Petikan Salafi
"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.

Mutiara Kata
Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Salam Bro;
Hidayahnya tak sampai tapi jiwanya menyelami kepayahan umat Islam untuk menegakan agama Islam. Wallahuaalam.
Titiskan jugalah air mata buat mangsa gempa bumi di Padang dan Jambi serta mangsa banjir besar di Manila Metro..
Kulat;
Tau juga dia kebesaran Allah. Ramai orang Islam tidak bercerita kebesaran Allah. Sehari berapa kali agaknya kita berbual dan mengagumi Tuan Punya Dunia?
Kalau saya...jarang sekali.
Ibu Melayuangkat,
Sudah saya titiskan juga buat orang Islam yang terkorban. Saya tersentuh bila membaca tulisan mengenai perempuan Cina itu. Entah kenapa.
Salam,
Di anjung sebuah surau, sambil menunggu waktu Isyak, tiga orang sekawan bersembang. Macam-macam hal dibualkan, dari cerita Tsunami di Samoa, gempa di Sumatera sehinggalah ke PRK Bagan Pinang.
Pak Samad: : Eloknya PAS tak payah bertanding di Bagan Pinang. Bagi ja Isa Samad menang.
Haji Sulaiman: Hish, mana boleh Pak Samad. Tak boleh dibiarkan Umno ni menang percuma. Kena ada lawan.
Wak Lebai menyampuk : Yalah Pak Samad, PAS tak menang pun takpe, ini perjuangan dakwah.
Pak Samad: Kawasan ni kampung halaman Isa Samad, ramai saudara mara dia di sana. Dia pun pemimpin lama berjasa, bekas MB pulak tu. Banyak kelebihan Isa ni nak menang.
Wak Lebai: Atas kertas memang Isa calon favourite. Tapi dalam keadaan Umno lemah sekarang ni, tak mustahil berlaku kejutan. Orang Cina sama India dah tentu undi PAS.
Pak Samad : Kalau PAS menang pun tak jadi apa pun. Kerajaan Mat Hassan tak tergugat pun, masih ada majoriti di DUN. Patutnya PAS tak payah bertanding, sokong ja Umno demi kesatuan Islam.
Haji Sulaiman yang berdiam diri sejak tadi mula bersuara: PAS kena tentang Umno selagi dasar perjuangan Umno ni belum berubah, perjuangan kebangsaan Melayu. PAS pulak perjuangkan Islam.
Pak Samad : Kan Umno pun perjuangkan Islam macam PAS jugak? Cuma Umno berjuang bil-hikmah, tak bising-bising macam ayam, bertelur sebiji riuh sekampung.
Wak Lebai : Islam Umno ni tak ori, Islam plastik. Dulu Islam Hadhari, sekarang ni buat mazhab baru pulak, mazhab 1Malaysia.
Pak Samad: Hish wak ni, janganlah pulak nak memandai. 1Malaysia ni bukan mazhab. Ini gagasan PM kita, nak satukan rakyat Malaysia. Tanpa mengira parti, bangsa atau agama.
Haji Sulaiman : PAS dan Umno ni sampai bila pun kena berlawan. Dasar perjuangan berbeza sangat. Satu ke kiri, satu ke kanan. Macamana tak berlawan ?
Pak Samad: Tapi Haji, dasar perjuangan PAS dan DAP pun sangat berbeza, macam langit dan bumi. Macamana pulak tu, dengan Umno PAS kena berlawan, tapi dengan DAP boleh pulak PAS berkawan?
Belum sempat soalan Pak Samad dijawab, azan Isyak pun berkumandang. Haji Sulaiman, Wak Lebai dan Pak Samad bangun mengambil wuduk.
salam. berkunjunglah ke blog saya kalau ada kelapangan.terima kasih.
http://thekedaihitamputih.blogspot.com
Kenapa Melayu/islam mudah benar cair apabila dipuji?
Bila Umar Abdul Aziz di puji oleh orang Cina, Melayu/Islam bangga dan cair.
Bila bendera PAS, Cina kibar, Melayu/Islam rasa bannga dan cair?
Mudah benar nak ambik hati orang Melayu/Islam. Puji sikit cair lah....
Seolah-olah dah turun hidayat.
Teringat kata2 oleh Kenneth Kaunda: : The whites came with the Bible in their rigt hand, and took our land with their left hands".
Nak ambik hati Melayu/Islam mudah je... puji je sikit; cair lah depa nanti.
MRSM Kalae Chepo 66/73
Post a Comment