Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

19.12.11

Parpukari dan papagomo adalah blogger Pakatan Rakyat?

Di akhir penulisan, akan aku terangkan mengapa tajuknya begitu.

Dari perspektif aku, Nga Kor Ming sudah masuk jerat. Syarikat dimana isterinya menjadi Pengarah telah dilantik menjadi penjahit Lounge Suit walaupun dalam Keputusan Tender, harga mereka paling mahal.(rujuk Cucu Tok Selampit). Bagi aku, jika harga tawaran tender syarikat tersebut paling murah atau kedua termurah, ia bukannya hal besar.

Perkara ini bukan baru di dalam pekung PBT. Seperti di NS, ada Majlis Daerahnya pernah melantik kontraktor dari SELANGOR (dan mengabaikan kontraktor Negeri Sembilan) walaupun harga mereka antara yang paling mahal. Secara purata, kontraktor NS menawarkan harga +-178-188k bagi kerja di Lampu Jalan  namun kontraktor Selangor tersebut memenangi sebutharga dengan harga +-194k. Mengapa ia tidak pernah dipertikaikan? Aku ada beberapa kes yang boleh menjadi rujukan namun aku memilih untuk tidak berlebihan dalam hal ini. Bagi aku, terdapat tangan-tangan ghaib yang memainkan peranan sebagi tok dalang. Siapa? Aku tidak tahu.

Aku secara peribadi menyelar apa jua penyelewengan dari mana-mana individu yang memegang kuasa.

Jika Shahrizat Jalil diminta letak jawatan kerana syarikat suaminya, mengapa tidak pada Nga Kor Ming?

Jika blogger Pakatan Rakyat tidak menyelar atau mendesak Nga Kor Ming meletak jawatan, maka mereka sama dengan Papagomo dan Parpukari yang menjadi penyokong kuat UMNO tidak kira betul atau salah. Mengelirukan bukan? Blogger pro-UMNO dan pro-PR memang sama dari segi mempertahankan pemimpin masing-masing namun amatlah malang jika mereka juga SAMA dalam menutup kebathilan dan kezaliman.

Dan, jika perkembangannya begitu, rakyat sudah boleh mulai khuatir kerana tiada perbezaannya antara BN dan Pakatan Rakyat. Akhirnya, hendak undi siapa?

Wallahua'lam.


No comments: