Mohd Ali dihukum berdasarkan Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejen-ejennya terbabit dalam rasuah dan sogokan politik. { sini ]
Status kelayakan Datuk Norza Zakaria untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno akan diketahui Isnin ini selepas beliau didakwa di mahkamah atas kesalahan politik wang. { sini }Calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau menghormati keputusan Lembaga Disiplin Umno walaupun "saya tidak bersalah" { sini }
Kita sering berhadapan dengan 2 pilihan; menjadi pengikut atau menjadi ketua. Malangnya, kita sering memilih untuk menjadi pengikut. Bertambah malang lagi apabila kita memilih untuk menjadi pengikut yang bodoh dan dungu.
Dari dahulu lagi Harimau tidak bersetuju jika pemimpin yang telah "kotor", nampak "kotor" atau berkemungkinan seorang "pengotor" ; diangkat menjadi pemimpin atau menjadi calon pemimpin. Sebagai contoh, si A yang pernah dihukum UMNO atau si B yang sedang berdepan dengan pertuduhan mahkamah, mereka sepatutnya "direhatkan" sementara kalau pun tidak selamanya dari landskap politik UMNO.
Mengapa ahli UMNO perlu tegas dalam hal sebegini (pemilihan pemimpin)? Kerana jika ahli-ahli UMNO berterusan mengangkat individu-individu yang bukan-bukan, ia hanya akan menambah persepsi negatif di kalangan rakyat terbawah dan menguatkan khabar angin bahawa "UMNO telah bangkrap pemimpin dan mesra politik wang".
Sewajarnya, UMNO wajib serius melakukan transformasi terutama di tahap pemimpin atasan seperti:
- memartabatkan penyertaan Wanita seperti yang dilakukan MCA. Jangan hanya leka berebut Ketua Pergerakan Wanita walhal sepatutnya sudah layak bertanding jawatan Naib Presiden.
- "Groom" pemimpin muda yang betul-betul muda yang mampu memahami kehendak orang muda, mendengar suara orang muda dan memperjuangkan masalah orang muda.
Sampai bilakah kepetahan berbicara dijadikan kriteria no. 1 untuk menjadi pemimpin? Bilakah masanya untuk kita menjadikan kemuliaan peribadi sebagai asas pemilihan pemimpin?
Nasib 25 juta rakyat Malaysia terletak ditangan perwakilan UMNO yang jumlahnya 2500 itu. Usahlah digadaikan masa hadapan negara dan anak bangsa dengan helaian kertas neraka yang bernama ringgit (politik wang).
Harimau: selamat mengundi!
Assalamualaikum anakku Harimau,
ReplyDeleteBagaimana dengan exam?? Mak Cik pun sibuk sekarang sebab ada 2 assignments kena pass up dalam masa empat minggu. Mak Cik buat Bachelor dulu pun ambil twinning Prog dengan University of Tasmania. Dapat degree 1998.
Ini Programme MA pertama. Mak Cik berani ambil 2 paper sahaja. Quran-Sunnah dan Oriental Philosophies. Student 'biasa' ambil sampai 5 papers. Bayangkan.
Apa-apa pun memang baik melanjutkan Pelajaran dan Pengajian kita dalam bidang masing masing jika ada peluang dan keadaan mengizinkan. Tidak rugi dalam masa panjang kita. Macam kamu belajar pun jadi contoh baik buat anak-anak dan yang muda-muda lagi dari kamu. Semoga kamu berjaya.
Pasal Politik Negera ini, memang betul apa yang kamu sarankan. Memang tidak mudah jika hendakkan yang Terbaik. Semoga ada hikmah atas apa yang berlaku sekarang.
WaAllahuAlam.
Waalaikumussalam Ibu.
ReplyDeleteSaya bercita-cita untuk menjadi Melayu Luar Biasa. Sekurang-kurangnya, ada cerita hebat untuk saya cerita pada anak cucu nanti.
Biar anak cucu saya tahu, hidup itu bukanlah mudah.
Dan, pasti kisah ibu menjadi penyuntik semangat buat saya.
Terima kasih Ibu.
"memartabatkan penyertaan Wanita seperti yang dilakukan MCA. Jangan hanya leka berebut Ketua Pergerakan Wanita walhal sepatutnya sudah layak bertanding jawatan Naib Presiden."
ReplyDeleteKenyataan ini, amat saya setuju. Sepatutnya sejak zaman Aishah Ghani lagi sudah dimulakan. Jangan pulak, ada kaum Adam tidak merestuinya.
Pening memikirkan cara orang melayu ini berfikir..apakah matlamat mereka sebenarnya untuk negara, agama dan bangsa..
ReplyDeletePAS dah mula ketakutan dengan tindakan sendiri.
ReplyDeleteBUKIT GANTANG : Satu laporan polis mengenai risalah berunsur fitnah dan provokasi yang dicetak dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di sekitar Parlimen Bukit Gantang telah dibuat oleh ADUN Titi Serong telah dibuat di Balai Polis Changkat Jering sekitar jam 5.15 petang tadi.
http://alhusseyn51.blogspot.com/2009/03/umno-mula-main-kotor-di-bukit-gantang.html
Pandailah PAS nak tuding jari pada UMNO. Perkara ni memang dah dijangka. Ada eloknya kalau PAS buat laporan polis juga pada blogger2 berikut:
http://www.ibnuhasyim.com/2009/02/sultan-perak-murtad.html
(Blogger PAS Fitnah Sultan Perak murtad)
Pemimpin PKR arahkan pengikut masuk ke blog Sultan Perak untuk bagi komen pada Sultan, akhirnya semua penyokong PR menghina dan memaki Sultan
http://fuziahsalleh2.wordpress.com/2009/02/06/sampaikan-mesej-anda-kepada-sultan-perak/
(Fuziah Salleh arahkan penyokong serang blog Sultan Perak)
Blogger Hindraf yang dipuja PAS ni duduk hina Sultan Perak cakap Sultan anjing tak nak ke PAS buat laporan polis?
http://arifomar.blogspot.com/2009/02/blogger-hindraf-dakwa-sultan-perak.html
(dah delete sebab kecut telur)
Samalah macam PAS yang bila dah terperangkap cakap UMNO yang buat. Padahal kat dalam blog & TKO bersepah yang kutuk & maki Sultan & Mufti. Pergi je dalam TKO dan blog PAS..bersepah yang maki hamun...
PAS dah mula ketakutan...
Ini bukti Pakatan Rakyat mmg kurang ajar terhadap Sultan & Mufti.
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2723
(baca artikel & komen keji penyokong PR)
http://tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2176
(baca sekali semua komen makian penyokong PR)
Dah terlalu banyak PR ni membuat kacau bilau..tapi tak mengaku dia yang buat. Semua nak dituduh pada UMNO.
Bukti dah jelas yg PAS mmg celaka! Hebahkan kepada semua agar kita tak lagi tertipu dgn manusia yang menggunakan agama Islam demi kepentingan politik. Bukti dah menunjukkan siapa yang benar.
Boss,
ReplyDeleteExam ok? Studies apamacam?
Che
Che,
ReplyDeleteLama tak dengar cerita?
Mid Term...okay.
Exam Chargeman Theory...okay.
Final Exam...bulan April..baru nak study..
Terima kasih sebab tanya khabar bro.
Malang sungguh melihat perangai orang2 pas ni..betul2 memalukan umat islam sahaja..macamanalah kita nk jadikan agama kita sebagai contoh kpd bangsa2 lain yg bukan bukan islam jika inilah contoh yg mereka tunjukkan..perangai mereka ni nampaknya ala2 setan saja..tok2 guru yg begitu ramai dalam pas tak mampu ke nak tarbiahkan mereka2 ni..mana2yg tak terima tarbiah tu elok dilontarkan sahaja dari pas, memalukan sahaja..
ReplyDelete...please where can I buy a unicorn?
ReplyDelete[quote]Mohd Ali dihukum berdasarkan Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejen-ejennya terbabit dalam rasuah dan sogokan politik. { sini ]Status kelayakan Datuk Norza Zakaria untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno akan diketahui Isnin ini selepas beliau didakwa di mahkamah atas kesalahan politik wang. { sini }Calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau menghormati keputusan Lembaga Disiplin Umno walaupun "saya tidak bersalah" { sini }Kita sering berhadapan dengan 2 pilihan; menjadi pengikut atau menjadi ketua. Malangnya, kita sering memilih untuk menjadi pengikut. Bertambah malang lagi apabila kita memilih untuk menjadi pengikut yang bodoh dan dungu.Dari dahulu lagi Harimau tidak bersetuju jika pemimpin yang telah "kotor", nampak "kotor" atau berkemungkinan seorang "pengotor" ; diangkat menjadi pemimpin atau menjadi calon pemimpin. Sebagai contoh, si A yang pernah dihukum UMNO atau si B yang sedang berdepan dengan pertuduhan mahkamah, mereka sepatutnya "direhatkan" sementara kalau pun tidak selamanya dari landskap politik UMNO.Mengapa ahli UMNO perlu tegas dalam hal sebegini (pemilihan pemimpin)? Kerana jika ahli-ahli UMNO berterusan mengangkat individu-individu yang bukan-bukan, ia hanya akan menambah persepsi negatif di kalangan rakyat terbawah dan menguatkan khabar angin bahawa "UMNO telah bangkrap pemimpin dan mesra politik wang".Sewajarnya, UMNO wajib serius melakukan transformasi terutama di tahap pemimpin atasan seperti:memartabatkan penyertaan Wanita seperti yang dilakukan MCA. Jangan hanya leka berebut Ketua Pergerakan Wanita walhal sepatutnya sudah layak bertanding jawatan Naib Presiden."Groom" pemimpin muda yang betul-betul muda yang mampu memahami kehendak orang muda, mendengar suara orang muda dan memperjuangkan masalah orang muda.Sampai bilakah kepetahan berbicara dijadikan kriteria no. 1 untuk menjadi pemimpin? Bilakah masanya untuk kita menjadikan kemuliaan peribadi sebagai asas pemilihan pemimpin?Nasib 25 juta rakyat Malaysia terletak ditangan perwakilan UMNO yang jumlahnya 2500 itu. Usahlah digadaikan masa hadapan negara dan anak bangsa dengan helaian kertas neraka yang bernama ringgit (politik wang). Harimau: selamat mengundi![/quote] i agree
ReplyDeletePS offtopic [url=http://vidbar.tv]watch movies online[/url] yes all new movies here