Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Ahlussunah Wal Jama'ah

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

25.9.09

Bagan Pinang: Wujudkah Calon UMNO yang Kredibel?

UMNO Bagan Pinang

Jika Isa Pendek (Isa Samad) tidak kredibel, siapa lagi yang mahu diletak sebagai calon? Mungkin bagus jika Harimau menulis begini:

"Ada ke calon BN yang kredibel?"

Soal kredibel tidak berapa penting di PD kerana jika itu menjadi kayu ukur kemenangan DUN Bagan Pinang, maka sudah lama lah PAS mengalahkan Azman Mohd Noor (Allahyarham) kerana bukankah parti Islam lebih kredibel dan dipercayai?

Bab Politik, kepala hotak orang Bagan Pinang bukanlah terbuka dan ambil pusing sangat malah ramai antara orang atasan UMNO Bahagian mahupun Cawangan yang tidak tahu pun kisah-kisah dan isu-isu terbaru politik nasional. Jika tidak, masakan Najib Isa (anak Isa Samad) boleh diangkat menjadi pemimpin (naib) Pemuda Bahagian? Dari kaca mata Harimau, beliau langsung tidak kredibel. Namun, UMNO Telok Kemang yang memang terdiri dari "orang Isa Pendek" amat bijak menyusun Hirarki kepimpinan hinggakan berbondong-bondong Melayu kredibel terpinggir dan keluar UMNO. Kemenangan DUN Bagan Pinang bukanlah 100% atas kekuatan calon tetapi diampu oleh kekuatan Undi Pos.

Hari Raya

Terbaru, di hari raya ketiga, Anwar Ibrahim buat "makan-makan" di Batu 6 dan menjemput warga Telok Kemang hadir. Harimau tidak dapat pergi kerana jaga anak (bini dalam pantang).

Member Harimau kata, orang UMNO yang pergi makan kat Majlis Anwar Ibrahim tidak kan dapat apa-apa peruntukan Pilihanraya nanti. Apa punya ngok lah diorang ni. Ini perihal Raya...janganlah kaitkan dengan politik!

Calon Pilihanraya

Nampaknya, peluang PAS amat cerah untuk menang kerana UMNO semakin ketandusan calon namun bakal dihimpit rasa jengkel kerana di Bagan Pinang mempunyai undi pos berjumlah 5 ribu lebih! Puihh.

Walaupun PAS sedang dilema memilih calon untuk diletak di Bagan Pinang nanti, Harimau dapat lihat jentera bawahan Pakatan Rakyat semakin hebat menyusun dan merancang strategi. Mana Harimau tahu?

Harimau pasang telinga waktu makan di Restoran sebelah Baden- Baden Bundle di Bagan Pinang (Batu 4). Dasat diorang bro. Silap-silap boleh terlungkup UMNO dek kepintaran orang bawah memasang "jerat".

Siapa bilang orang bawahan tiada kuasa?

Harimau: menulis dalam mood Raya memang tak best langsung!

11.9.09

Bagan Pinang: Tompek Eden

Umno bahagian Teluk Kemang sebulat suara menyokong pemilihan ketua bahagian, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan. {Bagan Pinang: Umno bahagian calon Isa}

Tidak Harimau nafikan, Isa Samad memang calon yang berkaliber dan disayangi ahli-ahli UMNO cawangan. Sokongan terhadap Isa Samad, amat berbeza dengan Tok Mat kerana diperkhabarkan bahawa Tok Mat tak apek langsung dengan cawangan- cawangan di bawah Parlimen Telok Kemang semenjak beliau menjadi MB. Orang NS pun rata-rata berharap agar Isa Samad kembali menerajui kepimpinan NS.

Maka, ini adalah cabaran buat Pakatan Rakyat. Sukar untuk menewaskan Isa Samad. Strategi baru wajib diatur jika tidak, selamba kodok saja Isa samad balun calon Pakatan.

Kalau nak cerita rasuah Isa Samad dalam UMNO, Harimau nasihatkan tak payah sebab seantero Malaya sudah tahu. Cari cerita lain. Kalau boleh dibuktikan dakwaan keintiman Isa Samad dengan Bibi Sahrliza, buktikan.

Jika tidak, khabar angin itu boleh lah dianggap fitnah.

Nasib UMNO agak baik kerana UMNO Bahagian tidak mencalonkan anak Isa Samad iaitu Najib. Pada Harimau, Najib tidak pandai berpolitik dan naik kerana beliau adalah anak Isa Samad. Siapa yang pernah bersua dengan Najib, pasti akan tergelak apabila melihat tabiat beliau yang bermain jam di tangan, menggerakkan bahu dan leher; persis orang yang tidak boleh mengawal saraf- saraf di badan. Di harap Najib tidak marah bila membaca dan ubahlah tabiat yang menggelikan hati itu.

Siapa calon Pakatan di PRK Bagan Pinang? Ini yang suspen ni. Ingat! Bukan mudah mahu menakluki Bagan Pinang dan atas sebab itu, saringan dan tapisan calon PAS (Pakatan) wajar dijalankan dengan bersungguh-sungguh.

Sesungguhnya, UMNO Telok Kemang adalah Bahagian UMNO paling mantap di Negeri Sembilan. Kalau Pakatan mampu mengalahkan UMNO, anggaplah UMNO sudah berkubur di dalam sejarah Negeri Sembilan.

9.9.09

Letih Puasa

Harimau letih hari ini...begitu juga teman- teman di sekeliling. Nak tulis blog pun tak boleh kerana ada "makhluk" sedang terdampar di atas laptop Harimau. Dan, ini sajalah yanag mampu dicoret hari ni.


Chill!







6.9.09

Menjawab Persoalan Haji Haji Haji Munir.

kalau blog ni bukan milik cina DAP, aku cabar ko keluarkan article yg sama utk boikot McDonald yg dipunyai vincent Tan.kalau ko tak keluar boikot McD, sah la kau blog Cina DAP. hj.munir { dari komentar ini - Pembohongan Dalam Iklan KFC? }

Harimau nak tanya, Haji Munir ni dah berapa kali pergi menunaikan Haji? Bukan apa, kalau sudah tiga kali, Harimau nak panggil Haji Haji Haji Munir (macam drama Qalesya - yang tak pi terawikh mesti tahu).

Haji, saya akan pautkan sesuatu perbincangan mengenai McDonald yang saya perolehi dari laman Web PPIM.

Klik http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.679

Harimau: sampai hati Haji Haji Haji Munir kata blog ini milik Cina DAP?

Bodoh Macam Lembu.



Teringat Harimau zaman main ragbi di sekolah berasrama penuh dulu, imej "Ultimate Warrior" memijak kepala Singa akan dikibarkan tatkala 2 pasukan seteru utama iaitu STJ Warrior dan SDAR "Lion" bertemu. Tidak Harimau sangka, ada juga si dungu yang akan merealitikan imej tersebut; cuma subjek utama bukan seorang "warrior" dan yang dipijak cuma bangkai seekor lembu yang tiada dosa.


Bukankah spesis lembu ini yang sering ditumbangkan pabila tiba Hari raya Korban? Dan diagihkan pada fakir-fakir miskin?


Apa mesej sebenar si dungu-si dungu ini? Menghina agama Hindu atau perli pentadbiran Tan Sri Khalid? Perlukah kepala lembu turut serta di dalam perarakan dan bantahan tersebut?


Kalau dulu Harimau mencela umat Islam menyertai vigil, celaan serupa juga dilemparkan buat mereka yang bertanggungjawab membawa lembu dalam perarakan itu.


Niat mereka betul tetapi tindakan yang dilakukan macam orang yang bodoh. Ya. Bodoh macam Lembu!

Harimau: si bodoh mana pula yang beria-ia memegang kalimat hijau tu? Itukah ratib zikir golongan ini? Wallahualam.

5.9.09

Kontraktor PD bakal Berpesta!!!


Sudah tentu akan banyak projek bersifat "segera" yang akan ditenderkan dan ada juga "given jobs" yang dianugerahkan buat kroni-kroni. Mana-mana kontraktor yang ada menampal sticker Tuan Guru Nik Aziz yang ala-ala Metallica, dapatlah ditanggalkan segera. Takut pula terlepas Pesta Projek Segera yang jarang-jarang kunjung tiba.

Nak tergelak apabila Tuan Sofi (penulis blog Kerajaan Rakyat) mencadangkan agar Ziana Zain menjadi calon Barisan Nasional. Sesungguhnya, nama artis tersebut cukup hebat di PD suatu ketika dahulu. Sebab musababnya, Harimau tak tahu (buat-buat tak tahu).






Namun, Harimau merasakan bahawa Bibi Sharliza lebih layak untuk dicalonkan sebagai calon kerana..... ahhh..tak nak ceritalah.

Siapa tahu sebabnya, sila komen! Siapa tepat, Harimau belanja makan tengahari pada hari Ahad ni. Itupun kalau korang tak puasa la..

4.9.09

Pembohongan Dalam Iklan KFC?

Kawan Harimau kata beliau kena "kencing" dengan KFC. Lain yang diiklan dan lain yang dihidangkan. Boss KFC (Tan Sri Muhammad Ali) ada sebut tentang Jihad Bisnes tetapi sedarkah beliau bahawa perkara seperti ini adalah dilarang dalam Islam? Jihad Bisnes yang beliau nyatakan tentu tidak melibatkan pembohongan didalam intipatinya.

Bolehkah KFC disaman oleh teman Harimau? Atau wajarkah kita memboikot KFC?




Al-fatihah buat YB Azman

ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada
am 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.
{ ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal}

Berkali-kali Harimau menerima sms dari kekanda dan sahabat handai yang memaklumkan berita sedih ini namun entah kenapa hari ini pula Harimau semacam terlupa untuk menghidupkan kembali telefon bimbit selepas solat Jumaat. Tidak mahu Harimau nafikan, YB Azman adalah baik dengan kekanda Harimau dan sahabat lama Arwah Abah.

Tetapi, Harimau tidak pernah pula bersua muka apatahlagi berjabat-tangan dengan Arwah.

Nampaknya, pesta Pilihanraya Kecil akan datang pula ke tempat kelahiran Harimau iaitu Port Dickson (Bagan Pinang).

Parlimen Teluk Kemang adalah "jajahan" takluk Pakatan Rakyat kecuali DUN Bagan Pinang dan Linggi. Sebab ini tempat Melayu. Undi buat YB Kamarul Baharin Abbas adalah datangnya dari orang Cina Bandar dan orang India Estet. Rasanya, kurang sungguh dari orang Melayu Kampung.

Orang Melayu Kampung di Bagan Pinang memang terlalu karat UMNO untuk di"pinang" dengan "hantaran" gula-gula Anwar Ibrahim.

Pilihanraya Kecil ini adalah kerja berat buat UMNO bagi mempertahankan DUN Bagan Pinang dan juga buat Pakatan bagi merampas Bagan Pinang.

Sekali-sekala, best juga layan kempen maki- hamun ni. Tak percaya? Tunggguuuu!!!

Al Fatihah buat YB Azman Mohd Noor.