14.4.09

Satu Lagi Episod Sembah Derhaka? Kali Ini Dari UMNO?

“Bagaimana pula kalau saya katakan, jawatan Menteri Besar itu lebih sesuai diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri kerana perlu diingat pengisian jawatan Menteri Besar (Perlis) bukan atas persetujuan Presiden parti tetapi adalah atas tipu muslihat pihak tertentu,” ujarnya. { dipetik dari sini }

Kenyataan di atas, mungkin mempunyai pelbagai makna jika ditafsirkan dari beberapa sudut. Kalau di baca dengan kepala lutut, macam tidak bermakna apa-apa. Tetapi, setelah di baca dengan mata hati, rasanya perkataan "pihak tertentu" boleh jadi bermaksud:
  1. Tuanku Raja Perlis
  2. Kroni-kroni Datuk Dr. Mad Isa Sabu

Harimau membuat penafsiran berdasarkan kepada penulisan di Utusan Malaysia yang bertarikh 14/03/2008 yang berbunyi:

Raja Perlis telah berkenan melantik Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bintong, Datuk Dr. Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim, Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis Mohd Adib Zakaria mengumumkan dalam satu kenyataan di sini hari ini. { dipetik dari sini }

Harimau hanya meletakkan harapan agar ia tidak bermaksud begitu. Jika ia bermaksud menuduh Tuanku Raja Perlis, maka satu lagi episod "Sembah Derhaka" akan terpalit dalam sejarah negeri terkecil (macam cili padi) di Malaysia itu.

Rasanya, Dato' Seri Shahidan wajar membetulkan kenyataan beliau, kalau beliau sayangkan kedaulatan Rajanya.

Wallahualam.

9 comments:

  1. Salam Tok,

    Itu bukan derhaka sebab pemimpin umno yang cakap. Kalau Harimau Menaip yang cakap, barulah derhaka namanya...!!!!!

    umno boleh..!!!

    Salam takzim

    ReplyDelete
  2. Tuan Sofi,

    "Apa, dia ingat kepala dia besar saya takut ke?"

    Skrip kat atas ni selalu disebut oleh bebudak. Macam yang saya cakap, BEBUDAK.

    "Kutuk mak orang boleh, orang kutuk mak dia tak boleh" Budak Tadika.

    Tersirat tu.....

    ReplyDelete
  3. betul tu harimau... besar depa nye pungkok.. kalau depa nak bejalan pun mintak sume ketepi... kalau depa langgar orang kiri kanan depa kate sape suh duk rapat2... korang yg salah langgar depa... padahal pungkok depa yg besar.. jangan takut...

    ReplyDelete
  4. Tuhan, Ya Rabb, Selamatkanlah Negaraku.

    ReplyDelete
  5. Sembah Pas sembah derhaka
    Sembah Umno sembah perkenan
    Sembah MIC sembah terkilan
    Sembah MCA sembah cari makan

    sembah saya harap-harap tahun ni DS Nagib bagi semua orang gomen 2 bulan bonus ha ha

    sembah harimau apa pula

    ReplyDelete
  6. salam Bro:
    'KATA PEMBANGKANG PAKU SEREPEH, MENGATA ORANG RUPANYA AKU (UMNO) YG LEBEH" CISSSS.... TAK KUSANGKA KO (10 ADUN) DERHAKA YG TIDAK DICAP SEBAGAI DERHAKA.

    ReplyDelete
  7. Saudara Fital,

    Bab2 bonos nie kawan pun setuju bebenorle...ate kome...

    Wakakakaka...rezki jgn tolak...bala jgn carik...sorong papan, tarik papan, suroh makan **** kat depan...jgn mare...nnt cepat tue *kutok*...

    salams...

    ReplyDelete
  8. Orang yang berakap tu sebenarnya dalam sindrom "ketagih". Ketagih apa? Ketagih kuasa!

    Statement dia menikam diri dan parti sendiri. Orang macam ni patut di sunbat sahaja kedalam lubang buaya sebab dia tidak tahu apa yang dia cakap!

    ReplyDelete
  9. shahidan kassim tu dah lama derhaka dengan raja. cuba gogle mesti jumpaa

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.