1.5.09

Selamatkan Pekerja

nota: aku tak kenal sesiapa dalam gambar di atas.


Harimau serba salah. Kalau diucap "Selamat Hari Pekerja", adakah pekerja-pekerja di Malaya benar-benar selamat dari di baham kedunguan sistem ekonomi dunia mutakhir? Sedikit khuatir, perkataan "Selamat" itu nanti, bukan dituju dan tertuju kepeada pekerja kelahiran Malaya tetapi lebih terjurus kepada pekerja-pekerja kelahiran Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Nepal dan Filipina.

Lebih bagus, Harimau ucapkan sahaja "Selamatkan Pekerja" dan semoga esok, lusa, dan tulat menjanjikan pekerjaan buat mereka yang tidak lagi berstatus pekerja.

Dan, Selamat Ulang Tahun Pertama buat blog Harimau Menaip.

Harimau : aku sudah berhenti merokok 4 hari, menjauhkan diri dari pc kerana di sinilah aku mentedarah 2 kotak rokok sehari. Nampaknya, Dunhill sudah kerugian RM300 sebulan. Hahaha.

10 comments:

  1. Apakah tindakan bro ni dapat:

    Menyelamatkan pekerja2 diladang tembakau..
    Menyelamatkan pekerja2 dikilang rokok..

    ReplyDelete
  2. Bro. Din,

    Tentunya tidak. Semoga Allah menyelamatkan mereka.

    Terfikir juga di benak, adakah mereka juga berdosa dek kerosakan ekonomi orang Islam?

    Biarlah persoalan itu terjawab di Padang Masyar sahaja.

    Bro. Din merokok?

    ReplyDelete
  3. Baru seminggu cuba2 berhenti.. heh.. heh..
    Meh kita sama2 berhenti merokok.. moga2 Allah dorongkan kekuatan menghadapi ujian kecil ini..

    ReplyDelete
  4. sebenarnya ramai pekerja tak layak sambut hari pekerja. kerana apa? kerana ramai yang nama sahaja pekerja, tapi hanya sekadar makan gaji buta.

    *merokok membahayakan kesihatan tapi mengayakan kroni kerajaan. [my blog]

    ReplyDelete
  5. Fajridil,

    Straight sangat tembakan anda tu bro.

    Terasa government Servants yang baca ni.

    Kok kalau kena ugut bunuh, jangan salahkan den.

    Hahaha.

    ReplyDelete
  6. bro nk berenti rokok ker?

    aisehh..kenapa aku xterlintas lg niat tue..

    ReplyDelete
  7. Bro MARico,

    Dah nak masuk hari kelima. Dulu sehari sekotak setengah (Dunhill)..sekarang 2-3 batng.

    Itupun saja je hisap untuk tidak mendera diri. Yelah, hari-hari dapat Nikotin. Kang mogok plak badan den ni sebab makanan asasi dia disekat 100%.

    InsyaAllah...Bulan depan akan berhenti secara total!

    ReplyDelete
  8. salam Tok Rimau.

    Tidak memberikan apa-apa makna sebenarnya. Tidak ada maknanya. Kita tetap sama. Ramai yang terbuang dan terpecat!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Tok Rimau,

    Seram mak cik bercakap dengan rimau nie...

    1 Mei tidak memberi apa-apa makna cuma hari itu org bekerja dapat cuti sehari. Silap-silap 1 Mei semakin ramai yg kena buang kerja.

    Tahniah kerana dapat memujuk diri untuk berhenti merokok.

    ReplyDelete
  10. Tuan Mountdweller dan Makcik Zara,

    Terima kasih. Makcik jangan takut. Saya tak usik orang.

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.