Ramai betul yang datang ceramah klise YB Khairy Jamaluddin. Mengikut anggaran, mungkin 300 ribu yang telah hadir mendengar dengan penuh khusyuk dan tawadduk ceramah bertajuk "Pakatan Retak Menanti Belah".
Gambar yang Harimau siarkan adalah kehadiran orang pada malam itu. Apa? Tak sampai seratus? Memang pun.
Yang sampai 300 ribu tu bukan orang tapi lalat. Malangnya, gambar lalat- lalat itu tidak dapat diambil kerana terlalu kecil dan mempunyai suara yang membingitkan.
sumber: CERAMAH KHAIRY ANTI PENGKHIANAT CUKUP GEMPAQ
Jika benar seperti apa yang ditulis oleh Hishamudin Rais, maka Dato' Seri Najib perlu berkira- kira tanpa lengah untuk menukar Ketua Pemuda UMNO kepada orang lain yang lebih berwibawa, lebih "down to earth" dan lebih disukai.
Jelaslah, politik bukanlah semata- mata bersandarkan kelantangan, kekuasaan dan profil akademik. Weightage nya juga membawa peratusan yang tinggi dari segi sokongan orang bawahan yang tulen ( yang bukan pakai sogok- sogok), keperibadian dan ketokohan.
Terlalu ramai yang naik secara curang; tidak kira dari UMNO, MCA, MIC, PKR, PAS atau DAP. Pemimpin- pemimpin seperti ini tidak lama namun kemusnahan yang diakibatkan oleh mereka cukup dasyat hingga memerlukan lagi 50 tahun untuk diperbaiki.
Walaubagaimanapun, UMNO tidak perlu berbuat apa- apa jika mereka sudah bersedia untuk menyerahkan kuasa pada Pakatan Rakyat di Pilihanraya Umum yang bakal menjelang tiba.
Ketika itu, hanya Al- Fatehah yang mampu Harimau hadiahkan.
MUAHAHAHAHAHAHAHAHA, HEBAT TOK GHIMAU, AURA DIA NI DAH MACAM AUTA KAREY PUNYA....
ReplyDeleteaku hadir pada sessi pidato malam tu, pada aku walau tak ramai tapi sedikit sebanyak dapat juga sampai penerangan tu walaupun ada pemidato yang buat kelas sejarah tengah-tengah malam kan. pada aku, KJ buat salah ke, haprak ke, hampas ke, kita harus lihat pada perjuangan yang sama, yang lain itu antara urusan dia dan tuhan. Tukang amik gambar ni jelas sengaja amek angle yang kurang tepat, sebenarnya ada lagi yang hadir, si tukang gambar pun tahu sebih seratus yang hadir, lebih baik dari seorang sahaja yang hadir.
ReplyDeleteHarus diingat, yang berceramah ialah Ketua Pemuda BN dan UMNO. UMNO parti politik gergasi bukan parti ciput...
ReplyDeleteTaraf 100 - 500 tu, level Ketua Bahagian atau Cawangan...
Khairy berjaya memalukan UMNO...Syabas!!!!
aku tengok dlm gambar di album minaq jinggo nampak ramai . aku rasa gambar yang hang dapat itu kot diambil masa orang sudah balik ..haha
ReplyDeleteyang itu sekeping saja,tengok dlm album minaq jinggo ,ramai juga yang hadir ..
http://www.facebook.com/album.php?aid=80726&id=565954215&saved#/album.php?aid=94246&id=539759662&ref=mf
aku tengok dlm gambar di album minaq jinggo nampak ramai . aku rasa gambar yang hang dapat itu kot diambil masa orang sudah balik ..haha
ReplyDeleteyang itu sekeping saja,tengok dlm album minaq jinggo ,ramai juga yang hadir ..
http://www.facebook.com/album.php?aid=80726&id=565954215&saved#/album.php?aid=94246&id=539759662&ref=mf
Kata org sebelum meyebarkan khabar angin... adalah lebih baik jika kita siasat terlebih dahulu ttg kesahihannya.. jika tidak org akan berkata ianya hanya satu fitnah...
ReplyDeleteJika di teliti dan dilihat pd gambar yg saudara siarkan tersebut,ternyata pada waktu itu majlis tersebut belum lg bermula.. tiada penceramah diatas pentas...
Sila layari laman blog saya, terdapat perbezaan yg ketara diantara gambar yg dipaparkan.
Terima Kasih...