9.3.09

Kita Makan Duit UMNO? Bila Masa?

ELOK MAMPOS LA!! KECIK2 MAKAN DUIT UMNO, DAH BESAR MENYUSAHKAN ORANG.. BODOH TAK DAPAT DIAJAR CERDIK TAK DAPAT DIIKUT!! MESNYUSAHKAN ORANG MEMANG PANDAI!! { sini }

Terbaca oleh Harimau akan kewujudan Kelab Chedet di blog Zubli Zainordin yang mana Zubli telah menjadi salah seorang peserta atau pengikut. Harimau pun dengan penuh keterujaan terus klik pautan dan....

Blog yang sarat dengan ayat-ayat penuh nista, keji, caci dan maki; maka terbatallah hasrat suci murni Harimau. Sewajarnya, Kelab Chedet mengangkat pemikiran Tun, membawa generasi muda mengenali sejarah politik Tun dan berdiskusi pandangan-pandangan Tun.

Jika mahu mencarut, terajang musuh politik Tun dan menghambur kata-kata nista, orang gila pun boleh!

Pengelola blog tersebut yang menggunakan logo UMNO sebagai simbol penentangan kepada politik wang, tidakkah beliau sedar bahawa Tun bukan lagi ahli UMNO? Bukankah Tun Mahathir sudah neutral dan menjadi pengikut Harimau Menaip? (ehem ehem)

Merujuk petikan di atas sekali, bila masa rakyat Malaysia makan duit UMNO? Ekau biar boto bai!

-------------------------------------

Glosari

Ekau biar boto bai = Anda wajar berfikir sebelum bertindak

12 comments:

  1. Assalamualaikum anakku Harimau yang Menaip,

    Entahlah, sejak dua menjak ini anak anak Melayu dari berbagai lapisan memang semacam kurang ajar. Satu fenomena baru pada dunia Melayu sekarang ini.

    Kita nampaknya bukan menapak ke hadapan tetapi mundur ke belakang pula.

    AstagfirullahalAzim. Moga tuhan Ampunkan dosa Mak Cik dan Selamatkan bangsa ini.

    Selamat Menyambut MaulidurRasul s.a.w.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Ibu.

    Salam Maulidurrasul. Semoga kita semua diselamatkan dari kealpaan dan kehancuran.

    Amin.

    ReplyDelete
  3. Eloklah bulan Mac ini kita memerangi UMNO-BN dengan mendedahkan segala kelemahan,skandal,rasuah,salahguna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka.Tak lupa di manakah sumber kekayaan mereka,berapa aset yang mereka miliki dan kat bank mana mereka simpan.Kita dedahkan satu persatu.
    Pegawai-pegawai kanan kerajaan dan hakim-hakim yang bersekongkol dengan UMNO-BN juga kita bongkarkan kelemahan dan skandal mereka.

    Bulan Mac kira bulan panas kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang bertanding di dalam pemilihan UMNO hujung bulan ini.Tok cadangkan beberapa nama seperti Mat Taib,Rahim Thamby Chik,Zahid Hamidi,Hishamudin,Hamid Albar,Khir Toyo,Mukhriz,Khairi dan Ismail Sabri.

    Jangan lupa kat negeri pasir dua butir yang dirampas dan kini di bawah jagaan menteri pasola @ zambri.Dedahkan segala kelemahannya,sumber kewangan dan aset yang dimilikinya sampailah dia angkat bendera putih.

    Rakan-rakan bloggers perlu bersatu dan bekerjasama mengumpulkan bahan-bahan bukti mendedahkan segala kekejaman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh polis selama ini.Satu gerakan boleh dibentuk untuk mendesak Musa Hasan dan Ketua Polis KL meletakkan jawatan kerana kekejaman polis dan FRU terhadap peserta-peserta perhimpunan 100 ribu membantah PPSMI sabtu lepas.Cara yang sama yang digunakan terhadap Rashid,bekas Pengerusi SPR boleh digunakan.Desakan beliau meletakkan jawatannya berkumandang di dalam parlimen oleh MP-MP Pakatan Rakyat.

    GMP atau gerakan memansuhkan PPSMI perlu diteruskan dengan siri-siri ceramah jelajah negara dan penyerahan memorandum kepada Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu.

    Sebagai menghargai perjuangan rakan-rakan kita yang masih ditahan di dalam lokap kerana membantah PPSMI,eloklah semua rakan-rakan blogger memaparkan gambar penangkapan seorang anggota unit amal yang dipukul dan ditahan oleh polis ketika cuba menghalang orang-ramai keluar dari Masjid Negara.Gambarnya ada disiarkan di dalam BBC News.(www.bbc.com).Berita terkini ada menyebut hanya tinggal dia seorang sahaja lagi yang ditahan di dalam lokap dan akan dibebaskan pada hari Selasa.Tidak lupa gambar-gambar mereka yang dibelasah polis dan FRU dan yang terkena gas pemedih mata.Paling penting gambar gas pemedih mata yang dilepaskan ke dalam masjid negara.Ini boleh jadi modal kempen Pilihanraya Kecil dan juga boleh dihantar kepada Amnesty International dan media-media asing seperti Al Jazeera,BBC,Gulf News,Jakarta Post dan banyak lagi.Biar satu dunia tahu sekarang Malaysia diperintah oleh sebuah kerajaan yang barbarian dan tidak menghormati undang-undang negara dan lunas-lunas demokrasi.Semalam tok baca laporan tentang demo PPSMI yang disiarkan dalam hampir kebanyakan media antarabangsa.

    Rakan-rakan bloggers juga boleh sediakan satu ruang di dalam blog mereka untuk pembaca blog menghantar segala maklumat tentang kelemahan,rasuah,skandal dan salahguna kuasa pemimpin UMNO-BN dan tidak lupa juga pegawai-pegawai kanan kerajaan yang bersekongkol dengan mereka.

    Pembentukan bloggers united atau kesatuan bloggers sangat penting terutama untuk berkongsi maklumat dan juga membentuk semangat setiakawan yang jitu sesama rakan bloggers.

    ReplyDelete
  4. Kita semua (bloggers) perlu berhemah dan menyatakan yang benar sahaja. Jauhilah daripada membuat fitnah, dakwaan, dan persepsi negatif yang kita belum pasti kesahihannya. Sempena Maulidur Rasul ini dan hari-hari seterusnya, kita sama-sama banyakkan selawat atas Nabi Muhamad saw, semoga mendapat syafaatnya di hari Akhirat nanti.

    ReplyDelete
  5. ramai org amno ni malas membaca. mereka hanya suka mengarut utk meluahkan perasaan mereka sahaja.

    teman heran sampai hari ni org amno masih tak dapat bezakan kerajaan malaysia dgn parti amno.

    parti yg membnetuk kerajaan boleh datang dan pergi tapi kerajaan malaysia tetap kekal tak kira parti apa menang pilihanraya.

    cerita perihal org gomen makan duit amno ni cerita lapuk. byk org gomen sendiri serba salah. tapi perlu diingat yg membayar gaji mereka adalah kerajaan malaysia bukan parti amno.

    org gomen boleh menyokong parti apa saja mereka suka diluar waktu bekerja. itu hak mereka. tapi masa bekerja mereka tidak boleh mensabotaj kerajaan malaysia dan polisi2 yg dilaksana.

    teman cakap begitu kerana jika ada org gomen mentaliti sedemikian kerajaan akan lumpuh apabila bertukar2 pertukaran parti silih berganti.

    cuba tengok negara2 maju yg kerajaan dan presiden mereka silih berganti tetapi kerajaan mereka tetap stabil. mungkin di malaysia lama lagi rakyat baru dapat menerima konsep sebegini.

    ReplyDelete
  6. SALAM TUK,

    MAKAN DUIT UMNO NI SALAH TAFSIR SIKIT, TAPI BETUL JUGAK ADA SEDIKIT. KERAJAAN YG SEBENARNYA. NTI TERASA PLK MCA, MIC DAN PARTI2 LAIN YANG SEWAKTU DENGAN NYA.

    ADA JUGA KAT SINI ORG TAK PAHAM PASAL POLITIK DAN DEMOKRATIK. ADA PULAK KATA BN RAMPAS KUASA .... SILAP SILAP.


    YANG RASUAH TU BUKAN UMNO TAPI PEMIMPIN DLAM UMNO. DLM PARTI LAIN PUN ADA RASUAH JUGAK. TAK PECAYA TANYA ANWAR DAN NIK AZIZ. BANYAK KAT KELANTAN, TRENGGANU YANG DAH LAPUK DENGAN PAS PUN BYK RASUAH JUGAK.

    PASAL DIA ORG BARU JADI TAK BANYAK LAH LAGI MCM UMNO., HAKIKATNYA SEMUA SAMA TUK, TAKDE BEZANYA NAMANYA LAGIPUN ORANG MELAYU

    LAPOR DUIT RAMBANG MATA KELABU JIWA. TAKPAYAH NAK SELINDUNGLAH. SAYA PUN SEPARUH MELAYU JUGAK.

    HAHA ...cheers

    ReplyDelete
  7. ontahlah...setau den rakyat tak makan duit UMNO pun...tapi UMNO lah yang pelahap mentekedaghah duit rakyat..!! Haram jadah..tu la sobab eh anak2 orang UMNO ni pun dah macam anak haram yo perangai ey..!!

    ReplyDelete
  8. gila betul...setau aku umno yang kaut duit rakyat..duit towkey2 judilah dan mcm2 lagi,sebab tu perangai org umno mcm samseng..sbb banyak makan duit haram,walaupun ada yang okey...tapi banyak yang teruk,.

    ReplyDelete
  9. salam Bro:

    Aku juga pelik macamana yg dikatakan MAKAN DUIT UMNO sdangkan yuran UMNO SETAHU AKU RM2.00 SETAHUN. LAGI YG MENGHAIRANKAN DENGAN RM2.00 ITULAH UMNO DAPAT BERDIRI MEGAH DENGAN MEMILIKI BAGUNANNYA YG BERPULUH JUTA. DENGAN RM2.00 ITU JUGA LAH UMNO DAPAT MENGADAKAN KEMPEN PILIHANRAYA YG KADANGKALA BOLEH PERHABIS PULUH JUTA. DIMANAKAH YG DIKATAN DUIT UMNO TU KALAU HANYA SEKADAR HARAPKAN YURAN AHLINYA RM2.00 SAHAJA??? BUKANKAH PELIK BUNYINYA KALAU RM2.00 BOLEH MEMBIAI MACAM2 HAL ASALKAN DIA PARTI UMNO PARTI KERAJAAN YG PUNYA.

    ReplyDelete
  10. Salam Maulidul Rasul Tok...

    He he he he he ...Makan Duit UMNO....ade ler dua tiga kali ..tapi itu pun masa di orang buat jamuan kat kg ler ...heheheh..

    Bab Che Det ni memang aku tak suka dia..tapi tak deler sampai mencarut sebab beliau nih Bekas PM kita..kena hormat..Tapi kalau yang tak betul keluar dari mulut dia ..aku tetap bangkang..sebab yang menegakan HAK adalah wajib...

    wassalammm

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.