku lagi mengkakukan. Orang Melayu lama selalu berkata, "tak salah orang tak kata". Percayalah, blog ini tetap neutral (tanpa kompromi).

MAHATHIR

Kini orang tertanya-tanya teori apa pula yang akan wujud bagi meramalkan bakal-bakal Perdana Menteri Malaysia selepas ini.Saya melihat teori "AHMAD" mungkin akan diguna pakai sebagai rujukan seterusnya bagi mengetahui bakal Perdana Menteri Malaysia. { sini }

Pada Harimau, bukan AHMAD yang akan menyambung teori RAHMAN. Teori yang bakal wujud adalah teori MAHATHIR. Siapa M? Mungkin Muhyiddin atau Mukhriz atau sesiapa dari dalam Pakatan Rakyat. A pula mungkin Ahmad Zahid Hamidi atau Anwar Ibrahim atau orang lain. H pula mungkin Hishamuddin atau Hadi Awang. Yang paling penting, huruf K tiada dalam kedua-dua teori tersebut; samada teori AHMAD atau teori MAHATHIR. Bermakna KJ tiada peluang menjadi PM.

Itu sudah cukup melegakan orang bawahan (buat masa sekarang).

Akhir qalam, janganlah kita dibodohkan dengan kenyataan bahawa keputusan PRK adalah status-quo kerana PKR bukanlah pemilik kerusi Bukit Selambau. Hairan juga apabila kekalahan dinobatkan semacam sudah seri. Pelik Harimau semakin bertambah apabila Samy Vellu menunjuk handal apabila berbicara dan menghuraikan analisa beliau tentang kekalahan MIC. Handal sangat ke beliau di PRU 12?

7.4.09

Asbab Kekalahan BN (bukan sebab tak pandai nyonyot bukit)

Orang kata BN Kalah Bukit sebab BN tak pandai menggomol 2 bukit. Orang kata yang BN hanya pandai bermain politik Batang. Ada juga kata, aura Tun Mahathir tidak cukup untuk mengembalikan sokongan rakyat jelata yang melata. Ada juga kata, perlantikan DS Najib sebagai PM sikit lebih kurang macam perlantikan Obama sebagai Presiden US; tiada impak besar dan tiada perubahan.

Pada Harimau, orang boleh kata apa-apa sebab mereka ada otak dan itu membuatkan mereka ada hak. Harimau juga ada hak sebab Harimau ada juga otak. Pada hemat Harimau, BN kalah kerana keputusan pemilihan UMNO yang lalu. Bukan dek Muhyiddin atau Zahid Hamidi, tetapi kerana angkara Geng 304.

Rata-rata masih tidak percaya dengan ketelusan dan transformasi yang mahu dibuktikan oleh UMNO yang menjadi tulang belakang BN itu. Selagi masih ada nama KJ dalam pimpinan atasan UMNO dan BN, selagi itulah rawatan terhadap penyakit UMNO tidak akan menunjukkan perubahan. Tulisan ini bukan kerana Harimau berseteru atau mempunyai dendam kesumat terhadap sesiapa, tetapi ia adalah suara lantang orang bawahan. Jika mahu mendengar suara tersebut, syaratnya amat mudah. Kalian hanya perlu BUKA TELINGA dan BUKA MINDA.

Yang sudah menang Pilihanraya boleh berteriak dan yang kalah kan tetap kalah, namun tindakan DS Najib yang seterusnya adalah memastikan jawatan Ketua Pemuda UMNO dipertandingkan semula dan tiada jawatan Menteri buat Ketua-Ketua yang menang tetapi ditolak akar umbi.

Itupun kalau percaya bahawa "kebenaran itu sememangnya pahit!"

3.4.09

Ta Ta Pak Lah

gambar ihsan Desperado




Member-member Harimau di kalangan Pemuda mengucapkan terima kasih pada Pak lah kerana memperkenalkan KJ pada Malaysia. Mereka sumbangkan 2 rangkap pantun untuk kenang-kenangan:

Seri Pagi Daunnya Bersih,
Lambang Kasih Cinta Bersemi,
Rakyat Malaysia Berterima Kasih,
Kerana Kenalkan KJ dan juga Scomi,


Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah KJ menjadi Perdana Menteri.

Ta Ta Pak Lah. Semoga Allah memberkati Pak Lah. Amin.
Harimau: diorang raikan Pak Lah atau KJ ni? Tak paham aku.

1.4.09

April Yang Bodoh atau Kita Yang Dibodohkan?

Di zaman persekolahan, Harimau antara orang yang menggila meraikan April Fool. Letak Colgate di kemaluan rakan, angkat katil rakan dan bawa ke tandas, kencingkan topi keledar warden, tolak motor warden ke dalam tandas, conteng muka member sewaktu dia tidur, conteng seluar dalam rakan dan macam-macam lagi. Bolehlah dikatakan Harimau berada di zaman jahilliyah waktu itu. Apakah kebaikan April Fool dan dari mana asal-usulnya? Harimau terbaca di http://f-hasan.blogspot.com/2007/04/sejauh-mana-lawak-april-fool.html yang menulis:

Namun, apa makna sebenar di sebalik 1 April? Adalah dipercayai sambutan dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Wilayah Granada. Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan masyarakat Islam di negara itu. Penduduk-penduduk Islam diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Peristiwa ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool's Day, April Mop atau The April`s Fool Day, berawal dari satu episod sejarah gelap Muslim Sepanyol pada tahun 1487, atau bertepatan dengan 892 H. Kita memang tidak tahu sejauh mana kebenaran fakta ini. Namun, apa yang menjadi persoalan ialah begitu mudah masyarakat kita menerima satu budaya luar yang tidak jelas asal-usulnya.

Apa pendapat anda?