Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Ahlussunah Wal Jama'ah

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

2.5.13

Jangan Ejek Hukum Allah




Kita off politics sat. Nabi Saw menyuruh kita baca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat. Surah tersebut ada 110 ayat. Kahfi bermaksud "Gua". Apa yang diceritakan dalam surah tersebut? Den nak kongsikan sikit point-point yang den ingat:

- bercerita hal-hal orang yang mengejek-ejek qalam Allah. Persekongkolan orang Quraisy dan Yahudi dalam menentang Nabi Saw.
- Kisah pemuda (Ashabul Kahfi) yang ditidurkan selama 309 tahun. Mereka orang soleh. Jumlah mereka usah dihujahkan. Mereka di gua bersama seekor anjing.
- Bayangan keadaan Syurga Adn. Juga disebut Syurga Firdaus dan Neraka Jahannam. Siapa yang akan berada dalamnya.
- 2 ayat (23 dan 24) yang diturunkan kerana Nabi tidak sebut Insya Allah dan wahyu tidak turun selama 15 hari. Mengajar kita untuk menyerah urusan dan janji kepada Allah.
- Disebut orang-orang yang mempersendakan hukum dan ayat-ayat Allah.
- Diceritakan Nabi Musa menuntut ilmu dengan Nabi Khidir. Pada mulanya Nabi Khidir enggan kerana khuatir Nabi Musa tidak sabar dan akan mempersoalkan segala tindakan beliau. Akhirnya Nabi Khidir bersetuju setelah Nabi Musa menyatakan beliau tidak akan bertanya. Mulanya, Nabi Khidir bocorkan perahu, Nabi Musa bertanya dan ditegur Nabi Khidir. Nabi Musa terlupa dan minta maaf. Selepas itu Nabi Khidir bunuh seorang pemuda (ada kuliah kata ia budak). Nabi Musa tanya lagi. Ditegur lagi oleh Nabi Khidir dan Nabi Musa minta maaf. Ketiga, Nabi Khidir dan nabi Musa sampai satu pekan. Minta makanan pada penduduk pekan tapi tak diberi. Mereka nampak satu dinding bangunan yang hampir mahu roboh. Nabi Khidir bina balik. Nabi Musa mempersoalkan lagi...Nabi Khidir kata cukup cukup sudah (ni bahaso den ni). Nabi Khidir menceritakan kenapa baginda melakukan ketiga-tiga perkara tersebut.
- Disebut nama Zulkarnain dan bagaimana beliau membina penjara antara 2 gunung dengan bantuan rakyat sekitar. Yang dipenjarakan adalah Yakjuj dan Makjuj. Yakjuj dan Makjuj akan muncul apabila diizinkan Allah.
- banyak diceritakan kebesaran dan keesaan Allah dalam ayat ini.

Semoga ada hikmah dan manfaat tulisan den ni..Insya Allah. Amin.

Nota kaki: gua guna "den" sobab nak elak korang keliru antara makna "Kahfi" dan ganti diri namo den. ;)

11.4.13

Ulama Anjing

Sudah lama aku menyelar Abdullah Saamah kerana fatwanya. Sudah lama aku memendamkan rasa jengkil apabila melihat dia di ceramah politik.

Aku ada juga membaca tafsir dan artikel-artikel ketuhanan. Apabila ulama disamakan dengan anjing, aku tidak tahu mengapa, wajah Dolah ni tersembul di benak. Jika Allah swt menggelarkan hambaNya sebagai anjing, itu adalah peringatan Allah sebenarnya. Jika aku yang menggelarkan ulama begitu, ia perkara berat. Aku bukan Parpukari atau papagomo yang tidak takut akan dosa-dosa mereka. Sungguh! Aku tidak seperti mereka.

Bila aku menonton video d bawah, baru aku tahu kenapa muka Dolah ni selalu menerpa di otakku.




Persis Anjng sungguh kelakuan Dolah ni. Tidakkah sepanjang dia di pondok Geting tu, dia pernah membaca:

Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

Apa yang kita perlu lakukan selepas ni? Adakah peruntukan ke pondok-pondok perlu disekat? Tidak. Islam wajib disebarkan. Bukan wang ringgit isunya. Isunya adalah  KITA BERSIHKAN SEGALA BENTUK RASUAH DARI TERUS MENERUS MENJADI BUDAYA. Walaupun diberi seringgit, ia tidak patut mengubah kita dan pegangan agama kita. Kita bukan semurah RM2juta, bukan semurah RM500 atau semurah cermin mata; kita adalah hamba Allah swt yang terbaik. Nilai kita....PRICELESS.

nota kaki: Saya tidak mengatakan Abdullah Saamah sebagai "ulama anjing". Saya cuma memberi maklum peringatan Allah, apa yang saya fikirkan dan persepsi yang timbul. Kalau kalian merasakan dia ulama anjing itu, saya tak dapat buat apa-apa.

12.1.13

Allah adalah Tuhan Bagi Chua Soi lek dan Lim Kit Siang

Fuhh..gua batalkan program masuk KL untuk mengelakkan kesesakan. Gua ada beli van tetapi membatalkan pembelian kerana masalah enjin. Maka, gua terpaksa mencari lagi van untuk staf gua pakai.

Gua gunakan ganti nama diri "gua" kerana ia sesuai dengan mood gua sekarang.

Gua terbaca tweet dari ramai orang tentang penentangan terhadap penggunaan nama Allah oleh Bible terjemahan ke Bahasa Melayu dan gua terpanggil untuk melontarkan pendapat. Bukan gua kata pendapat kalian salah, tetapi gua rasa ia adalah isu multi-pendapat yang tidak wajar untuk di muktamadkan dengan satu pandangan sahaja. Namun, pandangan mestilah bersandarkan nas dan dalil.

Tidak boleh menafikan, Tuhan bagi semua makhluk adalah Allah azza wa jalla. Maka, Tuhan bagi Lim Kit Siang mahupun Chua Soi Lek juga adalah Allah yang Maha Esa dan Maha Agung.

Masalahnya, apabila kalimah "Allah" hendak digunakan dengan menjadikan ia sebagai maksud terjemahan bagi perkataan "God", maka ia adalah tidak bertepatan dengan kaedah penterjemahan.

Gua tidak memetik Kamus Dewan kerana naskhah kamus itu mahal untuk dimiliki. Namun, gua percaya bahawa terjemahan bagi perkataan yang menjadi konflik itu boleh diringkaskan sebegini:

1. God = Tuhan
2. Allah = perkataan yang digunakan bagi membawa maksud Tuhan sembahan orang Islam, Tuhan Sekalian Alam

Gua tak nampak apa masalahnya jika Sang Kuffar mahu mengatakan Allah adalah Tuhan kerana itulah yang sebenar-benarnya. Namun jika ia mahu menggunakan di dalam Bible dengan membawa makna "God", maka ia adalah kaedah penterjemahan yang tidak tepat dan tidak betul.

Kesimpulannya mudah, usahlah kita membuat kenyataan yang akhirnya menidakkan Allah sebagai Tuhan bagi Muslim dan Sang Kuffar. Analisa tulisan agar ia difahami bahawa kita menyatakan "YES" jika kamu mengatakan Allah swt adalah Tuhan kamu, namun "NO" jika kamu mahu gunakan kalimah itu sebagai terjemahan bagi perkataan "God".

Kita juga harus faham yang :

- Orang Islam = mengakui Allah itu Tuhan dan Esa.
- Kafir = mengetahui Allah itu Tuhan namun Syirik.
- Atheis = Tidak percaya konsep ketuhanan.

Dengan itu, jika Lim Kit Siang atau Chua Soi Lek menyatakan Allah itu Tuhan, ucapkanlah Alhamdulillah.

26.11.12

Doa Untuk Kehancuran Penzalim

Doa kehancuran BN? Wajarkah ia menjadi isu? Bagi aku ia amat tidak wajar menjadi isu apatahlagi menjadikan ia suatu isu besar. Dan amat tidak wajar untuk Azhar Sulaiman menulis dalam akaun laman sosialnya dengan perkataan sinis tetapi bodoh.

Ia perlu jadi isu jika PAS memohon doa dengan berhala. Ia perlu jadi isu jika PAS memohon doa dengan Trimurti. Ia perlu jadi isu jika PAS memohon doa dengan Gereja. Memohon kepada Allah azza wa jalla, apa isunya?

Mungkin BN merasakan mereka tidak pernah menzalimi PAS atau takut dengan laknat Allah; itu aku tidak tahu.

Cuma aku tahu bagaimana untuk menyelesaikan isu ini. Beri pembangkang berkempen di saluran TV kerana selama ini BN kelihatan tidak adil kepada pembangkang. Tidak adil dari segi definasi menyamai dengan kezaliman. Nah! Kan ada sekurang-kurangnya 1 kezaliman yang dilakukan BN?

Status yang ditulis Azhar Sulaiman memberi kita bukti bahawa tidak semestinya kita mempunyai ijazah luar negara dapat membuktikan kita bijak. Percayalah, status sebegitu adalah kebodohan melampau tidak kira apapun niat dia.

Menjadi ahli UMNO tidak sesekali memurtadkan sesiapa. Menjadi ahli UMNO tidak sesekali berdosa walaupun tahap peratusan rasuahnya mencapai 100%. Cuma, mungkin pandangan Ibnu Taimiyah boleh dipakai; katanya (lebih kurang) bahawa jika ada 2 elemen yang memudaratkan, pilihlah yang paling kurang memudaratkan. Aku qiyas, jika ada 2 parti yang mendokong Islam, pilihlah parti yang lebih banyak mendokong Islam.

Aku tidak mahu kempen, tetapi kalian boleh mengagak parti mana lebih wajar dari parti satu lagi kerana Islam menang bukan kerana PAS atau UMNO menang pilihanraya. Islam menang apabila keadilan ditegakkan. Pilih lah parti yang dapat memberi keadilan kepada semua pihak.

Jika membuang status Bumiputera dalam perlembagaan dapat memberikan keadilan, maka buanglah. Allah SWT akan membantu mana-mana kerajaan yang adil walaupun dipimpin oleh orang kafir dan Allah SWT tidak akan bantu kerajaan zalim walaupun kerajaan itu Islam.

Aku qiyas, seandainya kerajaan kafir yang adil memerintah, adakah status Bumiputera itu tetap ada?

8.8.12

Sunnah: Doa Berbuka Puasa

Ini adalah doa dari hadith berdarjat hasan. Doa "Allahumma lakasumtu..." dari hadith daif. Maka, tinggalkan yang daif, guna yang hasan. ;)


13.5.12

Hari Ibu amalan Kafir

Artikel No. 1:
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. {baca selanjutnya di sini}
Artikel No.2:
Oleh sebab itu di dalam konteks Hari Ibu ini, kita juga harus menilainya sama seperti kita menilai Valentine Day yang ada kaitan dengan urusan agama. Tahukah kita semua baik anak-anak yang terlalu ghairah utk mengucapkan ucapan ini dan si ibu yang terlalu bersedih jika si anak tidak menungkapkan ucapan ini? Dari manakah asal usulnya ucapan ini? Adakah ia ada kaitan dengan agama?
Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini. {bacaan selanjutnya di sini}

Bagi aku, jika kalian melaksanakan tanggungjawab sebagai anak setiap hari dan setiap masa, maka tiada sedikitpun kekesalan jika tidak menyambut Hari Ibu ciptaan kafir ini.

Cuma anak yang berdosa dan lupa tanggungjawab sahaja yang akan "mengqada" tanggungjawab tersebut pada hari perayaan kafir ini.

Cukup sayang tatkala ILMUAN UMNO bersusah-payah menyampaikan risalah Islam, Sang Perdana Menteri yang kita sayangi pula mengucapkan Selamat Hari Ibu satu muka surat penuh di Mingguan Malaysia pada hari ini.

Sayang...cukup sayang.

nota kaki: blog ini pernah menyambutnya pada 2009 dan 2010...Nauzubillah..Astaghfirullah.

4.4.12

Hati Besar

Beliau bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi memupuk hati kecil menjadi hidup dan berkobar-kobar. Kalamnya dengan hujah dan dalil, tidak pernah bosan dalam mengingati aku tentang kebesaran Allah azza wa jall. Ilmu dia membuatkan aku cintakan Nabi SAW; lebih dari segala makhluk hidup, dan menyayangi sahabah r.a. hingga air mata mengalir jika kisah sahabah r.a. dinukilkan.


15.2.12

Mesut Ozil lebih Islam dari "Penganut Agama 1Malaysia".

Tafsir sendiri. Faham sendiri. Jangan literal sangat.

boleh check sendiri di https://twitter.com/#!/Mesut0ezil

27.1.12

Aku Wahabi?

Apabila aku dikatakan 'wahabi totok" , aku pun hairan. Aku cuba mengkaji hal wahabi, dan tak nampak pun apa masalahnya. Mungkin ia berlainan dengan Islam yang berada di kepala mak bapak kita, tetapi Agama Islam ini bukanlah agama ciptaan mak bapak kita. Dan, aku bukanlah wahabi.

Maka, aku pertontonkan penjelasan "wahabi" dari Datuk Dr. Johari Mat, Senator Dewan Negara dari Kelantan merangkap CEO Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra. Jika aku letak video Dr. Asri atau Fathul Bari, mesti kalian tak puas hati kan? Percayalah akan setiap apa yang datangnya dari QolaAllah dan QolaRasulullah.


25.1.12

ILMU, bab ni hangpa kena teguq PM

Apakejadah kalau duduk dalam UMNO, boleh bercakap di Perhimpunan Agung UMNO dan diberi hak memakai nama UMNO dihujung perkataan ILMU, tetapi tak tegur PM bab hal-hal yang sesat dan menyesatkan?

Apa pula beza PM dengan Al-Arqam kalau impak gambar ini "boleh" menyesatkan pengikut-pengikutnya? ILMU kena jawab.

Dan, muka mamat sebelah PM tu macam muka mamat yang nak tempeleng Adam Adli kan? Abang dia kot?

dari blog Anak Sungai Derhaka:

Tepung Tawar Van: Najib buat kerja Khurafat!


KOTA BHARU 24 Jan. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menepung tawar 15 buah van Skuad Sayang yang akan digunakan oleh Pergerakan Wanita UMNO dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di Kelantan.


Majlis ringkas tersebut berlangsung di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, selepas ketibaan Perdana Menteri pada pukul 11.50 pagi ini.

Turut sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Wanita UMNO Kelantan, Datin Datin Rahimah Mahamad.

Terdahulu, Najib yang juga Presiden UMNO, mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan, selama kira-kira sejam.

Perdana Menteri kemudiannya menghadiri majlis menyambut menantu yang diadakan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh di kediaman Mohd. Fatmi di Jalan Hospital di sini. - BERNAMA

Menepung tawar tu kerja khurafat.. tengoklah apa yang terpampang dalam e-fatwa di bawah ni.. kalau tak jelas sila klik pada image..


Salam Tiga Line

Ada yang kata, geng 3 line itu adalah PEKIDA. Ada yang kata mereka adalah serpihan PEKIDA. Ada juga yang kata, ia adalah kongsi gelap Melayu. Siapapun mereka, aku tak berminat nak ambil tahu.

Masalahnya, anak buah aku, baru kena lepuk dengan aku sebab salam dengan aku siap nak cangkuk tangan aku. Dia kata, ini salam 3 line. Aku tanya dia "PEKIDA ke?"..Dia kata "A'ah".

Aku tanya "Pergi berdakwah kat mana?"..Nampak naif je soalan aku ni.

Dia kata " Kalau pergi ngeteh, kalau ada polis tangkap, kata sedang berdakwah. Polis kompom lepaskan".

Aku menjawab dengan manja "Dakwah abah kau cenggitu".

Kawan aku cakap, kalau nak cari geng Tiga Line kat Seremban, cari kat Fortune Temiang. Cari kat Masjid memang payah nak jumpa.

Aku bukan nak buka hal 3 Line ni sangat, cuma nak "berdakwah" hal Salam diorang ni. Salam Ustaz kat TV Al Hijrah pun semacam gak aku tengok. Cerita panjang tak guna, kita layan je kuliah Ustaz Fathul Bari ni.


17.1.12

Dr. Asri: Penenang Di Kala Kecamuk

Di saat kecamuk, kalam dia datang memujuk. Di saat genting, nasihat dia datang mengiring. Hormatlah pada mereka yang membawa qalam Tuhan dan RasulNya. Jika tidak engkau mengikut, sekurang-kurangnya hormatlah. Jika engkau tidak bersetuju, tolaklah ia dalam diam. Kerana saat ini ketenangan itu menjadi keperluan. Apalah ada pada ego dan parti politik, jika dilaknat Allah Azza Wa Jalla.
Semoga ketegangan kian kendur...jika bukan kerana hormat, lakukanlah ia kerana Allah.
nota di bahagian bawah adalah nota pemilik printscreen. Bukan nota Harimau Menaip.

Krisis Ustaz Azhar Idrus dan ILMU




Aku berkira-kira untuk menulis perihal isu Ustaz Azhar Idrus dan tuduhan beliau terhadap ILMU . Aku kasihan kepada Ustaz Azhar Idrus. Beliau lemas dalam populariti dan akhirnya tidak menggunakan hujah untuk mempertahankan kata-kata yang pernah beliau sebut dalam ceramahnya.

Aku memerhatikan isu ini sejak dari ia belum menjadi "kudis". Sekarang, ketidakmatangan khalayak peminat Ustaz Azhar Idrus yang membawa semangat partisan dalam isu ini membuatkan api menjadi marak. Timbul pula ugut- mengugut dan mendedahkan latar belakang Abu Aqif bagi manmbah kecelaruan. Cukup. Ia perlu dihentikan.

Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Fathul Bari adalah 2 tokoh penting dalam isu ini. Abu Aqif adalah pendesak yang berpihak kepada Ustaz Fathul Bari dan ILMU.

Isu ini berputik apabila Malaysia di takut-takutkan dengan isu Wahabi. Namun, bagi mereka yang mengkaji melalui pembacaan dan melalui kuliah-kuliah ilmuan salaf yang belajar di Jordan, Madinah dan lain-lain, menerangkan bahawa isu itu tidaklah sebagaimana yang diwar-warkan. Aku rasa, aku sentuh ia sampai disitu sahaja.

Kemudian, ia dilebarkan dengan perbezaan pendapat dan tafsiran ilmu fiqh dan pemahaman Al Quran dan hadith. Ditambah pula dengan pemahaman Salafussoleh yang diangkat oleh ilmuan Manhaj Salaf yang banyak menerangkan kesalahfahaman umat Islam di Malaysia tentang perkara Bida'ah, Ibadah, Tahyul, Khurafat dan banyak lagi.

Ia mengundang ketidaksenangan pada banyak ilmuan pondok, sufi dan tareqat. Walhal apa yang dibentangkan oleh ilmuan Salaf adalah berlandaskan hujah dan pemahaman Salafussoleh tentang Islam.

Bermula dari ini, maka beranak- pinaklah perselisihan pandangan. Jika ia diselesaikan dengan berforum dan majlis ilmu, maka ia tidak akan menjadi sebegini parah. Islam adalah agama yang tertegak dengan hujah. Bukan dengan "rasa-rasa" dan "dengar cakap".

Ustaz Fathul Bari, Dr. Asri, Ustaz Halim Hasan, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Rasul Dahri dan ramai lagi adalah tetap manusia yang cakap mereka boleh ditolak atau diterima. Mereka tetap manusia seperti kita yang tidak lepas melakukan kesalahan dan dosa. Yang paling utama, kita perlu kembali kepada ajaran Islam seperti pemahaman Rasulullah SAW dan para Sahabah radiallahuanhum Ajmain (dan para tabi'in). Kita kena berhujah dengan asas QolALLAH dan QolaRasulillah.

Maka, aku ada mencadangkan penyelesaian kepada Abu Aqif dan mahu aku kongsikan bersama.
Bismillahirrahmanirrahim.

Dari Hamba Allah bernama ****************  kepada Abu Aqif. Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda, para Sahabah radiallahuanhum ajmain, para tabi'in dan tabi' tabi'in rahimahullahutaala.

Saya sudah mengikuti permasalahan UAI dan pengikutnya yang mencampuradukkan politik dalam isu ini. Bagi saya, ia kurang enak dan baik. Saya bersetuju dengan Abu Aqif dan tidak bersetuju dengan UAI.


Namun, Abu Aqif juga perlu mengendurkan kecenderungan politik dalam dakwah. Ia kerana manfaatnya menjadi terhad dan qalam ilmuan manhaj salaf menjadi terkonkong dan tidak menyeluruh. Saya ambil sikap merdeka minda dalam hal ini.

Bukannya saya mahu menidakkan kewajiban mendahulukan agama Islam dalam apa jua hal termasuk politik, cuma dari segi politik partisan, Malaysia belumlah matang.


Jika politik dijadikan lencana, maka dakwah juga akan didengar oleh mereka yang memakai lencana yang sama. Amat merugikan.

Dalam hal memperjuangkan kebenaran, mungkin kita perlu memikirkan kemudaratan seandainya api yang sudah marak disirami minyak petrol.


Cadangan saya, hantar sahaja surat rasmi memohon forum kepada UAI, Surat boleh jadi dari pihak Tuan dan Dr. Asri boleh menjadi moderator. panel adalah UAI, UFB dan seorang yang agak neutral. Mungkin saya boleh cadangkan Ustaz Kazim; memandangkan Ustaz Kazim pernah sepentas dengan UAI. Atau UAI cadangkan satu nama dan masukkan Ustaz Rasul Dahri sebagai panel keempat memandangkan beliau juga pernah menjadi bahan ceramah UAI.


Itu yang terbaik kerana saya lihat di blog Aduka Taruna, UAI seperti berdendam dengan ILMU dan Abu Aqif.


Soalan saya, video pendedahan "siapa Abu Aqif" oleh mereka, betul ke tu bang? Usah takutlah. Berani diorang nak sentuh.


Wallahua'lam.

Bukanlah kerana aku berat sebelah terhadap Ustaz Azhar Idrus (UAI) tetapi  beliau seumpama tidak mahu berdepan dengan berhujah dan menggunakan pentas populariti untuk menyerang.

Bukan niat aku untuk menambah kecelaruan tetapi aku bermaksud untuk menghentikan kemudaratan terhadap ilmu dan Agama Islam. 

Aku berusaha untuk tidak berpihak tetapi kerana terlalu mengikuti permasalahan ini, mahu tidak mahu, aku berpihak juga. Maaf buat UAI dan penyokongnya.

Akhir qalam, Agama Islam bukan milik bapak aku atau bapak engkau, ia adalah Agama Allah dan Rasulnya. Maka, jangan sempitkan Agama Islam ini dengan pemikiran sempit dan kotor. Usah halalkan sebarang fitnah dan tuduhan tanpa asas walaupun ia datang dari mulut seorang yang kamu sayang. Sesungguhnya, kasih sayang pada Rasulullah SAW wajib melebihi kecintaan kita pada abah, ibu dan adik beradik.

Berlapang dada untuk menerima teguran. Jika kamu tegur aku atas nama Islam, Demi Allah dan RasulNya, aku tidak akan memadamkan komentar kalian.

Wallahua'lam.

4.1.12

Amalina Bukan Contoh Sehebat Siti Fatimah

Di bawah ini, adalah salah seorang yang boleh kita jadikan contoh buat anak-anak kita. Bukan yang aku post sebelum ni. Walaupun aku ada teringin untuk balas kenyataan balas dia melalui emak dia, tetapi aku memilih untuk STOP. Dia juga beragama Islam. Apa salahnya aku berdoa yang baik-baik buat dia sekeluarga?

Satu je nasihat aku buat Amalina dan keluarga beliau terutamanya emaknya..ingatlah pesan Rasulullah SAW bahawa Islam itu tinggi, tiada ada yang lebih tinggi darinya. Dan jika aku mengatakan TIDAK SALAH dengan perbuatan Amalina dan Ibunya, dan ianya bagus dan TIDAK MENGAPA, lengkaplah aku menjadi pengkhianat AGAMA ALLAH dan RASULNYA. Nauzubillah.


Baiklah. Berbalik kepada pelajar yang ingin aku syorkan dicontohi adalah pelajar di bawah:

--------------------------------------
(dari : http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2012/01/siti-fatimah-mukhtar-bekas-pelajar.html)

Siti Fatimah Mukhtar bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A.
Siti Fatimah Mukhtar 2 Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!
Siti Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat
Siti Fatimah Mukhtar 3 Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!
Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.
Siti Fatimah Mukhtar 4 Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!
Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau.
Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK. Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu’ al-Quran

1.1.12

Warkah Buat Saudaraku Anggota Polis

di salin dari Minda Tajdid (drmaza.com)

WARKAH BUAT SAUDARAKU ANGGOTA POLIS
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.


Tugas Mulia
Saudaraku anggota polis,
Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.
Saudaraku anggota polis,
Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu ‘Mencegah Kemungkaran’. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):
“Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).
Nabi s.a.w pula bersabda:
“Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).
Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.
Bahaya Kuasa
Saudaraku anggota polis,
Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya. Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya. Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.
Saudaraku anggota polis,
Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.
Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Dalam riwayat Ahmad yang lain:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Allah Tidak Lupa
Saudaraku anggota polis,
Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya ‘apakah salah saya?’. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.
Dunia Sementara
Saudaraku anggota polis,
Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya):
“Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).
Saudaraku anggota polis,
Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya. Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w:
“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).
Sabda baginda juga :
“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).
Nasihati Hasan al-Basri
Saudaraku anggota polis,
Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan ‘atasan’. Maka, mungkin ada yang berkata ‘kami hanya menjalankan tugas’. Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata ‘Umar bin Hubairah:
“Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama? Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.
Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit. Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.
Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat. Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai ‘Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor ‘Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa ‘Ibrah al-Yaqzan)
Saudaraku anggota polis,
Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat. Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.
Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.
Saudaraku anggota polis,
Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak. Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!
Mohd Asri Zainul Abidin

22.12.11

Asabiyah, Dr. Asri dan Fathul Bari

Sebenarnya, aku sudah loya dengan tindakan ala- gangster dari pihak UMNO. Bukan aku tak kenal kebanyakan orang kuat UMNO di tempat aku kerana keluarga aku memang boleh digelar "UMNO totok" atau "UMNO tegar". Aku kenal perangai mereka (di cawangan) yang malamnya kepit betina dan di mesyuarat cawangan cerita bab kedaulatan Islam. Manusia yang tak loya dengan puak sebegini memang bukan manusia. Oleh sebab itu aku tak sokong UMNO 100%.

Aku juga tak tergamak nak sokong PAS 100% kerana aku nampak ada fahaman Syiah dan apabila Mat sabu "naik", lagilah aku menjauhkan diri. Melainkan PAS menolak Mat sabu kerana ke"Syiah"annya atau pun Mat Sabu bersumpah bukan Syiah (walaupun aku tahu dia boleh bertaqiyyah), selagi itu pendirian aku sebegitu.

PKR pula terlampau sekular. Bab "keadilan" yang diperjuangkan mereka, memang aku tabik, bab menentang kemungkaran dengan hujah memang aku respect, namun bila masuk bab Islam, aku nampak mereka agak sekular. Selagi tiada hujah yang boleh membuktikan mereka tidak sekular, aku biarkan persepsi aku begitu. sokongan aku juga tidak sampai 100% pada mereka.

DAP? Dah habis parti kat Malaysia pun aku takkan masuk DAP. Pangkah DAP? Bab itu rahsia.

Oppss..lupa lak. Parti KITA. Ia agak bagus tetapi ia tidak mempunyai kekuatan. Oleh itu, aku simpan komen aku terhadap mereka.

Isu Video Arman

Arman cuma terikut-ikut apa yang Pemuda UMNO biasa buat. Budak Arman ni, kalau ajak one-by-one memang kecut perut dia. Gaduh panggil geng mungkin dia berani. Video dia yang ada adegan berkahak tu, memang membuat mata aku berbulu. Dulu, aku tak kisah kalau dia nak ludah Namewee, tapi kalau nak ludah Mahasiswa tu, aku tak berapa nak suka.

Menteri Pengajian Tinggi ada menyebut, apa sahaja yang Mahasiswa buat diluar kampus termasuk berpolitik, itu tidak menjadi hal. Asalkan mengekalkan suasana neutral dalam kampus, ia masih dibenarkan.

Oleh itu, Arman ni apahal? Dan, jika UPSI mengambil tindakan terhadap budak Adam tu, itu nyata melanggar amanat Menteri Pengajian Tinggi.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi juga wajar disanjung kerana menaikkan persepsi rakyat terhadap kerajaan. Parpukari nak hentam dia atau apa ke, itu masalah Parpukari la. Parpukari pun mana pernah masuk Universiti. Maafkan sahaja lah dia.

Terbaik hari ni, disalin dari blog Milo Suam, adalah tweet Dr. Asri. Bagi aku adalah tweet yang jujur dan ikhlas. Tertunggu juga aku kenyataan dari Fathul Bari.





Fathul Bari dan Asabiyah

Fathul Bari menulis di kolum Mingguan Malaysia dan berjaya meyakinkan khalayak bahawa menjadi ahli UMNO adalah tidak Asabiyah.

Namun tertanya juga aku, adakah dengan menyorok kebenaran dan membelakangkan keadilan dalam isu Shahrizat, Adam UPSI dan barang kemas Rosmah Mansur masih membuatkan ahli itu tidak Asabiyah?

Jika parti tidak Asabiyah, jika ahli tidak Asabiyah; adakah blogger yang berat sebelah itu tidak boleh dikategori dalam Asabiyah?

"Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?' Jawab baginda S.A.W : 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (Hadis Riwayat  Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)

Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan asabiyah lalu berkata: “Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)

Zalim bermaksud tidak meletakkan sesuatu/ perkara pada tempatnya.

Jika Pakatan Rakyat diam dan membisu terhadap isu terbaru Nga Kor Ming, maka mereka juga zalim.

Wallahua'lam.

Nota kaki: atas alasan itu, tidak berpihak adalah jalan terbaik. 


15.12.11

Oley: Terbaik dari PAS

Penerangan Tentang Hukum Hudud...terbaik dari Parti Islam Semalaysia. Tak payah bertegang leher macam Kamal Saidin.

Kepada Puan Enot, sila tengok video ni 100 kali.

Tidak macam video Sembang Rakyat yang terlalu memualkan. Semoga mereka bertaubat.


Semoga Tun Mahathir Bertaubat


Pentingnya Sunnah Nabi Muhammad Saw

Sumber: blog Kereta Buruk 21

HHRS 2.0 - Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petang mu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu. Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! '(Riwayat Tarmidzi)

Dari Ibnu Abbas ra. bahawa Nabi SAW yang berkata: "Sesiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbezaan, iaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerosakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahawa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Nuffnang Ads

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah ra dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga.

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku. Diterjemah dari fiqhislam/ al-hasanah


NOTE: Baca pada bahagian yang di bulatkan di bawah




8.11.11

Hudud: Ulasan Fathul Bari dan Komen Najib Razak


Setelah memahami penjelasan panjang lebar dari Abu Islam Fathul Bari, kita dengar pula penjelasan/ komen dari Perdana Menteri kita. Tidak pula saya tahu bahawa penjelasan Najib ini mewakili Chua Soi Lek atau Karpal Singh. Wallahua'lam.



2.11.11

Blogger Berbaris Panjang Menuju Neraka

Dahulu, aku menulis kerana aku ada pandangan yang berbeza dengan parti pembangkang dan kerajaan mutakhir. Aku menulis ikut hati; terkadang emosi dan terkadang tampak tenang. Ramai blogger tersohor di Malaysia adalah seekor anak kucing ketika saat awal aku menulis. Magis sungguh tarikh aku bermula menulis sama dengan tarikh Tun Mahathir mula menulis (semoga beliau bertaubat). Aku tidak hairan langsung dengan populariti apatahlagi rating. Jujur aku katakan, aku agak gembira apabila alam blog dan internet telah membawa aku mengenali Islam. Alhamdulillah. Ahh..itu bukan perkara pokoknya.

Kebelakangan ini, aku melihat senario penulisan sosio-politik di Malaysia hanya menabur fitnah dan pendustaan; jika tidak pun kebanyakannya bersama-sama berkongsi dalam menyebar aib dan keburukan pihak lawan.

Sebab itu aku memilih untuk tidak berpihak. Aku melihat, kedua-dua pihak dalam keadaan rosak dan merosakkan. Jika ada baik, ia amat kurang.

Kaedah blogger sosio-politik Malaysia seakan mudah, Aku formulakan ia seperti dibawah disamping aku versus kan dengan kefahaman agama mereka:

Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat mendedahkan aib tetapi aku percaya mereka sedar membuka aib saudara seIslam itu dimurkai Allah.

Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat menghina hukum Allah jika hukum itu sendiri tidak disokong pemimpin "Agung" mereka tetapi aku percaya mereka sedar bahawa membelakangkan hukum Allah itu dimurkai Allah.

Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat mencari nas/dalil yang menyebelahi parti mereka (walaupun ia bukanlah tafsiran yang tepat) tetapi aku percaya mereka sedar menjual ayat Allah Azza Wa Jalla dan RasulNya itu dimurkai Allah.

Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat mencipta perkataan- perkataan popular walaupun yang dihina itu adalah kalimah Allahu Akbar (Takbir) tetapi aku percaya mereka tahu berzikir itu disukai Allah.

Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat menelanjangkan saudara seIslam di hadapan Sang Kuffar tetapi aku percaya mereka sedar perbuatan itu dimurkai Allah.

Pernahkah mereka terfikir bahawa tulisan, video ataupun apa sahaja bahan yang dimurkai Allah yang berada di layar blog mereka akan MENJADI  BEBAN YANG AKAN MEMBUAT MEREKA DIAZAB? Tidakkah mereka tahu sebagai insan, mereka wajib untuk mati sebelum bertemu Allah SWT?


Jika mereka tahu itu semua dan masih meneruskan, bersedia untuk beratur bersama ahli neraka untuk dihumban ke neraka!


Aku mahu kembangkan penulisan ini.


Bayangkan, jika ada dua pihak yang bertelagah dan membidas antara satu sama lain, sudah tentu ada pihak yang benar dan pihak yang dusta. Sebagai contoh, video seks, kemungkinan yang pasti adalah :


Jika ia benar - pasti ada insan berada dalam kategori sebagai mendedahkan aib saudara seIslamnya sendiri.
Jika ia palsu - pasti ada insan berada dalam kategori menabur fitnah.


Kalau bercakap hal dosa, itu sungguh berat untuk ditanggung mereka. Bertaubatlah (doa ini juga untuk diriku).


Aku ada membaca tentang keluhan blogger yang berada di pihak kerajaan. Mereka bicara hal perjuangan. Yang menulis hal ini mengaku masuk UMNO sejak 2009.


Kalau aku masih seperti dahulu, pasti aku akan menulis "PERJUANGAN ABAH KAU. KAU TAHU KE TIDAK ERTI BERJUANG?"

Namun aku bukan lagi seperti itu. Aku pasti menulis sebegini "jika kau meletakkan harapan pada manusia yang juga tidak tahu nasibnya di esok hari , pastilah engkau kecewa. LETAKLAH TAWAKKAL DAN HARAPAN PADA ALLAH AZZA WA JALLA"