UMNO Bagan Pinang
Jika Isa Pendek (Isa Samad) tidak kredibel, siapa lagi yang mahu diletak sebagai calon? Mungkin bagus jika Harimau menulis begini:
"Ada ke calon BN yang kredibel?"
Soal kredibel tidak berapa penting di PD kerana jika itu menjadi kayu ukur kemenangan DUN Bagan Pinang, maka sudah lama lah PAS mengalahkan Azman Mohd Noor (Allahyarham) kerana bukankah parti Islam lebih kredibel dan dipercayai?
Bab Politik, kepala hotak orang Bagan Pinang bukanlah terbuka dan ambil pusing sangat malah ramai antara orang atasan UMNO Bahagian mahupun Cawangan yang tidak tahu pun kisah-kisah dan isu-isu terbaru politik nasional. Jika tidak, masakan Najib Isa (anak Isa Samad) boleh diangkat menjadi pemimpin (naib) Pemuda Bahagian? Dari kaca mata Harimau, beliau langsung tidak kredibel. Namun, UMNO Telok Kemang yang memang terdiri dari "orang Isa Pendek" amat bijak menyusun Hirarki kepimpinan hinggakan berbondong-bondong Melayu kredibel terpinggir dan keluar UMNO. Kemenangan DUN Bagan Pinang bukanlah 100% atas kekuatan calon tetapi diampu oleh kekuatan Undi Pos.
Hari Raya
Terbaru, di hari raya ketiga, Anwar Ibrahim buat "makan-makan" di Batu 6 dan menjemput warga Telok Kemang hadir. Harimau tidak dapat pergi kerana jaga anak (bini dalam pantang).
Member Harimau kata, orang UMNO yang pergi makan kat Majlis Anwar Ibrahim tidak kan dapat apa-apa peruntukan Pilihanraya nanti. Apa punya ngok lah diorang ni. Ini perihal Raya...janganlah kaitkan dengan politik!
Calon Pilihanraya
Nampaknya, peluang PAS amat cerah untuk menang kerana UMNO semakin ketandusan calon namun bakal dihimpit rasa jengkel kerana di Bagan Pinang mempunyai undi pos berjumlah 5 ribu lebih! Puihh.
Walaupun PAS sedang dilema memilih calon untuk diletak di Bagan Pinang nanti, Harimau dapat lihat jentera bawahan Pakatan Rakyat semakin hebat menyusun dan merancang strategi. Mana Harimau tahu?
Harimau pasang telinga waktu makan di Restoran sebelah Baden- Baden Bundle di Bagan Pinang (Batu 4). Dasat diorang bro. Silap-silap boleh terlungkup UMNO dek kepintaran orang bawah memasang "jerat".
Siapa bilang orang bawahan tiada kuasa?
Harimau: menulis dalam mood Raya memang tak best langsung!
Petikan Salafi
"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.
Mutiara Kata
Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"
10 comments:
Salam Rimau,
Selamat AidilFitri, and Selamat menyambut baby and Selamat menjaga isteri dalam pantang dan Selamat berpantang jugo.
Maaf jiko ado apa2 yang ter..ter..ter.. sepanjang den melayan blog ekau ni.
Den baru tau ekau sibuk jaga baby and mamanya, patut blog jarang update. Pelan2 kayuh bro... semoga semuanya sihat sejahtera and ceria selalu.
Bagan Pinang? UBN over confident menang (undi pos ler...)
akak rasa tok rimau ajelah yg jadi calon. mana tau menang rezeki anak... selamat hari raya maaf zahir batin.
Assalamualaikum anak cyberku Harimau yang menaip,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin Mak Cik pinta, jika ada tersalah kata dan tersilap bahasa selama ini.
Selamat juga menjaga isteri dan cahaya mata. BerTuah isteri kamu dapat suami macam kamu.
Hati-hati bila di jalan raya. Mak Cik harap semua OK di PD, kampung Mak Cik juga.
Saya bersetuju dengan saudara.
Sila baca pendapat saya mengenai issue Bagan Pinang ini di blog saya: http://alizul2.blogspot.com.
salam Bro,
Dulu seingat aku bab pilih calon ni, UMNO tidak jadi masalah langsung. Sekali petik je, beratus calon boleh disenaraikan. Tidak kira samada mereka itu berlajaran tinggi ke, pertengahan ke, rendah ke semuanya layak menjadi calon. Tapi sekarang..hiks..hiks..hiks... UMNO dah jadi pening...
"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
selamt hari raya...
semoga UMNO kalah teruk selama-lamanya
PESTA BANGAN PINANG
The BN Chief needed a strong back to put this man with a murky past on the right spot ie just a UMNO member.
Since this man with murcky past is a candidate fr the byelection,the chances of winning the other voters in all the Parlimens and sTate assmblies of clean and untainted leadersip is flushed down to sea off ofPD.
Even if win the by,it means UMNO is not changed,will not change,winning seats will be 50 % or less in nex GE.
If lose this bylection,is proof of the prediction and show the forcast for the nex GE.
Too bad,BN had its chance to redeem its name,
Fcst that same result as in past byelects.
UMNO is on the road to an opposition party in next election.
All pple know now that opposition will use this by elect to finish and coup de grace to BN.
Bagan Pinang will be the turning to PESTA PULAU PINANG if PR come to town to
Bookmakers will running large stake.....
Bn sori,but no apologies.
Mah Ngah Tong.
Mentang-mentanglah kau sokong si Anwar Dungu pengkhianat Melayu tu, semua dia buat betul aje.Sah bangang betul kau. Nyang den cakap, kau ni bangang nak mampuih.
kenapolah kau ni sokong si Anwar si hamba abdi Lim Kit Siang, Lim Guen Eng ni....den botul2 heran, sodarlah ooiii. Melayu ni dah nak hapus , tak kan nak jadi hamba kuli abdi balik.....
pegi dah penakut....pondan nak mampus....kalau tak berani..janganlah buka blog ...bodoh sah bangang
Adzeem,
Saya suka post yang ke seratus di blog Tuan tu.
Best. Nak copy boleh?
Post a Comment