Pesuruhjaya Kehakiman yang membuat keputusan Persidangan DUN oleh Sivakumar sebagai tidak sah ADALAH SEORANG YANG TELAH TAMAT tempuh perkhidmatannya. Dia dilantik secara kontrak 2 tahun mulai 1 MARCH 2007 hingga 28 February 2009. Dia membuat penghakiman pada 3 March 2009. iaitu 3 hari selepas"tempuh khidmat dia tamat. PENGHAKIMAN dia TIDAK SAH. Zambri memang kartun.. { dari blog Tok Sheikh }
Apa nak jadi agaknya dengan Negeri Perak. Jika dibaca hujah sebelah BN, ada logiknya dan jika didengar hujah sebelah Pakatan Rakyat, juga ada kebenarannya. Sini kata sana kartun, sana pun kata sini kartun. Kasihan pula pada Rakyat Perak. Bagaimana nasib mereka mahu dibela jika untung nasib pemimpin negeri juga tidak keruan. Mungkin Sultan wajar campurtangan.
Semalam, Harimau menonton Hujah dan 2 panelis yang dijemput iaitu Tan Sri Isa dan DS Zahid Hamidi nyata mengecewakan. Miskin hujah, emosi, tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Professor Agus; adalah antara beberapa kelemahan yang dilakukan oleh mereka dan Harimau terus mengendos bahawa mereka berdua tidak berapa layak bagi menduduki dan memenangi barisan pimpinan teratas UMNO Malaysia.
Dan, ia dikuatkan lagi dengan prinsip Harimau bahawa " Usah solat dengan berimamkan bekas banduan, bekas perompak, bekas perasuah atau pengadu-domba; carilah orang yang benar-benar layak"
Tapi kalau tiada juga, kecelakaanlah namanya tu.
Wallahualam.
Aku tguk juga prog "hujah" tu..mmg betul lah mereka berdua ni "miskin" hujah dan tidak menjawab soalan2 bernas yg ajukan Prof Agus tersebut..emosional (lebih2 lg zahid)..pada penilaian aku yg dhaif ni lah..mereka berdua ni kelihatannya tidak mencapai standard yg sepatutnya ada pd seorang bakal naib presiden..aku ingin sekali nak lihat dr rais yatim berhujah..suka melihat dia bercakap dengan teratur, tersusun,kemas, berkias serta penuh dgn isi yg bernas..orang macam inilah sepatutnya dipilih oleh perwakilan !
ReplyDeleteAku tguk juga prog "hujah" tu..mmg betul lah mereka berdua ni "miskin" hujah dan tidak menjawab soalan2 bernas yg ajukan Prof Agus tersebut..emosional (lebih2 lg zahid)..pada penilaian aku yg dhaif ni lah..mereka berdua ni kelihatannya tidak mencapai standard yg sepatutnya ada pd seorang bakal naib presiden..aku ingin sekali nak lihat dr rais yatim berhujah..suka melihat dia bercakap dengan teratur, tersusun,kemas, berkias serta penuh dgn isi yg bernas..orang macam inilah sepatutnya dipilih oleh perwakilan !
ReplyDeleteHarimau
ReplyDeletebetul..betul...betul
setuju dgn tuan dengan kesusahan rakyat perak yg jadi mangsa ditengah2.
ReplyDeletelebih baik buat pilihanraya kecil di kawasan yb melompat tu.
UMNO terimpa kecelakaan? Di harap tidak. Transformasi sudah jatuh wajib!
ReplyDelete