Rafizi
Ramli, pengarah strategi PKR telah menerima jawapan bertulis rasmi
daripada Pemuda Umno untuk cabarab debat mengenai skandal RM250 juta
Shahrizat – NFC setelah hanya 3 minggu selepas mengaku kalah.
Yang
paling teruk, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin telah membuat keputusan
untuk menarik diri dengan memberi alasan bahawa beliau ada tuntutan
lain pada hari yang telah dijadualkan itu, iaitu pada 12 Disember.
Hanya
selepas memikirkan secara dalam, pengkritik telah berpendapat bahawa
Khairy mungkin telah membuat perkiraan bahawa pendebatan tersebut tidak
akan membawa kemenangan kepada beliau dan juga ia mungkin boleh
membongkar banyak lagi kesalahan yang dilakukan dalam Umno.
(Sumber : http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2011/12/kehidupan-selepas-nfc-masa-depan-yang.html)
Komen aku: Entah apa yang KJ takutkan untuk berdebat dengan Rafizi. Jika isu NFC adalah fitnah, aku amat pasti KJ akan menghantar "bala tentera"nya yang lain untuk menggantikan beliau. Kesimpulan mudah bagi tindakan Khairy Jamaluddin itu hanya ada 2:
1. Beliau tidak ada fakta yang boleh membantu untuk kemenangan beliau dari segi hujah dan pembuktian fakta.
atau
2. Beliau sahaja yang bijak untuk berdebat dan menganggap barisan EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang lain adalah bodoh dan tidak layak untuk berdebat ataupun spin fakta.
Beliau mengambil ikhtibar atas kebodohan hujah-hujah Lokman Adam suatu ketika dahulu.
Bagi aku, kebenaran hanya tertegak dengan hujah. Selagi ia tanpa hujah yang kukuh, maka sebarang kenyataan wajar ditolak. Tidak pernah pula aku melihat Pemuda atau Wanita UMNO mutakhir menegakkan kebenaran dengan hujah. Ada segelintir yang bagus umpama Dr. Novandri dan Kamrulzaman Kamdias didalam blognya yang menangkis hujah Pakatan Rakyat dengan hujah. Kalau nak tunggu datang dari Exco Mutakhir, kirim salam lah!
Nak cerita hal Wanita UMNO? Mana ada cerita. Dengar sahaja hujah dan usul mereka dalam PAU yang lepas, nothing, poci, yilek!
Jika Keluarga Shahrizat bersalah, maka hukum sajalah. Duit itu bukan duit mak bapak dia pun.
Umpama aku ketika kecil, sudah tentu makan kepala tali pinggang abah aku kalau duit yang dia suruh beli buku, aku gunakan untuk beli air Milo. Walaupun aku berhujah yang Milo memberi tenaga, namun hakikatnya aku adalah orang yang melanggar amanah.
Bagaimana pula orang yang "rapat" dan dan hanya mendiamkan diri apabila temannya melanggar amanah; dibiarkan menjadi pemimpin? Hal ini, aku merujuk pada Shahrizat Jalil.
Dan, bagaimana pula orang yang bermati-matian mempertahankan orang yang melanggar amanah, boleh dikatakan calon boleh menang? Aku merujuk kepada KJ dalam kenyataan ini.
Bukankah melanggar amanah itu ciri-ciri Munafikun?
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment