11.1.09

Usah Minum Darah Mereka

Bakal Ketua Pemuda UMNO, Dato' Mukhriz Mahathir nampaknya bersungguh-sungguh dalam usaha memboikot produk-produk ILC. Usaha murni Dato' diharap dapat diteruskan kerana rakyat Malaysia pasti memberikan sokongan padu dalam apapun usaha dari mana-mana individu yang berusaha sesuatu terhadap Palestin.

Nampaknya Dato' tidak leka berpolitik seperti ehem-ehem tu Dato'.

Harimau juga menonton rancangan ulangan "Nasi Lemak Kopi O" di TV 9 sebentar tadi yang mana menjemput Dato' Mukhriz, Anita Sarawak dan suami. Yang menarik, terdapat seorang pemanggil yang menalifon dan menyebut:

"Bayangkan,

Jika kita minum air itu,
Umpama kita minum darah anak-anak Palestin.

Jika memakai pakaian jenama itu,
Umpama kita memakai kain kapan rakyat Palestin.

Jika kita menjamah makanan itu,
Umpama kita menjamah daging saudara kita di Palestin"

Impak bait-bait ayat ditambah lagi dengan kenyataan Bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia:
"Jika rakyat Palestin mengetahui bahawa kita tidak mampu untuk menyumbang, walaupun dengan hanya memboikot, bayangkan perasaan mereka"
Ingatlah. Setiap Muslim itu bersaudara. Teruskan memboikot dan semoga kita berkumpul di Syurga Allah.

Harimau : stop sekejap cerita politik, kerana ramai sudah saudaraku yang dibunuh.
nota: petikan yang bertulisan merah adalah maksud yang didengar dan diingati Harimau dan tidak tepat 100% dengan kenyataan sebenar.

14 comments:

  1. salam Bro:

    Aku sokong 1010%. Bayangkan di Malaysia sahaja kalau satu orang tidak memeli sebotol air coke kecil yg harganya RM 1.80 bemakna beliau telah kehilangan keuntungan dalam RM1.29 bersih. Dan sekirannya 20 juta rakyat ini tidak meminumnya??? Berapa agaknya kerugiannya?? Itu baru minuman, kalau yg lain2?? Pehh, kita betul2 dah dapat kurangkan ekonomi mereka.

    ReplyDelete
  2. Tuan Kulat,

    Sebab itulah kita perlu bersatu-padu.

    Dan politik perlu diletak tepi sebentar.

    ReplyDelete
  3. La ni, negara islam harus bangkit dengan kekuatan ekonomi.

    ReplyDelete
  4. semoga Allah merahmati Datuk Mukhriz...

    ReplyDelete
  5. Salam sdrku Tok Rimau,

    Syabas saya ucapkan kepada Mukhriz. Apakah hanya beliau yang paling jantan di dalam UMNO hari ini?

    Anda layak gantikan pengerusi OIC yang lembik dan longlai tu!

    Sama-samalah kita sokong memboikot apa saja yang berkaitan dengan ILC.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum anakku,

    Baca tak berita terbaru mereka gunakan senjata kimia sekarang? Ramai yang maut dengan kesan serbuk putih phosphrous.

    Hamas rayu Negara Arab bersatu..

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  7. Tok Ghimau,
    sekurang2nya kita sebagai umat seagama patut memberi sumbangan tak kira samada kewangan atau keringat.apalah sangat dengan mengorbankan kelazatan dunia...Insya'Allah balasan baik untuk tujuan yang baik..
    Laknat israel!!!...

    Anak Jati Kedah

    ReplyDelete
  8. Kempen "boikot" tu adalah satu propaganda yang palsu yang diluangkan oleh poltician adalah satu landasan yang memang boleh menjadikan seseorang politik sebagai "hero" tapi padahalnya yang tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan kepada orang Palastine.

    Samada ILC or ALC, tiada perbezaannya,sediakah kita henti menggunakan Microsoft excel,memberi KFC dan menghantar anak anak si politician tu ke university yang terkemuka di Amerika.Bolehkah sama sekali,kita tidak menonton gambar gambar box office Hollywood?

    Selagi,dunia ini ada superpower country,selagi dunia yang miskin akan ditindas.

    ReplyDelete
  9. salam tuan,

    bagaimana tuan boleh ulas mengenai keratan akhbar ini

    http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2333452.asp

    http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2332172.asp

    wasalam

    ReplyDelete
  10. salam tuan,

    bagaimana tuan boleh ulas mengenai keratan akhbar ini

    http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2333452.asp

    http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2332172.asp

    wasalam

    ReplyDelete
  11. Bekas Pemimpin UMNO & Mantan PM Tun Dr. Mahathir Mohammad ajak kita boikot barangan Amerika...
    bolehkah kita tak makan kentucky fried chicken, McD, Pizza dan sebagainya. Mereka yang merokok terpaksa tinggalkan rokok.

    Pemimpin Pemuda PAS pula,YB. Salehuddin Ayob ajak kita berdemo anti israel. & amerika.
    Pemimpin pemuda UMNO, YB. Dato Hishamuddin Tun Hussein juga ajak murid sekolah demonstarasi di KT.

    Bagus juga kalau kita ikut serta tetapi kalau difikirkan 'ponek badan' dan mengabehkan boreh jo!
    Kalau Tuhan nak beri pahalapun cuma sedikit - yahudi ketawa juga.

    Tetapi tahukah anda
    Setakat ini tidak ada pemimpin negara menyeru kita yang beragama Islam menunaikan solat subuh berjamaah melebihi jemaah solat fardu jumaat.
    Sekiranya ada satu mesjid didalam dunia ini yang boleh melaksanakannya barulah yahudi boleh kalah, kalau tidak jangan mimpilah.

    Mengikut teori sebenarnya kita mampu buat sebab solat jumaat untuk kaum lelaki saja tetapi solat subuh boleh disertai kaum wanita(muslimat). Dengan itu bilangan jemaah tentu lebih ramai.

    Kalau kita boleh buat yang ni barulah yahudi boleh kalah...
    kita pun dapat banyak pahala sebab solat subuh berjamaah..! Umpama beribadat sepanjang malam. Betul tak?

    Akan menjadi sunahtullah bahawa peperangan yang terakhir didunia ini adalah peperangan antara Islam dan yahudi, dimana kemenangan untuk umat Islam membunuh
    Orang yahudi. Sehinggakan diriwayatkan rimbunan pokok-pokok dan batu-batu akan berkata kepada orang –orang Islam bahawa disini ada yahudi bersembunyi.

    Umat yahudi memang mengetahui perkara ini. Bayangkanlah mereka mengenali Rasul
    akhir zaman (Muhammad SAW.) dan Al’Quran seperti mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Tetapi telah menjadi sunahtullah juga bahawa mereka golongan yang ingkar. Nabi-nabi pun mereka bunuh inikan pula orang Palestin.

    Oleh yang demikian kita tunggu mana-mana pemimpin negara khususnya, pemimpin UMNO, PAS atau PKR yang terbuka hati menganjurkan solat subuh berjemaah ini eloklah kita turut serta. Seharusnya kita solat dulu barulah memboikot barangan yahudi & amerika, berhenti merokok dan berdemonstrasi jalanan..

    ReplyDelete
  12. Bekas Pemimpin UMNO & Mantan PM Tun Dr. Mahathir Mohammad ajak kita boikot barangan Amerika...

  13. jom boikot. jgn byak alasan. minuman dan makanan mereka semua tu bukan baik pun.... kalau palestin dibunuh dengan senjata dan peluru org malaysia mati kena bunuh juga, dng kfc mcd coke dll.

    ReplyDelete
  14. Salam tok rimau dan selamat hari jadi (bukan harimau jadian kan?),
    just a comment over comments...
    eugene,
    KFC tu boleh je boikot..takkan rakyat Malaysia tak reti masak ayam goreng..yang Microsoft tu, kalau sesiapa ada solution yang setanding Microsoft, sila bawa ke hadapan. Nak boikot terus, ranap aktiviti ekonomi..jangan kata ekonomi, byk blog boleh sangkut (lainla kalau pakai Apple..tp, Apple pun Amerika juak..mcmne ne tuh?)

    budak_kg,
    pasal ,merokok tu, dah memang tak elok dengan kesihatan, pi hisap sapa suruh? tak payah tunggu perang israel, itu perang untuk kesihatan sendiri..

    pasal solat pulak, tak payah tunggu pemimpin politik ajak subuh berjemaah. hari-hari bilal-bilal masjid azan subuh..azan itu pun bukan setakat masuk waktu, tapi ajakan bersolat jemaah di masjid secara tidak langsung. kalau azan kat TV dan radio tu lain la..(tu yg jadi sindrom solat jumat di "masjid negara" depan TV!)

    Wallahualam...

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.