1. Saya ucap taniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya menganugerahkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan jawatan penasihat ekonomi dengan bayaran hanya RM1 setahun.
2. Mungkin kepimpinan Kerajaan Selangor tidak tahu akan prestasi Dato Seri Anwar sebagai Menteri Kewangan Kerajaan Pusat diwaktu krisis kewangan melanda Malaysia.
3. Dia begitu taksub dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF - International Monetary Fund) dan Bank Dunia sehingga menerima bulat-bulat nasihat Michel Camdessus (pengarah urusan IMF) dan James Wolfensohn (presiden Bank Dunia dan sahabat karibnya) supaya negara ini mengurangkan perbelanjaan Kerajaan untuk mencapai surplus, menaikkan faedah pinjaman bank dengan tinggi supaya peniaga kekeringan modal dan tidak dapat berniaga, memendekkan masa untuk membayar hutang bank daripada enam bulan kepada tiga bulan untuk menjadikan yang berhutang muflis dan bank dibeban dengan hutang tak berbayar (non-performing loans), supaya bank tidak dapat berfungsi dan memerlukan suntikan modal dan bermacam lagi tindakan yang melemahkan dan memburukkan lagi ekonomi negara ini supaya terpaksa mendapat bantuan IMF dan Bank Dunia dengan syarat ekonomi Malaysia diserahkan kepada institusi-institusi ini.
4. Jika pentadbiran ekonomi Malaysia diserahkan kepada IMF maka Dasar Ekonomi Baru akan dihapuskan.
5. Tindakan Anwar ini dikenali dalam akhbar-akhbar sebagai pengamalan dasar IMF tanpa IMF - iaitu tanpa apa-apa bantuan kewangan daripada IMF.
6. Dengan dasar yang diperkenal oleh Dato Seri Anwar maka keadaan ekonomi menjadi lebih buruk dan Ringgit Malaysia jatuh lagi nilainya.
7. Jelas sekali Anwar tidak faham sama sekali pengurusan kewangan dan ekonomi negara.
8. Kuasanya keatas kewangan dan ekonomi terpaksa dipindah kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), sebuah jawatankuasa dan think tank yang ditubuh untuk menangani masalah kesusutan nilai Ringgit dan ekonomi negara.
9. MTEN-lah yang mencipta currency control atau kawalan matawang dan menyekat CLOB (Central Limit Order Book - pasaran saham haram yang ditubuhkan di Singapura) supaya segala perniagaan Ringgit oleh penyangak matawang dan penjualan saham Malaysia dalam CLOB ditamatkan.
10. Tindakan MTEN ini berjaya memulihkan ekonomi dan kewangan negara.
11. Mungkin sikap Gabenor Bank Negara dan Timbalan Gabenor yang cuba mengagalkan currency control tidak ada kena mengena dengan Dato Seri Anwar. Tetapi hakikatnya ialah kedua-dua pegawai ini terletak dibawah bidangkuasa Menteri Kewangan.
12. Saya berdoa Kerajaan Selangor tidak akan dipermainkan oleh Penasihat Ekonominya.
Tun Mahathir terlalu menganggap DSAI sebagai orang yang gila dan bodoh. Anwar tidaklah bodoh sangat kerana beliau tidak menerima RM1 setahun tetapi RM1 sebulan. Maknanya, RM12 bagi setahun.
DS Anwar Ibrahim adalah Sebelas Ringgit lebih pandai dari telahan Tun Mahathir. Wow! Taklah pandai sangat kot?
“I have met Anwar and he has consented to the appointment with a token monthly allowance of RM1. His experience cannot be doubted as he has been the Deputy Prime Ministe and Finance Minister. He is now a director for a fund management company in United States, an adviser for a large Islamic bank in Bahrain and economic adviser to a country in Europe,” said Tan Sri Abdul Khalid. {link}
Salam Tok Rimau
ReplyDeleteMungkin orang tua ini sudah dihinggapi penyakit nyanyok!
Tuan,
ReplyDeleteTun memang otai malah dialah guru bagi Anwar. Dia juga terlalu underestimate Anwar.
Dulu, "kita" kuat tatkala mereka berdua di persada kepimpinan negara...
Sekarang, kita makin berpuak-puak. Bila agaknya nak selesai....
Assalamualaikum anak muda Harimauku,
ReplyDeleteOrang tua nyanyok inilah PM kita selama 22 tahun, meletakkan kita dipersada dunia, disegani dan dihormati dikalangan negara Islam lainnya. Sekurang2nya, inilah feedback yang Mak Cik sendiri alami bila di New York, Cairo malah di Cape Town. Rata-rata mereka menyanjungi Tun M. Mungkin memang adat hidup ini beginilah, bila kita ada sesuatu atau seseorang dalam hidup kita, kita tak hargai. Kita hanya hargai bila kita telah kehilangannya. WaAllahuAlam.
Harimau anakku, Kita mungkin Alhamduillah belum Nyanyok, tiba masanya kalau panjang umur dan ditakdirkan nyanyok (minta dijauhkanlah dari ini kalau boleh) tapi percayalah anakku, segala pengajaran, pengalaman dan Ilmu Tun Dr. M jauh lebih banyak dari kita semua walaunpun dia dikategorikan sekarang 'Nyanyok'.
Hormatilah pemimpin yang telah pernah berjasa pada kita walaupun idea dia mungkin tak sehaluan dengan darah muda kita, (kamulah, Mak Cik dah tak muda lagi). Dia telah melalui banyak pahit manis, ditomah, difitnah, keluarga dihina dan disindir bermacam jenis perkataan yang nak diulang pun takut supaya Malaikat tak laknat kita sama.
Ingatkah kamu betapa ramai dan banyak SUARA SUARA Alim yang mahu dia berhenti jadi PM sebab telah lanjut usia? Mak Cik sendiri hadiri satu seminar yang ceramahnya dari kumpulan Alim Ulama tiba tiba sahaja bila penghujung ceramah setelah habis huraian ayat ayat suci Al-Qur'an dan Hadith: Muncul bab Firaun dan disamakanlah dengan PM ketika tu, Tun Dr.M. "Bila Firaun ini nak berhenti? Dah tua, tak berhenti-henti juga. Tamak haloba...."
Sekarang apa dah jadi? Ada juga pemimpin yang telah tua tua tetapi tak juga berundur dari jadi ketua parti masing masing? Kita lihat sendiri sekarang Allah swt menunjukkan pada kita, segala yang mereka amalkan agak berlawanan dengan arus prinsip parti keramat mereka sendiri? Sehingga sanggup memperjudikan ikatan suci perkahwinan semata-mata mahu bukti ketaatan pada parti? Inilah satu rekod dunia parti politik ZAMAN SEKARANG ni, zaman yang tak lama lagi nak Kiamat. Bukan kerja orang muda tapi nyanyok namanya ni?
Anakku sekarang baru dikurniakan Cahaya mata perempuan. Agak agaknya tiba ketika 25 tahun dari sekarang sanggupkan jika anak ini InsyaAllah akan dipinang jejaka yang berprinsip sebegini? Tentu fikir 100 atau 1000 kali jika mahu menerima pinangan orang sebegini walaubagaimana Alim dia pun.
Maaf Mak Cik membebel pagi pagi ini, Mak Cik rasa tak sedap jika ada orang hanya nampak salah PM sahaja walhal SEKARANG ini terlalu banyak kepincangan yang dilakukan oleh mereka yang berIlmu Islam menggunung berbanding kita tetapi apa yang diamalkan lain cerita.
Kita semua sekarang kena buat thesis masing masing apa dia hadiah, habuan dan rasuh dan adakah molek seseorang pemimpin politik yang ada kepentingan dalam pentadbiran sesebuah negeri itu menerima tajaan ke Honeymoon, Umrah atau Haji.
Pasal Anwar ni, kalau Selangor nak rasa sangat dia biarlah, kita tunggulah nanti...InsyaAllah kalau umur panjang dan dizinkan Illahi.
Waalaikumussalam Ibu Melayuangkat;
ReplyDeleteSaya amat menghormati Tun Dr. Mahathir dan DS Anwar; saya membesar dibawah kepimpinan mereka.
Saya khusyuk melayan Biografi Mahathir di Discovery dan perkara yang sama akan berlaku jika ada Biografi Anwar Ibrahim.
Mereka hebat tetapi politik yang telah "membodohkan" mereka.
Jika DSAI bodoh ekonomi, "siPandai" mana pula yang telah melantik beliau sebagai Menteri Kewangan selama hampir satu dekad?
Akhirnya, orang yang neutral akan menang dalam peperangan ini.
Wallahualam.
Salam,
ReplyDeleteDalam web che det tu anggaplah type error tentang RM1 setahun tu. takkanlah pasal salah tulis rm1 sebulan atau rm1 setahun pun tuan rimau nak buat posting.
jangan marah ya.
saya setuju benar dengan ibu angkat. mountdweller ni kot yang nyanyuk.
jangan marah ya.