3.2.09

7 Kategori Ahli PKR

Apa agaknya yang pelik jika 2 Adun yang tak habis sakit-demamnya itu melompat atau keluar parti? Bukankah semua ahli PKR itu pelompat yang berasal dari UMNO?

Jika ada ahli PKR yang menafikan kenyataan ini, maka dia sebenarnya hanya mula berpolitik sejak 1-3 tahun yang lalu. Kalau orang lama, memanglah dia dahulu ahli UMNO.

Bukankah UMNO yang mengajar segelintir mereka berpolitik? Secara hakikat, ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat terbahagi kepada 7 jenis:
  1. Mereka yang mengagumi DSAI semasa DSAI dalam UMNO.
  2. Mereka yang kecewa dengan kezaliman Tun Mahathir pada tahun 1998.
  3. Mereka yang tidak mempunyai peluang dari UMNO.
  4. Mereka yang cemburu dengan kekayaan kroni-kroni UMNO.
  5. Mereka yang mahukan kesamarataan dan bosan dengan UMNO yang kelihatan berat-sebelah.
  6. Mereka yang bodoh berpolitik di medan politik tetapi hebat di jalanan.
  7. Mereka yang hebat berpolitik; baik di medan politik mahupun di jalanan tetapi terpinggir atau bakat mereka tidak dapat dikesan oleh UMNO.

Terpulanglah kita mahu meletak 2 Adun Perak itu di kategori yang mana. Walaubagaimanapun, bukan sahaja FAM yang memerlukan coach yang baru bagi menyusun taktikal pasukan, PKR pun sudah sepusat-sepusing!

16 comments:

  1. Ada lagi kah Sedingin Salju? Tolonglah tambah.

    ReplyDelete
  2. kasihan..

    takda satu pun aktivis 'keadilan' untuk 'rakyat'

    baju cantik.. kulit sopak..

    opsss

    ReplyDelete
  3. Ada ahli PKR kalau tersepit keluar Akuan bersumpah. Ada Ahli PKR yang kuat buat fitnah terutamanya ahli Hindraf dalam PKR.

    ReplyDelete
  4. Tok Ghimau,,, kat Ghombau ni, semua org konal dgn Yusof Tapar,,, dulu hebat perjuang kan UMNo, lopeh tu,, jump to PKR pada tahun 1999, bilo kawan dio x dapat jadi calon,, di istihar kuar PKR n masuk umno semula,,, baru baru di masa PRK P.Pauh dio pun istihar kan semula masuk PKR,,,,, Agak nya mana nak lotak kan saudara kita ni wahai tuan Ghimau???

    ReplyDelete
  5. 8.golongan bisex dan gay
    9.penerima 'sedekah' tegar

    ReplyDelete
  6. Pak Oncu,

    Suruh dia gali kubur dan tanam diri sendiri. Takde pendirian.

    ReplyDelete
  7. salam YB Harimau...........

    sEBENARNYA DUA EKOR MANGKOK HAYUN NI DAHULUNYA ADALAH BEKAS AHLI UMNO. KINI DAH JADI ADUN JADI MACAM KADUK NAIK JUNJUNG. HABIS SEMUA NAK DIBOLOTNYA. DAKWA CUTI SAKIT TAPI HAIRANYA MB PULAK TAK TAHU. KALU INI DUA ORANG YG UMNO NAK REBUTKAN ambillah mereka cepat2. DUA EKOR NILAH MENYEBABKAN PAS DAN PAKATAN RAKYAT MENDAPT TEMPIASNYA AKIBAT KEBUSUKAN PERANGAINYA....DAP KINI HANYA MEMBISU...JANGAN JADI TALAM 5 MUKA SUDAH

    ReplyDelete
  8. hurm..pak oncu ....den semakin kagum dongan pak oncu

    ReplyDelete
  9. kalu diperatikan ke mana saja ahli politik ni melompat tak kiralah ke parti mana pun, mereka sebenarnya adalah hampas di tempat lama yg tak dikehendaki lagi (loser)..

    so, masing2 jgn ek tak memasal ye tak?
    dato zainal dan yg lain lompat ke PKR setelah beku di umno,nakhaie hehe..ku li..hoho!
    ezam?huhu!

    ReplyDelete
  10. Ahli umno brape plak kategori?
    kena tulis tu.
    neutral beb....neutral...

    ReplyDelete
  11. ADa lagi...

    - Mereka yang mudah dijuburi - percaya dengan cerita-cerita kezaliman UMNO/Najib yang direka oleh Anwar/RPuKay/komenter di M2Day, terpengaruh dengan janji harapan palsu. (PKR 916)

    - Mereka yang bersifat anti-establishment semenjak azli - orang lain buat semua tak betul. (PKR Reject Shop)

    ReplyDelete
  12. Ni gelaran fraksi-fraksi PKR seperti yang disebut oleh Rimo, (selain PKR 916 dan PKR Reject Shop yang saya dah sebut di atas):

    1. Mereka yang mengagumi DSAI semasa DSAI dalam UMNO. (PKR Idola)
    2. Mereka yang kecewa dengan kezaliman Tun Mahathir pada tahun 1998. (PKR Reformasi)
    3. Mereka yang tidak mempunyai peluang dari UMNO. (PKR Liau)
    4. Mereka yang cemburu dengan kekayaan kroni-kroni UMNO. (PKR PhD)
    5. Mereka yang mahukan kesamarataan dan bosan dengan UMNO yang kelihatan berat-sebelah. (PKR Cambest)
    6. Mereka yang bodoh berpolitik di medan politik tetapi hebat di jalanan. (PKR Demonstrasi)
    7. Mereka yang hebat berpolitik; baik di medan politik mahupun di jalanan tetapi terpinggir atau bakat mereka tidak dapat dikesan oleh UMNO. (PKR Pancing tak kena lubuk)

    ReplyDelete
  13. Harimau,
    Sebenarnya orang yang terlibat dengan politik adalah orang yang menggunakan pengaruhnya untuk menguasai orang lain. Jika pengaruhnya sudah lemah dan tiada siapa yang mahu mendengar kata-katanya lagi maka dia mesti mencari tempat baru dimana ada orang mahu menerima kelentongnya.

    Jika ada ahli politik melompat dari parti A keparti B kemudian kembali semula dari parti B keparti A tapi masih diterima menjadi ahli politik, menunjukkan orang politik itu memang hebat....

    Bagi parti yang menerima ahli politik itu mungkin ada kepentingan dan alasannya sendiri, tapi yang keliru dan tertipu adalah pengundi.

    ReplyDelete
  14. Salam Harimau,

    Tabik sgt2 sbb blog ni neutral. Keep it up!!

    ReplyDelete
  15. Sebenarnya ada golongan ke 8.

    8. Barua amno @ tali barut amno @ golongan peminta sedekah seks. Contohnya bertaraf postman, kapten bersara
    -Spesis ini banyak dapat di kawasan Berang yg ada banyak Jering.

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.