Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

26.11.12

Doa Untuk Kehancuran Penzalim

Doa kehancuran BN? Wajarkah ia menjadi isu? Bagi aku ia amat tidak wajar menjadi isu apatahlagi menjadikan ia suatu isu besar. Dan amat tidak wajar untuk Azhar Sulaiman menulis dalam akaun laman sosialnya dengan perkataan sinis tetapi bodoh.

Ia perlu jadi isu jika PAS memohon doa dengan berhala. Ia perlu jadi isu jika PAS memohon doa dengan Trimurti. Ia perlu jadi isu jika PAS memohon doa dengan Gereja. Memohon kepada Allah azza wa jalla, apa isunya?

Mungkin BN merasakan mereka tidak pernah menzalimi PAS atau takut dengan laknat Allah; itu aku tidak tahu.

Cuma aku tahu bagaimana untuk menyelesaikan isu ini. Beri pembangkang berkempen di saluran TV kerana selama ini BN kelihatan tidak adil kepada pembangkang. Tidak adil dari segi definasi menyamai dengan kezaliman. Nah! Kan ada sekurang-kurangnya 1 kezaliman yang dilakukan BN?

Status yang ditulis Azhar Sulaiman memberi kita bukti bahawa tidak semestinya kita mempunyai ijazah luar negara dapat membuktikan kita bijak. Percayalah, status sebegitu adalah kebodohan melampau tidak kira apapun niat dia.

Menjadi ahli UMNO tidak sesekali memurtadkan sesiapa. Menjadi ahli UMNO tidak sesekali berdosa walaupun tahap peratusan rasuahnya mencapai 100%. Cuma, mungkin pandangan Ibnu Taimiyah boleh dipakai; katanya (lebih kurang) bahawa jika ada 2 elemen yang memudaratkan, pilihlah yang paling kurang memudaratkan. Aku qiyas, jika ada 2 parti yang mendokong Islam, pilihlah parti yang lebih banyak mendokong Islam.

Aku tidak mahu kempen, tetapi kalian boleh mengagak parti mana lebih wajar dari parti satu lagi kerana Islam menang bukan kerana PAS atau UMNO menang pilihanraya. Islam menang apabila keadilan ditegakkan. Pilih lah parti yang dapat memberi keadilan kepada semua pihak.

Jika membuang status Bumiputera dalam perlembagaan dapat memberikan keadilan, maka buanglah. Allah SWT akan membantu mana-mana kerajaan yang adil walaupun dipimpin oleh orang kafir dan Allah SWT tidak akan bantu kerajaan zalim walaupun kerajaan itu Islam.

Aku qiyas, seandainya kerajaan kafir yang adil memerintah, adakah status Bumiputera itu tetap ada?

Jangan Takut Untuk Pecat K.Rajagobal



Lama sungguh tidak menaip. Mood datang apabila Malaysia dititik Singapura 3-0..tanpa balas tu..

Salah siapa? Aku tak berminat untuk tuding jari kepada sesiapa cuma aku ingin ingatkan bahawa kita sudah hilang keberanian untuk mengkritik. Samada kritikan itu membina atau tidak; ia amat subjektif. Bagi aku yang penting, memberi kritikan demi kritikan agar tidak ada satu detik pun terluang untuk mana-mana individu atau pasukan Harimau Malaya menjadi leka dan alpa.

Kita harus berani mengatakan bahawa Dato' K. Rajagobal harus dipecat. Masukkan pengurus merangkap jurulatih bagi memberi kebebasan kepada individu yang dipilih. Seawal lagi, aku merasakan perlawanan experimen adalah sampah dan ia alasan yang tidak boleh diterima. Sementelah Dato' K. Rajagobal dalam akhbar dilaporkan bahawa "Saya menjangkakan kekalahan 1-0 ataupun Seri" amat menyakitkan hati.

Tiada langsung jangkaan untuk menang???? Jurulatih apa macam ni? Menghabiskan duit rakyat!

Apabila keberanian untuk memecat Dato' K. Rajagobal sudah ada, maka kita akan ke Keberanian Nombor 2. Menukar pucuk pimpinan FAM dan menggantikan dengan muka-muka yang tidak asing dengan permainan Bolasepak. Meminta Presiden turun dari pucuk pimpinan tidak derhaka namanya. Ia amalan biasa dalam tatacara berpersatuan. Bukankah banyak lagi nama-nama besar yang mempunyai pemahaman dalam taktikal dan pengurusan yang boleh diketengahkan?