1.1.09

Pengukuhan Kuasa Politik Melayu Islam


{letakkan semangat perkauman ditepi sebelum meneruskan pembacaan}


Kuasa Politik Melayu Islam tidak wajar hanya dipandang pada gerombolan barisan ahli Parlimen Barisan Nasional tetapi harus juga difokuskan kepada barisan Politik Pembangkang. Jika pada tahun 1999, PAS menjadi Ketua Pembangkang, ia terpusing 360 darjah pada tahun 2004 di mana kerusi tersebut dirampas 'manja' oleh parti DAP.


Pada tahun 2008, umat Melayu Islam tidak boleh selesa dengan kedudukan PKR sebagai Ketua Pembangkang kerana sejak akhir-akhir ini, jika di baca di akhbar Utusan Malaysia dan stesen Buletin Utama, keutuhan parti tersebut mula menampakkan keretakan (walaupun tidak seteruk MRR2).


Seandainya Tuan Punya Dunia merestui perpecahan tersebut, maka tidak boleh tidak, DAP akan menjadi parti dominan di barisan Pembangkang. Nyata, kerusi Ketua Pembangkang tidak lagi diduduki oleh politikawan Melayu Islam.


Apa tindakan kaum Bumiputera Islam? Suatu pelan kawalan perlu diwujudkan dan gerakan pengukuhan adalah terlalu vital disaat sekarang. Namun, ada pihak yang terpaksa dikambing-hitamkan. Lokasinya? Sudah tentu di Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu.


Pelan Kawalan


Umat Melayu Islam perlu memastikan parti PAS memenangi Pilihanraya tersebut. Dengan ini, ia akan meningkatkan jumlah Ahli Parlimen PAS dari 22 orang kepada 23 orang (sumber http://www.parlimen.gov.my/dR-statistik.htm).


Secara dasarnya, Barisan Nasional perlu memastikan mereka kalah di Pilihanraya tersebut. Ia bukanlah kekalahan tersirat, ia hanya tersurat. Yang tersiratnya, Parti UMNO telah melakukan pengorbanan besar terhadap Bangsa Melayu. Dalam bahasa Jepun, ia mungkin disebut 'Kamikaze".


Walaupun 23 orang tidak cukup untuk menandingi jumlah Ahli Parlimen DAP yang berjumlah 28 orang, sekurang-kurangnya umat Melayu Islam sudah menuju ke arah Penyatuan.


Ahli Parlimen PKR juga dialu-alukan untuk menyertai PAS dan jika ini menjadi realiti, Umat Melayu Islam di Malaysia tidak akan digoyah dari segi Kuasa Politik selama 100 tahun lagi.


Persoalan seterusnya, sudah bersediakah kita berkorban segalanya untuk Agama, Bangsa dan Tanahair?


Harimau Menaip

5 comments:

  1. Assalamualaikum anakku,

    Alangkah baiknya jika UMNO dan PAS bergabung menjadi SATU parti Melayu Islam di Malaysia ini kan??

    Rasanya inilah satu satunya yang kita semua harapkan. Maklumlah kitakan sama sama semua mengaku bersaudara sebab kita berkiblat yang sama, berRasul yang sama.

    Kita akan disoal dalam kubur nanti siapa saudara kita.

    Takkan kita nak jawab, saudara kita dari parti politik A atau B kan.

    Mungkin semua maha guru dan cendikiawan Melayu Islam sekarang ini mesti memikirkan ke arah KESATUAN kita semua dan bukan ke arah PEMECAHAN antara kita.

    Buang yang keruh ambil yang jernih.

    Tidak mustahil.

    ReplyDelete
  2. Salam saudara Harimau

    Alhamdulillah,

    Hebat..!!! Satu analisa dan titipan yang cukup mampan. Tahniah!!!.

    Salam takzim

    ReplyDelete
  3. Salam Tok Ghimau...

    Den dah lamo kato...PAS ni ngan UMNO kena bertolak ansur...kito samo-samo bersunat...ini borobut jugak...habih la!

    ReplyDelete
  4. Walau apa pun sebagai orang Islam kita perlu pegang bahawa, Ketua tidak semestinya melayu, tapi wajib seorang Islam.

    Wallahualam

    ReplyDelete
  5. ini komen saya yang pertama kepada saudara..sebagai ank jati perak,saya rasa sungguh terkilan dgn perkembangan terbaru di negeri tercinta..saya antara salah seorang pengundi pakatan rakyat yg mengharapkan perubahan tp sayangnya,langit tidak selalu cerah..amat saya harapkan saudara dapat bersama-sama blogger yg lain dlm menyeru kepada perpaduan antara umno dan pas..kerana itulah sja cara terbaik bg menyelamatkan umat islam di negara ini..ALLAHUAKBARR......

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.