Umno bahagian Teluk Kemang sebulat suara menyokong pemilihan ketua bahagian, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan. {Bagan Pinang: Umno bahagian calon Isa}
Tidak Harimau nafikan, Isa Samad memang calon yang berkaliber dan disayangi ahli-ahli UMNO cawangan. Sokongan terhadap Isa Samad, amat berbeza dengan Tok Mat kerana diperkhabarkan bahawa Tok Mat tak apek langsung dengan cawangan- cawangan di bawah Parlimen Telok Kemang semenjak beliau menjadi MB. Orang NS pun rata-rata berharap agar Isa Samad kembali menerajui kepimpinan NS.
Maka, ini adalah cabaran buat Pakatan Rakyat. Sukar untuk menewaskan Isa Samad. Strategi baru wajib diatur jika tidak, selamba kodok saja Isa samad balun calon Pakatan.
Kalau nak cerita rasuah Isa Samad dalam UMNO, Harimau nasihatkan tak payah sebab seantero Malaya sudah tahu. Cari cerita lain. Kalau boleh dibuktikan dakwaan keintiman Isa Samad dengan Bibi Sahrliza, buktikan.
Jika tidak, khabar angin itu boleh lah dianggap fitnah.
Nasib UMNO agak baik kerana UMNO Bahagian tidak mencalonkan anak Isa Samad iaitu Najib. Pada Harimau, Najib tidak pandai berpolitik dan naik kerana beliau adalah anak Isa Samad. Siapa yang pernah bersua dengan Najib, pasti akan tergelak apabila melihat tabiat beliau yang bermain jam di tangan, menggerakkan bahu dan leher; persis orang yang tidak boleh mengawal saraf- saraf di badan. Di harap Najib tidak marah bila membaca dan ubahlah tabiat yang menggelikan hati itu.
Siapa calon Pakatan di PRK Bagan Pinang? Ini yang suspen ni. Ingat! Bukan mudah mahu menakluki Bagan Pinang dan atas sebab itu, saringan dan tapisan calon PAS (Pakatan) wajar dijalankan dengan bersungguh-sungguh.
Sesungguhnya, UMNO Telok Kemang adalah Bahagian UMNO paling mantap di Negeri Sembilan. Kalau Pakatan mampu mengalahkan UMNO, anggaplah UMNO sudah berkubur di dalam sejarah Negeri Sembilan.
12 comments:
"UMNO Telok Kemang adalah Bahagian UMNO paling mantap di Negeri Sembilan"...
masalahnya bila PRK ni byk la tangan-tangan,suara-suara yg boleh menghuruharakan bahagian ni. Ingat nak membantu tp akhirnya merosakkan..pengalaman lalu
ikan omeh,
apa yang ikan cakap memang boto. Itulah jati diri orang Melayu; hasad dengki tahap Gaban!
Dah baiklah tompek ekau. Den lotak sebagai blog yang akan berjuang untuk PRK Bagan Pinang.
Assalamualaikum anakku,
Apa khabar? Dan apa khabar baby? Harap semuanya baik baik belaka.
Emmmm, Selamba Kodok..tak perasan pulak Mak Cik kalau si kodok tu selamba, Selamat Berjaya di Bagan Pinang, tompek den jugak.
PKR? PKR ni parti hebat pejuangan kaum yang satu lagi tu je. Kalau orang Melayu tak tahu tahu gak laie, Osah boto lah. Mengabeh boreh mak bapak jo antar poi sokolah dulu.
Masalah memilih calun sememangnya sukar, namun jangan pula emosi mempegaruhi keputusan. Isa bukanlah calun yang baik untuk dipertimbangkan oleh kerana rekod yang terpalit akan dipergunakan sebaik-baik oleh pihak lawan kelak. Ada orang cuba mempertahankan Isa, kononnya ia sudah berlalu dan kini Isa sekarang sudah berbeza, itu tidak penting, luka baik tapi parutnya masih ada. Itu sebabnya jika kita ingin jadi pemimpin, kita haruslah berhati-hati merasuah adalah perbuatan keji.
bat69
Selamat BERJUANG la tok GHIMAU weh...
Den dah lotih berpilihanraya...semuonya hampeh..
Tolak Prmtg Pasir, dah masuk tigo kali dah den ngundi dari pru12, prk matang pauh, prk penanti (den tak ngundi)....lepaih nie ado yang kato nak prk matang pauh sekali lagi..
tak tau la pasai pa...
Eden esok siang nak bermusafir ke Somban dan PD, kot terjumpo Rimau tongah menaip kek bawah pokok ko... atau mana2 tu, eden raso ekau lah tu.
Boleh belanjo den makan tongahari... ha..ha..ha... musafir ni..
Eden tak nak komen lobih Bagan Pinang ni, sobab eeehhh... den terlobih yakin UBN monang... tunggu yeoooo....
Tuan rimau tolong tengok betul ke maklumat ni? http://suratdalambotol.blogspot.com/
kenapa PROTON "mendahulukan rakyat asing?"
dimanakah mereka buang "rakyat didahulukan"??
Kami Sekeluarga Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Dan Dari Dalam Diri Kami Memohon Berbanyak Ampun Dan Maaf Diatas Segala Keterlanjuran.Mudah-mudahan Di Hari Yang Berbahagia Ini Akan Dapat Memperteguhkan Silaturrahim Kita,InsyaAllah
Waris ko orang norogi ko?
wah handal tullll ko yo.
rimau bolehlak naaip... hebat2..tul waris den ni..yo
ok lah.. waris selamat ari rayo...
ko kalau blk singgah pilah...den duduk joseh k..
ikhlas
Assalamualaikum,
I think it has been quite some time I dropped a comment.
Anyway, I would like to take this opportunity to wish you selamat hari raya and maaf zahir batin.
~ OnDaStreet
http://ondastreet.wordpress.com
Tiger,
Selamat Hari Raya; Maaf Zahir dan batin. Harap keluarga anda disinari cahaya Syawal yang mendatang; lagi-lagi cahaya mata yang seorang itu.
Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat, selamat disisi keluarga dan dihalalkan makan dan minum selalu.
Salam takzim,
Che Eduardo
Post a Comment