Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

3.10.09

Bagan Pinang: Isa Vs Isu Peribadi


{tempat mengadu orang Bagan Pinang}


Lawan Isa Samad bukanlah PAS kerana PAS tidak kuat di Bagan Pinang. Lawan beliau adalah isu-isu mengenai peribadi dan juga "berkemungkinan" di sabotaj oleh orang-orang Tok mat (MB NS).
Orang PD tahu yang aura Tok Mat tidak cukup ampuh untuk menakluki hati mereka cuma mereka tidak tahu yang mereka sebenarnya telah lama tandus pemimpin sejati.

Tidak cukup sejatikah Isa Samad? Itu mungkin soalan kalian.

Soalan Harimau pada kalian pula; tidak cukupkah bertahun-tahun Isa menjadi MB NS? Tidak muakkah kalian?

Orang PD memang tidak kenal muak tetapi mereka pasti muak dengan Isa Samad kalau mereka pernah minum di Maya Cafe Lavender Height Seremban.

Banyak cerita angin yang datang dari sana.

Benar atau tidak? Wallahualam. Siasatlah sendiri.

Gambar Ronda Bagan Pinang sebelum Hari Penamaan Calon





6 comments:

PARPUKARI said...

Salam Tok Ghimau, selamat hari raya dan maaf zahir batin!

House PK

Harimau-Menaip said...

Salam Parpu;

Selamat Hari raya. Semoga lelaki terbaik akan menang di Bagan Pinang.

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Apa khabar cucu baru Mak Cik? Harap semuanya sihat dan baik belaka.

Mengundi di Bagan Pinang nanti?

ISA said...

Salam Bro,

Isteri sihat? Anak sihat? Tuan Sendiri adakah sihat? Harap semuanya sihat sejahtera belaka.

Aku tak nak komen pasal PRK. Cuma nak tanya gambar tu bulan November atau February bro...

ha..ha..ha... terlepas pandang agaknya... atau gambar PRU lepas.

Harimau-Menaip said...

ISA,

Kah kah kah...Aku tercepat sebulan rupanya... Kira tajam gak mata hang...banyak makan carrot la ni..

Waalaikumussalam Ibu;

Cucu Ibu sihat..tak meragam..masa lahir kecik sikt..2.1kg.

Lepas sebulan...2.6 kg.

Tu yang sibuk sikit..almaklumlah..anak sulung. Lima tahun menanti.

kulatlapok said...

Kalau mereka berfikir berkali2 siapa Tok Isa mereka akan membuat keputusan yg mengejutkan...dah digugurkan dalam pru lalu kemudian kutip balik..pemimpin pelapis telan air liur aje..mereka kata tak pa bagi peluang, bagi tebus dosa lalu, tapi dalam hati tuhan saja yg tahu..niat nak sabotaj?? sikit2 ada juga terselit kat pemimpin muda mereka..wallahuaalam.