Saya tidak tahu bagaimana pemikiran dangkal seperti ini boleh digunakan untuk membuktikan bahawa hanya bangsa Melayu sahaja yang layak ke UiTM. Kalau begitu, bagaimana kalau arca huruf “Mim” tersebut di belakangnya itu bertukar menjadi huruf “CHA” (untuk Cina)? Atau barangkali mereka harus menukarkan arca tersebut kepada huruf “JIYM” supaya bangsa Jawa (seperti juga Dr. Khir Toyo dan Tan Sri Khalid Ibrahim yang berbangsa Jawa) boleh masuk belajar di UiTM. Kalau beginilah kualiti graduan-graduan UiTM, maka saya merasakan tiada sesiapa pun yang mahu belajar di situ. { sini }
Di blog "Menj:Pendapat Kritis" ada menayangkan satu video yang 'dibintangi' oleh Ketua Pelajar UITM. Komentar Harimau ialah:
- Kesilapan penggunaan grammar bukanlah masalah buat Harimau kerana itu bukan bahasa ibunda orang Melayu cuma hujah yang digunakan oleh 'bintang utama' video tersebut yang menyatakan bahawa huruf "mim" adalah membawa maksud MELAYU sedikit menjengkelkan.
- Blogger Menj juga membahalolkan bintang utama video tersebut kerana bagi beliau "mim" pada arca tersebut adalah membawa maksud MARA dan bukan MELAYU.
- Sekalung terima kasih buat blogger Menj kerana selama ini Harimau ingatkan "mim" itu bermaksud "Mangkuk".
Terima kasih Mara kerana mengangkat maruah orang Melayu. Cuma sedikit memalukan bila anak Mara berdemo hari tu.
Harimau : bukankah lebih baik mamat tu cakap Bahasa Melayu sahaja? Bukankah kita adalah son of the soil?
Tok Rimau, terima kasih sebab "bersembang petang" tika ramai tertumpu ke KT.
ReplyDeleteTerlalu banyak sangat "which" la...
Sedih melihat pemimpin pelajar macam ni. Sedih sebab banyak "which" satu hal..tetapi pengetahuan am mengenai universiti sendiri pun menyimpang..aduhai...
Dia ni melayukah melayap? Susah kalau buta sejarah dan buta hati ni encik.
ReplyDeletesalam tok rimau, saya nie jawa n belajo gak kat Uitm tp zaman ITM la.. sy tk tgk video tu, cumer nk bg tau kat tok je...tk semua jawa mcm khir toyo n ezam tu...dorang tu jawa yg tk makan tempe sebenornya...klu mkn tempe..tk membelot kat agama n bangsa mereka. terima kasih
ReplyDelete