Kes Dr. Asri: Perkembangan Mutakhir
- 9.55 pagi: Mahkamah menetapkan tarikh 5 Januari 2010 untuk perbicaraan kes .
- 9.50 pagi: Mahkamah telah memutuskan, tidak memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
- 9.35 pagi: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberi ceramah tanpa tauliah dan dan minta dibicarakan.
- 9.15 pagi: Mahkamah sedang bersidang.
- 9.10 pagi: YB Saari Sungib turut hadir.
- 8.45 pagi: Azwan Ali datang bersama rakan-rakan mewakili kelab penyokong Dr. Asri.
- 8.43 pagi: Datuk Seri Shahidan Kassim datang bersama sahabat dari Kuala Lumpur.
- 8.37 pagi: Editor Mstar datang bersama wartawan media cetak dan elektronik untuk membuat liputan.
- 8.35 pagi: Satu bas daripada Perlis telah sampai untuk memberi sokongan moral.
- 8.30 pagi: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bersama peguamnya
sumber: Minda Tajdid {
link}
Assalamualaikum anakku,
ReplyDeleteTerkedu Mak Cik tengok gambar gadis Melayu? yang main buih sabun cuci motor. Semoga Allah swt memberi petunjuk pada mereka semua untuk kembali ke pangkal jalan. Kadang kadang orang muda darah pun terlalu muda, bukan benda bukan-bukan.
Tapi tidak bermakna mereka tidak akan insaf dan kembali ke jalan yang betul, InsyaAllah. Kesian, muda muda dah dipergunakan.
Tentang Dr. Asri ni pun sesuatu yang Mak Cik pelajari..."Kelab penyokong Dr. Asri...Fan Club". Mak Cik ingatkan Football dengan Artist je ada Fan Club. Baguslah mereka sokongan moral pada Tuan Guru Mereka.
Mak Cik, tunggu dan lihat apa berlaku di Mahkamah nanti jika panjang umur dan diizinkan Illahi?
Qaseh apa khabar? Semoga sihat walafiat dan segalanya sejahtera, Amin.
Waalaikumussalam Ibu..
ReplyDeleteSaya pun terkejut...dasyat juga budak sekarang..
Saya kasihan pada Dr. Asri..walhal banyak lagi kemungkaran yang nyata dan jelas..mengapa "Bekas Mufti" yang mahu dibicarakan? Rasanya, ada kaitan dengan politik.Itu yang saya jengkel.
Dan, Qaseh sihat..Alhamdulillah.. dah 3 bulan pada 18/11 yang lalu..