Tidak berdosa rasanya sekiranya Harimau memetik sedikit Perutusan Ma'al Hijrah dari Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan:
Umum mengetahui, konteks Hijrah ini tidak semestinya berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat.Dalam konteks hijrah saya, saya telah berhijrah daripada seorang yang takut untuk menegakkan kebenaran kepada seorang yang berani untuk menegakkan kebenaran. Hijrah selalunya dihubung kait dengan risiko dan pengorbanan. Pada hemat saya, jika seseorang itu berhijrah kepada jalan yang lebih baik dan tidak lari dari ajaran Islam, Insyallah pertolongan dari Allah s.w.t akan tiba. Tetapi, seseorang itu perlulah berhijrah dengan penuh Ikhlas, Benar, Sabar serta berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.
Terdetik di benak, kenapa nama Mohd Saiful Bukhari berkumandang di waktu-waktu yang tertentu? Terutama apabila musim Pilihanraya hampir tiba? Apa hebatnya Perutusan Ma'al Hijrah Mohd Saiful?
Mungkin ia adalah Karya Agung buat TV3. Maaf. Ia tidak buat Harimau.
Mungkinkah TV3 hanya mahu menunjukkan bahawa Mohd Saiful sudah pandai menulis "Allah S.W.T." dan tidak lagi "Allah S.A.W."?
Wallahualam.
Harimau : berhijrah dari belakang ke hadapan (jangan ingat benda lain!)
ha, pandai pulak dia buat perutusan no encik?
ReplyDeleteStrategi lapuk... Sepatutnya mamat ni yang dapat Tokoh Maal Hijrah 1429.
ReplyDeleteen harimau yang kuat,
ReplyDeletekalau kita baca entri dia, kita boleh analisa macam mana pemikirannya. saya rasa ramai yg sudah menilai.
p/S: dia dah pergi haji ke?
Ambil iktibar Singapura di langgar todak. Idea budak kadang2 bernas. Idea bekas mufti perlis memang bernas tapi kadang2 tak mengancam. Perutusan saiful..jika baik jadikan iktibar. Salah ke?
ReplyDeletebro rimau,dia punya blog dia punye suka lar.TV3 masuk dia punya crita sbb dia ada kene mngena ngn DSAi.semua org tggu2 nxt crita.normal la tuh
ReplyDeletedah very de crystal clear thn baru nk jatuh tgh2 time nk pilihanraya..apa lak masalahnya kalo mamat tu nk buat perutusan ke apa ke..
itu pun nk jadi isu ke.
Tuan-Puan yang saya hormati,
ReplyDeleteBukan saya memperlekehkan Mohd Saiful Bukhari tetapi agak kurang berpuas-hati kerana B.Utama memetik perutusan blog beliau.(bukan cemburu).
Ini kerana, persepsi dari khalayak yang menafsirnya sebagai "mainan politik". Siapa dia ya?
Maaf. Berlainan pendapat adalah suatu rahmat.