Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

24.4.12

Tendang Khalid Ismath dari UiTM!

Jika ada biasiswa diberi pada mangkuk yang bernama Khalid Ismath, TARIK BALIK.
Jika ada PTPTN diberi pada mangkuk yang bernama Khalid Ismath, TARIK BALIK.
Jika ada keistimewaan Bumiputera diberi pada mangkuk yang bernama Khalid Ismath, TARIK BALIK.
Malah, Jika ada kewarganegaraan diberi pada mangkuk yang bernama Khalid Ismath pun, TARIK BALIK.

Khalid Ismath, berdoalah tiada orang seperti aku yang menjadi pemimpin Malaysia, jika tidak, tiadalah engkau di bumi Malaysia ini lagi.

21.4.12

Proton Preve: Lupa Untuk Diuji

Gambar Kemalangan Proton Preve telah memberi rakyat Malaysia pandangan yang bercampur-campur. Ada yang menyalahkan kereta dan ada yang menyalahkan pemandu. Ada yang mengatakan Proton Preve patut malu dengan Proton Knight kerana ketika pelancaran Proton Knight, ia mampu melakukan pelbagai stunt sedangkan Preve sudah terkulai layu hanya di jalan lurus!



Bagi saya, itu semua perkara biasa. Yang MASIH luarbiasa, adalah HARGA. Manakan patut sebuah kereta tempatan dijual separas dengan harga kereta import sedangkan kita sedia maklum harga kereta import banyak dipengaruhi cukai/ duti import. Preve perlu turun ke kadar 45k. Itu pandangan saya.

Namun, apabila mengenang kembali sejarah Proton, saya sedar bahawa Proton Preve sebenarnya lupa diuji sebagaimana pengujian dibuat pada Saga 1.3 dahulu. Sampai sekarang rakyat masih memandu versi Saga lama dalam keadaan cekap dan sihat wal afiat. Kuat, kukuh dan tahan lama.

Persoalan yang ada di kepala, di saat Proton mahu kita berbangga dengan Produk Malaysia, mengapa menggunakan perkataan asing seperti PREVE? Kenapa tidak Proton GEDEBE atau Proton BEGA? Ia lebih keMalaysiaan walaupun maknanya agak "kasar". ;)


17.4.12

Proton Preve: Jangan Tekan Kuat-kuat

Kemaskini 18.4.2012: Ada yang kata aku memfitnah. Ada yang suruh aku keluar Malaysia. Bai, den buek apo? Den cumo ingatkan, jangan tokan dashboard tu kuek-kuek. Nanti khuatir butang ehh termasuk. Itu dari tafsiran den pado gambar. Den dah check, memang itu papan pemuka Proton Preve. Mungkin juga gambar itu adalah ketika technician ehh tongah setting dashboard tu...

Nombor 2, den tanyo, "Ini ke kereta bertaraf dunia?"..Kok yo, khobarlah IYO. Kok tidak, khobar yo TIDAK.

Itu pun nak emosional. Apparaa..

_______________________________________________________________________


Ini ke kereta bertaraf dunia?

10.4.12

Budak SPM Sekarang...Bodoh Pun Dapek A.

Setakat dapek A zaman sekarang, sikit pun den tak heran. Apabila average student di"angkat" secara melampau..akhirnya, kebangangan itu yang akan dipilih menjadi pemimpin. Huh.

4.4.12

Hati Besar

Beliau bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi memupuk hati kecil menjadi hidup dan berkobar-kobar. Kalamnya dengan hujah dan dalil, tidak pernah bosan dalam mengingati aku tentang kebesaran Allah azza wa jall. Ilmu dia membuatkan aku cintakan Nabi SAW; lebih dari segala makhluk hidup, dan menyayangi sahabah r.a. hingga air mata mengalir jika kisah sahabah r.a. dinukilkan.