Suka untuk Harimau imbas kembali tulisan terakhir beliau di blog http://yasminthefilmmaker.blogspot.com/ bertarikh 22/07/2009 yang mana beliau menaruh harapan untuk menggunakan lagu di bawah sebagai lagu penutup Wasurenagusa.
Dan, Allahyarhamah juga prihatin tentang kematian Mendiang Teoh ( http://yasminthefilmmaker.blogspot.com/2009/07/someone-please-wake-me-from-this.html ).
Atas kehilangan besar ini, bersama lah kita menghadiahkan Al-Fatihah (buat beragama Islam) dan bertafakur (buat bukan Islam) kepada Allahyarhamah Seniwati Yasmin Ahmad.
Al-Fatihah...........
I am optimistic and sentimental to the point of being annoying, especially to people who think that being cynical and cold is cool. Everyday, I thank Allah for everyday things like the ability to breathe, the ability to love, the ability to laugh, and the ability to eat and drink. - Yasmin Ahmad
Insaf kita anakku,
ReplyDeleteBeliau sendiri tidak menyangka tidak sampai sebulan selepas meratapi permergian Teoh tiba pula giliran beliau.
Beginilah hidup kita semua, segalanya sementara.
Berbaiklah antara kita dan sering bermaafan kerana kita boleh diambil bila masa sahaja.
Pernah Mak Cik ingatkan kamu dulu dan diri Mak Cik sendiri..Malaikat maut intai kita 70 kali sehari...
Ibu,
ReplyDeleteSaya tetap ingat pesan Ibu. Entah kita tengah buat apa sewaktu diintai tu ya...
Mintak jauhlah kalau tengah buat maksiat...Nauzubillah..