Seperti yang dijangkakan, sekali lagi berlaku kejutan di Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009. Sejumlah 999 juta unit saham yang diperuntukkan kepada masyarakat Cina habis terjual dalam masa 36 jam selepas pelancaran.
Situasi yang sama pernah berlaku apabila satu bilion unit saham kuota bukan bumiputera dibuka dua tahun lalu habis dilanggan oleh masyarakat Cina dalam masa satu hari sahaja.
Seperti selalu juga, unit saham yang diperuntukkan untuk bumiputera Melayu mendapat sambutan dingin. Bayangkan daripada sejumlah 1.665 bilion unit untuk bumiputera hanya 7.65 juta unit saham atau 0.4 peratus sahaja yang berjaya dijual. { sini }
Bumiputera mungkin tak berduit walaupun kontrak berstatus Bumiputera berlambak-lambak di tender dan di sebutharga kan. Bagaimana kaum Cina yang semakin kaya dan mempunyai ekonomi yang semakin kuat? Apa rahsia mereka? Nmapaknya, tidak keterlaluan jika ditafsir bahawa Pemimpin-pemimpin UMNO telah gagal mengangkat ekonomi kaum Bumiputera walaupun dimomokkan bahawa mereka telah berjaya dengan gemilang. Dalam kes ini (Minggu Saham Amanah), sikap mungkin menjadi masalah utama tetapi faktor penolak kepada sikap tersebut mungkin kemampuan. Jika tiada kemampuan, bagaimana mahu membeli saham?
Pemimpin UMNO mutakhir memang pandai. Masalah pokok belum selesai, diliberalkan pula beberapa perkhidmatan. Pandai...memang pandai. Melayu akan berteriak kalau isu hak dan liberalisasi itu datang dari mulut Pakatan Pembangkang tetapi Orang-orang Melayu terutama pendemonstrasi upahan UITM secara tiba-tiba menjadi "orang cacat" yang lebih cacat dari OKU.
Mengapa tidak diturunkan dahulu pemilikan Bumiputera kepada 20% misalnya? Atau bagi menepati aspirasi DEB, mungkin diwajibkan 30% Bumiputera berbanding >51% sebelum ini? Yang menjadi permasalahan, pemenuh kuota Bumiputera itu datangnya dari orang-orang yang memang sudah kaya-raya-durjana. Oh, itulah penanda hari qiamat, yang kaya semakin kaya dan yang miskin kan kekal miskin.
Ya, memang banyak dan berlambak kontrak berstatus Bumiputera tetapi di mana pula peratusan terbanyak duit-duit itu di laburkan dan mengalir? 50% kepada orang Cina, 20% kepada pekerja-pekerja dan 30% untung (itupun jika tidak di-sub kan pada Cina).
Tulisan ini jangan ditafsir terlalu perkauman dan menerajang aspirasi Satu Malaysia. Anggaplah tulisan ini berlawanan dengan konsep Malaysian Malaysia.
Oh ya. Apa pula beza Satu Malaysia (Najib) dengan Malaysian Malaysia (DAP)? Kalian sudah ada jawaban?
"Takkan Melayu Hilang di Dunia" Hang Tuah.
Kita semakin dibodohkan oleh kata-kata Hang Tuah. Rasanya, hanya Baju Melayu sahaja yang tidak hilang. Itupun di Hari Raya!
salam tuan,
ReplyDeletesaya setuju dengan apa yang tuan lontarkan malah telah pun saya nukil kan di dalam blog saya di bawah tajuk 'politik melayu'.. baca lah sekiranya sudi..
apapun kita berkongsi kegusaran dan mudah mudahan diberikan kekuatan untuk terus mengingatkan agar agama, bangsa dan negara terus terpelihara
ni bila melayu tak beli saham kenapa pulak kaum umno yang kena kutuk ni tok rimau.....
ReplyDeletepada saya lah kelemahan melayu mengenal pasti bidang pelaburan yang menyebabkan banyak unit unit yang diperuntukan untuk bumiputera tidak di langgani.
1. melayu dok sibuk nak bayar hutang bila dapat duit ataupun nak buat hutang bru.... (dah memang adat melayu) dapat projek beli kereta mewah, jam mewah dan macam macam benda mewah.
2. melayu yang tok kata tu dah tergolong didalam parti pembangkang pas dan pkr jadi depa tak galakkan diri depa beli saham ni ...haram
3. melayu yang mudah lupa tengoklah bila hari terakhir nanti .... berderet deret lah beratur nak beli sampai bergaduh gaduh..... tunggu last minute kot kot ada diskaun. ni nama dia melayu last minute..
hhahaahaaaa... aku melayu jugak tapi dah beli dah ...dekat suku kuota hang dah beli ka..yang dok sebok sangat tulis nie....
DNL,
ReplyDeleteAku orang miskin. Tapi, adagak beli sikit-sikit. Tahniah untuk orang senang macam hang.
Putra,
Saya on the way ke blog Tuan.
salam Bro:
ReplyDeleteBangsa Melayu banyak yg beli saham ekspress seperti yg berlaku di Kuantan. Sampai tak cukup tanah lari lintang pukang. heh he he beli saham pun kena hambat...
Buat salah tak buat pun salah. Macam mana ni?
ReplyDeleteNik Ajis kata, kita semua sama, istilah bumiputra tu 'racist'. Penyokong PAS plak marah bila Najib bukak bukak 27 sektor ni kepada semua.
Cuba hangpa bagitau nak buat lagu mana?
Masing masing penuh dengan "contradiction". Bersedialah Melayu menghadapi masa akan datang, "with or without protection". Hidup perlu diteruskan.
Dengan keadaan sekarang, tak boleh dah nak mengharap kerajaan dan juga pembangkang. Masing masing gila undi dan sanggup buat apa saja.
Hanif
harimau menulis? pala lutut aihh... aku baca nama blog no pun aku dah nak tergelak dah... hang pi tukaq nama lainlah rimau oii.. uduh aihh
ReplyDeleteAnonymous,
ReplyDeletePandai mak kau bagi nama kau. Sedap nama "Anonymous" tu.
Baghal.
Tok..
ReplyDeleteTakan Melayu Hilang Di Dunia tu Bukan hant Tuah cakap tapi Tun Sri Lanang yang tulis...hu hu hu..
DNL..terima hakikat bahawa banyak orang Melayu tak ada duit walaupun sudah 50 tahun Merdeka dan hanya 20% dari Kaum Melayu yang Kaya dan mereka ini bukanya lapar dengan Amanah Saham. 50% Melayu duduk di kampung dan mereka ini mana tahu apa itu ASM..
Yang golongan sederhana masih lagi terkial-kial membayar hutang Rumah dan Kereta akibat Dasar Kerajaan yang Sonsang selama 50 tahun..belum masuk bayar hutang PTPTN lagi....hehheh..
Cuba anda fikirkan kenapa Harga Rumah Di Terengganu lebih Mahal dari Rumah Di Kuantan walaupun mempunyai kedudukan dan keluasan yang Sama?
Wassalam...
Ada la pulak orang Melayu kat tempat haku nih yang ingat Amanah Saham Bumiputera tuh Bank Simpanan Nasional...~
ReplyDeleteSiap kata leh labur kuar sijil then dapat keta...~
Maklum laaa kalo 'short-form' pun bunyi da dekat2 sama...~
ASB = BSN...~
Whahahahaha...~
Ya betul tu Harimau, saham ni Melayu mana nak beli, beli la..bukan kira PAS ker UMNO, bukan kira halal haram, dah. Janji ada duit nak beli berapa pun boleh. Bukan gak brp Melayu beli, Cina beli. Apasal kita nak berebut no.1 sapa lebih byk beli atau sapa lebih cepat habiskan quota? Elok kita tanya kerajaan, duit yg banyak yg depa dapat drp jual saham ni depa boleh buat (value-added) untuk rakyat/pelabur selain jaminan dividen entah brp % setiap tahun tu?
ReplyDelete