Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

19.1.16

Ramai Sudah Mati Rupanya

Teman- teman blogger yang sezaman (takde lah lama mana pun..hihi) dengan aku, ramai yang sudah "mati". Samada mereka membunuh diri atau terbunuh dalam perjuangan; aku tidak tahu. Yang aku tahu, aku rindu mereka.

Sokongan teman-teman, banyak menghidupkan semangat. Bukan kita sangat kuat dalam melawan serangan mereka yang tidak sealiran. Kita sebenarnya dikuatkan. Ya, itu yang sebenarnya. Jika berseorangan, kita boleh mati langkah dengan mudah.

Kau tegur aku, aku tegur engkau. Aku tahu engkau menulis dari hati kerana aku juga sama. Tidak ada jiwa hamba yang aku jadikan Sultan dalam penulisan. Tidak ada habuan yang akan aku terima, maka aku juga tidak sepatutnya dihukum; jika hanya menulis apa yang ada dibenak.

Zaman sudah berubah...alamat blog juga bukan lagi "dot com". Entah bila ia ditukar kepada "dot my".

Aku ingin memulakan tujahan awal dengan isu politik, tetapi menghormati teman-teman lama lebih penting bagi aku. Aku memilih untuk tidak menyebut nama mereka kerana mungkin mereka sedang bahagia. Seperti aku sebelum ini, tidaklah aku peduli dengan 1755 komen yang perlu aku baca dan siar. Ia tidak pernah menggusarkan aku...sebab ketika itu aku sedang bahagia.

Sekarang aku masih bahagia, cuma aku mahukan kebahagian dahulu bersama-sama dengan aku. Bahagia berganda.

Dari meja Sang Belang,
Darr Al- Khusus.

25.4.13

Innalillahiwainnailaihirojiun: Dr MiM

Khabarnya, beliau kemalangan. Kita doakan beliau sihat. Beliau seorang Muslim, dan setiap Muslim itu bersaudara.

Sama-sama kita doakan beliau sihat ya!

Dr. Novandri

5.8.12

Siri Tanah Kubur memualkan

Aku cukup menyampah tengok Rancangan Tanah Kubur. Mati muka macam beruk la, muka berdarah la, kudis la...Ini pembohongan !

Malu la jika sang kuffar berkata "teruk kalau macam ni, kami kafir pun tak mati teruk macam ni".

Abu Lahab, Abu Jahal..tidak pula mati sebegitu! Benar, Allah Maha Berkuasa. Namun, gunalah akal untuk menzahirkan agama ini. Adakah benda sebegitu menambah iman kamu? Tidak cukupkah alam yang luas ini untuk membuatkan kamu beriman hingga perlukan pembohongan untuk menjadi takut kepada Allah? Ittaqullah!

Kisah dibawah, seribu lebih baik dari siri Tanah Kubur!

disalin dari sumber secondary: Mountdweller


Gambar Janin Berumur 15 Minggu 

Yang Hidup Sampai Sekarang

Hanover, Jerman – Gambar yang anda lihat di atas adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru saja 15 minggu. Janin kecil dan merah itu mempunyai berat 10 ons dengan panjang 10,2 inchi, janin itu kemudian diberi nama Kimberly Mueller.
Setelah dilahirkan janin ini dipeluk oleh ibunya kemudian sebelum akhirnya dibawa pergi oleh para ahli yang bekerja tambahan dengan keras untuk menyelamatkannya. Ayahnya hanya sempat membisikkan ke telinga sang janin “Kimberly, you can do it baby”
 Harapan hidupnya cuma 1 banding 1,000. Bahkan seorang Doktor pakar jantung kelas dunia yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus berjuang dalam dengan liku-likunya untuk terus hidup.
Selepas para doktor dan pakar berusaha keras dan memantau perkembangan bayi ini selama 24 jam, akhirnya ketika janin ini berusia 6 bulan, ianya telah mendapat perlepasan untuk untuk dibawa pulang oleh kedua ibubapanya dan menjalani kehidupan seperti bayi normal yang lain

30.7.12

Rais Yatim penulis lirik Filem Ahmad Albab

Mula2, aku malas nak komen pasal logo Hari Kebangsaan atau lagu tema "Janji Ditepati"...tapi bila aku terbaca LIRIK ASAL , memang aku rasa nak mencarut kat Rais Yatim...buat malu orang Nesmilan je...
Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati

Orang sana pandai cakap
Tapi tak boleh buat
Orang sana pandai janji
..... pada yang tak peduli
Orang sana pandai auta
Tapi budi tak ada.. <-- Rangkap asal yang diubahsuai atas arahan PM (menurut blog sumber)

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia

Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia
Bukti video kewujudan rangkap kedua tu, boleh tengok disini:
http://amenoworld.blogspot.com/2012/07/lagu-dan-lirik-asal-janji-ditepati.html
"orang sana pandai auta"? dia ingat ni lagu filem Ahmad Albab ke hapa?  

24.6.12

Sukar Sangatkah Untuk Menutup Aurat

Inilah penampilan terbaru personaliti TV dan pembaca berita senior, Ras Adiba Radzi yang telah dirakamkan baru-baru ini.

Difahamkan, Ras Adiba Radzi telah membotakan kepalanya sebagai menyokong usaha Majlis Kanser Nasional atau lebih dikenali sebagai Makna menerusi kempen Jom Botak bagi membantu kanak-kanak yang menghidap kanser.

baca lagi di sini.
___________________________

Komen aku, kenapa pakai tudung taknak tapi botakkan kepala nak pulak. Nasib baik tak jadi bini den.

12.1.12

Kes Azalina Othman: Tak Masuk Akal Aku Langsung !

korang baca kat sini dulu : http://amenoworld.blogspot.com/2012/01/hai-azalina-cek-rm300ribu-neh-apa.html

Lepas tu, korang tengok turutan nombor cheque tu dengan tarikh dia. Yang tertulis "Azalina Binti Othman" sebagai penerima bertarikh 7/4/2011 dan nombor cheque adalah 8720425. Bandingkan pula dengan cheque 875977 yang bertarikh 6.12.2010.

Secara logik dan praktikalnya, apabila nombor cheque menaik, maka tarikh biasanya akan menjadi lebih hadapan dan bukannya semakin mundur. Ia boleh berlaku jika cheque atas nama "Azalina Binti Othman" adalah PD Cheque (post dated cheque).

Tetapi, yang menjadi persoalannya dalam kepala hotak aku yang tak berapa nak pegang duit banyak ni:

1. Mana dia dapat gambar cheque ni?
2. Kenapa nilai cheque pada cheque "Azalina" itu hanya bertulis tangan?

Itu je aku nak tahu. Bukan apa, payah aku nak hadam dan tidur kalau kepala otak aku ada banyak persoalan.

Kalau ada jawapan, komen lah,

22.12.11

Bersabarlah Tuan Ronasina. Usah Bersedih.

Sekalung takziah buat blogger Ronasina a.k.a. Kulupsakah.

Aku pernah membaca sebuah kisah namun aku tidak menyiarkannya kerana meragui darjat hadith tersebut. Jika sesiapa dapat memastikannya maklumkan padaku.

Tuan Ronasina, kisah dibawah lah yang aku maksudkan. Baca dan hadam betul-betul. Kau insan terpilih bro. Kau dan isteri cukup tabah.

Bertolak dari keimanan inilah, Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W memberitahu bahawa seseorang yang kematian anaknya, lalu dia bersabar dan mengucap istirja’ ( berkata ‘Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un’ ), Allah akan membina baginya sebuah rumah di dalam syurga namanya Baitul Hamdi (Rumah kepujian ). Nabi bersaabda yang bererti: (Apabila mati seorang anak hamba itu, Allah bertanya kepada MalaikatNya, “ Apakah kamu telah mencabut nyawa anak hambaKu ? “, lalu mereka menjawab “ Ya”. Allah berkata lagi “ Apakah kamu mengambil nyawa buah hatinya ?” mereka menjawab “ Ya “. Lalu Allah bertanya kepada MalaikatNya lagi “Apakah yang hambaKu kata ?”Jawab Malaikat “ Dia memuji engkau (mengucapkan Alhamdulillah) dan mengucapkan Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Roji’un. Lalu Allah berkata “ Binalah bagi hambaKu ini sebuah rumah di dalam Syurga dan kamu namakannya Baitul Hamdi.”

Hasil dari kesabarannya juga ialah jalan ke Syurga dan hijab dari api neraka. Sabda Nabi S.A.W yang bererti: ( Tidaklah ada dari kamu seorang perempuan yang mati tiga orang anaknya, melainkan anak-anaknya itu menjadi hijab baginya ( bagi perempuan itu ) dari Api Neraka. Seorang perempuan telah bertanya “ sekiranya dua orang ?” sabda Rasulullah S.A.W “ walaupun 2 orang.”

Sabda Nabi S.A.W yang bererti “ Tidaklah ada dari dua orang muslim ( sepasang suami isteri ) yang kematian tiga anaknya yang belum sampai umurnya melainkan dibawa anak-anak itu pada Hari Kiamat sehingga ke pintu Syurga, lalu dikatakan kepada mereka.. masuklah kamu semua ke dalam Syurga. Mereka menjawab “ ( kami tidak akan masuk ) sehingga ibubapa kami masuk”. Lalu dikatakan kepada anak-anak itu “ masuklah kamu semua dan juga ibubapa kamu.”
dari SINI.

Wallahua'lam.

15.12.11

Pemuda dan Wanita UMNO Paling Gagal Dalam Sejarah UMNO

Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR telah menerima jawapan bertulis rasmi daripada Pemuda Umno untuk cabarab debat mengenai skandal RM250 juta Shahrizat – NFC setelah hanya 3 minggu selepas mengaku kalah.

Yang paling teruk, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin telah membuat keputusan untuk menarik diri dengan memberi alasan bahawa beliau ada tuntutan lain pada hari yang telah dijadualkan itu, iaitu pada 12 Disember.


Hanya selepas memikirkan secara dalam, pengkritik telah berpendapat bahawa Khairy mungkin telah membuat perkiraan bahawa pendebatan tersebut tidak akan membawa kemenangan kepada beliau dan juga ia mungkin boleh membongkar banyak lagi kesalahan yang dilakukan dalam Umno. 

(Sumber : http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2011/12/kehidupan-selepas-nfc-masa-depan-yang.html)

Komen aku: Entah apa yang KJ takutkan untuk berdebat dengan Rafizi. Jika isu NFC adalah fitnah, aku amat pasti KJ akan menghantar "bala tentera"nya yang lain untuk menggantikan beliau. Kesimpulan mudah bagi tindakan Khairy Jamaluddin itu hanya ada 2:
1. Beliau tidak ada fakta yang boleh membantu untuk kemenangan beliau dari segi hujah dan pembuktian fakta.
atau
2. Beliau sahaja yang bijak untuk berdebat dan menganggap barisan EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang lain adalah bodoh dan tidak layak untuk berdebat ataupun spin fakta.

Beliau mengambil ikhtibar atas kebodohan hujah-hujah Lokman Adam suatu ketika dahulu. 

Bagi aku, kebenaran hanya tertegak dengan hujah. Selagi ia tanpa hujah yang kukuh, maka sebarang kenyataan wajar ditolak. Tidak pernah pula aku melihat Pemuda atau Wanita UMNO mutakhir menegakkan kebenaran dengan hujah. Ada segelintir yang bagus umpama Dr. Novandri dan Kamrulzaman Kamdias didalam blognya yang menangkis hujah Pakatan Rakyat dengan hujah. Kalau nak tunggu datang dari Exco Mutakhir, kirim salam lah!

Nak cerita hal Wanita UMNO? Mana ada cerita. Dengar sahaja hujah dan usul mereka dalam PAU yang lepas, nothing, poci, yilek!

Jika Keluarga Shahrizat bersalah, maka hukum sajalah. Duit itu bukan duit mak bapak dia pun.

Umpama aku ketika kecil, sudah tentu makan kepala tali pinggang abah aku kalau duit yang dia suruh beli buku, aku gunakan untuk beli air Milo. Walaupun aku berhujah yang Milo memberi tenaga, namun hakikatnya aku adalah orang yang melanggar amanah.

Bagaimana pula orang yang "rapat" dan dan hanya mendiamkan diri apabila temannya melanggar amanah; dibiarkan menjadi pemimpin? Hal ini, aku merujuk pada Shahrizat Jalil.

Dan, bagaimana pula orang yang bermati-matian mempertahankan orang yang melanggar amanah, boleh dikatakan calon boleh menang? Aku merujuk kepada KJ dalam kenyataan ini.

Bukankah melanggar amanah itu ciri-ciri Munafikun?

Wallahua'lam.

Semoga Tun Mahathir Bertaubat


Pentingnya Sunnah Nabi Muhammad Saw

Sumber: blog Kereta Buruk 21

HHRS 2.0 - Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petang mu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu. Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! '(Riwayat Tarmidzi)

Dari Ibnu Abbas ra. bahawa Nabi SAW yang berkata: "Sesiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbezaan, iaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerosakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahawa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Nuffnang Ads

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah ra dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga.

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku. Diterjemah dari fiqhislam/ al-hasanah


NOTE: Baca pada bahagian yang di bulatkan di bawah




3.12.11

Blogger Tidak Waras.

Aku cukup meluat dengan blogger yang mengubah "takbir" kepada "take beer". Biarpun bagi mereka ia adalah lucu dan mampu memperlekehkan musuh politik mereka, namun aku tetap menentang dan tidak bersetuju "unsur- unsur" yang nilainya tinggi dalam Agama Islam digunakan secara murah dan memualkan. Bagi aku, ia bagai budak kindergarten yang ejek kawan mereka kerana nama bapak mereka lucu. Ini blogger bangsat.

Blogger paling membakar jantung yang baru saja aku baca postingnya adalah blogger bagi blog "Darul Ehsan Today". Beliau mahu mengaibkan musuh politiknya dengan menyiarkan gambar seorang tokoh politik tertinggi PAS dengan seorang perempuan. Yang kurang ajarnya, blogger berkenaan melabelkan tokoh tersebut sebagai "Nabi". Nauzubillah.

Aku cukup faham bahawa dari mana datngnya sindiran tersebut dan ia merujuk satu video ceramah lelaki berserban bersuara halus/nyaring dimana lelaki tersebut cuba mengangkat taraf tokoh PAS dan menyamakan ia dengan riwayat Nabi Muhammad SAW. Aku setuju jika dikatakan penceramah itu agak melampau.

Namun, adalah tidak beretika dan cukup memudaratkan Islam jika ada penulis yang menulis "pengiktirafan" kenabian TANPA SEBARANG NOTA KAKI, RUJUKAN, PAUTAN ATAU SEBARANG NOTA YANG BOLEH MEMBUATKAN PEMBACA FAHAM TENTANG MAKSUD YANG INGIN DISAMPAIKAN SECARA JELAS.

Dan pada aku, tanpa "pengiktirafan" kenabian tersebut, penulisan itu boleh juga "memanggil" audience; cuma yang perlu adalah OTAK DAN AKAL. Itupun jika rating yang digilakan blogger darul Ehsan Today.

Dibawah adalah tulisan blogger gila tersebut. Ptuihh! Menulis untuk "Agama, Bangsa Tanahair" konon. Nak muntah aku.


Nabi Nik Aziz Main Gesel-Gesel....


Nabi nik aziz main gesel-gesel dengan bini orang, hebat penangan iklan ubat kuat dalam harakah, sampaikan bini orang pun jadi mangsa....


2.11.11

Blogger Berbaris Panjang Menuju Neraka

Dahulu, aku menulis kerana aku ada pandangan yang berbeza dengan parti pembangkang dan kerajaan mutakhir. Aku menulis ikut hati; terkadang emosi dan terkadang tampak tenang. Ramai blogger tersohor di Malaysia adalah seekor anak kucing ketika saat awal aku menulis. Magis sungguh tarikh aku bermula menulis sama dengan tarikh Tun Mahathir mula menulis (semoga beliau bertaubat). Aku tidak hairan langsung dengan populariti apatahlagi rating. Jujur aku katakan, aku agak gembira apabila alam blog dan internet telah membawa aku mengenali Islam. Alhamdulillah. Ahh..itu bukan perkara pokoknya.

Kebelakangan ini, aku melihat senario penulisan sosio-politik di Malaysia hanya menabur fitnah dan pendustaan; jika tidak pun kebanyakannya bersama-sama berkongsi dalam menyebar aib dan keburukan pihak lawan.

Sebab itu aku memilih untuk tidak berpihak. Aku melihat, kedua-dua pihak dalam keadaan rosak dan merosakkan. Jika ada baik, ia amat kurang.

Kaedah blogger sosio-politik Malaysia seakan mudah, Aku formulakan ia seperti dibawah disamping aku versus kan dengan kefahaman agama mereka:

Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat mendedahkan aib tetapi aku percaya mereka sedar membuka aib saudara seIslam itu dimurkai Allah.

Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat menghina hukum Allah jika hukum itu sendiri tidak disokong pemimpin "Agung" mereka tetapi aku percaya mereka sedar bahawa membelakangkan hukum Allah itu dimurkai Allah.

Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat mencari nas/dalil yang menyebelahi parti mereka (walaupun ia bukanlah tafsiran yang tepat) tetapi aku percaya mereka sedar menjual ayat Allah Azza Wa Jalla dan RasulNya itu dimurkai Allah.

Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat mencipta perkataan- perkataan popular walaupun yang dihina itu adalah kalimah Allahu Akbar (Takbir) tetapi aku percaya mereka tahu berzikir itu disukai Allah.

Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat menelanjangkan saudara seIslam di hadapan Sang Kuffar tetapi aku percaya mereka sedar perbuatan itu dimurkai Allah.

Pernahkah mereka terfikir bahawa tulisan, video ataupun apa sahaja bahan yang dimurkai Allah yang berada di layar blog mereka akan MENJADI  BEBAN YANG AKAN MEMBUAT MEREKA DIAZAB? Tidakkah mereka tahu sebagai insan, mereka wajib untuk mati sebelum bertemu Allah SWT?


Jika mereka tahu itu semua dan masih meneruskan, bersedia untuk beratur bersama ahli neraka untuk dihumban ke neraka!


Aku mahu kembangkan penulisan ini.


Bayangkan, jika ada dua pihak yang bertelagah dan membidas antara satu sama lain, sudah tentu ada pihak yang benar dan pihak yang dusta. Sebagai contoh, video seks, kemungkinan yang pasti adalah :


Jika ia benar - pasti ada insan berada dalam kategori sebagai mendedahkan aib saudara seIslamnya sendiri.
Jika ia palsu - pasti ada insan berada dalam kategori menabur fitnah.


Kalau bercakap hal dosa, itu sungguh berat untuk ditanggung mereka. Bertaubatlah (doa ini juga untuk diriku).


Aku ada membaca tentang keluhan blogger yang berada di pihak kerajaan. Mereka bicara hal perjuangan. Yang menulis hal ini mengaku masuk UMNO sejak 2009.


Kalau aku masih seperti dahulu, pasti aku akan menulis "PERJUANGAN ABAH KAU. KAU TAHU KE TIDAK ERTI BERJUANG?"

Namun aku bukan lagi seperti itu. Aku pasti menulis sebegini "jika kau meletakkan harapan pada manusia yang juga tidak tahu nasibnya di esok hari , pastilah engkau kecewa. LETAKLAH TAWAKKAL DAN HARAPAN PADA ALLAH AZZA WA JALLA"






27.9.11

Posting aku paling manja

arie nie aku baca blog-blog org pompuan...

banyak gak...diorang hias blog mcm hias bilik..

lemas mak...awak-awak pernah bace?

awak tak bace ekk??

bace la..
bukan semua benda kt msia ni politik..

kite cayang awak cemua tau..

kite cayang macam....macam...hmmm...

awak cayang kite tak?

cayang? cayang macam ape ekk?

macam cayang teddy bear?

kita suke!!!

nota kaki: lepas aku menulis bende kat atas, aku terus mandi junub. ;)

14.9.11

Misteri Binaan Piramid Dijawab Oleh Al-Quran


Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ 

"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta."
(Al-Qasas: 38)


Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)


Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah "Journal of the American Ceramic Society" menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, "Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat."

Piramid Bosnia


Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.


Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.


Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.
 
sumber: http://pemudacheh.blogspot.com/2011/09/misteri-binaan-piramid-dijawab-oleh-al.html

23.7.11

Aduka Taruna: Posting Lazat

Gua rasa kenyang bila baca posting Aduka Taruna kali ni (dia salin dari MSK rasanya). Gua pernah tak bersetuju dengan dia tapi benda yang benar, pasti gua akan kata "Betul". Gua menulis bukan nak jadi Al-Munafikun beb.

Oleh : MSK
Sumber :
The Times

Pada tahun 1987, berlaku perselisihan diantara Tengku Razaleigh dengan Mahathir. Tengku Razaleigh merasa dianiaya kerana beliau sepatutnya menang dalam pertandingan merebut Presiden Umno menentang Mahathir. Pada kiraan awal, Tengku Razaleigh mendahului Mahathir..tetapi tiba-tiba bekalan elektrik di PWTC terputus. Dan apabila kiraan disambung semula selepas bekalan elektrik kembali pulih, Mahathir menang dengan majority 43 undi.


Pada masa itu..Anwar berada dalam team Mahathir dan apabila Tengku Razaleigh menuduh Mahahthir menipu, maka Tengku Razaleigh juga menuduh Anwar bersubahat. Maka berlakulah pertembungan diantara team Tengku Razaleigh dengan Team Mahathir. Rais Yatim menjadi orang kanan Ku Li dan Anwar menjadi orang kanan Mahathir.


Tengku Razaleigh menubuhkan Semangat 46 dan mendapat banyak sokongan…termasuk dari Tengku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Ku Li juga mendapat sokongan Pas dan DAP.


Ku Li menubuhkan Semangat 46 dan kemudiannya menubuhkan barisan pembangkang yang dikenali sebagai Barisan Rakyat. Kedudukan Semangat 46 sama macam Keadilan diawal penubuhan Barisan Alternatif. Pas dan DAP tak boleh bersemuka, lantas Ku Li menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah dengan Pas dan Barisan Rakyat dengan DAP dan kemudian disertai oleh PBS di Sabah.


Empat parti bergabung untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional tetapi Barisan Rakyat hanya mampu menawan Kelantan dan Sabah dalam PRU 1990. DAP hanya berjaya menambah kerusi di Pulau Pinang. Lim Chong Eu tewas ditangan Kit Siang, dan Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri.


Umno sepatutnya berhak melantik Ketua Menteri dari Umno sebab Umno memenangi jumlah kerusi yang lebih dari Gerakan tapi Melayu Umno masa tu memberikan kerusi Ketua Menteri kepada Gerakan. Tak timbul soal Melayu jual maruah…tak timbul soal hak Melayu tergadai…tak timbul soal Melayu tunduk kepada Cina…tak timbul soal Umno diperkudakan oleh Gerakan. Masa ada kuasa tak tahu macam mana nak guna…bila dah hilang kuasa, baru nak salahkan orang lain.


Selepas 1990, Barisan Nasional kembali menyusun strategi manakala Barisan Pembangkang bergolak. Masing-masing berebut kuasa dan akhirnya Sabah jatuh ketangan Umno dan hanya Kelantan yang dapat dipertahankan. Gerakan kembali berkuasa di Pulau Pinang. Semangat 46 semakin lemah dan tewas dihampir semua kawasan. Sama macam Keadilan pada PRU 2004.


Tengku Razaleigh gagal menumbangkan Umno kerana perjuangan Semangat 46 hanyalah untuk mendapatkan kuasa untuk golongan bangsawan. Tengku Razaleigh gagal kerana perjuangannya tidak mendapat sokongan rakyat.


Sekitar tahun 1998, Tengku Razaleigh kembali menyertai Umno dan Semangat 46 terkubur. Dan dalam tahun yang sama…Anwar pula tersingkir dari Umno. Kalau tahun 1987 Anwar dan Mahathir berganding tangan menentang Tengku Razaleigh, tetapi pada tahun 1999, Tengku Razaleigh pula berganding tangan dengan Mahathir menentang Anwar.


Anwar berjaya menubuhkan Barisan Alternatif dengan gandingan Keadilan, Pas dan DAP. Tiga parti bersatu dalam Barisan Alternatif menentang Umno dan Barisan Nasional.


Walaupun gandingan tiga parti ini disokong oleh Gerakan Reformasi yang digerakkan oleh rakyat, tetapi hanya berjaya mendapatkan Kelantan dan Terengganu. Kerana reformasi pada masa itu hanyalah berjuang untuk mendapatkan keadilan untuk Anwar.


Selepas mendapat sedikit kejayaan pada PRU 1999, Barisan Alternatif mula goyang dan akhirnya hampir hancur apabila DAP bergaduh dengan Pas. Dalam PRU 2004, Keadilan hanya tinggal satu kerusi, manakala Terengganu tumbang dan hanya Kelantan dapat dipertahankan, itupun dengan kelebihan dua kerusi.


Barisan Alternatif gagal kerana tidak tahu mengurus kepelbagaian. Masing-masing angkuh dengan pendirian masing-masing. Masing-masing hanya tahu hak masing-masing.


Anwar bebas dari hukuman penjara selepas PRU 2004…dan kembali menyusun Barisan Alternatif. Barisan Alternatif hanya dianggotai oleh Pas dan PKR manakala DAP hanya mahu berurusan dengan PKR. Gabungan pembangkang dikenali sebagai Barisan Alternatif 2+1.


Isu-isu nasional yang menghimpit rakyat menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat dan akhirnya, gabungan 2+1 berjaya mendapatkan lima negeri, tetapi masih belum mampu menumbangkan Barisan Nasional.


Selepas PRU 2008, Pakatan Rakyat ditubuhkan menggantikan Barisan Alternatif dan dianggotai oleh Pas, PKR dan DAP. Dan sejak penubuhan Pakatan Rakyat…pelbagai isu timbul yang menampakkan bahawa Pakatan Rakyat begitu rapuh.


Bagaimanakah keadaan PRU 2012 nanti? Apakah PKR akan menjadi Semangat 46 pada tahun 1995…ataupun Keadilan tahun 2004?


Kalau Barisan Rakyat yang dianggotai oleh empat parti gagal menumbangkan Barisan nasional pada tahun 1990…


Kalau Barisan Alternatif yang disokong oleh tiga parti gagal menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 1999…walaupun dibantu oleh Gerakan reformasi…


Kalau Barisan Alternatif 2+1 yang disokong oleh Pas, PKR dan DAP gagal menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 2008… walaupun disokong oleh BERSIH 1.0 dan HINDRAF…


Bagaimanakah Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh tiga parti mampu menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 2012 nanti?


Kita perlu berfikir diluar garis-garis kebiasaan. Kita perlu bersedia untuk menghadapi perkara-perkara diluar dugaan.


Siapa pernah meramalkan sebelum tahun 1987, bahawa Tengku Razaleigh akan disingkir oleh Mahathir dari Umno…sedangkan Tengku Razaleigh yang membawa Mahathir masuk Umno selepas Mahathir disingkir oleh Tengku Abdul Rahman.


Siapa sangka bahawa Anwar akan disingkir oleh Mahathir..sedangkan Anwar bersedia untuk mendakap Mahathir dan meninggalkan rakan-rakannya dalam PAS..malah menjadi musuh Pas. Dan pada tahun 1999, Anwar kembali mendakap Pas selepas disingkir oleh Mahathir.


Siapa sangka pada tahun 1999, Tengku Razaleigh yang bermusuhan dengan Mahathir kembali berdakap menentang Anwar yang sebelum itu berdakap dengan Mahathir menentang Tengku Razaleigh?


Siapa sangka..Mahathir kembali pada tahun 2008 dan menyerang Abdullah Badawi…Perdana Menteri yang dipilih olehnya sendiri.


Apakah tidak mungkin Najib menyingkir Muhyiddin tahun depan?


Apakah tidak mungkin Najib menyingkir Khairy Jamaludin tahun depan?


Apakah tidak mungkin Mahathir kembali menentang Najib tahun depan?


Apakah tidak mungkin Anwar akan dipenjarakan tahun depan?


Semuanya berkemungkinan. Dan kita semua akan gila sekiranya politik kita hanya berpaksikan individu yang bertelagah kerana impikan jawatan Perdana Menteri.


Barisan Nasional hanya mampu ditumbangkan dengan Gerakan Rakyat. Dari rakyat..untuk rakyat.


Barisan Rakyat gagal menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 1990 kerana matlamatnya mahu menumbangkan Mahathir dan menjadikan Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri.


Barisan Alternatif gagal menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 1999 kerana matlamatnya mahu menumbangkan Mahathir dan menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.


Barisan Alternatif 2+1 gagal menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 2008 kerana matlamatnya mahu menumbangkan Pak Lah dan menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.


Pakatan Rakyat akan gagal dalam PRU 13, sekiranya matlamat Pakatan Rakyat hanya mahu menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.


Pakatan Rakyat hanya akan mampu menewaskan Barisan Nasional sekiranya kuasa itu dikembalikan kepada rakyat.


Hey!! Bukankah mengembalikan kuasa rakyat itu menjadi slogan Barisan Alternatif 2+1 dalam PRU 2008 lalu? Mengapa kuasa rakyat sudah hilang bunyinya…dan yang bising kedengaran ialah kuasa Pas diKedah, kuasa PKR diSelangor..kuasa DAP di Pulau Pinang? Dimana kuasa rakyat?


Politik PRU13 perlukan pendekatan diluar kebiasaan. Politk PRU 13 memerlukan anjakan pemikiran.


Barisan Nasional tidak mungkin dapat ditumbangkan sekiranya Pakatan Rakyat mengamalkan politik kebencian. Politik PRU 13 memerlukan kasih sayang, kerjasama, persahabatan, persefahaman dan perkongsian.


Kita tak boleh menang sekiranya kita hanya berminat mencari lawan. Kita tak boleh menang sekiranya kita hanya berminat mencari musuh.


Kita tak boleh menang sekiranya kita tidak bersatu…memahami satu sama lain…dan berkongsi sesama sendiri.


Bersedia?


Tak salah kalau politik seseorang itu berkiblatkan PKR…atau bermazhab Pas…atau berfahaman DAP…. politheist ataupun tidak percaya kepada faham politik kepartian…tetapi mempunyai satu matlamat bahawa kita mahukan kehidupan yang lebih baik. Dari rakyat untuk rakyat.


BERSIH telah pun menggerakkannya. BERSIH bukan dimiliki oleh Pas, PKR ataupun DAP. Ia adalah gerakan rakyat. Tetapi apa selepas BERSIH?


Kita mempunyai perbezaan. Kalau mahu difikirkan tentang perbezaan..sampai bila pun kita tidak akan dapat hidup bersama…sedangkan kita berkongsi matlamat yang hampir sama.


Kehidupan yang lebih baik..persekitaran yang selamat..kerajaan yang prihatin… aman dan harmoni…banyak lagi!!!


Mengapa tidak kita fokuskan kepada matlamat yang positif ini? Dan kita cari jalan bagaimana hendak mencapai matlamat tersebut…bukan dengan bertengkar apa hak aku dan apa hak kamu.


Siapa yang hendak memulakan proses menjadikan manusia yang bertamaddun ini…bukan hanya memikirkan tentang kuasa.


“Berikan aku sepuluh pemuda…akan ku goncangkan dunia.” Presiden Sukarno.


Itu kata-kata hikmat yang diucapkan oleh Sukarno kira-kira 65 tahun dulu. Tapi sekarang sudah berbeza.


“Berikan aku sepuluh blogger…akan ku goncangkan Malaysia” . Mungkin ini kata-kata hikmat yang mungkin sesuai sekarang ini. Macam mana kalau ada 20…30 atau 50 blogger yang disatukan? Mungkin kita mampu menumbangkan Barisan Nasional.


Semua orang adalah pemimpin. Semua orang perlu memimpin. Dan blogger adalah kalangan pemimpin yang mampu menggerakkan rakyat. Tapi ia hanya akan berlaku sekiranya blogger bersatu… dan menggerakkan perubahan.


Aku mungkin mampu memulakan sesuatu…tetapi kita perlukan lebih dari itu. Aku pernah menulis tentang Blogger’s Power. Dan aku tau…kita boleh buat lebih dari apa yang kita buat sekarang. Tak perlu menyorok…tak perlu melakukan secara sembunyi. Kita buat secara terang-terangan.


Awal bulan Jun, aku cuba untuk menganjurkan satu perjumpaan Bloggers. Tetapi oleh kerana kesibukan BERSIH, maka ianya ditunda. Sebagai permulaan, aku cuba membawa Mat Sabu dari Pas dan Haris Ibrahim dari MCLM untuk duduk bersama kita.


Dewan sudah ditempah…tiba-tiba Mat Sabu cedera dilanggar polis. Aku cuba dapatkan Nizar Jamaludin…tetapi Nizar pula dah ada program lain.


Aku terpaksa meneruskan program ini walaupun tanpa pemimpin Pakatan Rakyat. Masa yang terbuang adalah satu pembaziran. Perjumpaan ini adalah satu permulaan. Selepas ini, kita akan adakan beberapa siri perjumpaan, mungkin disetiap negeri.


Dan apa yang diharapkan ialah…kita akan dapat mencipta satu jaringan Bloggers Rakyat tanpa mengira parti atau mazhab politik untuk mengembalikan kuasa rakyat.


Ready?


Kita jumpa hujung minggu ini. 

sumber: Aduka Taruna

Keadilan Untuk Papagomo

Gua kata Papagomo sebagai Pelacur Blog sebab Tun Faisal menyatakan bahawa Papagomo "dibayar" untuk menulis. Bukan gua yang tuduh tetapi Bos Media Baru Pemuda UMNO yang cakap. Takkanlah dia nak bohong plak. Kalau benda tu takde, Papagomo kenalah bersumpah laknat.

Tak boleh? Aikk..kalau orang lain, beria-ia nak suruh sumpah. Cengginilah, gua minta maaf dan tarik gelaran tu kalau Papagomo membuktikan Tun Faisal menipu.

Dan, untuk berlaku adil, gua sisipkan tulisan Papagomo dibawah bagi menjelaskan lagi krisis mereka berdua...mungkin bagi kalian ia tidak penting tetapi isu gua adalah "BLOGGER DIBAYAR HINGGA TIDAK PAYAH BERNIAGA BARANGAN TIRUAN DI UPTOWN LAGI". Mewah tu beb!

Salam Dato Seri Hishammuddin Tun Husin On Menteri Di Jabatan Kementerian Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia.

Saya Blogger Papa Gomo ingin meluahkan apa yang sewajarnya saya sebagai seorang Blogger Pro Kerajaan BN nyatakan kepada Pak Menteri berhubung pegawai Khas kepada Pak Menteri iaitu Tun Faizal yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Untuk makluman Pak Menteri jika Pak Menteri masih ingat pada Penamaan calon Pilihanraya Kecil Dun Kerdau saya telah berjumpa dengan Pak Menteri dan bertanyakan mengenai isu isu semasa yang bertumpu kepada kementerian yang Pak Menteri kuasai.

Saya telah mengenalkan diri saya pada Pak Menteri yang pada masa itu disaksikan oleh beberapa orang pegawai Pak Menteri, Pengawal Pak Menteri dan juga beberapa orang. Dalam masa pertemuan itu juga turut berada di samping saya adalah rakan Blogger Pisau.Net, Medan Info Kita dan juga Gerakan Anti PKR.

Saya telah bertanyakan mengenai amaran yang sentiasa dikeluarkan Pak Menteri berbanding apa yang sepatutnya dan saya juga menyatakan bahawa ramai dikalangan kami rakan Blogger tidak faham dengan apa yang Pak Menteri sering nyatakan dan kami turut nyatakan bahawa KDN di lihat lemah diatas apa yang dilakukan.

Pak Menteri yang waktu itu dalam keadaan mood santai menjawap pertanyaan saya dan BERJANJI akan berjumpa dengan kami para Blogger untuk menjelaskan segala tindakan KDN yang berlaku bagi memberi pemahaman kepada kami yang merupakan Blogger jalanan ini.

Pak Menteri pada waktu itu dengan disaksikan pegawai lain dan rakan blogger Pisau.Net, Medan Info Kita dan Gerakan Anti PKR menyatakan sejurus tamat Pilihanraya Kerdau satu pertemuan akan diadakan diantara Pak Menteri dan para Blogger.Pegawai Pak Menteri di arahkan untuk memastikan pertemuan diantara kami para Blogger berlangsung dan setelah itu kami beredar bagi menjalankan tugas kami masing masing.

Belum pun keluar dari pusat penamaan Calon Pegawai Khas Pak Menteri Tun Faizal telah menahan saya dan bertanyakan kepada saya atas urusan apa nak berjumpa dengan Pak Menteri. Saya telah menjelaskan kepada beliau bahawa permintaan kami untuk berjumpa dengan Pak Menteri adalah kerana ingin mendengar sendiri penjelasan Pak Menteri berhubung pelbagai isu yang dilihat amat lembut tindakannya yang diambil ke atas Pembangkang.

Pegawai Pak Menteri Tun Faizal TIDAK MEMBENARKAN KAMI BLOGGER BERJUMPA dengan Pak Menteri atas alasan beliau boleh mejawap sebarang soalan yang pihak Blogger ingin ajukan berhubung KDN.

Saya yang waktu itu agak terpinga pinga kerana didalam kehidupan saya sebagai seorang Blogger inilah kali pertama saya dan rakan rakan Blogger lain telah di HALANG oleh seorang pegawai Menteri untuk berjumpa dengan majikannya atas kepentingan Negara.

Dan benarlah sebagaimana yang dinyatakan oleh Tun Faizal pegawai Khas Pak Menteri sehingga ke hari ini memang tidak ada sebarang perjumpaan diantara Pak Menteri dan juga Blogger. Malah pegawai Pak Menteri Tun Faizal yang kononya menyatakan beliau boleh menjelaskan segala persoalan berhubung KDN juga senyap membisu.


Apakah jika hendak berjumpa Pak Menteri hanya dibenarkan jika ianya berkaitan Projek sahaja? Jika tidak ada kaitan dengan projek maka tidak boleh berjumpa dengan Pak Menteri?

Untuk makluman Pak Menteri ramai Menteri menteri, Timbalan Menteri yang sudi berjumpa kami jika ada isu yang perlu dibantu apabila diserang pihak Pembangkang. Dan kami buat tugasan ini bukan berpaksikan Wang Ringgit tapi lebih kepada menang Pilihanraya dan rakyat mendapat penjelasan yang sewajarnya dari kerajaan.

Pak Menteri, minggu lepas saya telah dimaklumkan bahawa Pegawai Khas Pak Menteri Tun Faizal telah menghantar laporan SMS berkenaan saya yang dikatakan telah menghentam Pak Menteri selaku Menteri KDN. Dalam laporan SMS nya juga Tun Faizal telah mengaitkan saya dengan Ketua Bahagian saya dan juga lain lain pekara yang saya tidak mampu menyatakan nya disini atas sebab sebab SULIT.

Laporan dari Tun Faizal itu telah di hantar ke Supol Dato Markiman dan saya juga masih tidak tahu sama ada Pak Menteri sudah membaca laporan SMS tersebut. Jika belum adalah diharapkan Pak Menteri membacanya dan melakukan tindakan segera diatas laporan yang dihantar.

Pak Menteri. Laporan sms dari Tun Faizal menyatakan saya telah membalun Pak Menteri didalam laman Tweeter. Saya akui memang saya ada mengeluarkan satu isu yang berbunyi begini:


"Adakah KDN Lembab Dalam Melaksanakan Tugas?"

baca selanjutnya di : Papagomo.

Papagomo Adalah Pelacur Tahap Pariah



 MUKA YANG BUAT MALAIKAT TAK MASUK RUMAH.



Cerita gua pasal Tun Faisal dan Papagomo. Tun Faisal adalah Pengerusi Media Baru Pemuda UMNO dan Papagomo adalah Blogger UMNO yang hidup dan matinya hanya untuk UMNO (macam pundek bunyik nye).

Gua ada nampak Tun Faisal berdebat dengan Papagomo di Twitter. Gua ingat apa hal la kecoh-kecoh ni. Gua pun study tweets Papagomo dan Tun Faisal. Apa gua jumpa? Gua nampak ada "dendam kesumat" dilubuk hati (kalau dia ni ada hati la) Papagomo kerana Tun Faisal melaporkan "sesuatu" hal tentang Papagomo.Gua pun terus layan blog Tun Faisal:

Dalam kes terbaru, Papagomo merasa tidak puas hati apabila saya melaporkan tweetnya berkaitan Menteri Dalam Negeri dan KDN kepada Setiausaha Politik. Ini adalah rutin biasa seorang pagawai dan saya telah mencadangkan kepada Setiausaha Politik untuk menegur Papagomo melalui saluran parti, iaitu melalui Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju memandangkan Papagomo adalah ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsamaju.(sumber: SINI)

Perkara biasa lah tu beb. Namun, part yang best adalah ayat di bawah:

Papagomo berjuang tanpa dibayar? Sangat kelakar bila dia mengatakan perkara ini.( sumber: SINI)

Cis! Pelacur blog rupanya mamat barua ni. Pelacur hanya akan kangkang apabila kita bayar. Sama senarionya dengan Papagomo. Mana datangnya mamat tak sekolah dan bekas penjual barangan tiruan ni boleh beli Blackberry dan bayar domain "dot com" kalau "ehem ehem" tak bagi duit.

Rasa-rasa, kalau "ehem ehem" tak bayar mamat ni 3 bulan, mau dia sokong Lim Kit Siang ni.

Sekarang, rasa hormat gua lagi tinggi pada Anjing jiran gua dari rasa hormat gua pada Papagomo. PAPAGOMO , LU SUDAH DI CHECKMATE KAN!.

13.1.11

Al- Fatihah Buat Blogawan Yang Gambi

Al-Fatihah buat blogawan Yang Gambi . Semoga Allah memberika rahmat dan kebaikan buat roh beliau di alam "sebelah sana". Perjuangan beliau di alam blog, akan dikenang sampai bila-bila.

Al- Fatihah............

28.11.10