24.1.09

Sana Ketuanan, Sini Ketuanan, Sinun Pun Nak Ketuanan

Justeru beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jadi tidak usahlah disebut ketuanan Melayu sebaliknya sebutlah ketuanan Islam. { sini }

Ketuanan Melayu itu tidak tepat dan diperbaharui dengan Ketuanan Rakyat. Sekarang Ketuanan Rakyat tidak tepat dan digantikan oleh Ketuanan Islam.

Harimau merasakan bahawa ketiga-tiga "Ketuanan" yang ada adalah tidak lengkap dan secara hakikatnya, ketiga-tiga "Ketuanan" itu saling perlu-memerlukan. Ia umpama sang suami yang gersang sedang kehausan belaian isteri tercinta.

Maka, bagi melengkapkannya dan menjadikannya satu Ketuanan Yang Agung, Harimau mencadangkan agar digunakan " Merakyatkan Ketuanan Melayu Berpaksikan Islam".

Apapun, terima kasih kepada Tuan Guru Nik Aziz kerana mencetuskan Ketuanan Islam...yang semakin dilupai ramai.

Wallahualam.

5 comments:

  1. Pas Wilayah Persekutuan akan memulakan kempen himpunan 100 ribu membantah PPSMI dengan mengadakan ceramah khas pada 1 hb Februari 2009, Ahad, jam 9 malam, di Markas Tarbiah Pas Pusat Taman Melewar Kuala Lumpur.

    Pemidato utama ialah Naib Presiden Pas, Tuan Hj Mohamad Sabu dan Prof Abdullah Hassan (UPSI).

    War-warkan dan datang beramai-ramai tanda sokongan anda.

    Daulatkan Bahasa Melayu.

    Makluman : SABTU 7 Mac 2009 Tarikh Perhimpunan Raksasa Menentang PPSMI oleh GMP

    ReplyDelete
  2. Salam Tok Rimau.

    " Merakyatkan Ketuanan Melayu Berpaksikan Islam" Ungkapan itu betul tetapi adakah etnik lain di dalam keadaan hari ini akan memperakuinya?

    Keadaan hari ini seolah tidak memungkinkannya bila UMNO jolok MCA, PKR jolok HINDRAF dan DAP dengan sikap chauvinismnya. Ini ditambah pula dengan sikap mulut celupar si keras kepala di dalam DAP.

    ReplyDelete
  3. LensaPR,

    InsyaAllah. Kalau ada kesempatan, saya akan hadir.

    Tuan Mountdweller,

    Ia sekadar cadangan. Saya tidak katakan ia adalah tepat dan benar. Saya cuma rindukan Malaysia yang aman.

    Terima kasih Tuan.

    ReplyDelete
  4. Bila Harimau Sudah Menaip

    Sedari dulu saya tidak faham konsep ini.

    Apa yang difahami ialah kita semua berebut-rebut mahu jadi abdi Allah.

    Bukan saya menjadi tuan mereka, dan bukan mereka tuan saya.

    Begitu iktibar dari kisah Nabi Yusof perihal ketuanan.

    ReplyDelete
  5. Salam Rimau menaip,

    Melayu jadi Tuan?...Ini dah lama berlaku.....Melayu UMNO sudah lama jadi tuan...tuan yang kita semua tahu masa kecik2 dulu....orang Melayu kat kampong selalu sindir...Kau ni macam tuan lah!...Apa maksudnya?...

    Jadi tak perlu hidup ni nak jadi tuan...sebab asal usulnya kita ni semua hamba...hamba Allah. Orang Melayu UMNO yang sudah sedap jadi tuan selama ini, tiba2 terasa takut 'status' itu sudah mula dipersoal oleh orang Melayu...pasal tu mereka jugalah yang sibuk perkatakan tentang ketuanan Melayu semula.

    Bila dah jadi tuan, semua boleh buat. Cakap ikut suka, tak cakap pun ikut suka, walaupun isu2 itu penting. Kalau cakap reputasi tercemar, maka diamlah tuan itu!...

    Perkara ini jelas dalam isu kematian seorang pemuda India, Mr Kugan di bawah jagaan polis di Balai Polis Taipan USJ beberapa hari lalu. Mana dia tuan yang berkuasa dari UMNO?...Apa kata Melayu PAS yang juga sibuk persoal tuan UMNO tu?..Melayu PKR mana?

    Ini bukan Isu orang India. Ini isu Rakyat Malaysia, Isu Umat Manusia sejagat. Bagaimana seorang yang ditahan oleh Polis Malaysia boleh mati? Badannya di dera. Ketua polis Selangor kata berbagai, Musa Hassan Kata masaalah keluarga beliau masuk ryumah mayat dan 'ganggu' bahan bukti. Baru semalam Gani Patail kata kematian itu adalah satu pembunuhan dan akan disiasat. Polis nak siasat polis membunuh? Ini semua orang2 Melayu belaka yang berTUANkan Melayu UMNO.

    Mana Melayu yang sibuk persoalkan ketuanan semua pergi?..Senyap? Yang dikuatiri, ramai Orang India didera polis secara sistematik sejak beberapa tahun lalu. Kuil mereka diroboh oleh majlis2 daerah...saya melihat seperti ada satu cubaan 'menanam kebencian' kaum India terhadap kerajaan dan polis. Apa akan jadi? Orang India sudah mula berdemo...kecil akan jadi besar?...Adakah Tuan Melayu itu akan cucuk orang2 Melayu bangkit sama 'mempertahankan mertabat TUAN mereka'?....Akan tercetus rusuhan seperti 1969 apabila orang Cina dikatakan hendak 'memakan' orang Melayu? Isu bangsa?

    Tuan rasa tercabar, dia cucuk orang ramai bela dia?....

    Kalu mereka sedar mereka 'hamba' kepada Allah, mereka akan berlaku adil, tidak zalim,...tapi ini tidak berlaku...UMNO sudah 'tersesat' jauh dari agama Islam. Allah dan agama Islam sudah diperkecilkan oleh UMNO. Mereka masih Tuan kita?...Fikir.

    Ikhlas

    The MIND!!!

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.