21.7.09

Pentingkah Keputusan Poll Chedet?

Poll tersebut telah ditutup. Dari 100154 individu yang mengundi, 14% bersetuju matapelajaran Sains dan Matematik diajar di dalam Bahasa Melayu manakala yang selebihnya tidak.

Persoalannya, pentingkah keputusan itu? Teluskah undian itu? Adakah semuanya dari Malaysia? Berapa umur-umur yang mengundi? Bagi Harimau, poll tersebut TIDAK perlu diendahkan. Tun Chedet hanyalah seorang Mantan (Manusia Tanpa Jawatan) seperti kita semua. Masakan bersiri-siri demonstrasi jalanan yang mewakili vokal rakyat bawahan diabaikan dan digunapakai poll dari blog Tun Chedet? Mana mungkin Pak!

Oleh itu, tidak perlulah hasil keputusan tersebut diendahkan. Jika kerajaan Malaysia mengendahkan dan mengguna-pakai keputusan tersebut, dikhuatiri masa-hadapan Malaysia akan dipandu dan dipacu dari depan pc sahaja. Tiada pertemuan orang atasan dengan orang bawahan seperti biasa dan yang paling dasyat, akan banyak lagi undian-undian dianjurkan sehingga sampai suatu tahap mengganggu perjalanan dan keputusan-keputusan kerajaan.

Jahanam Negara aku ni nanti.

10 comments:

  1. Assalamualaikum anakku,

    Bila Harimau tidak mahu mengundi.....

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Ibu.

    Saya ada gak undi tapi tak setujulah ia menjadi suatu kriteria dalam "decision making" kerajaan.

    Bagi saya, poll di blog adalah untuk suka-suka sahaja.

    ReplyDelete
  3. Salam Rimau,

    Matlamat utama poll tu, hanyalah untuk mempertahankan idea TDM saja.

    Tak lebih dari itu.

    ReplyDelete
  4. pada pendapat aku, poll yang TDM buat tu tak berbaloi sebab banyak bangsat yang menipu dngan klik banyak kali, kalau berani buat lah poll pakai no. kad pengenalan, baru tau banyak mane je yg menyokong PPSMI tu

    ReplyDelete
  5. Masakan bersiri-siri demonstrasi jalanan yang mewakili vokal rakyat bawahan diabaikan dan digunapakai poll dari blog Tun Chedet? Mana mungkin Pak!

    Elok la tu yg berdemo tu kira dah mewakili suara rakyat la kan... sedangkan yg dirumah yg malas nak berdemo mcm org bodoh tarak otak di anggap bukan suara rakyat..

    bagus-bagus

    ReplyDelete
  6. tok,

    pendapat sey ialah ilmu itu penting.. tanpa ilmu kito akan ketinggalan.. berapo banyak perjuangan bahaso dikalangan cendiakawan bahaso kito untuk menambah vocab dalam bahaso melayu bagi tujuan kemajuan ilmu..

    itu sobab kut nak pandai isi dan pahaman al-quran botul-botul selain dari panduan ulama2 dan tok2 guru ialah dengan memahami bahasa arab itu sendiri.. rasonyo kut kito belajar bahasa arab kito tak pulak akan tinggalkan bahaso dan budayo melayu..

    sokadar pandangan naif..

    ReplyDelete
  7. Poll itu dibuat 'dilubuk' tun det sendiri,jadi kita dah boleh jangka keputusannya.Tak ada apa yg peliknya.Takkan dgn sebab poll yg diundi oleh fanatik chedet kerajaan kena berpatah balik?Nanti dikatakan kerajaan flip flop pulak.Keputusan sudah pun dibuat berdasarkan maklumbalas,kajian,statistik dan pandangan pakar2.Secara majoritinya dan keseluruhannya tidak menyebelahi PPSMI.

    Cukup2lah tu tun,polisi baru kerajaan 1 Msia,rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.

    ReplyDelete
  8. Mr. Ketam;

    Hang baca 3 kali baru hang paham.

    ReplyDelete
  9. 86% Rakyat tak setuju, tapi you spin macam ia tak relevant.

    Takut Chedet ke? Ha, ha, ha!

    Saksi dimasa depan yang awal chedet menghapuskan kerajaan ini yang tidak mewakili cita cita majority dan domana cancer corrupsi sudah advan!

    “Well-placed sources and officials close to the MACC said Teoh was “manhandled and threatened” by investigators during a 10-hour interrogation as part of a political conspiracy to bring down opposition leaders, led by Anwar Ibrahim, and to implicate them for alleged misuse of funds.

    When he refused to do so, the officers dragged him to a window on the 14-story building and threatened to throw him out,”said the source who was not authorized to speak to media.”

    Well, this piece from Malaysian Mirror is interesting. Check it out at:

    http://malaysianmirror.com/homedetail/45-home/5374-you-stupid-china-man

    dpp

    We are all of one Race, the Human Race.
    That is all that really matters.

    ReplyDelete
  10. Setuju dengan pendapat2 menyatakan poll chedet.com amat mengelirukan tanpa "conrol" yang baik. Keputusan nya "bias" dan "skewed" untuk orang lama lepas geram.

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.