بسم الله الرحمن الرحيم
Buat Ir. Nizar
Dato' Seri Ir. Nizar, kamu bukan tidak bagus cuma Allah telah menarik balik kekuasaan yang dipinjamkan kepada kamu. Mungkin, Allah memberinya untuk kamu rasa bahawa menjadi ketua itu amat getir apatahlagi di Negeri Perak. Semoga esok, kamu menjadi orang yang lebih hebat dan kuat berbanding hari ini. Sekurang-kurangnya, kamu masih menjadi ketua walaupun Ketua Pembangkang. Selamat Maju Jaya Dato' Seri.
Buat Dr.Zamri
Selamat datang YB Dr. Zamri. Jagalah kedudukan yang dipinjamkan Allah itu dan pastikan kamu melakukan tindakan yang kamu rasa betul dan baik. Sekalung Tahniah dari blog ini.
Buat teman-teman Pakatan Rakyat
Janganlah kita mengundang kemurkaan Kebawah Duli Sultan Perak kerana ini adalah adat berpolitik. Bayangkan, jika impian 16 September lalu menjadi realiti, bukankah ia adalah situasi yang mirip? Maka, kuatkan semangat untuk menambah kekuatan yang ada dan membaiki yang pincang. Percayalah, ini adalah balasan Allah buat mereka yang "terbuai" dengan mitos yang kononnya rakyat telah menang. Ia bukan sebegitu kerana ia adalah hanya semata-mata ujian dari Allah. Jika UMNO dikatakan alpa setelah 50 tahun memerintah, maka lebih hinalah mereka yang alpa dengan hanya memerintah tidak sampai setahun. Renung yang tersirat.
Buat teman-teman Barisan Nasional
Jangan riak dan jangan takbur. Usah pinta untuk dihukum sebanyak 2 kali. Perbaikilah kebodohan yang ada dan berikanlah yang terbaik buat rakyat kamu. Fahamilah, ini bukan kejayaan demokrasi tetapi kejayaan kamu berpolitik sahaja. Jangan ulangi keangkuhan laksana beruk, mendabik dada laksana merak dan lupa daratan bak cenderawasih. Tiada kejayaan tanpa restu rakyat dan Rajanya.
Buat diri sendiri
Harimau Menaip selamanya menentang lompat parti kerana ia mentaliti dunia ketiga. Ia umpama pelaku dosa besar orang yang lari dari perang!
والسلام
هريماو مناءيڤ
waaa... very2 tacing... huhuhu...
ReplyDeleteI memang romantik lah Liyanna..hehe
ReplyDeleteingat 16 september
ReplyDeleteWaah.. pesanan yang cukup padat dan penuh tersirat.
ReplyDeleteNak buat macamana. benda dah jadi. em... Tunggu Sabah & Sarawak Buat Kejutan plak.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletetuan, walau apa pun yang berlaku, seperti yang dinyatakan oleh Dr ghazali (UKM) Dr Abu Hasan hasbullah di RTM siang tadi, kejayaan ini akan menyebabkan kerajaan yang tidak stabil berlaku.
Cara yang paling selamat adalah jalankan pilihanraya kembali.bagi saya tuan, seharusnya Tuanku Sultan Perak belajar bagaimana Raja Thailand menangani hal-hal sebegini.
Walau apa cara sekalipun, coup de tat amatlah buruk di mata awam seperti yang dinyatakan oleh Ku Li dalam The MALAYSIAN Insider.Apakah kita berbangga dengan kerajaan yang mempunyai wakil yang mengaku menerima rasuah?
Bagi saya, benarkah raja2 melayu kita masih lagi membela islam dan melayu?tragedi si KITUL sudah menular di perak terutama di kalangan kerabat akibat kelabu matanya sebelum Mac 2008.Ibnu khaldun sudah memberi amaran tentang ini dalam kitab Mukadimah mengenai ini.
Sekiranya tanda2 ini berlaku, apa peranan Sultan?Adakah kisah sejarah Long Jaafar (Raja Patani) yang dikhianati Sultan Perak dan sultan melayu yang lain berlaku lagi?
wasalam
Den SALUTE ROYAL lah kat Tok Ghimau ni,,, siap dgn ayat ayat Allah lagi,,,,,,,
ReplyDelete1 more time Den SALUTE ROYAL kat Tok Ghimau,,,,, hebat hebat nasehat yg di beri kan,,, macam ni lah yg di kato kan manusia beriman dan berakal,,,,
ReplyDeleteAssalamualaikum anakku Harimau,
ReplyDeleteMak Cik 'miss' segala Filem Perakwood seperti yang Saudara SUKJ sebut dalam blog dia sebab satu berada di Library dari tengahari dan baru sampai rumah ini.
Apa yang kamu tulis amat menyentuh. Memang betul, bukan mudah hendak "Rida" akan apa yang ditakdirkan pada dirinya.
SIAPAlah ya, yang MULA MULA bagi Idea melompat ni ya? Jangan jadi trend sudahlah. Sebab berhimpun berdemonstrasi dah jadi ikutan HINDRAF.
Apa-apa pun semoga Perak kembali tenang, InsyaAllah.
Wa salute lu bro.. isk.. isk.. :(
ReplyDeleteTUAN
ReplyDelete1. Seharusnya begitulah.
2. Nampaknya beban Najib terpaksa di galas Sultan pula.
3. Cuci tangan nampaknya 'Najib and the gang'.
kerja sekarang.
ReplyDeletePewaris Melayu,Semua orang akan ingat tarikh itu.
ReplyDeleteTuan Mountdweller,saya juga menasihatkan diri sendiri.
Ai Pengayu, syabas. Kamu tidak patah semangat. Ini semua situasi biasa dalam politik.
Aku, Sultan hanya menjalankan kewajipan dan melaksanakan kuasa mutlak yang ada berlandaskan undang-undang. Usah kita persoalkan kerana Sultan pun tidak persoalkan apabila rakyat memilih Pakatan Rakyat pada 8 Mac yang lalu. Jadikan ini suatu kurikulum buat kita untuk lebih matang dalam berpolitik.
Pak Oncu, hidup mesti terus. Tiada istilah "mati" dalam politik. Jika tidak, masakan Dato' Nasa masih bernafas?
Waalaikumussalam Ibu, esok pasti "ombak" politik akan memperlahankan pukulannya.
Tuan Din, wa pun.
Tuan Donmy, cuci tangan? Tidak. Ia cuma menambahkan isi penting dalam resume politik DS Najib. Dia memang hebat dalam konteks peristiwa mutakhir ni. Itu adalah hakikat walaupun pahit.
Sedingin salju...takkan malam jumaat pun nak di kerah bekerja?
ReplyDeleteKerja yang mana satu ni?
16 september? hihihihi......
ReplyDeleteriuh semalaya dibuatnya.....
dikutuk,dicaci dan dihina...
tidak bermoral katanya....
ada tawaran ujarnya....
perak pula......
hahahahahahaha......
sendiri pikir laaaaa
Katakanlah : Ya Allah Ya Tuhan..... Raja yang memiliki Kerajaan ( di dunia dan di langit ) Kau mengurniakan kerajaan kepada siapa yang Kau kehendaki dan Kau menyentapnya dari siapa yang Kau kehendaki dan Kau muliakan sesiapa yang Kau kehendaki dan Kau menghina sesiapa yang Kau kehendaki . di dalam genggamanMu segala Kebaikan sesungguhnya Kau Maha Berkuasa di atas segala suatu .
ReplyDeleteSurah Aali Imraan . Ayat : 26