5.2.09

Kepala Hotak Boleh Buat Batu Cincin!

DSAI berjaya menarik 1 ADUN BN ke dalam Pakatan Rakyat; ia sudah kira menakjubkan. Namun, pabila DS Najib menarik 4 ADUN agar menyokong BN membentuk kerajaan di Perak; ia sudah tidak terkata. Mungkin frasa "Kepala Hotak Boleh Buat Batu Cincin" boleh menggambarkan kehebatan Dato' Seri Najib.

Yang tidak bagusnya adalah, Perak telah melahirkan blogawan-blogawan hebat yang majoritinya dari kem Pakatan Rakyat. Sayang jika bakat dan pesona penulisan/cetusan idea mereka terkubur dengan terkuburnya kerajaan DS Nizar atau lebih tepat kerajaan YB Ngeh itu. Sudah ada tanda-tanda kekecewaan dan "kehilangan" blogawan dari Perak yang Harimau amati. Harap-harap, ia hanya kesan sementara.

Adakah politik Kedah bakal menyusul? Bijakkah politikus-politikus BN di Kedah untuk merampas kerajaan dari tangan PAS? Dan pandaikah politikus-politikus Pakatan Rakyat untuk merampas kerajaan Negeri Sembilan dari UMNO?

Masa masih panjang. Wisel perlumbaan baru sahaja ditiupkan. Kalau benar BN jadi kerajaan di Perak, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada kabinet DS Nizar kerana "membelikan" kereta mewah buat exco.

Ooops! Jangan lupa. Bagi status pajakan 999 tahun kepada orang Melayu yang kononnya nasib mereka mahu diperjuangkan UMNO itu. Mata rakyat masih memantau, jangan sampai rakyat menyantau. Sia Paleh!

Harimau Menaip

9 comments:

  1. Kesian baru nak berjalan dah jatuh,
    tulah kalau berkawan dengan pembelot macam tulah jadinya. Kereta camry tu bolelah jual 2nd hand kat UMNO

    ReplyDelete
  2. sejarah 1961 di terengganu, 1991 di kelantan, 1994 di Sabah..

    yang merana?

    ReplyDelete
  3. Jual ke hapenye..tu bukan milik PR, tapi milik kerajaan Perak..maka, siapa pegang Perak, dia pakai le..
    Yang seronok, exco baru la..tuah tergolek!

    ReplyDelete
  4. Salam brader Rimau.

    Hehe,
    Mmg gelige.Dalam diam je jarum dia mengena.
    Xde la macam sedare sorang tu.Canang satu negara kata nak buat kerajaan pastu terdiam.
    kan bro..kan..kan? kih² .

    Lepas Perak,try Kedah,kalau Kedah lepas..kita Cuba Try Test Selangor..tra la la:)

    ReplyDelete
  5. hairan saya.kalau org lompat ke UMNO dikatanya tidak beretika.kalu org UMNO lompat ke PR katanya bagos..bg saya tak kira la UMNO ke PR ke.Melompat same la seperti pengecut.tak ada pendirian.

    ReplyDelete
  6. saya sokong neutral...orang yang lompat parti nie sebenarnya pengkhianat rakyat...x boleh dipercayai...x pandai pegang amanah....

    ReplyDelete
  7. Ha, so, bersyukur. Jangan lalai, jangan alpa.

    ReplyDelete
  8. teman heran nape ada lagi yg cakap pasal 999? setahu teman kg tersusun pun dapat 999. setahu teman majoriti penduduk kg tersusun org melayu. berapa ramai penduduk cina di kg baru tersebut?

    kenapa kome tak marah kerajaan yg beri developer jual rumah dgn pajakan 999? takde ke cina beli rumah dgn pajakan 999? berapa ramai org spore beli rumah dan tanah di johor? berapa ekar spore beli tanah di wilayah iskandar?

    ReplyDelete
  9. Paloi,

    Saya juga akan berbahasa yang sama jika situasinya memihak pada PR.

    Jika Johor terlepas kepada PR, tahulah semua bahasa apa yang akan dituju buat sipolan.

    Saya cuma bersuara ikut style orang bawah.

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.