1.3.09

Mandi Air Siraman Polis (baik bagi mereka yang hendak berkhatan?)

Bagaimanapun beliau berkata, mereka tidak melakukan sebarang kesalahan kerana hadir di situ untuk membuat laporan polis dan tidak berniat untuk melakukan kesalahan atau kekecohan. { sini }

Takkan nak buat laporan polis sampai 300 orang? Bayangkan rumah anda didatangi oleh 70 orang pemuda dan pemudi yang hanya untuk menjual penapis air, adakah anda buka pintu atau menelefon polis? Tentu kalian takut dan menelefon polis.

Dei Macha, tak salah nak buat laporan polis mengenai Uthaya tu, tapi pada-padalah dengan kuantiti orang yang berhimpun. Perlu kah sampai 300 orang?

Rasanya, kira nasib baik polis siram air. Buatnya ditembaknya dengan bom berangkai? Tak ke haru.

Polis pun, buat lah kerja. Mungkin dek kerana Polis tidak memberi layanan dan siasatan sewajarnya dengan 1 (satu) laporan polis yang mereka buat, maka mereka merasakan dengan beratus-ratus laporan polis, baru polis buat kerja dan buka mata kot?

Ia bukanlah persoalan siapa salah dan siapa yang betul. Ia adalah persoalan persepsi pihak kedua iaitu persepsi penyokong Uthaya terhadap PDRM dan persepsi PDRM terhadap perhimpunan dan perarakan yang berkuantiti besar. Walaupun niatnya baik, kalau persepsi pihak kedua songsang pun, tidak boleh juga.

Maka, rugilah Malaysia dengan beribu-ribu liter air yang terbazir begitu sahaja dan terbazirlah masa penyokong Uthaya dengan disiram air tanpa dapat mencapai hajat dan tujuan.

Persoalan di benak, apahal si Gobind ni pula yang menyibuk di Balai Polis tersebut? Gila populariti ke?

Saya tidak faham, setiap kali masyarakat India buat laporan polis, kena tangkap. Hantar memorandum dan bawa bunga pun kena tangkap, kenapa?" katanya.


Harimau rasa, hanya geng Hindraf je yang kerap kena tahan. Bukannya semua masyarakat India. Mungkin Gobind ni perlu disiasat di bawah akta Hasutan kerana membuat keterangan berbaur hasutan. Yelah, mungkin kenyataan beliau boleh membakar kemarahan kaum India dan menjana kekusutan antara kaum nanti?

Pelik juga bila peguam dalam UMNO seperti Rais Yatim dan Razali Ibrahim macam si bacul kalau berdepan dengan Karpal dan konco-konconya. Adakah sijil lawyer mereka hanya sijil beli atau sijil kopi-O? Adakah mereka lebih kurang upaya dari Karpal? Atau Melayu memang ketandusan peguam-peguam hebat yang mampu menjadi jaguh di dalam ruang lingkup perundangan Malaysia? Wallahualam.

Takkan nak harap Ghani Patail yang kalah bertarung isu Pulau Batu Putih? Bukankah beliau dikatakan hebat hanya apabila kes-kes yang diterimanya melibatkan Anwar, bontot dan lubang mencirit? Itu persepsi orang bawah. Tuan Ghani jangan marah.

Apapun, berfikirlah sebelum berhimpun kerana semua orang tahu bahawa air dan gas pemedih mata hanya HARAM buat ahli UMNO. Itu apa yang Harimau tafsir dari kenyataan Anwar.

Hendak buat laporan untuk mempertahankan rakan mereka di Kemunting ditangkap. Jadi, nampak polis ini macam alat atau ketua cawangan Umno,” kata ketua pembangkang itu. {sini}

Pelik juga apabila semua benda yang tak elok dikaitkan dengan UMNO.

Sebut Rasuah, orang ingat UMNO.
Sebut Skandal Seks, orang ingat UMNO.
Sebut Lompat Parti, orang ingat ADUN UMNO.
Sebut Derhaka, orang ingat UMNO.
Sebut Liwat...Haaa..yang ini saja orang tak ingat UMNO. Ingat siapa? Fikirlah sendiri!

6 comments:

  1. assalamualaikum wrt. wbt. tok ghimau,

    kengkadang baca nukilan tok susah nak gambarkan perasaan...

    rasa nak gelak ader gak...coz baca perangai org2 mesia nie...nak kate bodoh...bijak...nak kata bijak...bodoh...

    rasa nak menangis ader gak...coz baca perangai org2 mesia nie...nak kate bodoh...bijak...nak kata bijak...bodoh...

    camaner pun tetap baca tok punye blog...teruskan usaha mendidik kaum mesia...

    salam perjuangan

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Anakku,

    Si Anwar tu dulu pun UMNO jugak, bila tak dalam UMNO baru semua tak kena dengan UMNO.

    Baik sangat ke PKR tu?? Namakan SATU kebaikan PKR selama ini pada Orang Melayu dan Malaysia? Sejak ia ditubuhkan oleh idola mereka.

    ReplyDelete
  3. sebut altantuya ingat Najib
    sebut keris ingat hishamudin
    sebut tido ingat paklah
    sebut menantu ingat khairy

    Kenapa UMNO selalu dikaitkan dengan penipuan semua perkara buruk?
    Pikirlah sendiri dan terimalah hakikat UMNO memang penipu, rascist, kaki rasuah dan semua keburukan adalah UMNO

    ReplyDelete
  4. Betul tu tuan rimau. Tak kan nak buat laporan polis sampai 300 orang. Tapi tuan rimau pikir balik kadang2 kena buat keras sikit kat pegawai kerajaan ni. Sebagai contoh kalau kita semata buat laporan selalunya tak akan ada tindakan. Tapi cuba kita buat kecoh sikit lepas tu jemput sekali TV3 datang. Saya kadang kala rasa serba salah nak sokong apa diaorang buat tu tak boleh jugak sebab melampau sikit, tapi kalau tak buat macam tu diaorang tak bvuat apa2. entah la

    ReplyDelete
  5. yalah, masa dia dalam Umno, semua halal bagi dia. Bila dia dah buat parti sendiri, habis dikutuknya. Walhal dia tak sedar, parti dia tu races.

    ReplyDelete
  6. Sebut Rasuah, orang ingat UMNO.
    Sebut Skandal Seks, orang ingat UMNO.
    Sebut Lompat Parti, orang ingat ADUN UMNO.
    Sebut Derhaka, orang ingat UMNO.
    Sebut Liwat...Haaa..yang ini saja orang tak ingat UMNO. Ingat siapa? Fikirlah sendiri!

    sebut liwat aku ingat kat mahathir.. dia yang tabur fitnah hingga anuar kena lokap.....

    http://dppkt.wordpress.com/2008/03/03/mahathir-mengaku-zalimi-anwar/

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.