8.2.09

Mentafsir Tindakan Ir. Nizar dengan 3 Soalan Asas mengenai Rukunegara

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

* mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
* memelihara satu cara hidup demokratik ;
* mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
* menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
* membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
------------------------------------------------------

Jika di amati betul-betul, hampir semua blogawan pro-Pakatan Rakyat mengatakan bahawa MB Ir. Nizar (serba-salah untuk menulis sebagai Mantan MB) sedang mempertahankan undang-undang yang dikatakan telah disalah tafsir sehingga mengakibatkan tersilap membuat keputusan oleh Yang Membuat Keputusan.

Maka, apabila Harimau pergi semula ke asas Rukunegara Malaysia, tertanya juga di benak:
  • Adakah kita mesti mentaati kelima-lima rukun itu?
  • Bagaimana jika terkurang satu atau lebih? Adakah kita tidak layak menjadi warganegara?
  • Adakah rukun itu disusun mengikut prioriti?

3 soalan asas ini perlu diberi jawapannya. Apabila sudah terjawab, barulah mudah untuk rakyat mentafsir tindakan Ir. Nizar samada beliau berada di pihak yang benar atau tidak.

Harimau : masih tertanya-tanya. Mungkin mahkamah juga tempat terbaik untuk dirujuk.

6 comments:

  1. Assalamualaikum anakku Harimau Menaip,

    Kita tunggu dan serahkan sahaja kepada Allah swt. Dalam kekalutan begini kadang kadang kita fikir banyak sangat pun memeningkan kepada.

    Kalau ada rezeki Nizar jadi MB, katanya nak bawa kes ini ke Mahkamah, kita tunggulah apa kata Mahkamah.

    Mak Cik pegang teguh sangat bahawa sesuatu apa yang terjadi itu sekecil dan sebesar mana pun adalah dengan IZIN dan kehendak Allah swt.

    (Terlalu banyak perkara peribadi yang berlaku atas diri Mak Cik yang tak disangka tetapi berlaku. Yang tak diduga sama sekali, SEMUA atas kehendak DIA yang satu.)

    Digerakkan HATI HATI untuk buat sesuatu. Dia yang Maha mengetahui. Sebab itu amat perlu sekali HATI HATI atau QALBUn kita kita gilap setiap waktu ke arah kebaikan. Kita jaga dan lindungi hati dari termakan oleh sifat sifat keji yang dibenci ALlah swt.

    Dan hati yang berpenyakit ini akan ditambah lagi penyakit oleh Allah swt. Waliyazubillah (Maaf ejaan mungkin lari, maklum bahasa Arab tak boleh jamin sama bunyi bila taip dalam rumi).

    Ya Minta dijauhkan oleh Allah swt dari HATI HATI kita dicemari dengan sifat sifat yang Allah swt benci.

    Mak Cik yakin segala ini akan adalah hikmah disebaliknya. Cuma kita berdoa yang terbaik buat semua. Semoga Allah swt ampunkan dosa dosa kita semua, Lindungi dan Selamatkan kita, Agama dan Negara kita.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Rukunegara bukan RUKUN ISLAM yang wajib diikuti...idak gitu yop?

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam Ibu. Terima kasih atas nasihat Ibu.

    Cabaipadi, hang jawab dulu 3 soalan tu baru nak bercerabai. Okay?

    ReplyDelete
  4. Betul gak kata "cabaipadi said...

    Salam,

    Rukunegara bukan RUKUN ISLAM yang wajib diikuti...idak gitu yop?""

    Sedangkan RUKUN ISLAM pun ada gak yang tertinggal....inikan pula RUKUNEGARA....buatan tangan manusia sendiri.

    ReplyDelete
  5. Rukun islam memang wajib dilaksanakan. Tetapi selain rukun islam terdapat rukun lain juga yang perlu diikut. Jangan la jumud sangat untuk mengambil mana yang baik bagi menjadikan diri kita baik. Saya bukan tak nak menjawab persoalan tuan rimau berkenaan dengan rukun negara ni. Saya sudah cuba menjawab tetapi bagi kercayaan dengan tuhan saja dah panjang berjela. Saya pula bukan suka sangat memenuhkan blog orang dengan komen berjela saya

    ReplyDelete
  6. Traffict light dan highway speed limit 110 km/hr pun tak ada dalam Rukun Islam, Rukun Iman adan Qurana atau Hadis.

    Atas dasar itu lah agak nye mengapa ramai tak mematuhi Traffic light and speed limit!

    Pemhaman Islam yang sempit dan rapuh akan lahir manusia yang tidak bertamaddun.

    MRSM Kalae Chepo 66/73

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.