__________________________________________
Takut sioot. Dah main bunuh-bunuh pulak. Ingatkan dalam filem Tamil saja yang ada. Kat Malaysia pun dah ada. Dengar khabar, kat Perak. Kenapa ya?
Kenapa sanggup berbunuhan dek kerana politik? Ini tidak boleh jadi. Puncanya wajib disiasat segera. Bukan apa, nanti blogawan macam kita pun susah. Silap tulis, kepala berderai depan pc. Siapa yang nak beb? Ini negara demokrasi kan? Kita bebas menyuarakan pandangan dan menyatakan sokongan.
Ini bukan zaman orang nak termuntah makan ubi kayu. Sekarang, nak makan ubi kayu pun mahal. Tak percaya, pergi check kat Jusco Seremban 2.
Menurut kepala hotak Harimau yang selalu tengok filem-filem Tamil seperti Run, Sivaji The Boss, Aaniyan, Basha dan lain-lain, benda-benda jahat macam ni biasanya melibatkan Ketua Polis dan Ketua Menteri Mumbai. Itu kalau kat Mumbai.
Kalau kat Perak, angkara siapa agaknya ya? Opps. Soalan maut ni, sendiri fikir dan sendiri jawab dalam hati! Harimau tak tahu tapi sebagai manusia, kita mesti ada naluri untuk jawapan tersebut.
Rasanya, jawapan kalian mirip jawapan Harimau. Hehehe.
Sebentar tadi..aku menerima panggilan telefon dari Albanjari tentang satu serangan yang dibuat terhadap ADUN Kuala Kurau, Yunus Jamsari.
Sekumpulan penyerang dalam tiga buah kereta telah menyerang kereta YB Yunus dan dilaporkan Pembantu Khas YB Yunus yang dikenali sebagai Pak Nan telah cedera parah.
Update: 11.53 malam.
Aku baru dapat menghubungi YB Yunus dan beliau memaklumkan bahawa beliau selamat dari serangan tersebut kerana belum sampai kepejabat waktu itu.
Menurut YB Yunus, serangan berlaku kira-kira jam 8.40 malam tadi dimana sekumpulan hampir 20 orang lelaki Melayu telah menyerang Pak Nan yang pada waktu itu sedang minum disebuah warung berdekatan pejabat Pusat Khidmat DUN Kuala Kurau.
(Berita sepenuh akan menyusul)
Sementara itu, seorang pemimpin PKR Perak memaklumkan bahawa semua ADUN telah diminta untuk menjaga keselamatan masing-masing berikutan ancaman dan ugutan ganas yang akan dilakukan terhadap mereka menjelang 7hb Mei ini. {sini}
saya selalu di beri amaran oleh pihak-pihak tertentu di dalam menulis blog. tap buat xtau ajer.lagipun hit pun bukanya ramai sgt.hahaha
ReplyDeleteharimau, aku suka kau sebab kau letak diri kau sebagai seorang neutral.
ReplyDeletesehinggalah ko letak artikel yg ko ambil dari matsamankati ni. kenapa terikut2 sangat rentak mereka? engkau pun dah lama tahu puak2 tu memang suka manipulasi situasi...
untunglah kau sedar kesilapan. walaupun terlambat.
next time, check the credibility of a story first, before you decide to post it.
peace.
---ayorlemuju
salam tok rimau, kaki pukul tu bacul, penakut, pengecut..no balls...pukul bangsa sendiri..berbeza ideologi n politik...tramat salah ke? sehingga di pukul oleh sebegitu ramai org??? samseng maner nie????
ReplyDeleteTok Pawi,
ReplyDeleteKerana neutral lah saya merasakan membelasah orang lain tidak kira anutan politik adalah salah besar. Namun, saya kesal jika tulisan saya di salah anggap. Terima kasih kerana mengingatkan wahai sahabat.
Hani,
Jawapan saya macam di atas. Thanks!