30.3.09

Masjidil Politikussalam (Kesejahteraan Politik Di Masjid?)

Pemimpin atasan UMNO kata, jangan menggunakan Masjid bagi tujuan politik. Harimau pasti rata-rata ahli UMNO akan berdiri teguh di belakang kenyataan tersebut. Bukankah kepantangan anak Melayu melawan ketuanya?

Cuma, Harimau tidak berapa setuju kerana kita sengaja meletakkan had kepada penggunaan Masjid. Akhirnya, golongan muda akan sesat jalan ke Masjid dan paling parah; tidak dapat membezakan yang mana Muzium dan yang mana Masjid.

Hari ini, Harimau hanya mampu menggaru kepala yang tidak gatal apabila membaca keratan akhbar di bawah:






Majlis BN? Di Masjid? Bukankah BN itu parti politik? Bukankah itu salah satu unsur berpolitik di Masjid?

Mengapa sipolan sering melaungkan "satu agama, satu suara, satu akidah, satu negara, satu itu dan satu ini" tetapi mempunyai 2 piawai dalam menghukum dan menafsirkan "Mempolitikkan Masjid"?

Bukankah lebih mudah dan bagus sekiranya kita buka sahaja pintu Masjid seluruh Malaysia untuk Umat Islam melakukan semua aktiviti termasuk berpolitik, bermesyuarat atau kenduri kahwin dan biar Allah sahaja yang menghukum mereka-mereka yang curang kepada Agama dan menyalahgunakan Masjid. Bukankah Allah itu Maha Adil?

Tertanya juga dibenak, mana satu yang lebih suci; berpolitik di dalam Masjid atau berpolitik di Kelab Malam? Dan, mana satu pula yang lebih makmur?

Harimau: dek politik, adik beradik pun jadi musuh.

11 comments:

  1. Assalamualaikum anakku Harimau,

    Bila exam lagi? atau dah habis study?

    Politik punya pasal macam macam boleh jadi, alasan demi alasan. Kalau bila nak pilihan raya sahaja Masjid dan surau mula penuh kacau jugak tu. Berebut-rebut nak beribadat..entahlah.

    Awas jangan garu sangat kepala yang tak gataltu..nanti keguguran rambut pula..tapi Harimau..tak apalah.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Ibu,

    Exam belum habis. Malam karang nak study lagi satu chapter. Exam lagi 2 minggu start. Ni pun dah masuk tahun kedua.

    Sepatutnya mereka yang lebih bijak dalam membezakan time berpolitik dan time beribadat. Takkan 24 jam masa sehari hanya untuk politik saja? Entahlah.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    pening kepala aku nak ambil exam nie. Macam mana nak jawab soalan nie.

    Dimanakah di antara yang berikut bukan merupakan aktiviti yang boleh dikaitkan dengan berpolitik di dalam masjid?
    a)Menjadi iman sembahyang Maghrib di dalam masjid
    b) Majlis bacaan Yassin di dalam masjid

    ReplyDelete
  4. salam Harimau dan khas untuk soalan anony...7:32PM

    Jawapannya ialah majlis BUBUR LAMBOK di Masjid.

    ReplyDelete
  5. ada satu lagi jawapan yg hidden... org tak nampak... iaitu arah anggota Majlis Perbandaran robohkan masjid dan surau (tempat ibadat org islam)

    ReplyDelete
  6. Salam Tok Rimau.

    Uncle setuju sangat dengan pendapat Tok Rimau. Sekarang pun dah ramai anak muda malah yang dah tua bangka pun sesat jalan ke masjid. Tetapi malangnya ke tempat-tempat maksiat tidak pula sesat.

    ReplyDelete
  7. Salam harimau Orang berpolitik ni macam-macam alasan diberi untuk kepentingan sendiri. Masjid bukan sekadar tempat ibadah semata-mata. Zaman nabi dahulu masjid merangkumi semua perkara termasuk politik. tambah satu lagi bukan bubur lambuk je buat majlis bubur Asyura pun baru tak di katakan politik.

    ReplyDelete
  8. Salam harimau Orang berpolitik ni macam-macam alasan diberi untuk kepentingan sendiri. Masjid bukan sekadar tempat ibadah semata-mata. Zaman nabi dahulu masjid merangkumi semua perkara termasuk politik. tambah satu lagi bukan bubur lambuk je buat majlis bubur Asyura pun baru tak di katakan politik.

    ReplyDelete
  9. boleh berpolitik di masjid tapi adakah saudara dapat memastikan sekiranya ahli ahli politik ini tidak bertelagah di masjid sehingga akhirnya berlaku perpecahan umat di satu satu kariah.

    boleh kalau di negara in hanya ada dua parti iaitu satu parti islam dan satu parti bukan islam. tetapi diMalaysia terdapat 3 parti islam.

    Mana mungkin 3 parti islam berpolitik di masjid yang sama dimana akhirnya 3 penyokong parti ini akan menolak diantara satu sama lain.

    akhirnya akan wujudlah 3 kumpulan jemaah, 3 imam dimasjid yang sama.

    Biarlah masjid dibebaskan daripada mana mana pengaruh politik. Masjid adalah tempat kita beribadah kepada Allah. Bukannya tempat berbicara politik dunia.

    ReplyDelete
  10. politik itu indah sebenarnya,,,
    klu kena dengan gayanyer,,,
    salam...

    ReplyDelete
  11. har ha ha ha ha ha ha haMarch 31, 2009 at 10:45 AM

    Salam Tok..Ghimau..

    Kita selalu beranggapan bahawa dengan membawa politik ke Masjid timbul pepecahan...

    Ini, kerana kita belum matang dalam aspek Demokrasi..Ini memyebabkan terjadinya 2 imam dalam satu Jumaat. Kalau kita faham demokrasi..hanya Imam yang dipilih secara Demokrasi sahaja berhak untuk menjadi Imam..akan tetapi, demokrasi itu bukan perinsip Islam..jadi boleh menyebabkan orang yang fasik pun boleh menjadi Imam..Apa-apa pun kalau kita yakin bahawa Allah itu berkuasa dan Adil..nascaya Allah akan mempermudahkanya..

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.