Dengar cerita, nama Barisan Nasional (BN) mungkin akan ditukar jika dirasakan tindakan tersebut berupaya menyelamatkan parti itu dari kehancuran akibat ketidak-yakinan rakyat bawahan yang semakin menjadi-jadi. Mungkin tindakan itu agak berani walaupun mungkin tiada impak besar dan tampak keterlaluan. Harimau ada cadangan, itupun kalau Tuan-tuan yang di atas ingin mendengar. Nama baru yang Harimau cadangkan adalah:
- Gabungan Integrasi (G.I.)
- Satu Malaysia( (1M)
- Barisan Bangsa Bersatu (BABAB)
Tapi, Harimau suka yang no. 3 tu. Bebudak kecik mesti takut punya nanti. "Adik, jangan main pasir, nanti Abah BABAB"
Apalah ada pada nama kalau isi dalam masih busuk dan menanah.
"Motor Kapcai kan selamanya kapcai walaupun pakai kaburetor Panther" Mat Rempit.
Salam Bro...
ReplyDeleteTukarlah nama apa pun jika yang menjadi tonggak masih najib...tidak akan merubah apa-apa...tapi jika ahli umno/bn berani singkirkan najib...kemungkinan besar umno/bn akan beroleh kejayaan.
salleh
Dah nak jadi macam Thailand pulak kita ni, asyik nak tukar PM sahaja. Tulah dulu mengata Thailand sekarang kena balik batang hidung sendiri.
ReplyDeleteDulu pun PAS mengata artis macam macam, sekarang PAS berbaik dengan artis. Artis rockers pulak.Kalau UMNO baik mereka kata dengan artis mereka kutuk sekarang Bila mereka buat tak mengapa.
Itu lah jangan mengatakan sangat orang lain, besok lusa kena batang hidung sendiri. Dalam akhbar tadi pun ada DAP suruh ahli dia yang jadi council entah mana dah lupa tempatnya pergi cuti rehat kerana tuduhan rasuah.
Senyap sahaja bila DAP yang buat. Tak pulak heboh. Suruh cuti lagi. Si Elizabeth pun cuti. Entah sampai bila. Dulu si Faris pun cuti. Ramainya orang PR bercuti.
Diam sahaja. Tak ada bloggers yang bising pun.
Nak tutup kelemahan.
salam Bro: aku juga nak tumpang tui.. nak bagi nama gak kalau2 depa dok minat bolehlah amik..
ReplyDelete1. Partai Rakyat Malaysia -PARAM
2. Bersatu Rakyat - BERAK
Ni dua je yg aku dapat masa aku duduk dalam bilik termenung tadi, kalau ada lagi nanti gua postkan. ok tak?
BRO,
ReplyDeleteKenapa BABAB? Bukankah lebih elok jika BABABI...kih kih kih
Kalau nak elok lagi tukar dari BN kepada SN.
SN...SETAN NEGARA...kih kih kih
btol2..
ReplyDeletenk tnya..Motor Kapcai kan selamanya kapcai walaupun pakai kaburetor Panther..
bro dpt ktne?..hihihi
Ibu,
ReplyDeleteMintak jauh. Janganlah kita jadi macam Thailand. Polis dan tentera dia macam boneka je. Dulu tentera dia belasah orang Islam kat sempadan Thailand tu, takde pulak lembut cam ni. Mesti ada dalang ni Bu.
Tuan Kulat,
Sian Param. Dia dah lah tak sihat. Heehehe..
Tuan Haji Melayu Sejati,
Takut orang nak salam dengan pemimpin parti BABABI ni....asal salam je mesti nak kena samak. Hahaha.
Anon 5:41,
Laju kapcai tu beb. Tapi minyak kuat la. Ada berana?
apa susah, try nama ni
ReplyDelete1.gerakan rakyat elit bersatu-GEREB
2.parti untung berbagi kroni-PUBEK
3.hati nurani kroni-HANUK
ok tak? tp kalau najib pilih nama ni aku musti mintak royalti
Salam Tok,
ReplyDeleteRebranding hanya akan bermakna jika isi perutnya turut di overhaul.
Salam Takzim
Nampaknya semakin hari semakin keliru. Cadangan nama yang tuan berikan itu saya tak setuju sebab
ReplyDeleteG I macam Gila Isim
1M = 1 Mahatirisme
BABAB macam Ahmad Albab
Saya rasa yang perlu berubah bukan nama tapi pemimpin.