Seperti yang telah dijelaskan Pengerusi Kentucky Fried Chicken Holdings (M) Berhad (KFC), Tan Sri Datuk Muhammad Ali Hashim: Ada kira-kira 22,000 rakyat Malaysia yang bekerja dengan KFC dan Pizza Hut dengan gaji untuk mereka mencecah antara RM200-300 juta setahun. Sebahagian besar pekerja ini adalah orang Islam.
Berapa ramai pula orang kita bekerja di kilang Coca-Cola, McDonalds dan lain-lain syarikat Amerika. Apakah ini yang menyebabkan kempen boikot barang Amerika tidak berjaya. Seperti yang dibuktikan pada pagi Sabtu itu. Di dalam stadium semua menjerit 'boikot barang Amerika!' sambil berteriak 'Laknat Amerika!' . Tetapi di luar stadium gerai-gerai terus menjual Coca-Cola! Jadi macam mana? { sini }
Komentar dari seseorang yang bernama aku cukup menarik perhatian Harimau. Harimau bukan pakar ekonomi yang bijak berbicara perihal ekonomi makro mahupun mikro tetapi menulis dan bercerita apa yang terbit dari kepala otak orang bawahan.
Perkara biasa bagi rakyat Malaysia mencari alasan dan sebab untuk tidak menyokong apa jua isu termasuklah kempen Boikot Produk Amerika/Israel ini. Sebab apa, kerana bukan bini mereka yang mati, bukan anak mereka yang kehilangan nyawa dan bukan keluarga mereka yang terpenggal kepala.
Kita tidak akan memahami jika tidak mahu memahami. Harimau percaya, dengan 60% orang Islam di negara Malaysia yang tercinta, masih ada 40% pasaran barangan/produk laknat tersebut dari rakyat yang bukan beragama Islam.
40% pasaran bermakna mereka masih hidup dan bernafas tetapi sekatan 60% keuntungan dari poket orang Islam Malaysia sekurang-kurangnya mereka terjaga dari lena dan 'tidak mampu membeli peluru'. Percayalah, pasaran 40% itu ADA kerana tidak pernah ada perhimpunan boikot di mana-mana Kuil, Gereja atau Tokong!
Yang ini aku tuju buat orang Islam Malaysia yang kaya dengan alasan. Setakat cakap berkorban dan melaungkan Jihad, anak saudara aku pun boleh! Bila suruh boikot, kecut telor masuk ke dalam dan pandai pula bagi alasan. Itu belum orang seru dan ajak pergi berjuang!
Senangkan cerita, sebelum pekerja-pekerja Islam di kilang produk ILC (Israel Linked Company) hilang pendapatan, kita pakat suruh Tan Sri Muhammad Ali tu letak jawatan. Itupun kalau beliau ada perasaan pada rakyat Palestin.
Harimau : boikot pun susah ke?
salam Bro:
ReplyDelete22,000 rakyat Malaysia yg bekerja diMalaysia (KFC) masih lagi mampu bersenang lenang berbanding yg lebih 200,000 rakyat Palestin yg telah terkorban sejak perang jihad dan sebahagiannya mereka hilang ahli kelaurga serta hingga kini hidup menderita. Sanggupkah kita menghadapi seperti apa yang mereka hadapi sekarang. Pengerusi KFC Malaysia kita hijrahkan beliau kesana (Palestin) dan bukalah lagi satu cawangan di Palestin dan bantu serta berikanlah mereka kerja.Silaphari bulan kepala Pengerusi KFC malaysia pun macam ayam KFC..!!
salam Bro:
ReplyDelete22,000 rakyat Malaysia yg bekerja diMalaysia (KFC) masih lagi mampu bersenang lenang berbanding yg lebih 200,000 rakyat Palestin yg telah terkorban sejak perang jihad dan sebahagiannya mereka hilang ahli kelaurga serta hingga kini hidup menderita. Sanggupkah kita menghadapi seperti apa yang mereka hadapi sekarang. Pengerusi KFC Malaysia kita hijrahkan beliau kesana (Palestin) dan bukalah lagi satu cawangan di Palestin dan bantu serta berikanlah mereka kerja.Silaphari bulan kepala Pengerusi KFC malaysia pun macam ayam KFC..!!
salam Bro:
ReplyDelete22,000 rakyat Malaysia yg bekerja diMalaysia (KFC) masih lagi mampu bersenang lenang berbanding yg lebih 200,000 rakyat Palestin yg telah terkorban sejak perang jihad dan sebahagiannya mereka hilang ahli kelaurga serta hingga kini hidup menderita. Sanggupkah kita menghadapi seperti apa yang mereka hadapi sekarang. Pengerusi KFC Malaysia kita hijrahkan beliau kesana (Palestin) dan bukalah lagi satu cawangan di Palestin dan bantu serta berikanlah mereka kerja.Silaphari bulan kepala Pengerusi KFC malaysia pun macam ayam KFC..!!
kagum benar dgn post ni.. anyway, salam dari bumi Dublin, Ireland.. saje2 je lompat2 blog org.. :)
ReplyDeleteTuan Kulat, ada saja alasan diorang. Macam hampeh.
ReplyDeleteTuan Jhazkitaro,saya ada teman di Dublin...hasna namanya. Dublin tu kat Pahang kan? Hehehehe...
Salam ukhwah.
Tuan Gomo, biasalah...Malaysia.
ReplyDeleteTuan harimau...
ReplyDeleteDublin dekat Kulim Kedah pun ada...hehehe
Sekarang ni, umat islam benar-benar terikat dengan U.S. So apa perlu dibuat sekarang ialah maju ke depan dalam semua segi.
ReplyDeleteSalam TUan.. tu boikot barangan.. bagi kami yang kerja kilang US@ISrael ni lak cam na??????
ReplyDeleteteman tak ambil berat sgt pasal boikot memboikot ni sbb mungkin teman islam yg banyak alasan.
ReplyDeletecuma teman tak bekenan boikot hipokrit ni sama mcm mahathir gak. awat ada selective boikot? nape tidak total boikot? nape tak boikot barang atau servis yg direct dgn us/israel?
kita ada byk kilang yg asal dr us di serata negara. awat kita tak halau je kilang2 tu balik us?
kita tak perlu kesian dgn org melayu kerja kat kilang tu. kita perlu lebih prihatin dgn rakyat palestin..tak gitu?
lagi satu pasal senarai produk yg ppim dok suruh kita boikot tu...
memang ada bukti jelas ke co tu sume tali barut yg menghulur duit untuk membunuh rakyat palestin.
kalau ada teman memang tak sior beli barang epa walaupun kebanyakan produk dikeluarkan di malaysia.
adios.
Kempen memboikot semua produk milik Israil@Amerika tersebut saya rasa kurang berkesan kerana syarikat tersebut masih boleh mengaut keuntungan dari negara ini.
ReplyDeleteLangkah yang paling wajar ialah pihak berkuasa menarik balik lesen mereka.Itu baru betul-betul berkesan. Soal orang Malaysia hilang perkerjaan atau perniagaan boleh cari alternatif lain. Antaranya kita keluarkan minuman ala cococolla produk kita sendiri. Begitu juga dengan kfc atau MC kerajaan boleh beri lesen kepada orang Malaysia buat perniagaan ala-ala perniaggan kepunyaan ILC tersebut tetapi 100% syarikat milik orang Malaysia
Itu baru betul-betul berani beb.
Ada berani?
Tuan Fazrul,
ReplyDeleteJangan risau. Masih ada 40% pengguna barangan itu. Paling kuat pun takde bonus. Anggaplah itu sumbangan kamu pada agama dan saudara kita di Palestin.
Tuan Paloi,
Tujuan kita bukan menzalimi tetapi memberi pengajaran. Kita tidak wajar membunuh rezeki rakyat seagama dengan kita. Ia umpama menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak.
Target kita adalah Israel dan USA. bab kebajikan pekerja di Malaysia, itu biar kerajaan pikir. Apa jadah kita bagi gaji mereka tinggi2?
Ada tak barang Mesir yang boleh diboikot? Made in Hosni Mubarak
ReplyDeleteden bab boikot ni kekadang raso isu ni menjengkelkan...sobab time ni riuh boikot...tapi bilo dah sebulanduo...isu dah suam suam kuku..yang boikot layan balik makan kfc...lepak balik minum starbuck...takdo pendirian...lain la langkah drastik gila diambil...tutup semua kilang ka company ka yang datangnyo dari israil mahupun us...batalkan semuo lesen niago kfc mcd....itu pun kalau gomen ada berani la....
ReplyDeleteSalam buat Tok Rimau dan para pembaca,
ReplyDeleteIdea boikot ni dah lama, cuma samada mendapat sokongan padu atau tidak.
Tentang idea boikot tidak selektif atau meneyeluruh, kena tengok apa lagi pilihan yang ada. Kalau setakat boikot barang keperluan harian yang ada gantinya, tak mengapa kalau nak terus bertindak. Tetapi kalau yang kita tidak ada kepakaran, kena perlahan-perlahan. Ada jugak yang yang tak berkenaan tersedak tak boleh buat kerja.
Contoh secara analogi: kalau kita takde pakar buat lampu, dan lampu kita import dari US, takkan terus tamat kontrak diorang? Dah le kena bayar ganti rugi, pastu bila lampu rosak, bergelap atau pakai minyak tanah la jawabnye.
Ini contoh analogi sahaja, sebab saya tahu ada je pakar lampu kat negara nih. Fikirkan maksud yang tersirat..
Kepada rakyat Malaysia yang dihantar untuk belajar dan bawak balik teknologi, bagaimana hasil kamu?
~ http://ondastreet.wordpress.com
Setuju dgn artikel ini.
ReplyDeletePada yg nk memboikot teruskan usaha.Pada yg masih byk memberi alasan biarkan mereka.
Byk mulut2 berckp kempen ni x lama..tapi kalau setiap individu ada kesedaran pasti boleh di laksanakan.
Boikot yg kecik2 dulu,guna produk alternatif.Dah stabil baru pikirkan yg besar2.
Tok Rimau,
ReplyDeleteSelagi orang Islam pentingkan tembolok sendiri dari nyawa saudaranya, selagi itu Israel dan Amerika akan bebas bermaharaja gila.
bukan susah sangat nak biokot. mula dengan diri sendiri dulu. apalah banyak sgt alasan nak buktilah nak itulah. israel bom rakyat palestin tak yah ada alasan dan bukti.... cuba biokot 1,2 brg dulu mcm jgn makn mcd n minum cococola agak2 boleh mati tak? kalau tak mati biokot brg lain pulak. apa yg nak byk alasan sgt...........
ReplyDeleteteman mintak maaf le kalau komen teman sebelum ni mcm megutuk org yg nak boikot ni. tak gitu maksud teman.
ReplyDeletetapi memang betul kita kena kuatkan semangat nak boikot ni. tak boleh hangat2 taik ayam.
kalau hati kita rasa kena kena ajar syarikat2 tersebut..kita kena teruskan. teman pun sejak zaman reformasi haram dah tak beli utusan/mingguan malysia. sampai teman cakap kalau depa bankrap padan muka. dan semua perkerja depa tu melayu. tapi teman tak penah pikir semua tu.
jadi teman kena buat cara yg sama terhadap2 syarikat2 yg disenaraikan. adios.