23.11.09

Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim

Tiada kata yang dapat menggambarkan kehibaan tatkala menonton ulangtayang adegan Tun meletakkan semua jawatan yang dipegang beliau di ucapan penutup Perhimpunan Agung UMNO di "Biography Mahathir" yang disiar di saluran 555 Astro. Ia cukup nostalgia buat aku yang membesar dalam keluarga "karat UMNO" dan dibawah pimpinan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia sejak berumur 4 tahun.

Aku tidak malu untuk berkata bahawa aku sayangkan Tun Mahathir dan menyanjung tinggi beliau kerana bagiku, beliaulah genius Melayu, beliaulah bapa kemodenan dan seorang pemimpin yang berkarisma.

Di sebalik itu, sedikit kekecewaan apabila mengetahui yang "kepercayaan" beliau terhadap kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah berlandaskan laporan dari PDRM dan temubual beliau dengan "mangsa dan mereka yang terlibat".

Bagaimana jika telahan dan perhitungan beliau itu tersilap? Bukankah ketika itu, ramai yang mencemburui Dato' Seri Anwar dan ingin menjatuhkannya? Bukankah Tun akan berdosa atas fitnah yang diciptanya? Harimau Menaip cukup yakin bahawa Tun Mahathir telah melakukan kesilapan.

Konklusi ringkas

Tun Mahathir adalah pemimpin Melayu/ Malaysia yang paling hebat; tiada apa yang dapat menyangkalnya.

Harimau Menaip amat menyanjung kepimpinan Tun Mahathir; tiada apa yang dapat mengubah perkara ini.

Harimau Menaip merasakan tindakan memecat DSAI dengan hanya berlandaskan laporan PDRM kepada Tun dan temubual yang dijalankan secara peribadi adalah SILAP. Kesannya akan berlanjutan dan tidak pernahkan positif buat Umat Melayu.

Jika tidak kerana "kesilapan" itu, Melayu adalah Bangsa TERKUAT dan tiada apa dapat menggoyah UMNO dan Malaysia.

Dan, Khairy Jamaluddin juga tidak mempunyai peluang untuk WUJUD dalam sejarah UMNO, Melayu dan Malaysia. Khairy Jamaluddin adalah kesilapan perwakilan UMNO. Perwakilan UMNO perlu bertanggungjawab.

Nyata, beberapa kesilapan kecil ini telah melenyapkan kekuatan bangsa Melayu dan memecahkannya ke bahagian yang banyak dan kecil.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa Tun Mahathir dan memberi yang terbaik kerana beliau telah terlalu banyak berjasa pada agama dan bangsa.

"Hidup TUN MAHATHIR!"

19 comments:

  1. Kebijakan akal manusia ni ada limitnya. Sebijak mana pun manusia tak der ler sampai membolehkan mereka untuk menghina Nabi dan menghina islam. Fikir2kan lah...

    ReplyDelete
  2. Salam Tok Rimau

    Saya juga mengagumi Tun Dr. Mahathir. Beliau adalah seorang pemimpin yang terbijak dianugerahkan Allah untuk Malaysia namun begitu yang saya tidak akan lupa ialah beliau menghina Nabi dan menghina Hudud. Beliau perlu mohon ampun dari Allah yang Maha Tahu dan Maha Pengampun.

    Tentang beliau dengan Anwar pula saya tidak mahu komen. Hanya Allah, Anwar, beliau dan PDRM saja yang tahu betul atau tidaknya. Kalau salah beliau perlu mohon keampunan Allah dan Anwar sendiri secara terbuka sebab tuduhan dulu pun dibuat secara terbuka. Kalau betul Anwar tidak akan terlepas dari Hukuman Allah.

    Tapi nampak gayanya di atas kedua-dua perkara di atas, pendiriannya masih belum berubah walau pun dari segi adat sebagai seorang manusia umurnya sudah di penghujung waktu.

    ReplyDelete
  3. mcamana nak percaya pada anwar yang dh hlgkan kepercayaan Azmin, sukma dan saiful buhari?... ha ha ha

    salam perjuangan,
    http://writtenbyhim.wordpress.com/

    ReplyDelete
  4. Tuan-tuan sekalian,

    Beliau "bersalah" kerana menghina Nabi junjungan, beliau juga "bersalah" pada bekas Mufti Selangor (Allahyarham) namun bab dosa itu kita doakan agar beliau diampuni.

    Dan, beliau juga WAJIB bertaubat.

    Saya tidak sanggup untuk mengkritik beliau kerana beliau telahpun tahu kesalahan dan sudahpun dikritik keras.

    Biar beliau "dihitung" oleh Yang Maha Kuasa.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum anakku Harimau,

    KITA semua pun banyak salah silap dalam hidup ini. Graph kita turun naik..biasalah selagi kita manusia. Sama-samalah kita berdoa agar Allah swt menerima taubat dan ampunkan semua dosa-dosa kita walaupun kita bekas PM atau orang biasa biasa.

    Allah swt maha mengetahui dan maha Mengampuni..

    ReplyDelete
  6. Dr Mahathir, kesilapan paling besar = Memali

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Bila Dr. Mahathir hina Nabi dan Islam? Ada petikan? atau propaganda wartawan atau kepercayaan kita kepada persepsi yang sudah wujud ini?

    Jika Dr. Mahathir hina Islam sekalipun, nescaya dia akan kaku dan lumpuh ketika mana masuk kedalam Kaabah. Siapa lagi pemimpin kita yang pernah masuk? Nik Aziz, Anwar?

    Isu pemecatan Almarhum Dato' Ishak Baharom pun polemik yang dimainkan Pas. Kuasa Mufti terletak dibawah Sultan. Mana bukti campur tangan Dr. M dalam isu ini. Jangan serkap jarang...

    Tetapi Anwar bersahabat dengan rejim yang menyokong Zionisme, itu tidak salah? Jika dia menegur adakah kita lihat perubahan di Palestin hasil 'teguran'nya itu?

    Adakah bila kita ada PM bernama Anwar selepas Mahathir, IMF tidak menjadi Ah Long yang menunggu di pintu saban hari minta dibayar hutang?

    Walau apapun orang kata, Dr. Mahathir adalah pemimpin Islam tunggal yang berani bersuara pasal Yahudi. Anwar ada ker? Nik Aziz, siapa yang mahu dengar?

    ReplyDelete
  8. apa yg pelik sangat tntang anwar dgn prlakuannya, tidak mustahil dia melakukan tapi oleh krana duit banyak dan trnama boleh lah dia lepas, orang biasa sprti saiful akan hanya mnjadi mangsa kpd keadaan.

    ReplyDelete
  9. hoho..bro, gua pon dh tgk gak arituh..dr kol 1 smpi kol 3 tercongok depan tv..walaupon gua tak suke pimpinan mahathir,tp gua tetap salute dier, yg jadik mastermind kepada perubahan Msia untuk emnjadi negara yg dipandang tinggi msykt dunia skrg nih..

    ReplyDelete
  10. salam Bro,

    Tak salah pandangan kau seliran dengan pandangan aku, Tun Mahathir anatara pemimpin yg bertanggungjawab mewarnakan kemodenan Malaysia. Namun beliau tergelincir akibat hasutan ari orang2 yg disekelilingnya yg cemburu dengan kelonjakan DSAI. Wallahuaalam.

    ReplyDelete
  11. ada gua suka.. ada gua tak suka. ada gua percaya.. ada gua tak percaya.

    ~KiLaT~
    kadang2 gua tak percaya dengan gua sendiri.

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya haji.
    semoga setiap amal baik sdr sentiasa dirahmati allah.

    ReplyDelete
  13. Tuan Pyan;

    Selamat Hari Raya. Banyak makan rendang daging?

    ReplyDelete
  14. Apala ko Harimau takkan tak nampak atau buta hati ko utk melihat segala kebenaran yg ALLAH SWT sedang pertontonkan kepada kita tentang Anwar Al-Juburi!, Klu betul-2 dia teraniaya dah lama dah jadi PM, ini ada je masaalah tak selesai-2. Buka pintu hati ko Tuan Harimau utk melihat semua ini...

    ReplyDelete
  15. Tuan-tuan,
    Tak banyak dosa Mahathir (pada mata manusia @ penilaian duniawi) melainkan:-
    1) Memperlekehkan sunnah Rasul sedsangkan beliau Islam yang belum murtad dan tidak patut digelar munafik
    2) Memperlekehkan martabat Melayu dengan membuang atau menafikan keperluan jiwa bangsa iaitu bahasa Melayu dalam proses ilmu dan permodenan negara.
    3) Meyakinkan rakyat bahawa beliau melakukan perkara betul walhal terlibat dengan fitnah dan konspirasi.
    4) Merasa diri hebat dan tidak ada orang Melayu lain lebih hebat darinya, dan merupakan syirik kecil yang tidak disedari.

    Marilah kita berdoa supaya Mahathir panjang umur agar beliau dapat saksikan sendiri kejatuhan bangsanya yang sangat menghormatinya.

    ReplyDelete
  16. Asyik cerita pasal bangsa dan bangsa dan bangsa...

    Asyik cerita pasal melayu dan melayu dan melayu...

    Soalan penting untuk Tuan Rimau? Bangsa apa yang paling mulia? Siapakah yang paling mulia kedudukannya di sisi Allah?

    Jawapannya ada di dalam Al-Quran

    ReplyDelete
  17. Salam Tok Harimau,

    Satu pendapat yang bernas dan tidak beremosi...

    Ramai orang UMNO bila bercakap pasal Anwar akan beremosi sehingga menggelar Al-Juburi

    Ramai orang PR bila bercakap pasal Chedet juga akan beremosi sehingga menggelarnya Mahafiraun

    Sebenarnya CHEDET tidak semuanya SALAH. Dan ANWAR juga tidak semuanya BETUL.

    Jika defikirkan..kecerdikan Mahathir dan disulam dengan ketegasan Anwar terhadap isu rasuah akan menguatkan Melayu di Malaysia ini.

    Saya percaya,perpecahan di antara 2 tokoh ini kerana ANGKARA para perasuah,pengadu domba dan mereka yang berkepentingan lantaran menyebabkan perpecahan sokongan orang Melayu.

    ReplyDelete
  18. Bro,

    1968 lagi, mamak tu dah berkunjung ke Harvard Business School menyertai Summer Program kelolaan Henry Kissinger …..sehingga kini, hubungan intim ini masih berterusan!.

    Baca buku biografi Henry Kissinger…..dia ada menyatakan hakikat perhubungan ini sejak 1968 DAN Henry Kissinger dalam buku itu ada menyatakan juga (DENGAN BANGGANYA!), beliau (Henry Kissinger) boleh masuk ke pejabat Dr M (PM ketika itu) pada bila2 masa saja yang saya mahu! (I can walk into the office of the Prime Minister of Malaysia, Dr M anytime I so WISHED!!!)

    Henry Kissinger ini adalah TOKGURU REALPOLITIK!….iaitu Politik Machiavellian….matlamat MENGHALALKAN CARA!!!…..dia Yahudi, perkara halal haram ni mainan mereka….Tempias fahaman Yahudi ini lah yang sudah SEBATI dengan Mamak tua ni…..lihatlah apa yang sudah terjadi dengan negara ini.

    Sekarang, dia sibuk PUT BLAME ON OTHERS….paklah yang paling teruk kena belasah…..Anwar jangan cakap lagilah …..tapi kenyataan dan hakikat sebenar sudah nyata hari ini…..Allah pun saksikan siapa mamak ini…..dia kutuk yahudi depan kita tetapi membawa ramai orang umno BERSUJUD dengan yahudi…..1994, saya di Chicago MENYAKSIKAN nazri botak bawa berpuluh budak2 mentah pemuda umno dalam perjalanan ke Washington dc untuk menyertai satu political gathering!…gathering sahaja atau membuat ‘baiah’ dengan Yahudi?

    BTN ni adalah alat umno dengan pertolongan yahud mengubah orang Islam/melayu jadi ‘ikut cara kami’…..maka hari ini ramailah orang melayu yang berani melanggar hukum agama…..ini cerita orang politik….orang2 pegawai gomen bagaimana?…..tak payah kita berdebat apa2 lagi…kita semua orang Islam/Melayu tanya diri sendiri….nak ikut siapa?….Ikut IMAN yang Allah sudah kurniai kepada kita melalui usaha para ambia berkurun lalu atau hendak ‘ikut cara hidup kami’….iaitu orang2 yahudi, nasara dan majusi…..persoalan ini Allah sudah bentang di dalam Al Quran untuk dipilih….supaya kamu menjadi UMAT2 YANG PALING MULIA DISISIKU!….hanya MUKMIN mendapat pengiktirafan ini dari Allah swt.

    Jalan sesat iblis dan syaitan yang sentiasa MENUNGGANG Yahudi, Nasara dan Majusi itu perlu lah orang2 yang mengaku Islam/mukmin tinggalkan……kita tidak boleh ikut mereka atas apa2 nama pun….dan ianya adalah HARAM!!!

    Di sisi Allah, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA…..ini adalah konsep REALpolitik Machiavellian yang merupakan asas pegangan henry kissinger yang dituruti sepenuhnya oleh Dr M……Segala apa yang Dr M buat, dia hanya menjalankan fahaman ini…..ITU SAJA!!!

    The MIND!!!

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.