Berbalik kepada cerita tadi, Harimau menolak ajakan beliau dengan satu soalan yang mudah," Apa agaknya faedah aku ke mesyuarat tu?". Tidak pula Harimau sangka, jawapan bagi soalan mudah itu tidak pula menjadi mudah.
Muka beliau menjadi merah...semerah biji saga. Kehairanan sungguh Harimau atas amarah beliau yang berapi-api. Seingat Harimau, sewaktu sekolah rendah dan menengah, memang kerap kami mengejek nama datuk beliau. Tidak pula marahnya begini rupa. Adakah taraf Datuk beliau lebih rendah dari taraf UMNO? Tidak pula harimau tahu jawapannya.
Dipendekkan cerita, pertemuan kami diakhiri dengan masam muka. Tidak pula Harimau simpan ia di dalam hati kerana Harimau faham bahawa marah orang politik ini cuma sementara. Lihat sahaja Ezam Mohd Noor, Dato' Nasa, Tengku Razaleigh, Rais Yatim dan Shabery Chek. Bukankah dahulu mereka pernah dibenci tetapi sekarang sudah jadi anak emas?
"Tanya mereka sendiri mengapakah mereka keluar Umno. Jawabannya, kerana (mereka) meluat dengan Radzi," katanya. { sini }
Tidak pula ahli UMNO berbondong-bondong keluar UMNO kerana meluat dengan Pak Lah? Tidak pula ahli keluar UMNO kerana meluatkan Khairy? Nampaknya, politik dalaman Perlis sudah menjengkelkan dan meloyakan; malah lebih penipu dari rancangan Gusti WWE.
Kalau ditanya pada Harimau, biar sahaja manusia tidak berpendirian ini berambus dari landskap politik Malaya. Mereka lah manusia yang tidak mengenal erti perjuangan.
Bikin malu kaum sahaja. Bolo punya olang!
Salam Tok Rimau.
ReplyDeleteSaya menjauhkan diri dari UMNO kerana perangai UMNO. Bukan kerana individu tetapi komuniti UMNO itu sendiri.
Dulu Kini dan Selamanya!
ReplyDeleteMereka tidak berubah!
Marilah bersama sama kita mengubahnya!
Regards,
Malaysian Come First
GoMalaysian.Blogspot.Com
http://gomalaysian.blogspot.com/
Ramai yang tahu tapi sengaja buat tak tahu jer.... dengan perangai umno karat ni...
ReplyDeleteA'kum pak rimau...org politik mmg camtu perangai nyer.. lompat sana lompat sini..duit sana duit sini.. tp hrp2lah tak semuanyer cam tu..
ReplyDeletePeranan blog dan internet dalam pilihan raya tidak seharusnya dipandang remeh. Jumlah blog akan bertambah dan peranannya akan semakin signifikan dalam pilihan raya pada masa depan, kerana ahli politik semakin sedar bahawa mereka tidak lagi dapat bergantung sepenuhnya pada media tradisional seperti radio, televisyen atau akhbar harian.
ReplyDelete