Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Ahlussunah Wal Jama'ah

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

15.3.12

Tun Mahathir...perlu disedarkan.

Aku membaca blog Tun Mahathir dan aku menahan marah. Marah pada Tun Mahathir yang selama ini aku sangka telah bertaubat namun sangkaan aku meleset sama sekali.

Ingin aku memberi jawapan bagi persoalan beliau di http://chedet.cc/blog/?p=718.

v) Apakah ingatan manusia lebih tepat dan kekal dari catitan, seperti wahyu dari Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dicatit, kemudian dibukukan sebagai Al-Quran.

Tun, perawi hadith bukanlah mereka-mereka yang merasuah ketika dapat projek, minum arak di majlis VVIP atau yang pernah memegang kemaluan bukan mahram. Mereka orang soleh yang wajar dihormati dan dikasihi.

Mungkin Tun merasakan Tun pandai tetapi percayalah, post Tun ini hanya menampakkan Tun lebih bangsat dari Iblis. Tun wajib bertaubat kerana Tun telah tidak beriman kepada Rasulullah SAW. Tun solat ikut siapa ya? Ikut gerakan anjing atau berpandukan petunjuk Nabi SAW yang Mulia?

Tun, aku cuba untuk beradab tetapi tulisan Tun terlalu kurang ajar. Tun telah hilang seorang yang meminati Tun.

Tetapi Tun, kalau Tun meninggal dunia nanti (yang aku rasa ia tak lama lagi memandangkan Tun telah tua sangat), aku tetap doakan kebaikan Tun dan agar Allah Azza Wa Jalla mengampunkan dosa orang jahil macam Tun.

Wallahua'lam.


11.3.12

Esok, Aku Ingin memakai batik Jawa

Entah kenapa, aku merasakan bahawa aku adalah Jejaka Indon bertaraf Bumiputera.

4.3.12

Ustaz Halim Hasan: Sila Tegakkan Hujah

Sesiapa yang merasakan hujah "tiada doa awal dan akhir tahun" dan "keluar dari khilaf itu lebih baik", maka boleh memberi hujah secara berdepan dengan Ustaz Halim Hasan.

Untuk pemahaman, Ustaz Halim Hasan adalah antara ustaz kesayangan aku kerana memberi hujah dan dalil terhadap ilmu yang dibahaskannya.


1.3.12

Komen Artis Malaysia Yang "Soleh dan Solehah".

Aku sedang bersabar. Aku cuma pohon kepada Allah Azza Wa Jall, agar artis-artis ini, dipanjangkan hayat dan dibiarkan sengsara. Adibah Noor, kau telah membuatkan hati aku sakit. Artis yang lain tu, anggaplah komen mereka sebagai cara paling "murah" untuk dikenali masyarakat. Hunny Madu? Baki Zainal? Siapa kamu?

______________________

salin dari blog http://dinturtle.blogspot.com

Ramai yang dah tahu tentang konsert Erykah Badun yang terpaksa dibatalkan gara-gara tatoo menghina Allah pada badannya, sepertimana yang disiarkan oleh The Star.  MStar



Malas saya follow cerita ni, tapi agak menarik juga baca respons dari beberapa artis kita yang seolah menyesali tindakan kerajaan itu, kononnya isu tatoo itu remeh.

Dari blog NescafeAis, saya copy sepenuhnya -

Rata-rata selebriti tempatan menyatakan kekesalan mereka terhadap pembatalan konsert Erykah Badu. Daphne Iking yang telah menemuramah Erykah Badu sebelum konsert berlangsung menyatakan yang dia tidak nampak sebarang tatoo pada badan Erykah.(memanglah takda, tatu kalimah Allah tu tatu sementara..tapi disebabkan tatu tu menghina islam dan dibodohkan oleh The Star yang siarkan di Akhbarnya..so, orang islam mana yang tak marah..bangang gak Daphne Ikang Masing ni..) Antara reaksi selebriti tempatan menerusi Twitter apabila mengetahui tentang pembatalan ini ialah:-

1. Baki Zainal


reaksi
  2. Adibah Noor

kecewa
  3. Daphne Iking

dephne
  4. Hunny Madu

hunny madu
TAPI YANG PALING BEST
5.Reaksi dari si penyanyi Erykah Badu sendiri.
erykah badu
Amik kau…dia tak kisah pun..tapi artis-artis malaysia di atas tu plak yang lebih-lebih..kecewa betol gayanya..Hahaha ~~

27.2.12

Tun Dr. Mahathir: Negarawan tiada tolok bandingnya

Anwar memang kalah teruk dengan Mahathir. Malah, jika dibuat ceramah serentak kedua-dua tokoh ini, pasti aku memilih Tun Dr. Mahathir. Anwar kena banyak take note dari video ini. Bukannya cakap macam budak telur termasuk ke dalam kantungnya.

15.2.12

Mesut Ozil lebih Islam dari "Penganut Agama 1Malaysia".

Tafsir sendiri. Faham sendiri. Jangan literal sangat.

boleh check sendiri di https://twitter.com/#!/Mesut0ezil

13.2.12

Hamza Kashgari: Kepala kau tidak layak bersambung dengan badan.

Perlukah aku menulis lagi dengan panjang lebar setelah tajuk posting aku sudah cukup menyampaikan mesej? Perlukah aku membazir masa berkompromi dengan sang kurang ajar? Dia berhak memohon keampunan dari Allah SWT dan aku juga berhak menghukum. Kita yang bernama Muslim berhak!

Andai ayah aku menghina Nabi SAW pun akan aku penggal, inikan pula Hamza Kashgari. Andai dia di zaman Umar r.a. dan para Sahabah r.a. yang lain, sudah lama dia dibunuh.

Hantar dia keluar dari bumi ini! Jauh dari Malaysia. Jauh dari aku.

Sayangilah Nabi Muhammad SAW melebihi ayah, ibu, adik-beradik dan diri sendiri.

27.1.12

Aku Wahabi?

Apabila aku dikatakan 'wahabi totok" , aku pun hairan. Aku cuba mengkaji hal wahabi, dan tak nampak pun apa masalahnya. Mungkin ia berlainan dengan Islam yang berada di kepala mak bapak kita, tetapi Agama Islam ini bukanlah agama ciptaan mak bapak kita. Dan, aku bukanlah wahabi.

Maka, aku pertontonkan penjelasan "wahabi" dari Datuk Dr. Johari Mat, Senator Dewan Negara dari Kelantan merangkap CEO Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra. Jika aku letak video Dr. Asri atau Fathul Bari, mesti kalian tak puas hati kan? Percayalah akan setiap apa yang datangnya dari QolaAllah dan QolaRasulullah.


25.1.12

Memalukan Agama Islam

Jika UMNO dan sekutunya masih berperangai mengalahkan kafir laknat dan Yahudi laknatullah, sebagaimana aku melihat perangai kurang ajar mereka di SINI, dan SINI, aku amat percaya bahawa menentang UMNO dan sekutunya sudah jatuh WAJIB.

Sudah mahu masuk 4 tahun aku tidak berpihak dalam politik, akhirnya, aku merasakan bahawa memang pengikut-pengikut UMNO dan sekutunya yang berlagak samseng cukup memalukan Agama Islam.

Aku lahir di PD dan belajar di PD. Sekolah rendahku ada 6 kelas bagi setiap darjah dan setiap satu kelas ada 36 orang. Rakan-rakan aku bukan sahaja Melayu tetapi dari semua bangsa. Aku pernah berkongsi nasi lemak dengan rakanku yang berbangsa India dan Cina. Aku cukup khuatir, perangai binatang pengikut UMNO dan sekutunya membuatkan hubungan kami penuh syak wasangka.

Jika Allah menerima doa aku untuk melaknat Melayu yang memalukan Islam itu, aku ingin berdoa agar kudrat kaki dan tangannya ditarik balik, mulutnya dikunci dan hidupnya dipanjangkan. Biar dia terseksa.

Bersama-sama kita "Amin" kan doa ku itu.

Jika lagi sekali geng-geng ini memalukan agama Islam, AKU BERJANJI UNTUK MENENTANG MEREKA DENGAN MENAIKKAN PANJI-PANJI ASALKAN BUKAN UMNO di blog ini. Ini janji aku.

ILMU, bab ni hangpa kena teguq PM

Apakejadah kalau duduk dalam UMNO, boleh bercakap di Perhimpunan Agung UMNO dan diberi hak memakai nama UMNO dihujung perkataan ILMU, tetapi tak tegur PM bab hal-hal yang sesat dan menyesatkan?

Apa pula beza PM dengan Al-Arqam kalau impak gambar ini "boleh" menyesatkan pengikut-pengikutnya? ILMU kena jawab.

Dan, muka mamat sebelah PM tu macam muka mamat yang nak tempeleng Adam Adli kan? Abang dia kot?

dari blog Anak Sungai Derhaka:

Tepung Tawar Van: Najib buat kerja Khurafat!


KOTA BHARU 24 Jan. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menepung tawar 15 buah van Skuad Sayang yang akan digunakan oleh Pergerakan Wanita UMNO dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di Kelantan.


Majlis ringkas tersebut berlangsung di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, selepas ketibaan Perdana Menteri pada pukul 11.50 pagi ini.

Turut sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Wanita UMNO Kelantan, Datin Datin Rahimah Mahamad.

Terdahulu, Najib yang juga Presiden UMNO, mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan, selama kira-kira sejam.

Perdana Menteri kemudiannya menghadiri majlis menyambut menantu yang diadakan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh di kediaman Mohd. Fatmi di Jalan Hospital di sini. - BERNAMA

Menepung tawar tu kerja khurafat.. tengoklah apa yang terpampang dalam e-fatwa di bawah ni.. kalau tak jelas sila klik pada image..