“Penderhaka” mengikut takrifan Kamus Dewan “Orang yang mengkhianati negara (Tuhan, suami dll)” Kalau UMNO menderhaka kepada RAKYAT dan Negara, kenapa pula Sultan hendak ikut perbuatan itu?. Sultan sepatutnya menjadi payung
kesejahteraan kepada RAKYAT, bukan menyusahkan RAKYAT sehinggakan kalau kereta Sultan nak lalu, ambulan yang bawa orang sakit pun kena ke tepi. Ini ke yang dinamakan Sultan sebagai Payung Kesejahteraan RAKYAT? Sebagai RAKYAT kami ingin tahu, APAKAH KERJA RAJA? { sini }
Merujuk http://www.scribd.com/doc/4608907/KERAJAAN-NEGERI , tugas seorang Sultan adalah :
- Menjalankan tugas-tugas mengikut budi bicara dalam hal-hal; 1) merasmi, memanggil, menangguh dan membubarkan DUN, 2) Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Raja/ Sultan/ YDP), 3) Melantik waris, Permaisuri, Pemangku Raja (Raja/Sultan/YDBP), 4) Penganugerahan pangkat, kebesaran, kemuliaan, gelaran, 5) Melantik MB/KM, Majistret, Mufti atau Penghulu.
- Bertindak atas Nasihat MB/KM dan MMKM dalam hal pentadbiran Negeri.
- Menjalankan tugas sebagai Ketua Agama Islam (Negeri-negeri Beraja).
Sekatan kuasa seorang Raja/ Sultan/ YDPB/ YDPN adalah :
- Tidak boleh memegang apa-apa jawatan bergaji
- Tidak boleh bergiat aktif dalam perniagaan
- Tidak boleh mengampun diri, Permaisuri dan anak sendiri (kecuali YDPN)
- Boleh didakwa di dalam Mahkamah Khas dalam kes sivil atau jenayah atas sifat peribadinya ( akan turun takhta sekiranya dijatuhkan hukuman penjara sehari atau lebih)
- Tidak boleh mengundi di dalam Majlis Raja-Raja
- Boleh didakwa di Mahkamah Awam
- Boleh dilucutkan jawatan oleh YDPA dengan resolusi pemecatan 2/3 majoriti ahli DUN.
Persoalan samada Raja/Sultan menjalankan tugasnya amat sukar untuk dijawab kerana kita tidak mengetahui secara mendalam dan terperinci jadual mana-mana Raja/ Sultan tetapi Baginda dianggap oleh segelintir rakyat sebagai TIDAK BUAT KERJA, mungkin kerana:
- Raja/Sultan tidak punch card seperti kita
- Raja/ Sultan tidak turun padang dalam menyelesaikan kes-kes Murtad, Khalwat, Hina Agama dan sebagainya.
- Raja/ Sultan sering dikaitkan sebagai pelaku dosa kelas atasan seperti minum arak, berpoya-poya dan sebagainya dan persepsi negatif itu berpunca dari perilaku anak Sultan dan kerabat-kerabat seorang Sultan.
- Lain-lain hal.
Dalam perkara ini, ada seorang teman yang rapat dengan kerabat Raja dan hilang respek kerana di matanya tidak pernah kerabat yang dikenali itu mengikut suruhan Allah (solat, zakat, dsb) malah perilakunya tampak lebih Syaitan dari Syaitan itu sendiri (anggapan peribadinya).
Apa yang Harimau nampak, pemahaman bahawa seorang Sultan/Raja tidak buat kerja mereka adalah tidak lebih dari suatu persepsi tanpa bukti dan hujah. Namun, Harimau bersetuju bahawa Sultan / Raja itu adalah Hamba Allah seperti kita di mana tidak lari dari hukuman/boleh dihukum; mahupun di dunia ataupun di akhirat.
Bukankah Raja/ Sultan tidak maksum? Dan, "melakukan kesilapan" adalah tugas orang yang tidak maksum? Persoalan ini, kalian boleh jawab sendiri.
Wallahualam.
Harimau : kalau kalian kata Sultan salah, Harimau tidak menentang tetapi itu bukanlah "lesen besar" ke atas satu penderhakaan.
{dikemaskini pada jam 2020 hrs}
{maaf jika pautan/link tidak dari reliable sources. Namun, Harimau sedang berusaha mendapatkan sumber-sumber yang lebih berwibawa di masa mendatang}
Tok Rimau...bukan ke sultan buat keputusan atas nasihat PM???? Tak tau le pulak tapi rasa2 nyer larr. Ishh..menyibuk jugak BlueHope nih!
ReplyDeleteItu dengar cakap atau persepsi kita sahaja Blue Hope. Kisah yang betul-betul, kita tak tahu.
ReplyDeletevery2 complicated... huhuhu...
ReplyDeleteAssaalmualaikum,
ReplyDeleteSekarang cerita ini dah menjela ke tempat lain pulak hanya kerana Sultan Perak tak nak ikut saranan PR.
Sekiranya Sultan akur tuntuan mereka tentu ini semua tidak timbul.
"Berdemonstrasi" lepas Solat Jumaat lepas keluar dari Rumah Allah, laungan La IllahaIllahAlla! Mereka fikir mereka di Gaza agakanya.
Tiada Tuhan Melainkan Allah, tetapi tidak Ridho akan ketentuan Tuhan dan tidak beradap ikut apa yang Allah swt ajarkan dalam Quran dan Sunnah.
Buat Malu sahaja. Maka sekarang lebih banyaklah Dosa, dosa menghina Raja, mencaci maki sesama sendiri. Corek, cari kesalahan, kelemahan orang lain, post di internet. Aibkan orang.
Dan akan lebih Bertaburan lagi Fitnah, Menghasut supaya benci membenci. Entah apa akan jadi pada Orang Melayu. DAP yang untung dari semua ini.
Salam Tok Rimau.
ReplyDeleteSemua kerja Sultan /Raja adalah di atas nasihat sama ada MPR, PM (Agong) dan MB bagi Raja dan Sultan kecuali bab agama juga atas nasihat Mufti atau Majlis Agama Negeri.
Tentang tidak boleh berniaga. Carilah mana-mana Sultan/Raja yang tidak berniaga atas nama proksi.
HANG JEBAT:
ReplyDelete"Jangan! Jangan sembah aku. Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan Melaka yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat, rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat, dan aku rela mati untuk rakyat.. kerana aku mahu keadilan, keadilan. Keadilan!"
Ini bukan kali pertama Sultan Perak jual maruah melayu
pangkor 1874
die buat lagi
ish sultan tak takut tuhan kot dia ni
Harimau,
ReplyDeleteSekarang UMNO mengajak kita mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan institutsi raja-raja melayu dalam Malaysia.
Jangan hilang fokas, sesungguh parti dari Pakatan Rakyat tidak pernah menyentuh soal raja-raja melayu, lebih-lebih lagi untuk menderhaka terhadap Sultan Perak. Malah mereka sentiasa menghormati kedudukan raja-raja sebagai ikon keadilan dan keamanan.
Disebabkan permainan ADUN lompat parti, maka sultan telah diheret sama dalam kacah politik oleh UMNO.
Disebabkan UMNO sekarang bertambah lemah tidak mampu bertarung dalam pilihanraya lagi maka mereka putarbelitkan undang-undang disamping peralatkan Sultan agar tidak bubarkan DUN perak tetapi memaksa Mohamad Nizar letak jawatan sebagai Menteri Besar.
Dengan cara ini, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat akan berhujah dengan sultan bukan berhujah UMNO yang duduk dibelakang sultan.
Apabila sultan berpihak pada UMNO tanpa melihat dirinya sebagai ikon keadilan maka timbul soal perundangan dan hujah yang megelirukan.
Akibatnya lihat dinegeri perak sekarang, rakyat tidak berpuas hati cara tadbir sultan menegakkan keadilan...!
Permusuhan antara rakyat dengan sultan sedang diapi-apikan oleh UMNO agar pihak polis ambil bahagian untuk jadikan rusuhan dalam negeri.
Perbuatan ini tak ubah seperti terjadinya peristiwa berdarah 13hb. Mei 1969.
Untuk makluman tuan, tidak timbul soal sultan buat kerja atau tidak. Tetapi kita wajib melihat setiap kerja yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan pencacainya terhadap rakyat khususnya orang melayu di negeri Perak.
UMNO dalam keadaan terdesak dan akan melakukan rusuahan kaum kononnya mempertahankan hak dan keistimewaan raja-raja melayu diMalaysia. Waspada !
salam tuan,
ReplyDeletetak taulah boleh dipercayai atau tidak sebab setakat ni saya memang mengenali Puan Ainon kerana pernah terlibat dalam beberapa program :
http://universitipts.com/index.php/site/comments/ada_ada_sahaja_mamak_bendahara/
p/s: Kat kampung saya ada orang yang maksum, dia jual nasik gulai ayam berlauk pagi-pagi hari.. selalu juga jika balik kampung kawan-kawan ajak pegi makan kat 'kedai maksum'.. ;-D
ReplyDeleteTuan, jemput datang kesini. Saya sekadar menyediakan 'pelantar' yang memungkinkan mudahnya kita untuk bertemu sesama kita.
ReplyDeletewww.mandatrakyat.blogspot.com
Tuan Puan sekalian,
ReplyDeleteterima kasih atas komentar anda.
Ahmad Saabun, saya sudah tengok blog saudara. Syabas.
Aizam, maksum tu nama dia ka?
Aku, dasyat tuduhan dia tu. Sahih ka?
Melayu kuat, semangat betui hang. Melayu macam ni yang dicari...
Tuan Mountdweller, Ibu Melayuangkat dan Liyanna, saranan dan idea yang bagus. Terima kasih.
{ macamanalah Tun Mahathir jawab komentar yang beratus-ratus dalam blog dia tu?..Yang berbelas ni pun aku dah letih..hehehe)
aku baru d sini..
ReplyDeletebut setelah menjelajah kesemua tulisan Harimaun dan membaca komen2 pengulas...
jelas,yang merosakkan melayu dan islam adalah orang melayu sendiri..
minta maaf,aku memang bukan berbangsa melayu tetapi aku beragama islam sejak lahir dan rakyat jati malaysia..
sedihnya melihat bagsa melayu yg turun temurun beragama islam merosakkan bangsa dan agama sendiri...aku oasti,DAP sekarang tengah berpesta gembira kerana perpecahan bangsa melayu yg beragama islam is `pending`
Harimau,
ReplyDeleteFakta yang kamu beri itu sangat dangkal dan tidak tepat hanya menimbulkan kekeliruan kerana kamu memanipulasi fakta dgn memilih yg menyokong utk menentang raja sahaja. Jenis manusia spt kamu ini byk di kalangan org2 politik tak kiralah parti apa-apapun.Memanipulasi fakta utk mengeliru dan mendapat sokongan rakyat.Selagi berjuang atas nama politik, tidak kiralah parti islam sekalipun, selagi itu kamu akan berlawan dgn satu sama lain ikut cara yahudi.Yang bejat dan kotor adalah kamu semua org politik yg berjuang bukan kerana Allah dan bukan Raja. Sekrg kamu perkudakan Raja utk politik kamu semua.Rakyat yang bijak dan ikhlas terhadap agama, bangsa dan negaranya mula MENYAMPAH dan BENCI dgn orang2 politik. Aku beri amaran, kemarahan rakyat akan buat kesemua rakyat bangkit menentang orang2 politik dan setia dgn raja yg akan membentuk sistem khalifah. Kamu nantilah KEJUTAN ini..
Salam tuan rimau,
ReplyDeleteSorry den mencolah. Beberapa perkara yg tuan kemukakan daripada link berkenaan fungsi/peranan/sekatan bagi Raja itu kebanyakannya tidak tepat dan tidak lengkap. Sila rujuk buku perlembagaan persekutuan atau perpustakaan2 awam di negeri2 beraja yg terdapat rujukan mengenai undang-undang tubuh setiap negeri. Kalo nak beli buku FC tu ada jual di mph berharga rm10 saja. Undang2 tubuh tiap2 negeri tak ingat harga berapa.
salam
ReplyDeletetentang Pn Ainon tu saya x taulah .Memang mufti Perak antara mufti yang paling saya hormati.Tapi, tak taulah.manusia..apa-apa boleh berlaku.Kalau betul pun, mungkin ada pihak yang mempergunakannya.
Dan saya juga dikhabarkan oleh seseorang yang saya kenal ( pernah terlibat dalam Majlis Adat Istiadat Melayu Perak) tentang perebutan tempat dalam Majlis Adat Istiadat Perak.Sebelum ini, Majlis itu dikatakan bebas dari sebarang unsur tetapi selepas pilihanraya Mac lepas, ada pihak merasakan tergugat maka bermulah episod KITUL yang menjijikkan.
Tak tahulah tuan, biasanya kalau kat Malaysia ni khabar angin ni selalunya betul.
wallahu'alam
PENYELESAIAN YANG SENANG DAN TENANG BAGI KEMELUT POLITIK DI PERAK.
ReplyDeletePada hemat saya, kemelut yang berlarutan sekarang adalah daripada angkara UMNO yang sudah kemaruk sangat hendak menjadi pemerintah di Perak.
Jika benar, UMNO/BN mempunyai sokongan suara ramai, mengapa tidak ambil alih pemerintahan di Perak secara 'anak jantan' iaitu pilihanraya.
Sebelum ini, hanya ada demonstrasi segelintir juak-juak UMNO yang tidak diperhatipun oleh FRU di Perak. Tiada pancutan air dan tiada tembakan gas 'Israel' pemedih mata.
Sekarang kerajaan rakyat Perak yang asal yang ingin dijatuhkan secara 'BIADAP' oleh UMNO yang dipimpin oleh Najib,cuba dibela oleh rakyat yang mengundi mereka;dilabel sebagai penderhaka Sultan dan pencetus rusuhan.
Tidak kurang pula yang mengatakan Nizar sebagai 'sore loser', tidak boleh menerima kekalahan.
Persoalannya sekarang, siapa yang kalah? Nizar hanya dititah untuk lepas jawatan tetapi menurut Undang-undang tubuh kejaan Negeri Perak, beliau berhak untuk tidak akur.
Perlembagaan Perak jelas menyatakan bahawa ada beberapa cara untuk sebuah kerajaan negeri yang baru dibentuk.
Mewatikahkan perlatikan Zambry bukanlah caranya. Ia nyata telah mengusutkan lagi masalah yang sedia ada. Malang sekali ketika Baginda Sultan meraikan jubli perak baginda, UMNO datang membawa bencana.
Justeru, apakah cara penyelesaian yang senang dan tenang?
BUBARKAN DUN SEGERA.
BIAR RAKYAT MENENTUKAN.
RAKYAT BOLEH MENGUBAHNYA.
sultan ketua agama islam. bukankah dia sepatutnya mengikuti rasulullah? tak salah hidup dalam istana besar2 tapi perlukah istana baru. plus flyover lagi tu? anyway bukan nak tentang cuma nak bagi persoalan. kalo sultan tak suka itu, perasaan dia. saya hanya hendak nasihat.
ReplyDelete