Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Ahlussunah Wal Jama'ah

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

31.10.10

Nate Kijei: Nogoghi Kalah, Kito Layan Lagu Ni.

Nak buek camano? Nogoghi den kalah sobab tak ramai star turun. Ado star pun tetibo yo injured malam tadi. Eden dah janji pado diri den, taknak mentadaghah Tomyam kat kodai Kelantan yang berlambak tu sobab nak kasik diorang miskin dan tak mampu boli tiket Final tahun dopan.

Buat anak Nogoghi, kito layan lagu penyanyi tersohor di video di bawah.


30.10.10

Bila Pemimpin Ber Fesbuk!


Pilihanraya Kecil? BOSAN. Cerita BOLA lagi best.

Tak minat nak cerita hal Lojing, tak minat nak borak hal Ansari jatuh laut, tak gemar nak gebang hal Khalwat calon PAS; Harimau lebih berminat memberi semangat pada pasukan Bolasepak Negeri Sembilan dan penyokong-penyokongnya yang beradab.

Kawan den khobar "Kalau ada makcik-makcik nak cari calon menantu, carilah orang Negeri Sembilan sebab kami tak pandai bakar kerusi, gaduh-gaduh, tikam-tikam, hempok kepala orang, sepak orang...senang cerita, makcik-makcik akan mendapat menantu yang lemah-lembut, sopan santun dan beradab.", Kawan den khobar yo, bukan den.

Dio khobar laie, "Jangan pula makcik cari calon menantu dari kalangan penyokong bolasepak Kelantan. Diorang memang nampak baik dan bertamadun, masuk je stadium, terus jadi beruk".

Senang cerita, tanpa keganasan pun, Negeri Sembilan akan menang malam besok. Penyokong Kelantan boleh balik kampung dengan hati yang panas dan muka yang merah padam; sama seperti tahun lepas.

Dengar mentera anak Negeri:

Kok tak dicuitnyo esei, esei pun takdola cuit dio,
Kok tak disontuhnyo esei, tak dola esei nak sontuh dio,
Kok tak dihempuknyo esei ni, tak dola esei nak terajang tolo boghok dio tu.

Tapi,
Sekali esei kono cuit, sekali telingo esei kono hombuih,
Sekali yo cukup...
Memang makan selipar, tolo eh sei sepak, kepalo eh sei bonam dalam lubang jamban,
Sei tarah muko eh kek jalan , biar dio tengok cormin dio ingat, dio konang dan paham,
Jangan memain ngan anak Nogoghi Semilan!
Kitolah Juaro...Jangan cuit Pialo tu sobab Pialo tu,
NOGOGHI SEMILAN YANG PUNYO!!!

22.10.10

Bangunan 100 Tingkat - Apa Rakyat Terbawah Dapat?

Entah apa kejadahnya hendak dibina bangunan 100 Tingkat. Adakah Malaysia memerlukan bangunan itu? Tentunya tidak. Tentu sahaja agendanya lain dan bertujuan untuk mengendos nama pemimpin No.1 di peta dunia. Atau untuk mengatasi Mahathir yang mempunyai senarai kejayaan yang agak banyak dan panjang,

Kasihan pula pada Pak Lah. Beliau hanya terdaya membawa masuk parasit ke dalam parti UMNO. Apa bukti kemajuan fizikal yang dibawa oleh Pak Lah? Korridor? Jawapannya tiada. Yang ada Si Anak Menantu yang sedang menghancurkan golongan muda dengan ideologi palsu umpama pelakon opera Cina. Dongeng dan tiada Manfaat.

Mungkin DS Najib tidak mahu nasibnya seburuk PM Malaysia ke-5 itu, lalu mencanangkan melalui Belanjawan yang lalu bahawa Menara Warisan akan dibina oleh PNB.

Untung sangat kah PNB? Berapa agaknya dividen tahun ni? Sama-sama kita bandingkan. Hal itu, kita letak tepi dulu.

Siapa agaknya yang mendapat manfaat dari pembinaan Menara 100 tingkat tersebut?

Pekerja TNB? TIDAK!
Cikgu Sekolah? TIDAK!
Drebar Lori? TIDAK!
Petani? TIDAK!
Peneroka FELDA? TIDAK!
Kerani? TIDAK!
Rakyat yang mendiami PPRT? TIDAK!
Nelayan? TIDAK!
Penulis Blog? TIDAK!


Yang mendapat keuntungan dan manfaat adalah Kontraktor Sivil Kelas A (berpangkat Datuk dan kroni Pak Menteri biasanya), Kontraktor Elektrik Kelas 1 (juga cenderung politik pemerintah), pembekal-pembekal Cina (potong jarila kalau beli material dari Melayu), Orang Tengah yang mark-up pada harga barang, dan mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam bidaan atau penyertaan tender tersebut (biasanya kroni). Pemilihan kontraktor juga biasanya diragui ketelusannya.


Juga; pekerja-pekerja binaan yang rata-ratanya dari Indon , Bangla, Nepal dan Kerala, India. Kalau peratusan pekerja binaan Melayu mencecah 90%, aku sanggup sunat sekali lagi.


Jadi, apa kejadahnya Menara tersebut jika tiada apa yang boleh dinikmati oleh rakyat?


Bukankah lebih baik disifarkan kemiskinan dengan duit yang berbillion itu?


Adakah kita terlalu bodoh untuk nampak manfaatnya (bangunan itu) atau kita diperbodoh-bodohkan oleh orang atasan?


Bersediakah kita untuk membeli barangan yang semakin meningkat dan semakin menghimpit hanya untuk menampung kos pembinaan bangunan 100 tingkat tersebut? Itu belum lagi kita cerita kos maintenance bangunan, kos rugi kerana tiada siapa yang mampu menyewa dan AKHIRNYA...


BANGUNAN TERSEBUT DIDIAMI OLEH CINA-CINA KAYA, PELABUR LUAR DAN KRONI-KRONI TERMASUK GLC YANG DIPAKSA.


RAKYAT TERBAWAH MASIH DITAKUK LAMA BUKAN? Kesian kita.

10 Ciri Negatif Pemuda adalah Ciri-ciri seorang Khairy Jamaluddin

Yang Berhormat KJ menyatakan terdapat 10 ciri negatif Pemuda UMNO yang perlu dikikis dan dijauhi kerana boleh merosakkan{sumber di sini}:

1. Elitis dan egois.

2. Suka melihat orang lain dihentam.

3. Syok sendiri.

4. Budaya 'check in'/'check out' dan 'punch card' - hanya tunjuk muka bila pemimpin ada.

5. Suka 'enter frame'/ gemar mengambil kredit atas usaha orang lain.

6. Budaya 'politik sate' - cucuk dan kipas pemimpin.

7. Baling batu sembunyi tangan.

8. Budaya 'yes man' / 'yes bos'

9. Talam dua muka

10. Oportunis.

Yang sengalnya, YB KJ tak faham bahawa dialah sebenarnya "perosak" Pemuda UMNO malah kehadiran dia amat tidak diperlukan didalam landskap politik Malaysia. Kebanyakan ciri-ciri tersebut adapada beliau sendiri.

Contoh 8 Ciri-Ciri Negatif ada pada KJ:

Baling Batu Sembunyi Tangan



Politik Sate


Suka Enterframe


Opportunis


Talam Dua Muka


Syok sendiri


Elitis dan Egois

Paling Best : Talam 2 muka @ 2 Alam

21.10.10

Rosmah perlu bertanggungjawab!





Kalau ada yang mengatakan Rosmah tak bersalah, rasanya mereka adalah Anjing Politik ataupun Khinzir Kuasa dan Wang sahaja. Ingat, yang kita bicarakan adalah kesucian Agama Allah dan juga nama Rasul Junjungan. Ianya bukan agama bapak kita yang boleh kita buat sesuka hati dan bukannya nama haiwan peliharaan yang boleh dipanggil sesuka hati.

Penyelesaiannya amat mudah. Rosmah perlu bertanggungjawab dan meminta maaf. Kenapa Tun Hasmah tak pernah "buat palat" walaupun suaminya menjadi PM selama 22 tahun? Sebab Tun Hasmah tahu sempadan menjadi SEKADAR ISTERI yang tidak dipilih melalui proses demokrasi pun. Dah kebetulan sahaja menjadi bini PM.

Selagi tiada tindakan dari DS Rosmah, selagi itulah tiada rasa hormat langsung aku pada dia. Blogger pro-UMNO YANG MERASAKAN MEREKA ISLAM wajar respon kepada kekurang-ajaran ini. Jika tidak, kamu hanya layak menjadi Anjing dihalaman rumah ahli politik ataupun menjadi khinzir belaan peminat makanan eksotik.

Noktah!

bahan rujukan: Ruang Bicara Pria Malaya