1.1.09

One Parit vs Wan Farid.

PRK KT

Kita masih menunggu calon yang akan menentang Senator Wan Farid. Adakah buku akan bertemu ruas? Sudahkah PAS membuat kata putus?

Malam tadi di Buletin Utama, Wan Farid bercakap bahasa klise (yang hampir basi?) pemimpin UMNO. Bagi Harimau, Wan Farid hanya menyerlahkan bahawa beliau adalah pemimpin klon. Tak berapa umpph kata orang kampung Harimau.

Orang Melayu, mendambakan pemimpin ala-Mahathir + Anwar. Punya ketokohan, putar alam, pelakon, bijak, pandai berp[olitik dan berbahas. Siapa di kalangan kita yang menidakkan kegemilangan Malaysia ketika di bawah pentadbiran mereka berdua? Senyum, tangis, gelodak, ketawa, berdansa, pembunuhan, belaian, perselisihan, ugutan dan khabar angin berlaku dengan hebat di zaman mereka. Cukup rencah dan rempah.

Namun, masa telah berlalu dan kita perlu belajar menerima kenyataan. Zaman itu sudah lama pergi dan hanya menjadi sejarah. Kita perlu menggali dan meneroka pemimpin-pemimpin baru. Yang bernafas millenium tetapi bersuara Nusantara serta berkiblatkan Islam. Ada sesiapa yang boleh namakan pemimpin-pemimpin sedemikian? Ada atau tiada di pasaran?


Foto One Parit mengunyah mikrofon.

Usahlah kita berbunuh-bunuhan hanya sekeping gambar yang telah di'crop'kan. Nyawa bukan semurah itu. Bukankah lebih baik kita menghayati gambar penuh sahaja?

Layari gambar penuh Wan Farid di http://wansaleza.fotopages.com/?entry=1151078&back=http://wansaleza.fotopages.com/?page=1

Anggaplah gambar palsu sebagai gambar One Parit dan gambar yang betul sebagai gambar Wan Farid. Kan senang? Tutup kes.

2 comments:

  1. blogger silap paham nak di bunuh...blogger kutuk islam takpo...hik hik hik donia...........

    ReplyDelete
  2. Blogger mana yg mula2 crop gmbr n post kan n merebak?
    skrg dh dpt gmbr clear baru nk tutup kes hor?

    manusia ,manusia.
    neway salam maal hijrah & slmt thn baru 2009,bro ghimau.

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.