25.4.09

Katadua: Mansuh atau Dibereskan Oleh Formula Madani Pakatan Rakyat

Datuk Seri Najib Tun Razak terus komited untuk melakukan pembaharuan dalam UMNO apabila melakukan perubahan pucuk pimpinan di lapan negeri.
Malah lima daripada lapan negeri terbabit menyaksikan pelantikan barisan kepimpinan tertinggi parti sebagai Pengerusi Badan Perhubungan.
{ sini }

Tukar kepala Badan Perhubungan tidak mampu memberi apa-apa impak pada UMNO kerana akhirnya kepala tersebut WAJIB akur dengan keputusan Tuan Presiden. Jawatan tersebut perlu (kalau tidak Wajib) dimansuh demi mewujudkan 1UMNO (Satu UMNO) yang selama ini berpecah-belah.

Ketua Pembangkang ataupun MB/KM sepatutnya menggalas tanggungjawab sebagai nakhoda parti peringkat Negeri secara otomatik.

Usah ditiru formula bengong MCA yang mengangkat orang luar sebagai ketua parti peringkat Negeri.

Muflis sangat kah orang UMNO dengan pemimpin peringkat Negeri?

Biasanya, orang yang Muflis akan tutup kedai. Adakah ini petanda bahawa UMNO akan dibereskan dalam masa terdekat oleh Pakatan Rakyat yang semakin ampuh dalam menyusun jentera penggempur dengan formula serba madani?

Harimau tetap akan memerhati dari rumah sambil makan biskut bercecahkan kopi O panas. Itulah kelebihan orang bawahan (agaknya).

Harimau : Tok Rais, bagaimana blogawan seperti kami mahu membina negara bangsa? Adakah ia amat mudah seperti mencantumkan permainan LEGO?

6 comments:

  1. Setuju, 1UMNO perlu seiring dengan 1Malaysia. Langkah meminggirkan pemimpin tempatan akan melemahkan umno negeri tersebut

    ReplyDelete
  2. Salam,

    very good suggestion! i follow!

    thx!

    ReplyDelete
  3. Salam Bro

    Kalu kita lihat akhir2 ni Pak Najib kita ni dah pandai main sorong papan tarik papan. Beliau dah cuba nak betul2 dekat di hati rakyat. Lagi lawatan mengejut diIbu Kota telah dilakukannya demi untuk menyelami masalah rakyat Ibu Kota dakwanya. Kalu benar dan Ikhlas pelaksanaannya, itu satu reform yg sedang beliau laksananakan. Cara halus ni lelama kucing yg dulu main hidu2 akhirnya terkam juga ikan yg didepannya.

    ReplyDelete
  4. akum tok rimau, saya ingin perdirian tok rimau mengenai pemansuhan 30% ekuiti bumiputera dlm sektor perkhidmatan awam, boleh ke...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum anakku Harimau,

    Lama Harimau tak menjelma dari belantra, sibuk ke?

    Mak Cik pun suka makan biskut cicah air kopi, lebih lebih lagi bila hujan baru berhenti...best. Ini semua orang buat, dari Menteri hinggalah orang macam kita ini.

    Enjoy your weekend or whatevers left of the Sunday!

    ReplyDelete
  6. menteri mana kelas mkn biskut cicah kopi makcik oiii...depa tu kurang2nya fish n chips ngan cappuccino + curut + pelayan montok....rakyat mana blh sama ngan menteri sbb tu selalu kena tindas...

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.