4.9.09

Al-fatihah buat YB Azman

ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada
am 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.
{ ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal}

Berkali-kali Harimau menerima sms dari kekanda dan sahabat handai yang memaklumkan berita sedih ini namun entah kenapa hari ini pula Harimau semacam terlupa untuk menghidupkan kembali telefon bimbit selepas solat Jumaat. Tidak mahu Harimau nafikan, YB Azman adalah baik dengan kekanda Harimau dan sahabat lama Arwah Abah.

Tetapi, Harimau tidak pernah pula bersua muka apatahlagi berjabat-tangan dengan Arwah.

Nampaknya, pesta Pilihanraya Kecil akan datang pula ke tempat kelahiran Harimau iaitu Port Dickson (Bagan Pinang).

Parlimen Teluk Kemang adalah "jajahan" takluk Pakatan Rakyat kecuali DUN Bagan Pinang dan Linggi. Sebab ini tempat Melayu. Undi buat YB Kamarul Baharin Abbas adalah datangnya dari orang Cina Bandar dan orang India Estet. Rasanya, kurang sungguh dari orang Melayu Kampung.

Orang Melayu Kampung di Bagan Pinang memang terlalu karat UMNO untuk di"pinang" dengan "hantaran" gula-gula Anwar Ibrahim.

Pilihanraya Kecil ini adalah kerja berat buat UMNO bagi mempertahankan DUN Bagan Pinang dan juga buat Pakatan bagi merampas Bagan Pinang.

Sekali-sekala, best juga layan kempen maki- hamun ni. Tak percaya? Tunggguuuu!!!

Al Fatihah buat YB Azman Mohd Noor.

6 comments:

  1. Salaam Tok,

    Puteri kecil apa kabar? Semoga dia sihat dan ceria macam ayahnya.

    Tok, boleh pekena teh tarik kat PD?

    Salaam Takzim.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Tuan. Kalau diizinkan Tuan Punya Dunia.

    Selamat Berbuka Tuan.

    ReplyDelete
  3. Asslamualaikum Anakku Harimau,

    Bagaimana pula 'cucu' baruku? Diharap kedua ibu dan anak dalam keadaan sihat walAfiat.

    Terharu Mak Cik baca cerita Arwah YB Bagan Pinang, kawan baik Arwah Ayah kamu..Mak Cik nostaligik dengan kawan-kawan arwah Mak Angkat Mak Cik dan sampai sekarang mana yang masih ada,Mak Cik masih cari mereka. Ada yang dah berusia lebih 90 tahun.

    Meninggal di bulan Ramadan, menurut Ustaz terlepas siksa kubur. WaAllahuAlam. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam Ibu,

    Cucu Ibu tu sihat...kuning dia pun dah turun 180.

    Sahabat Abah dan Emak adalah umpama Ibu dan Ayah kita.

    Itu pesan Ustazah Zabedah dulu.

    nota: Ustazah Zabedah adalah guru agama sekolah menengah Harimau.

    ReplyDelete
  5. al-fatihah..

    salam takziah buat keluarga buat keluarga Allahyarham..

    jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan bagan pinang petang tadi..

    ReplyDelete
  6. Salam tuan,
    Takziah buat keluarga Allahyarham YB Azman.

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.