Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

28.11.10

JoeZuax: Nazri Aziz

JoeZuax: Nazri Aziz

Anak menteri ke tu?

Ana Raffali rupanya...

Aku terpikat dengar suara perempuan dalam lagu "Kalau Berpacaran". Hari ni aku baru tahu yang itu suara Ana Raffali. Unik, mengasyikkan dan lain dari yang lain.

Terus aku terpikat sioootttt! Ana Raffali, sudikah kamu makan malam bersama ku???

PKR dan misi mustahil

Tiada masa nampaknya untuk PKR menidakkan kemenangan Azmin Ali atau Sam Iskandar. Mereka terpaksa merestui kemenangan itu bagi merentas jalan ke Putrajaya ketika Pra-PRU13. Disaat BN mencipta populariti di hati rakyat, PKR memilih membuka segala pekung dan kudis pada khalayak. Mereka lupa bahawa media arus perdana yang menjadi tontonan majoriti rakyat tidak pernah menyebelahi mereka. Mereka sedang diketawakan, sedang dibodoh-bodohkan dan menjadi jenaka jam 8 di seluruh negara. Perbualan aku bersama teman yang karat UMNO di kedai Nasi Ayam Pangeran malam tadi mengesahkan kemenangan awal BN di Paroi. Fuh, memang yakin betul mamat tu.

Jalan ke Putrajaya sudah semakin berliku. Ada manusia yang harus menjadi "korban" untuk PKR kembali memutihkan nama mereka di hati rakyat. Siapa? aku belum pasti. Macha-macha estet sedang dalam mod "tunggu dan lihat". Menunggu isyarat dari "kapla" samada berhenti menyokong PR atau berdiri teguh dan menyokong penuh. Ia masih 50-50. Percayalah cakap aku.

Cina bandar sudah mula menyokong DAP. MCA tidak berusaha benar nampaknya. Mungkinkah MCA mempunyai agenda halimunan bersama DAP? Orang Melayu mesti mula berfikir kemungkinan itu. Ia bukan mustahil dan berada dalam kategori "probably".

Kalau aku ditanya, adakah aku menyukai perkembangan terkini politik di Malaysia, aku menjawab tidak. Kerana Melayu semakin menghampiri minoriti; bukan dari segi kuantiti tetapi dari segi politik yang berpecah belah. Cukup-cukuplah dengan UMNO, PKR dan PAS, Melayu tidak perlu pergolakan dalaman parti sediada apatahlagi parti baru. Melayu tidak perlu parti baru Zaid Ibrahim ataupun dari Ibrahim Ali (Cis, apasal pulak aku tersebut nama Beraghim ni...).

Entah mengapa, pelakon- pelakon politik Malaysia seringkali mempunyai nama Ibrahim...? Itu belum campur Khalid Ibrahim, Mohamad Zamakh Sari Ibrahim, Zulkifli Ibrahim punya cerita. Ahh...mereka tiada peranan dalam ini filim.

Aku suka pada Saifuddin Nasusyen (sebutan betul bagi Nasution?). Malang sungguh apabila dia menjadi kuda tunggangan Jeneral PKR yang boleh dikategorikan sebagai Dewa bagi sesetengah penyokong tegar. Saifuddin adalah aset penting PKR namun "dipaksa" memegang watak orang bangang. Saifuddin, kamu letaklah jawatan Setiausaha Agong dan biarlah siasatan surat palsu itu berjalan. Sayang sekali orang hebat seperti kamu terbunuh dalam perang orang lain. Tapi, kalau kamu rela terkorban, apa yang aku boleh buat ye tak? Suka hati kamu lah Din.

2 pilihan yang ada bagi PKR sebelum PRU 13. Bunuh diri atau Melenyapkan watak Ketua Umum dalam politik. Ketua Umum cuma perlu menjadi penasihat PKR dan beliau tidak perlu bertanding di PRU akan datang. Itupun kalau Ketua Umum itu masih relevan dan diperlukan. Takkan 10 tahun masih nak duduk bawah ketiak Anwar ye tak?

Nah...baru kita berfikir bahawa untuk apa pula ada PKR tetapi tanpa Anwar bukan? Dan kita juga akan berfikir siapa yang akan menjadi Jeneral merentas jalan ke Putrajaya bagi PR...betul tak?

Jawapan hebat bagi persoalan tersebut mengandungi 5 huruf (atau 4?) yang mudah.

BUBAR.

Jika ianya kelihatan mustahil, fikirkanlah kemustahilan untuk menyatukan anak muda di bawah kepimpinan Sam Akin, kemustahilan mencari Perdana Menteri PR selain DSAI, kemustahilan PKR tanpa Anwar, kemustahilan mengangkat keredibiliti PKR sebelum PRU yang dijangka 12 bulan dari hari ini....

Kemustahilan itu hanya menjadi tidak mustahil jika PKR menjumpai penyelesaian....yang aku fikir cukup mustahil.

Adios!

16.11.10

SALAM EIDUL ADHA

Kalau ikutkan pengiraan kepimpinan kerajaan Negeri Perak, Hari Raya Haji lambat lagi sebab jatuh pada 17 Zulhijjah. Tapi, aku rasa esok Raya Aji.

Tanpa mempedulikan pengiraan mereka, saya sebagai Hamba Allah, Seorang Islam berbangsa Melayu yang mengguna nama keyboard (dulu nama pena) Harimau Menaip, ingin memohon maaf buat semua rakyat Malaysia seandainya ada yang tersinggung dengan penulisan murah saya. Maaf, maaf dan maaf.

Setelah saya dimaafkan, maka, layaklah saya mengucapkan Salam Eidul Adha buat kalian dan semoga kebaikan, kemuliaan, kerahmatan dan keberkatan dilimpahkan ke atas kita semua oleh Allah S.W.T.

Sesungguhnya, Dia lah Raja Segala Raja dan tiada suatupun diluar pengetahuanNya.

Wallahualam.

15.11.10

Remaja Melayu Beromen Macam Sial

Korang nak hentam aku sebab aku cuit orang Kelantan. Yang aku heran, tak ramai yang marah kat awek-awek celaka yang tonggang tu.

Kalau aku bagi video kat bawah ni, agaknya korang marah pemandu teksi yang tengok budak Melayu ni beromen agaknya. Ye lah, drebar teksi tu kan Cina. Melayu kan Tuan.

Aku rasa, budak pompuan tu dah barai kena batang budak lelaki tu. Kalau budak pompuan ni baca, aku cabar dia buat pemeriksaan doktor dan buktikan lubang kemaluan dia masih ada selaput dara. Kalau masih ada dara, aku cabut posting ni dan buat permohonan maaf (biasalah zaman sekarang kan, buat dulu baru minta maaf). Kalau aku tulis macam ni, masih ada orang nak backing betina ni, aku tak tau la. Lebih baik korang dijadikan babi tunggal dari di berikan akal sebagai manusia.

13.11.10

Awek Kelantan Meraikan Kejayaan Galas dan Skuad Piala Malaysia.

kemaskini lepas Subuh:

No. Wahid, Aku cakap awek Kelantan lepas member aku mengesahkan ada seorang awek dalam video ni sekampung dengan dia kat Kelantan. Dan "keterkejutan' aku di awal penulisan adalah reaksi pada apa yang member aku sahkan itu. Kalau yang lain tu orang Terengganu, apa ada hal? Aku tulis "Awek" dan bukan "Awek-awek".

No.2, tajuk aku tu bersifat "Umum" dan ayat aku di penulisan nampak macam takde kaitan terutama yang berbunyi " Kat bawah ni ada video awek Kelantan tengah tonggang". Bab "meraikan Galas dan Skuad Piala Malaysia" tidak pula disebut bukan? Bukan aku sorang je yang pakai tajuk provokasi kat blogosphere kan?

Kalian kena marahkan Google sebab bila aku google perkataan "Awek Kelantan", keputusannya amat mengecewakan. Klik SINI.

Akhir qalam, sebagai Muslim yang tidak mahu berkonfrontasi dengan Saudara Semuslim dari Kelantan, aku minta maaf kerana menyinggung. Tapi aku tetap bengang Negeri Sembilan tak dapat titik Kelantan dalam Piala Sumbangsih! Cis!!!

_______________________________________________


Kelantan...? Apa yang bestnya pasal Kelantan? Gua panas bila Team Negeri Sembilan tak dapat repeat game kat Piala Sumbangsih. Kalau tak, memang menanah Kelantan kena titik! Kat bawah ni ada video awek Kelantan tengah tonggang. Citt! Bikin malu kaum je.


7.11.10

Ingatlah. UMNO adalah guru PKR.

Rasa hormat aku pada penulis Mat Saman Kati (MSK- blogger) adalah melebihi rasa hormat aku pada Rosmah Mansur (Datin Seri). Di saat awal aku menulis blog, blog MSK lah yang selalu aku jenguk. Sayangnya, MSK terlalu percaya bahawa PKR adalah parti bersih malah lebih suci dari UMNO. Percayalah, jika pimpinan tertinggi PKR itu bergurukan UMNO, maka politik ala-UMNO lah yang akan dibawa dan diamalkan.

Aku membaca tulisan Edyesdotcom yang bertajuk  "Pendedahan MSK Yang Membunuh Erti Perubahan Dalam Keadilan !!" dan aku hanya mampu tertawa kecil. Mengapa agaknya harapan dari golongan bawahan terlalu tinggi menggunung ingin melihat ketelusan dan keadilan di dalam PKR. Bukankah mereka sedar dan tahu bahawa majoriti yang menjadi tangan kanan dan memegang kuasa di barisan hadapan PKR adalah mereka- mereka yang gagal berkuasa dalam UMNO. Dalam bahasa mudah, mereka adalah "rejected product" parti UMNO.

Aku juga kelakar bila India-india dan Cina-cina PKR memikirkan bahawa mereka akan diangkat menjadi "orang penting" dalam PKR. Selagi sisa-sisa "karat UMNO" itu tebal dalam tatacara berpolitik Anwar, Azmin dan lain-lain, maka apek-apek dan macha-macha PKR hanya menjadi patung wayang kulit yang akan angguk bila disuruh dan menggeleng bila diarahkan. Itu yang terjadi pada Samy Vellu, Koh Tsu Koon dan pemimpin parti komponen yang lain. Mereka akan dapat habuan seperti pangkat dan kedudukan dalam kerajaan kalau UMNO me"kun faya kun" kan permintaan mereka dan jangan sesekali membantah dengan keputusan UMNO. Hari ini mereka bantah, esok mereka akan "keluar baris". Itu yang dipanggil 1BN? Getik aku nak sebut. Tapi itulah formula terbaik bagi melihat Malaysia aman damai dan diterajui oleh Tuan Tanah Melayu.

Kasihan aku pada blogger-blogger yang ikhlas dan bermatian menegakkan kebenaran dalam berpolitik. Akhirnya mereka hanya menyalak bukit dan "mungkin" mereka baru akan sedar yang pemimpin-pemimpin Agong PKR tetap percaya terhadap politik sial dan menyialkan. Rasuah, tikam belakang dan bunuh karier politik tetap menjadi senjata akhir bagi mereka yang gila kuasa.

Apa yang mereka harus lakukan? Mudah.

Jangan mengharap kepada pimpinan yang sedia ada. Ciptalah pemimpin dikalangan kamu (blogger). Yang kamu tahu dia adalah bersih, suci dan menyucikan. Angkat dan julang sehingga kamu tahu dia adalah "kotak suara" golongan bawahan. Persetan sama pemimpin atasan. Mereka cuma mahu berkuasa dan menggunakan orang bawahan untuk mencapai matlamat.

Selagi tidak dibuktikan "tidak bersalah" oleh Mahkamah, mungkin benar kemaluan Anwar telah menjajah lubang mencirit Saiful Bukhari. Itu jangan sesekali kita menidakkannya. Jika Mahkamah terkhilaf atau tidak adil, kita buktikan dan bawa ke pengadilan lebih tinggi. Itu perkara lain dan itu masalah Anwar. Biar dia yang pening.

Sehingga sekarang pun, UMNO tidak lagi bersih bagai dikata. Di mana-mana, masih hebat cerita "mengkayakan kroni", "rasuah politik" dan macam-macam lagi. Itu adalah penyakit UMNO dan satu cara sahaja untuk menyelamatkan generasi akan datang dari penyakit kronik itu. Apa dia?

UMNO perlu bunuh diri dan UMNO baru perlu dibentuk. Mula dari sifar dan pemilihan pemimpin dipantau oleh suatu badan bebas. Namun, itu tidak mungkin terjadi. maka, biarlah UMNO dengan sifat-sifat UMNOnya.

Jika PKR pun sama dengan UMNO, maka PKR perlu bunuh diri. Tiada siapa pun yang rugi melainkan Anwar, Azmin dan konco-konconya. Percayalah.

Mereka tidak boleh menjadi pemimpin tanpa orang-orang seperti kita. Nah! Siapa pula yang memerlukan siapa?

Fikir-fikirkanlah.