Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Ahlussunah Wal Jama'ah

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

16.10.11

Kesesatan Sufi: Contoh Orang Sufi (Yang Sakit Tetapi?) Mengubat Orang

Update: Ada yang mencemuh aku dan kata aku jahil. Jika kalian baca betul-betul, aku ajukan soalan dan pertanyaan. Orang jahil memang kena bertanya. Aku bukannya lulusan Jordan atau Syria. Aku tidak berserban Besar dan aku tidak berjoget ketika berzikir. Tidak pula aku pernah mendengar cikgu aku atau ustaz yang aku sering dengari kuliahnya atau buku- buku yang aku baca menceritakan FADHILAT ZIKIR SAMBIL MENARI? Kalau kalian ada, dedahkan.

Ada pula yang kata "Sufism basically is the Inner Dimension of Islam". Siapa kata tu? Al Quran? Rasulullah SAW? Sahabah Radiallahuanhum Ajmain?

Bagi aku, isunya mudah. tak kiralah serban kalian tinggi sampai cecah langit, ijazah kalian sampai tujuh lapan macam; selagi hujah kalian tanpa nas/dalil dari Qalamullah atau Al-Sunnah, ia akan dianggap IRRELEVANT.

Aku bukan mencari musuh..Demi Allah. Aku mencari kebenaran. Aku yakin apa yang aku tulis tidak salah dan sanggup menangung dan menjawabnya di depan Allah Azza wa Jal.

Wallahua'lam.

(nota kepala ini akan aku titip diatas setiap posting aku berkaitan Sufisme)

____________________________________________________________

posting asal:

Dari pembacaan aku, perkara yang ada dalam benda-benda sufi ni adalah "diada-adakan" dan dikhuatiri menjurus kepada kesesatan. Yang paling sedih, apabila munajat ahli sufi bukan pada Allah Azza Wa Jal tetapi pada Tok Syeikh nya.

Ibadatnya luar biasa, semalaman bermunajat pada Sang KEKASIH... Senyumannya amat mendamaikan layak menjadi penenang jiwa.... Itulah guru kami; anak raja berjiwa rakyat....(sumber)

Mungkin ahli sufi ini silap penggunaan perkataan (aku bersangka baik). Kalau ikut Kamus Indonesia, Munajat ertinya doa sepenuh hati kpd Tuhan untuk mengharapkan keridaan, ampunan, bantuan, hidayat, dsb;(sumber). Dan takde pula makhluk bermunajat pada makhluk.

Beilau seorang pengamal perubatan yang juga seorang ahli sufi menyebut "InsyaAllah" tetapi memohon IZIN SYEIKH dia dahulu. Bukankah tawakkal kepada Allah Taala itu adalah perkara paling penting dalam menuju keimanan yang jitu? Apa guna 17 kali sehari membaca Surah Al-Fatihah , ayat kelima yang membawa maksud "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."? tetapi masih meletak makhluk lebih tinggi dari Allah Azza Wa Jal?

Allah itu dekat dan mendengar, tidak perlu perantara. Firman Allah عزّوجلّ:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ
“Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang diriKu,  maka sesungguhnya Aku dekat.” (QS. Al-Baqarah : 186).

Aku salin dan tampal tulisan blog insan yang aku maksudkan di tajuk posting aku kali ini. Semoga Allah membuka hatinya dan dia bertaubat Nasuha. Pengikutnya yang sudah tersalah, kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Insya Allah.

Kebiasaannya selepas Solat Jumaat kami akan berkumpul dengan Sheikh Raja untuk bersua muka dan bertanya khabar serta mendapat bimbingan dari Sheikh Raja. Alhamdulillah saya sempat menyampaikan hajat saya kepada baginda...:

Saya pun cium tangan sheikh dengan perasaan yang berbunga-bunga!!!(sumber)

 nota kaki: dakwah ini akan disambung. InsyaAllah.

3 komen:

Anonymous said...

Dari Sabah,
Assalamua`laikum,
aku cadang lbh baik hang kaji dan hadam baik2 bab ni sebelum post bab ni. sbb aku baca post ko ni, macam orang jahil yang tulis. ilmu n perbahasan x cukup kuat. ko perbahas benda yg mmg mana thoriqah pun akan kata sesat. jangan jadi muslim yang jadi fitnah kepada muslim yang lain. MUNAFIK TU

Harimau-Menaip said...

Orang Sabah,

Aku tak fitnah. Aku bertanya dan mengeluarkan pendapat berdasar "Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam" yang ada aku letak di posting. Kalau kau ada hujah, silalah.

Aku nak jugak tahu apa pandangan yang lain.

Dan, aku memang jahil. Sebab tu aku bubuh link untuk kalian baca. Dan kalian hadam dan beri pandangan.

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Tuan apa beza sufi dan Tasawuf?